Seram Ramadhan: Hantu Orang Lidi

Betul ke bulan puasa takde hantu? Semua dah kena ikat? Acik dah banyak kali kena kacau. Kejadian terbaru pagi tadi, lebih kurang pukul 10.30. Sekarang baru lepas ambik anak balik sekolah. Ronda-ronda dulu ambik angin, lepas tu teringat pulak nak share cerita kat sini.

Pengenalan diri. Panggil acik je, anak 2 orang. Suami sorang. Ada sixth sense, boleh rasa atau nampak benda-benda ni kalau ada. Cukup kan? Dah kenal.

Kisahnya, acik tengah kumpul mainan anak-anak, letak setempat kat tepi dinding. Nak pilih mana nak simpan, mana nak sedekah kat orang. Nak simpan sikit je sebenarnya, sebab anak-anak dah besar. Dah banyak minggu terlonggok kat sini. Sebelum puasa lagi. Weekdays tak sempat nak kemas. Weekend pulak dah banyak minggu plan nak kemas dengan Encik Hensem tapi ada je urusannya.

Isnin malam baru-baru ni, waktu cuti Nuzul Quran, lepas semua dah tidur acik start bungkus Adinda untuk pos esoknya. Acik ni buat bisnes online, membungkus barang untuk pos ditengah malam buta adalah perkara biasa. Sampai ke subuh, tak tidur. Dari tempat acik duduk, boleh nampak kawasan toys ni dengan ekor mata. Mata kanan. Dalam pukul 2 macam tu, acik rasa macam ada orang lalu. Hitam je, tak clear. Acik pandang situ. Kosong. Bila 4 5 kali jadi, dah terdetik dalam hati “Bulan puasa pun ada ke?”

Lepas terdetik je dalam hati, lepas tu 2 3 kali lagi acik nampak bayang hitam tak jelas rupa bentuk, duduk atas timbunan mainan ni sambil lambai-lambai kat acik. Goyang-goyang kaki santai lagi. Macam nak bagitau dia ada situ. Sah. Memang ada. Waktu tengah seram-sejuk sorang-sorang tu Encik Hensem keluar dari bilik, tolong acik bungkus barang. Sambil-sambil tu tunggu jugak kot dia muncul lagi. Tapi yillek.

Pagi ni, hari rabu. Dia main cak-cak lagi. Acik kat dalam bilik, tengah mengemas. Pagi ni memang gelap tau. Mendung je. Waktu mengemas, acik membelakangkan toys ni. Tiba-tiba, acik “nampak” dia menelek kat pintu bilik. Kali ni nampak rupa dia yang sebenar.
Mesti ada yang tanya, macam mana acik boleh nampak dia menelek padahal acik tengah membelakangkan dia? Yang ni susah nak explain. Acik jenis boleh nampak & boleh rasa kalau benda tu ada. Kadang-kadang acik nampak. Kadang-kadang acik rasa. Kalau ada rasa sesuatu, acik just tutup mata, tanya siapa tu? Dia akan muncul tunjuk diri dia siapa. Acik nampak sambil tutup mata. Haaa lepas ni mesti korang seram dengan acik kan? Anak-anak pun ada dapat tempias sikit-sikit.

Macam mana rupa benda tu? Acik nampak kepala & sebelah tangan dia je. Dia menelek sambil letak tangan kat pintu. Sebijik macam orang lidi. Hitam-legam. Imagine kepala dia bulat, perfect macam bola. Takde mata, hidung, telinga bagai. Tangan dia macam kayu. Hitam jugak. Takde jari.

Terduduk acik. Atas katil, selesa sikit daripada duduk atas lantai. Tengah jantung berdebar-debar tu, Encik Hensem call. Fuh lega. Tapi takut nak keluar bilik. Akhirnya terpaksa keluar jugak sebab nak kena ambik anak balik sekolah.

Baru teringat. Malam acik mengemas toys ni, anak acik yang kecik kena kacau. Keluar suara jantan. Puas jugak acik & Encik Hensem nak pulihkan dia. Bila ada gangguan kitaorang laki bini usaha sendiri je. Acik dulu pernah sakit lama, lebih daripada 10 tahun, tu yang kitaorang dah biasa dengan benda macam ni. Kalau gangguan sikit-sikit try setelkan sendiri dulu, sebelum panggil ustaz. Itu jelah kisahnya.

Sekarang kat luar. Ronda-ronda dulu malas nak balik rumah. Bukan takut. Tapi terkejut tadi tak hilang lagi. Sekian. Seram ke tak kisah acik ni? Nak tengok gambar mainan tu? Klik kat sini, tak taulah keluar ke tak link ni. Try je lah ye;

?????

Acik Nurul
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. Assalam.. sempoi gl cara acik citer… tenang btl wpun tgh seram2 hahahah yg plg best tduduk atas katil lg selesa dr atas lantai…

    Kagum ngn org2 yg leh nmpk tp leh wat lek lg ni… nti citer lg ek

    1. Orang yang terbuka hijab pun kalau boleh xnak nampak smue tu .. ni kite sengaja nak bukak pulak.. kalau tak kuat boleh jadi gila tau..

  2. punya laa duk pk acik ni laki sbb ats tuh anak 2 orang. suami orang. tetiba dtg pulak en hensem. aishh..xkan gay kot… bila kluar laki bini…oooo ISTERI ORANG..bkn laa SUAMI ORANG..huhuhu

  3. Sbnany kat acik tu ada benda.benda tu yg jadikn acik ni ada kelebihan cmtu..slluny yg kes cmni dia pnh sakit sebelumtu.sama ada pbuatan saka..sihir..n gngguan2 lain.xsemua..segelintir akan jd cam acik ni la..tmasuk akak sniri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.