Seram MMU

I banyak pengalaman waktu belajaq ni. Dari zaman sekolah asrama sampai universiti. Nak kata i kuat, tak jugak. Nak kata i penakut, kadang2 tu takut jugak. I lagi takut orang actually dari hantu.Apa i nak cita, i harap korang takyah la tiba2 takut nak masuk belajaq kat MMU. MMU powerr wei lagi2 budak engin dengan budak art. Hihihi for me,kat mana2 pun tempat belajaq, macam2 ada cerita dia. Ok cukup mukadimah.

Cita ni jadi masa i kat hostel MMU. Hari kejadian, i macam extra rajin dan ingin siapkan kerja sekolah i cepat2 bagi habih sebab i ingat weekend i nak relex pi tengok gig. So, betui2 waktu tu i kira area2 megrib la, i keluaq bilik nak pi bilik kawan i sebab nak discuss assgmt and pinjam notes dia.Kawan i ni classmate i, Indian girl. Masa i sampai bilik dia, i ketuk pintu banyak kali. Dia tak bukak. Patu i bau asap2 dari bilik dia. I terlupa, dia ni agak religious. I syak dia tengah prayer kat tuhan. Lepas 10mins, dia bukak pintu, and betui sangkaan i dia duk prayer tadi. Satu bilik bau asap. I takpa, sebab i ok ja. I masuk bilik dia and teruih mintak maaf sebab ganggu dia, patu teruih inform dia i nak pinjam notes dia. After dia bagi notes dia, i balik teruih ke bilik i.

Lepas dinner semua, tengok movie donlod kat cybertracker(tempat paling best budak kolej donlod movie) i baring2 macam nak lena dah. Nak jadi cerita, malam tu 2 roomates i tak balik bilik. Depa tidoq rumah kawan depa kot. So, dalam kui 1.30 cemtu i offlight and tidoq. Bila offlight, bilik i takdak la gelap sangat sebab bilik i dekat area parkir. So lampu parkir area hat warna oren tu kuat and terang buleh masuk bilik i.

Malam kejadian, i terkejut dari tidoq sebab i rasa kaki i digerakkan pelan2. Kaki kanan i di tarik pelan2 sambil dipegang kemas and tak boleh gerak. Macam tu jugak kaki kiri i. I bukak mata i sikit2. I terkejut gila sebab ada 2 makhluk macam perempuan berkebaya lama n kain batik bagi belakang dekat i sambil pegang dua2 kaki i. Imagine cemni, kaki you sedikit terkangkang and sorang pegang kemas dua2 kaki and bagi belakang. You nampaj belakang ja dengan sanggul dia. Nampak macam muda. Patu i cuak. I dengaq depa dua sembang bahasa siam. I try meronta.

Taktahu dari mana datang lagi 2. Hat ni mai pegang tangan i dua dua. I teruih takleh gerak. Masa ni i cemas gila2. Serius i dapat rasa tangan i didepa kan kemudian rasa macam nak kena ikat tangan atas kepala. Masa ni i memang baca macam2 dalam hati. Depa pulak sembang lagi kuat dalam siam. Tangan i meronta ronta nak lawan.

I gagau semua apa yang i dapat capai. Masa i duk lawan ni, masa duk nak gagau meronta2 , i rasa tangan i terlanggar sesuatu benda yang panjang menjelir and basah basah. I lagi la cemas. I gagau lagi. Kali ni i rasa macam tersentuh janggut panjang dia. I taktau nak buat apa. I rasa bacaan ayat kursi i tak betui kot. Sebab tu depa tak lari. Sebabkan i ni jenih cepat pikiaq and genius i teruih ja azan kuat2. Sampai habis azan tu i jerit , Allah Maha Besar, takdak apa yang besaq melainkan Allah. Hang takleh apa2kan aku kalau Allah tak izin kan.Patu last sekali i jerit Allah Akhbar!!!! and i jerit Mama!!!!! I panggil mama i masa tu.

Alhamdullilah serta merta semua hilang. I bangkit and teruih capai phone. I tengok masa tu pukui 4 pagi. I kol mama i banyak kali. Maybe mama i tidoq nyenak malam tu. So dia tak sedaq. I kol my roomates, depa cakap depa kat luaq kl and akan cuba balik secepat mungkin. I masa tu bangun teruih dari tempat tidoq and pi tandas. I basuh muka and teruih i takleh tidoq sampai subuh.

Esoknya i asyik pikiaq ja benda tu. Sampai dalam kelas. Ada la crush i ni. I suka dia. I bgtau dia pasai semalam kat bbm.I cakap la i jadi macam lemah semagat sikit and rasa tak sedap badan. Ok part ni sedih,lepas i cita kat dia, lepas waktu breaktime, dia hantaq gf dia untuk calm down kan i and mintak gf dia teman i tidoq. Hihihi. Crush oooo crush. Ok move on to the story..

I malam tu tidoq sorang lagi. I kata kat gf my crush takyah teman i la. I ok. And malam tu, i tidoq ok sikit. I syak, mungkin malam semalam i kena macam tu sebab i keluaq waktu2 megrib and orang kan kata waktu megrin elok dok dalam rumah. Mungkin i terlangaq apa2 latu. Takpun, kalau ikut babah i kata, dia kata mungkin jugak ada orang cuba hantaq sesuatu kat i tapi tak lepas sebab Allah selamatkan i. Apa2 pun i bersyukur sebab so far itu lah benda paling rare n raw i penah rasa. Lepas kejadian tu, ada lagi benda2 kacau i. Takpala, next time i sambung cita.Btw, cita ni jadi masa 2012.

Tapi for now, hampir 2 tahun dah i dah tak dikacau atau diganggu. Allhamdullilah. I rasa kunci dia, jaga solat and amalkan ayat kursi. Sebagai amalan i, i sentiasa baca ayat kursi. Tengah nak keluaq pi keja baca. Tengah jalan2 baca, kadang tu duk saja2 i baca. Ayat kursi tu dah jadi macam kebiasaan kat i. I yakin Allah menjaga i sepanjang hari i. Ok! see you in next post.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

  1. taaa best…..dok i u..prayer la hape…come on sis…if u wanna type in malay, type it all in malay..or english if u want to…don’t be like king coco mix.dua2 kau belasah…jadi meluat nak baca

    1. Kan aku tak rasa ada masalah pun. Adoi orang kalau dah memang kaki kecam. Boleh paham cerita tu kira okay la, rilek sudeh. Kalau sampai merapu tak paham apa tu lain cerita lah. Tak paham aku, fiksyen shasha ni tempat orang share cerita bukan pertandingan karangan siapa lagi bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *