#seramramadhan: Memori Ramadhan CikEdot!

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalammualaikum buat sahabat-sahabat semua.Terima kasih buat admin yang menyiarkan kisah aku untuk slot #seramramadhan. InsyaAllah, kali ini aku berkongsi serba sedikit memori lalu ketika menyambut bulan ramadhan. Semoga 3 kisah rangkuman yang aku bawakan kali ini dapat menghibur hati kalian. Selamat menghayati picisan aku yang lebih ringan dan sempoi. T. kasih 😘

Kisah 1
Ramadhan 1993 -Memori pokok pelam

Ramadhan datang lagi! Kemeriahan juadah di bazar2 sangat menggiurkan anak tekak. Usia aku baru menjangkau 9 tahun. Memandangkan aku masih bertatih mahu mencukupkan puasa penuh, maka rutin harianku sepanjang bulan puasa ini adalah dibawa ayah ke bazar ramadhan untuk melayan permintaanku. Itu syarat untuk aku puasa penuh selain peroleh duit imbuhan sebanyak RM30.

Anak bongsu. Mengada lebih! Bila dah sampai waktu berbuka, aku makan macam-macam sampai tersandar kekenyangan. Perut dah sebu penyakit malas pun datang. Mula lah buat alasan nak auta mak ayah, sakit kaki lah, kepala peninglha hanya kerana tak mahu ikut tarawih ke Masjid Ridhwani. Tapi apakan daya, arahan mak aku terpaksa akur.

Solat Tarawih, selalunya belum cukup 20 rakaat, aku dah cabut awal-awal sebab nak berkumpul main dengan kawan-kawan. Aku, Jijah, Ikmal dan Shidi. Empat orang budak nakal yang selalu kena ‘aim’ dengan Tok Siak masjid bila ada kes selipar jemaah hilang. Perghh, Tok Siak punya jeling, menusuk ke qolbu! Rutin kami sepanjang Ramadhan kalau bukan main sorok-sorok selipar jemaah masjid, kami lah yang akan main sorok-sorok.

Paling tak boleh lupa, Ramadhan tahun lepas masa Tok Imam tengah kusyuk sujud, aku boleh menyorok depan dia. Konon-konon masa tu aku terfikir, kawan-kawan tak akan jumpa aku sembunyi kat mana. Maka, beristighfarlah Tok Imam bilamana dia bangkit dari sujud dan ternampak kelibat aku tercongok depan mata sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa lagi? Cabuttt….Tak padan dengan budak perempuan. Nakalnya aku memang minta kena rotan. Merah padam, perit bengit telinga aku kena pulas dengan mak.😁😁

“Awak tu perempuan, perangai mengalahkan anak jantan!! Malu mak tau tak?”

Hehehe…

Satu malam kejadian..
Masa ni dalam pertengahan Ramadhan. Seperti biasa, aku dan 3 orang lagi sahabat awal-awal dah cabut dari saf selepas selesai 8 rakaat. Kami pakat nak main sorok-sorok. Lepas dah osom, aku pulak yang terkena jadi part ‘tukang cari’.

Ikmal:”Haa, Dee…Turn kau pulak jadi. Cepat kira sampai 20, kitorang nk sembunyi nih.”

Aku:”Yelah. yelah…Cepat!!” Aku meletakkan tangan sambil menekup mukaku ke dinding masjid. Mataku pejam dan mulutku mula mengira..

“1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12……”
“POMMM!!!”

Tiba2 bunyi mercun kuat kedengaran di halaman masjid. Aku yang tengah mengira pun terhenti. Dalam hati duk sumpah seranah. Mau tak, terperanjat kot! Dari dalam masjid, terdengar mulut makcik-makcik yang melatah “Opocot”, “oh mak kau!”,dan ada yang sampai melatah @#&$+…. adehh, batal solat!πŸ˜‚πŸ˜‚

Dari jauh aku nampak Ikmal tersengih-sengih tepi tiang sebelum dia cabut lari. Janam punya kawan. Ini mesti kerja dia! Kata nak main sorok-sorok, tapi bakar mercun pulak. Tiba-tiba…

“Hoii!!! korang main mercun ya?”

Alamak,Tok Siak!!
Apalagi…tanpa ditangguh-tangguh, aku pun berdesup tinggalkan kawasan masjid. Dari jauh aku nampak Jijah dan Shidi terkocoh-kocoh lari menghala ke rumah makcik Ratnah yang terletak betul-betul depan masjid. Aku berlari menghampiri mereka.

Aku:”Weii..korang ni main-mainlah. Kata nak main sorok-sorok, dah tu kenapa ada kat sini pulak?”

Shidi:”Betul lah ni.Kami pakat nak nyorok kat sini.Belum apa2 kau dah datang.”

Jijah:”Haah lah Dee..Mula-mula tadi aku nyorok dalam bilik air. Tiba-tiba aku dengar bunyi mercun, aku pun keluar lah. Dah tu aku nampak si Shidi ni lari ke sini,aku pun ikutlah.”

Dee:”Yelah tu…Weiii,aku rasa tadi yang bakar mercun tu mesti si Ikmal. Kau tahu, tadi Tok Siak jerkah aku. Aku apalagi, cabutlah..tak pasal-pasal kena tuduh. Ni..si budak Ikmal mana?”

“Entahh!!” Jawab mereka berdua serentak.

Sedang kami berdiri terlongo sambil kepala terteleng-teleng mencari-cari kelibat Ikmal,tiba-tiba dahan pokok pelam di belakang kami kuat bergoyang. Dedaunan kering jatuh ke tanah.Kami bertiga berpandangan.Senyap.Aikkk,angin takda ribut takda….tiba-tiba bergoyang.Arghh.. takda apalah.Kami pun buat tak tahu.

“Papp!!”

Shidi:”Aduhhh!!! Wei Dee,kau kenapa main baling-baling buah pelam muda ni?Perit tahu tak!” Aikkk…tiba-tiba aku kena tempelak.

Dee:”Ekk elehhh..Bila masa pulak aku baling kau ni?” Angin aku kena tuduh.

Jijah :”Wei korang..rilek arr.Jangan gaduh-gaduh…Copp..copp!!Wei Shidi,kau kan yang berdiri hadap pokok pelam tu.Aku ngan Dee pulak tengah hadap masjid. Macam mana pulak Dee yang baling pelam muda kat dahi kau?”

Shidi, Jijah dan aku berpandangan sesama kami. Kronologi si Jijah memang logik 200%. Memang tak masuk akal lah kalau aku yang baling. Kami senyap. Pegun. Mata kami bertiga tertancap pada pokok pelam di belakang kami. Tiba-tiba….

“Hiiiiiii…..hiiiiii……”
“Hiiii…hiiiii…..”

Tidak semena-mena lutut kami bergetar. Jijah dah mula sendu. Belum apa-apa, airmata gemuk-gemuk dia dah laju mengalir. Shidi melopong. Aku ternganga. Di celahan pokok pelam, selembar kain putih berkibar lembut. Hilaian suara mendayu-dayu bergema meremangkan bulu tengkuk kami. Masa ni pulak lah, entah mana datangnya angin sepo-sepoi. Sejuk menerpa sampai ke muka.

“Arghhhhh!!!!!”
“Hantuu!!!!”
“Cabutttt!!”

Maka bergemalah suara kami bertiga sampai kecoh jadinya. Shidi lari lintang pukang ghaib entah ke mana. Aku dengan Jijah yang masih menggugu tangisannya pakat lari masuk ke dalam masjid. Kami menyorok kat bahagian jemaah wanita. Tak pasal-pasal mak-mak kami terhenti solat mereka yang masih berbaki lagi beberapa rakaat. Ada juga beberapa orang jemaah lain yang turut menghampiri kami untuk ambil tahu usul dan asbab kami menjerit. Masing-masing duk kalut tanya kami kenapa??Apa jadi?? Nampak apa?? Letih jugaklah aku nak menjawab pertanyaan wartawan-wartawan veteren ni.

Beberapa ketika berlalu, kami mulai tenang. Tangisan Jijah pun dah berhenti. Bengkak-bengkak mata dia. Adehhh…Masa ni kami dah siap-siap nak balik. Tiba-tiba, dari luar perkarangan masjid aku terdengar ada suara yang meninggi sedang menghambur amarah.

“Kelekukk!!”
“Haa.,ni makan dia!!”
“Mak suruh kau pergi masjid, solat tarawih tapi kau buat perangai apa ni??”

Terdengar lontaran suara yang tajam dan nyaring di halwa telinga. Tidak semena-mena, kelihatan sebatang senduk mendarat keras ke atas kepala seorang budak yang masih bertelekung. Berlekuk-lekuk bunyinya. Psssttt…Mesti sakit kan? Budak itu menggosok-gosok kepalanya laju. Dia berdiri terpisat-pisat membelakangi aku. Dalam hati…

“Pergghhh..kesian. Nasib kau lah labu dapat mak ganas macam ni.”

Aku berjalan terkedek-kedek membontoti mak aku. Kemudian, Mak berhenti pula di hadapan tubuh budak tadi dan wanita yang sedang bercekak pinggang sambil memegang senduk. Aku pandang dan amati figura wanita itu. Laaahhh… Makcik Roha rupanya. Emak si Ikmal!! Ehhh… kejap-kejap. Siapa pulak yang Makcik Roha ketuk kepala pakai senduk tadi? Bukan ke si Ikmal ni 3 beradik lelaki je. Mana ada adik-beradik perempuan? Aku pantas menoleh ke arah budak yang bertelekung di sebelah. Dia menunduk. Aku menjenguk dari bawah mukanya. Nampak tak betapa joyah nya aku?? Wajah yang menunduk tadi terkedu. Dia senyum menyeringai sambil menggaru-garu kepalanya.

“Ikmal???”
……………………………………………………………..
Hampir 24 tahun memori ini berlalu tetapi ia masih segar dalam ingatan yang mana buat aku tersenyum bila terkenang…

Rupa-rupanya insiden kain putih yang berterbangan di celah pokok pelam malam tu si Ikmal lah punya kerja. Dia pakai telekung dan takut-takutkan kami. Dia jugak lah yang baling pelam muda kat dahi Shidi.

Kena ketuk pakai senduk??? Hahahah… rupa-rupanya punca Mak Roha mengamuk malam tu sebab si Ikmal. Mak Roha dah siap-siap nak pergi tarawih tapi bila cari-cari telekung, hilang!! Ghaib!! Nak dipakai telekung-telekungnya yang lain, semuanya pula dah direndam dalam baldi sebab nak basuh. Tu yang Mak Roha angin satu badan. Culas tarawih satu malam gara-gara Ikmal si penyamun tarbus.πŸ˜‚πŸ˜‚

Shidi?? Dia lari balik rumah berselubung bawah selimut. Mak dia bagitau mak aku, Shidi menggigil satu badan dan demam dua hari. Demam terkejuttt lah agaknya…

Ikmal..Ikmal…

Dah 13 tahun aku tak jumpa budak bertiga ni. Tapi kami masih lagi berhubung melalui FB. Masing-masing dah jadi mak & bapak budak dah… Bila masuk je bulan Ramadhan, ada sahaja dari kalangan kami yang akan bangkitkan semula memori ini. Tawa kami masih tidak pernah lekang.

Kisah 2
Ramadhan 1996- Misteri Jalan Tangki Air.

5.00 petang

Mak:” Dikk, tolong mak pergi kedai belikan rempah kari ikan cap bobos. Ni duitnya.” Kepalaku diusap lembut. Duit bertukar tangan.

Aku:”Baik mak.” Senyum. Walaupun keletihan berpuasa. Cari pahala weii!

Maka, berjalan lah aku dengan lemah gemalainya menyusuri jalan menuju ke kedai runcit yang berselang 3 jalan dari rumah aku. Setibanya di kedai, sepeket rempah kari ikan dicapai. Duit bertukar tangan dan aku mengatur langkah keluar dari kedai. Baru sahaja beberapa tapak berjalan, tiba-tiba….

“Dukdukdudukkk……”

Bergolek-golek beberapa biji bawang merah di atas jalan dan menyinggah betul-betul di kaki aku. Aku berhenti. Lantas menunduk, mengutip bawang tersebut. Kemudian aku bangkit berdiri semula. Mataku tertancap pada figura seorang wanita pertengahan umur yang sedang memegang beberapa bungkusan bag plastik di kedua-dua belah tangannya. Salah satu bag plastik tadi kulihat sudah bocor di dasarnya. Mungkin itulah plastik bawang yang bergolek-golek tadi. Wanita tadi kelihatan pegun melihat aku. Aku berjalan mendekatinya….

Aku:” Makcik..ni bawang-bawang makcik yang jatuh tadi.”

Makcik:”Err…Terima kasih nak.” Riaknya seperti terperanjat memandangku. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.

Aku:”Banyaknya barang yang makcik beli. Nampak macam berat je. Mehh saya tolong makcik bawa.” Tanganku hulur.Ikhlas.

Makcik:”Ehh…Tidak mengapa nak. Makcik sudah biasa. Menyusahkan anak sahaja”.

Aku:”Ehhh…takda apalah makcik. Biar saya tolong bawa sampai ke rumah makcik. Jomm…”

Tanpa sempat dia menjawab, bungkusan ditangannya aku ambil. Dalam hati, pasti mak bangga bila dapat tahu aku tolong orang hari ni. Kembang hidung. Kejar pahala!

Makcik tadi akur. Kami beriringan meyusuri jalan ke rumahnya. Aku memulakan sesi ramah mesra bertanya itu ini walaupun kebanyakan soalanku hanya dibalas dengan senyuman sahaja. Aku berasa agak canggung kerana apa yang aku perasan, makcik tersebut kurang bercakap. Asyik senyum je memanjang. Pelik! Sudahnya, aku pun diam. Jalan ke rumahnya tidaklah begitu jauh dari lokasi kedai, tetapi kami perlu melintasi tangki air besar yang terletak di hujung jalan. Bercakap soal tangki air, aku teringat akan pesan mak.

“Jangan main-main dekat tangki air tu. Tempat tu keras, ada penunggu”.

Gulllppp! Terkenangkan kata-kata mak buat hati aku sedikit cuak. Dari kejauhan, aku terlihat sebuah rumah sederhana besar berdindingkan kayu. Rumahnya tak la buruk macam nak roboh ke apa, tapi senang cerita macam rumah kampung biasa. Halamannya luas. Di sekeliling rumah itu ada pohon-pohon besar. Rendang dan redup.

Makcik:”Nak. Sampai sini sahaja ya. Terima kasih sudi tolong makcik. Makcik mahu sahaja jemput anak ke rumah tetapi sudah lewat petang, nanti emak kamu risau menunggu. Ini, ada sedikit buah tangan tanda terima kasih.”

Salah satu bungkusan plastik disuakan. Aku menggeleng perlahan namun bungkusan itu tetap jua disuakan lagi. Aku ambil. Belum sempat aku mengucapkan terima kasih, makcik itu terus sahaja berlalu pergi. Laju langkahnya meninggalkan aku menuju ke rumahnya. Dalam hati…”Terima kasih makcik.” Kemudian, aku juga turut berpaling dan meneruskan langkah untuk pulang ke rumah tanpa menoleh belakang.

Tiba di rumah…

Aku:”Assalammualaikum…mak, adik dah balik!”

Mak:”Haa…dah balik pun. Dah kenyang ke perut tu, main sampai senja baru nak balik!! Orang suruh pergi kedai, melencong ke mana je la kau ni dik?? Mana rempah karinya? Bak sini!! Dah lambat tau tak? Cuba tengok jam tu dah pukul berapa dah? Hi…geram betul lah dengan budak bertuah ni!”

Paket rempah ditangan diambil laju oleh mak. Bungkusan yang makcik tu bagi tadi pun mak ambik.

Mak:”Ni apa pulak ni?Cendawan?? Orang suruh beli rempah, dengan cendawan-cendawan pun dia beli!”

Mak berlalu pergi hingga tubuhnya hilang dari pandangan. Muka mak masam tak payah cakap lah. Niat nak bagitau hal sebenar jadi terbantut bila dah kena jerkah. Dalam hati….”Mana ada orang pergi main…sob..sob…”

Jam di dinding aku toleh. Ralit sebentar.
Haaa😱😱Pukul 7.00 dah? Biar betul??Aikkk…jam ni rosak ke apa? Aku melangkah laju ke luar rumah. Dada langit aku pandang. Awan mulai gelap. Hari dah senja. Aku jadi keliru….

Beberapa hari berlalu…

Kisah aku bertemu dengan makcik tersebut masih belum lagi aku ceritakan pada mak. Setelah difikir-fikir, Biarlah.. Malas nak bersoal jawab dengan mak. Cuma apa yang masih berlegar di minda ialah kenapa begitu cepat masa berlalu pada petang itu? Aku yakin-seyakinnya bahawa aku hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit saja dari kedai ke rumah makcik itu. Itupun tidak sampai betul-betul di depan rumahnya apatah lagi nak menyinggah. Dalam aku ralit menyimpul jawapan, akhirnya aku dapat satu idea. Wajah Ikmal, Shidi dan Jijah bermain di minda. Kena buat meeting tergempar ni!

5.30 Petang…

Aku ke rumah Jijah. Kemudian, kami berdua menyusul pula ke rumah Shidi dan berakhir di rumah Ikmal. Ada sebuah pondok gazebo kecil di halaman rumahnya. Kami berkumpul disitu. Jijah dan Shidi buat muka toya. Macam tak makan sebulan dah rupanya. Tapi aku tengok si Ikmal ni steady je. Aku perhati je bibir pink dia, nampak basah. Mata pun bulat segar. Masa dia senyum, aku macam terperasan ada serpihan cili yang terselit kat gigi dia. Entah-entah penyamun ni tak puasa agaknya. Dalam hati…..

“Astaghfirullahhalazim…Husnudzon Dee. Hilang pahala kau bersangka buruk kat orang!”.

Elehhh…Tapi manalah tau kan? Terang-terang si Ikmal ni tinggal sorang je kat rumah. Katanya, mak dan ayah serta adik-adiknya yang lain keluar pergi shopping raya.Kot-kot lah iman dia menipis.Pastu dia curi-curi makan! Ermmm…aku menongkat dagu sambil jari-jemariku bergerak laju diudara. Jauh berfikir. Wajah Ikmal aku pandang lama. Dia perasan. Kemudian dia larikan pandangan sambil membuka mulut.

Ikmal:”Ha,Dee…apa halnya kau nak jumpa kitorang ni? Sampai dah tak boleh nak tunggu jumpa kat masjid malam nanti.”

Jijah:”Yelah Dee…Aku ni nak jalan pun tak larat tau. Ketak kepala lutut. Rasa macam nak merangkak je ni, takda tenaga. Apa halnya?”

Shidi:”Cer story Dee….Kang aku plak yang ikut si Jijah ni merangkak.”

Dee:”Adoiii ,lembiknya lah korang ni. Katok kepala masing-masing baru tahu. Macam ni….sebenarnya aku keliru lah. Ada sedikit kemusykilan yang aku nak kongsi dengan korang.”

Jijah:”Apa dia?”

Aku:”Aku nak tanya, korang percaya hantu tu wujud tak? Lagi-lagi bulan Ramadhan ni?”

Shidi:”Deii…soalan apa benda la kau bagi ni Dee?? Sah-sah la hantu tu wujud. Kan Ustaz Sahar dah bagitau kat kelas agama minggu lepas, syaitan ni wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Tapi bulan puasa, benda-benda macam ni kan dah kena ikat. Kalau ada yang terlepas pun, tu haa…hantu kat sebelah kau tu..Ikmal!”

Ikmal:”Apahal pulakk aku yang tersangkut paut ni?? Wei, Dee…Kau ni pun satu hal lah. Apa pasal tiba-tiba je tanya soal hantu bagai? Dah kenapa? Kena sampuk ke apa kau ni?”

Aku:”Sampuk apa pulak? Bukan lah. Aku tanya pun pasal ada sebab. Aku nak tanya korang, ada sesiapa tak antara korang ni yang pernah pergi kat tangki air hujung jalan tu?”

Jijah:”Wooohh…tangki air tu? Memang tak lah! Aku tak berani doh. Mak aku cakap tempat tu keras. Tapi kan…Apasal kau sibuk-sibuk tanya ni? Pelikk lahhh. Cuba kau cerita kat kitorang Dee yang sebetulnya kenapa?” Kata-kata Jijah diangguk oleh Ikmal dan Shidi. Mereka berdua seolah-olah bersetuju dengan Jijah.

Aku:”Okay lah.Ceritanya macam ni…….”
Aku pun menceritakan kisah pendek yang aku lalui bersama makcik itu beberapa hari yang lalu. Mereka kelihatan pegun mendengar.

Shidi:”Kau biar betul Dee. Mana ada rumah lepas tangki air tu. Itu kan jalan mati! Belakang tu dah kawasan hutan. Berpagar kalau tak silap aku.”

Ikmal:”Yelah Dee. Aku pun pernah dengar ayah aku cakap, kawasan tu kawasan terpelihara sebagai tanah persendirian. Entah-entah kau ni mimpi di siang hari kot. Berangan lebih!” Ikmal tersenyum meleret. Memerli. Aku balas dengan jelingan.

Aku:”Sumpah. Apa yang aku ceritakan pada korang bukan rekaan atau mimpi. Benda nyata. Faham tak? So, aku nak minta tolong korang temankan aku pergi sana. Aku nak tengok tempat tu. Aku cuma nak pastikan apa yang aku nampak tu wujud atau pun tidak.”

Jijah:”Alaa…tak payah lah Dee. Aku tak berani lah.”

Shidi:”Yelah. Aku pun tak nak lah!”

Dee:”Okaylah.Kalau korang tak nak ikut tak apa.Aku boleh pergi sorang-sorang. Ada kawan pun tak boleh pakai, penakut!” Huh. Bungkam hati. Aku bangun dari duduk. Selipar ku sarung. Baru sahaja kaki aku hendak melangkah, tiba-tiba ada yang bersuara.

Ikmal:”Dee,takpe aku ikut.” Senyum. Konon gentle lah tu.

“Yelah-yelahh. Kami ikutlah. Buruk benar muncung tuh.” Balas Jijah dan Shidi serentak. Jijah menjuih bibirnya mengejek. Aku tarik muka.Wekkk!!

Tangki Air…

Kami berempat tiba di tangki air yang sama aku lalui tempoh hari. Memang ini satu-satunya tangki air yang wujud di taman perumahan kami. Takda yang lain. Aku pasti! Aku mengajak mereka naik ke kawasan atas lagi melintasi tangki air tersebut. Sehinggalah kami menemukan jalan mati. Kawasan itu ada pagar kawat duri yang berdiri teguh. Ketika ini aku benar-benar buntu. Setahu aku, disitulah aku berpamitan dengan makcik tersebut sebelum aku dan dia berpisah.

Lama aku menatap kawasan sekeliling. Mencari-cari letaknya lokasi rumah. Dalam aku ralit melilau memandang sekeliling, mataku tertancap pada pepohonan rendang yang dahannya kelihatan besar dan kekar. Suasana kelihatan redup dan mendamaikan. Angin sejuk lembut menyapa tubuh. Beberapa saat berlalu, tiba-tiba telingaku berdesing sebelum ia menjadi sebu kemudiannya. Mataku pula tiba-tiba kabur. Pemandangan menjadi sukar seolah-olah terhalang oleh kabus yang tiba-tiba muncul. Pendengaranku sedikit terganggu. Ada suara lembut yang berbisik….

“Assalammualaikum nak. Pulanglah. Jangan pernah ke mari lagi ke sini. Jaga dirimu. Kelak, ada yang bakal mendatangimu.”

“Papp!!”
“Papp!!”

Terasa perit di pipi. Telinga yang sebu dan mata yang kabur tadi kembali normal. Cuma kepalaku agak pening sedikit. Dalam hati..’Aku kat mana?Aku kat mana?’

Jijah:”Woii,Dee.Bangunlah!! Kau sedar ke tak ni?” Bingit telingaku dengan jeritan Jijah. Kelopak mataku buka luas. Ulah Jijah di hadapan mata. Nah, baru aku teringat yang kami berada di mana sekarang.

Ikmal:”Dee. Kau dah sedar? Adoii…suspen je lah kau ni. Orang dari tadi duk jerit-jerit kau. Bantai kau boleh mengelamun tak ingat dunia. Nak tidur balik rumah lah. Nasib aku tak katok kepala kau dengan kayu. Baru ada akal!”

Shidi:”Amboi. Sesuka hati je nak taram anak orang. Yang kena katok kepala tu engkau Ikmal oii bukannya Dee. Itu pun bukan dengan kayu tapi sendukk!!! Memang rare wei..pecah rekod. Hahahahaha….”

Maka, kami berempat pun terkekek-kekek ketawa. Ikmal??Dia buat muka bo layann.. Akhirnya, kami pulang ke rumah masing-masing selepas itu. Pemergian kami ke sana kekal menjadi rahsia berempat dan hal ini tidak pernah sekali pun berbangkit selepas itu. Aku juga tidak pernah menceritakan perihal aku yang mendengarkan suara bisikan kepada mereka. Ya, aku yakin itu adalah suara makcik.

Sehingga ke saat ini, aku tidak pernah lagi bertemu dan mendengar suara makcik berkenaan. Siapa dia? Manusia atau jin? Wallahualam. Cuma apa yang mengejutkan, selepas beberapa minggu dari kejadian itu, Ikmal ada berjumpa aku dan memberitahu sesuatu…

Ikmal:”Dee, kau tahu tak. Masa kau macam terpinga-pinga tak sedarkan diri tu, aku macam nampak satu kelibat kat sebelah kau. Tapi yang aku peliknya, Shidi dengan Jijah macam tak perasan pun. Tapi aku rasa tak ada apa-apalah, cuma mainan mata aku agaknya.”

Aku:”Kau nampak apa Ikmal?”

Ikmal:”Aku nampak..harimau Dee. Tapi warnanya putih. Pelikkan? Dah macam albino pulak. Kikikikiki”

Dalam hati….”Harimau putih? Saka Moyang ke?”

Kisah 3
Ramadhan 2005 – Salam Terakhir seorang sahabat.

Aku tiba di rumah pada jam 2.30 petang. Hari ini aku terpaksa ambil cuti setengah hari untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan bekalan ubat. Sedari awal pagi, kepalaku terasa berat. Jalan pun sedikit terhuyung hayang. Gejala bersin sudah bermaharajalela sejak dari malam tadi. Tidurku juga terganggu akibat kesukaran untuk bernafas. Hidung tersumbat dan tekak mulai perit. Kata doktor, suhu badanku mencecah 39’C. Aku demam!

Sedang aku lena di atas katil, tiba-tiba Hp yang berada disisi berbunyi. Ada panggilan masuk. Pada mulanya, aku abaikan sahaja kerana rasa malas untuk menjawab. Tetapi, nada deringan yang masih bertalu-talu membingitkan telinga. Memang sah si pemanggil jenis yang tidak putus asa. Arghhh, kenapalah aku tak off sahaja handphone ni dari tadi. Stress betul!!. Akhirnya, dalam keterpaksaan aku akur untuk menjawab. Hp kucapai. Nama yang terpapar di screen aku kenal. Butang hijau ku tekan.

Joe:”Hello. Assalammualaikum Dee.”

Aku:”Hello.Wassalam. Ya Joe? Kenapa kau call aku ni?”

Joe:”Hei, takkan nak call kawan baik sendiri pun tak boleh? Sorry lah kalau aku mengganggu.”

Aku:”Bukan tak boleh bro. Cuma tak kena time. Aku tengah demam ni. Tengah tidur masa kau call. Baru lepas telan dadah yang doktor bagi. Lagipun, suara aku tengah tak cun la Joe. Sengau!!”

Joe:”Allah..sorry Dee. Aku tak tahu kau tengah demam. Kau dah makan tak ni? Kau nak aku call kan housemate kau suruh hantar makanan ke? Takpun aku suruh kawan aku je yang hantarkan.”

Aku:”Ehhh, tak payah lah susah-susah Joe. Aku okay lah. Lagipun, demam-demam ni mana nak ada selera makan sangat .Lagipun kalau aku nak makan, aku nak kau yang hantar sendiri. Ada ke suruh housemate atau kawan kau yang hantar? Kurang asamm!”

Joe:”Hehehehe…Dee, selama ni kalau kau nak aku datang jumpa kau pernah ke aku tolak? Kalau terpaksa redah lautan pun aku sanggup lah kalau demi kau. Cuma…harini aku tak boleh. Aku ada hal penting, tak boleh nak elak. InsyaAllah, esok lusa ke aku datang jumpa kau ya. Cakap je nak makan apa, aku carikan. Special untuk kau Dee..”

Aku:”Aduhhh…ayat tak boleh blah lah kau ni Joe. Pelik pulak aku rasa. Jarang nak dengar ayat-ayat mat bunga dari mulut kau ni. Buang tabiat ke apa?? Dah, dah…stop. Kembalikan Joe kawan ‘punch bag’ aku yang dulu balik. Geli anak tekak tau tak layan versi baru kau ni!”

Joe:”Hahahha…alah. Bukan selalu aku nk bergurau macam ni. Esok lusa entah dapat entah tidak lagi aku nak kacau kau. Dee…aku ingat nak jumpa kau kejap boleh tak? Kalau dapat, hari ni lagi cun. Rindu pulak aku kat kau. 5 minit pun jadilah Dee. Aku nak tengok kau depan mata.”

Aku:”Adoiii…kau ni dah kenapa Joe?? Aku tengah demam ni. Nak jalan pun aku tak larat lah wei. Datang pulak mood mengada-ngada kau dengan aku. Malaslah aku nak layan kau! Ni kau dekat mana ni? Dekat bulan ke apa, macam jauh sangat pulak nak datang jumpa aku. Ada urusan penting konon. Entah-entah tengah dating ngan awek. Pastu, nak rindu-rindu aku pulak. Cepukk kang, baru ada akal.”

Joe:”Hahaha..sampai hati kau nak cepuk aku Dee. Aku mana ada awek. Kau pun tahu kan? So, tak dapatlah jumpa hari ni ye?”

Aku:”Hari ni memang aku tak dapat. Kau tunggulah dalam 2 atau 3 hari lagi. Aku dah baik demam, kita gi lepak Hakim. Dah lama tak pekena nasi beriani dengan daging masak hitam yang nalekkk tu. Aku belanja. Amacam?”

Joe:”Ermmm…takpelah Dee. Aku faham. Lagipun kau tak sihat kan. Kejam pulak aku rasa suruh kau datang sini jumpa aku. Okay Dee,kira deal..kita lepak Hakim nanti ya. Tapi kan Dee, jujur aku cakap.. aku rindu nasi ayam air tangan kau. Paling sedap yang aku pernah makan. Sumpah.”

Aku:”Eeee…Dah nasi ayam pulakk. Tunggu raya nanti baru aku buat! Ok lah Joe. Aku nak rest lah. Sakit kepala. Tekak pun dah perit sangat ni. Lagi lama layan kau, mau pengsan aku. Silap-silap masuk hospital sakit jiwa! Ok bye, Assalam.”

Klikkk!!

Butang merah aku tekan. Malas nak layan si Joe ni. Cakap dah melalut-lalut. Pening aku! Baru sahaja aku menarik selimut berkira-kira untuk menyambung lena, tiba-tiba Hp aku sekali lagi berbunyi. Bukan nada panggilan tetapi ada mesej yang baru masuk. Dengan mata yang terkebil-kebil, kotak inbox massage di Hp aku tekan. Mesej dari Joe??

“Dee..sampai hati kau letak fon. Tak sempat aku nak cakap. Tapi takpelah, aku faham kau tak sihat. Dee,kau jaga diri baik-baik ya. Ubat jangan tak makan. Lagi satu hal, seminggu dari sekarang kita dah nak sambut puasa. Macam tahun-tahun lepas, budak batch kita akan buat reunion sambil berbuka puasa. Aku harap tahun ni kau dapat join. Yelah, sebelum2 ni kau asyik mengelat je kan. Kau teman aku ya tahun ni. Ok last…satu je aku nak cakap. Akuuuuuu sayang kau Dee. Sahabat aku yang paling comel! Assalammualaikum Dee.”

Aku:”Hewww!!!Betul-betul buang tabiat si Joe ni. Main sayang-sayang pulak. Tunggu la aku dah sihat nanti, kepala hang aku katok!!” Bebel aku sorang-sorang.
……………………………………………………………..
Tahun 2000
Throwback persahabatan aku dan Joe.

Kami merupakan rakan sekelas semasa berada tingkatan 4 dan 5. Jujur aku cakap. Aku memang benci gila dengan Joe ni. Dah lah muka ketat. Berlagak bagus. Dia antara budak nakal yang memang disenarai hitam oleh guru disiplin di sekolah kami. Kerja sekolah tak pernah nak siap. Kaki ponteng. Merambu sini sana dengan motor kapcai dia. Cuma, satu je yang aku puji sikap dia. Ya, memang dia nakal, suka mengacau budak-budak lain tapi tentang adab dengan guru serta orang yang lebih tua dia memang terpuji. Hal ini bukan aku je yang perasan, tetapi diakui sendiri oleh guru-guru lain. Kalau kena marah dengan cikgu, Joe tak pernah melawan apatah lagi tarik muka. Dia akan cepat-cepat minta maaf. Muka memang nampak redha tadah telinga dan montot je lah bila kena rotan.

Memandangkan peperiksaan SPM yang semakin hampir, Cikgu Lee dan Puan Masnira mencadangkan aku untuk mengulangkaji mata pelajaran Matematik, sejarah dan bahasa melayu bersama Joe. Allahhu. Bala..bala! Dalam ramai-ramai pelajar, kenapalah aku yang cikgu pilih untuk hadap malaun sorang ni. Dengan rasa terpaksa rela, aku turutkan jua walaupun hati aku berdendang berkata nehi kabi nehi!!

Proses mengulangkaji pelajaran bersama Joe bukannya enteng. Aku perlu ada kesabaran yang tinggi. Sepanjang tempoh itu, si Joe ni lebih memilih tidur berbanding belajar. Sakitnya hati aku! Sampailah satu saat aku dah tak boleh tahan dengan sikap dia, aku menangis. Masa ni lah buat pertama kali nya Joe melihat air mata aku mengalir.

“Dee,aku minta maaf. Kau jangan lah nangis. Aku ngaku,aku salah. Mulai saat ni, aku akan ikut kau belajar. Kau janganlah nangis lagi.”

Kesan dari kegigihan Joe mengulangkaji bersama aku, akhirnya membuahkan hasil. 3 subject yang dia gagal selama ni berjaya juga dia lulus walaupun cukup-cukup makan. Hehehe..boleh lah dari takda. Persahabatan kami tidak berakhir di sekolah semata-mata, tapi keakraban kami dibawa sehingga habis sesi persekolahan sampailah masing-masing dah pun berkerja. Setiap tahun Joe tak pernah miss datang beraya rumah aku. Dari rumah mak ayah aku sampailah ke rumah bujang. Tak malu betul! Semua gara-gara dia gilakan nasi ayam yang aku buat. Macam2 lah kau ni Joe! Bagi aku dia seorang sahabat yang baik. Selalu ada kalau aku minta tolong, tak pernah cengkelat. Joe ni jenis sempoi. Apa topik pun kau boleh masuk. Dia layankan aje! Itu sebab aku selesa berkawan dengan dia.
……………………………………………………………..
Tahun 2005

“Aduhh,Lemahnya badan ni.”

Keluh aku dalam hati. Masuk hari ni, sudah 5 hari demam aku masih tak kebah. Ubat pun dah habis makan. Entah kenapalah agaknya badan aku ni? Habis tangkap semua sendi-sendi. Lutut dan tulang belikat yang paling terkesan sakitnya. Aku bangun dari perbaringan. Niat dihati mahu mereneh sup herba. Mel yang belikan ramuannya di kedai sengsei semalam. Baru sahaja aku nak melangkah, tiba-tiba hp aku berbunyi. Dengan malas, Hp ku capai. Nama di screen aku tatap. Rizz??Apahal pulak mamat ni call?Nak ajak pegi reunion ke?Ermm….

Rizz:”Assalammualaikum Dee. Aku ni, Rizz. Sorry ganggu kau.”

Aku:” Wassalam. Ha Rizz..Tak ganggu pun. Ada apa kau call aku ni?”

Rizz:”Dee…aku kat PPUM ni. Aku nak sampaikan berita pada kau. Aku harap kau sabar ya.”

Aku:”Aikk…berita apa tu Rizz. Lain macam je aku dengar ni. Kau kat hospital lawat siapa?”

Rizz:”Aku…aku datang nak lawat Joe. Tapi.. aku tak sempat jumpa dia. Dee…Joe dah takda!”

Aku:”Hahhahaha…Weii, agak2 lah kalau nak prank aku pun! Ni mesti Joe yang suruh kan? Hampehh betul. Dari semalam aku call, dia tak pick up. Dia ada sebelah kau kan tu??”

Rizz:”Ya Allah Dee. Sumpah. Demi Allah Dee. Joe dah tak ada. Dia dah meninggal dunia pagi tadi.”

Allah!! Hp yang berada di genggaman terlepas jatuh ke lantai. Tanpa sedar, aku menggugu dalam tangisan. Hiba.

Malam hari…

Aku tiba di perkarangan rumah keluarga arwah Joe bersama Rizz. Dia mengambil aku di rumah kerana aku tidak betah untuk memandu sendirian. Allahu! Ramai sungguh tetamu yang hadir. Ada 2 buah khemah yang terpasang di halaman, penuh hingga tiada ruang kerusi yang kosong. Dalam rumah juga begitu. Penuh. Malah, ramai lagi yang berdiri di tepi-tepi jalan. Bacaan surah yassin memenuhi ruang legar. Kelibat kawan -kawan sekolah kami juga kelihatan. Mereka menegur aku dengan pandangan sayu. Ada juga yang menitipkan kata-kata semangat supaya aku bersabar. Jujur. Aku kurang memahami namun aku hanya diam dan membiarkan perlakuan mereka.

Jenazah arwah Joe hanya mampu aku lihat dari jauh. Niat untuk menatap wajahnya tidak kesampaian. Keadaan terlalu sesak. Usai tamat sesi pengebumian jenazah, aku pamit pulang di temani Rizz. Sepanjang perjalanan, aku banyak berdiam. Berita ini masih terlalu mengejut buat aku. Apa yang aku dapat tahu, arwah Joe sudah pun berada di hospital selama 2 minggu akibat jangkitan kuman di paru-paru. Kompilasi berlaku apabila beberapa lagi organ dalamannya tidak dapat berfungsi akibat jangkitan yang merebak terlalu drastik. Aku terkilan. sampai hati dia tak bagitau aku yang dia sakit. Arwah Joe pergi selang sehari sebelum umat islam ingin menyambut Ramadhan…

Raya Aidiladha…

Hari ini umat islam menyambut hari raya aidiladha. Aku ditemani Lina yang juga sahabat sekelas ke rumah keluarga arwah Joe. Niat dihati untuk menziarahi ibu dan pusara arwah. Setibanya kami dirumah arwah, kami disambut mesra oleh ibu dan kakaknya.

Entah kenapa, wajah ibu arwah kelihatan sedih apabila memandang aku. Airmatanya mengalir perlahan. Kemudian tubuhku diraih dalam pelukannya. Hiba. Ada tangisan kerinduan yang menyelubungi hati seorang ibu kepada anak bongsunya.

Ibu Joe:”Masuklah nak. Jemput duduk ya. Nanti Kak Mar buatkan air.”

Aku:” Baik makcik. Terima kasih. Makcik, apa khabar?”

Ibu Joe:”Alhamdulillah. Makcik sihat nak. Cuma sejak arwah Joe pergi, rumah ni jadi sunyi. Kami rindukan keletah dia yang suka sangat mengusik. Satu-satunya anak lelaki dalam rumah ni. Arwah Joe dulu paling rapat dengan arwah ayahnya. Tapi sayang, dia dah jadi anak yatim sejak usianya masih kecil lagi.”

Aku:”Saya faham makcik. Saya pun rindukan arwah.”

Kak Mar:”Jemput minum ya. Ibu, ini bukan ke kawan yang adik ceritakan dulu?”

Ibu Joe:”Ya Mar. Inilah dia.” Ibu arwah bangkit dari duduknya dan masuk ke dalam bilik. Berselang beberapa minit kemudian, Ibunya keluar membawa sebuah album gambar. Dia menyuakan album tersebut kepada aku. Aku mengambilnya. Album gambar tersebut aku buka perlahan. Helaian demi helaian aku selak. Aku terpempan. Lina yang berada disisi jua turut terdiam. Ada airmata yang bertakung di tubir matanya.

Ibu Joe:”Dulu arwah pernah cakap. Satu hari nanti dia akan bawa seseorang yang istimewa untuk dia kenalkan pada makcik. Kini, niatnya tercapai walaupun dia dah takda lagi dalam dunia ni. Akhirnya makcik dapat lihat wajah Dee didepan mata.”

Aku terkesima. Album tersebut penuh dengan gambar aku dari zaman sekolah hinggalah yang terkini. Allahhu!Joe…aku tak pernah tahu isi hati kau Joe. Maafkan aku.

Ramadhan 2017…

Tahun ini, genap 12 tahun kau pergi tinggalkan aku Joe. Tidak pernah sekalipun aku lupakan kau. Seorang sahabat yang sangat baik. Sering menyenangkan hati. Aku rindu senyuman kau. Aku rindu gelak tawa kau. Aku rindu usikan nakal kau. Sehingga detik ini, ada satu perkara yang buat aku sesali dan terkilan Joe .Niat kau untuk bertemu aku buat kali terakhir tak dapat aku penuhi. Namun, semuanya sudah tertulis sahabat. Aku redha. Al-fatihah buat sahabatku.

Allahyarham Azizul (Joe).
1984-2005
………………………………………………..

Sejujurnya, apabila sebut sahaja bulan Ramadhan pasti pelbagai memori akan terlayar di minda. Ada yang suka malah ada juga yang duka. Itulah lumrah untuk kita yang bergelar hamba Allah. Sepanjang bulan yang mulia ini, mari kita perbanyakkan amal ibadah dan guna detik ini dengan sebaik-baiknya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Kareem.

Wassalam,
CikEdot πŸ’‹
Penulis untuk entry2 dibawah;
1) Moyang
2) Moyang 2: Mak long & Nek jah
3) Moyang 3: Aku & Mereka
4) Allah kan ada!
5) Dendam Maria
6) Psycho Si Pencinta SOFEA
7) Gentayangan Wan Anum

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CikEdot

Leave a Reply

24 Comments on "#seramramadhan: Memori Ramadhan CikEdot!"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
White sakura

Sedih nya, Alfatihah untuk Joe !

Cikedot

T.kasih sahabat.

KangGary

sedih baca…. Alfatihah untuk arwah Joe

spm victim 2k17

apsal la sedih sgt cite ni. fuck ;_;
*sambil makan mentos & minum coke

babi kantoi lak x pose huhu cibai

-

try hard sangat kenapa la si bebal ni…

spm victim 2k17

diam la babi

JJ

attention seeker detected.

Iban Teenager

;( cinta teragung Dari Joe kpd edot.. Semoga ditempatkan disisi Allah..Amin..

Cikedot

Amin..t kasih.
Bila nak submit cerita terbaru ya?

Smile

Innalillahiwainnailaihirajiun…smoga roh joe ditmpatkan dklangan orgΒ² beriman…Al-fatihah

Cikedot

Amin allahumma amin.t kasih mendoakan.

Scully

Al Fatihah buat arwah. I feel you 😒

RepairMan

Hebat. Seolah-olah kisah ini benar-benar berlaku.

Cikedot

Ia rangkuman kisah benar sahabat….

Insan Biasa

Aku mula meragui kisah Cik Edot ni sama ada benar atau rekaan.Aku baca semua ceritanya dari Moyang lagi.Setahu aku,dlm cerita moyang,Cik Edot ni anak perempuan sulung,tapi kat cerita ni tetiba jadi bongsu lak.Aku akan start unfollow Cik Edot sbb semua cerita dia claimed kisah benar.Maaf Cik Edot..kamu dah kantoi

cik fluffy

mungkin cerita ni sblm adik dia lahir kot..hehehe

ania

Manakala mak aku (5 orang anak, 3 lelaki dan aku bongsu perempuan ketika itu sebelum kehadiran adik perempuan yang lahir berjarak 14 tahun dari aku).

Maksudnya di sini anak perempuan yang keluar dari rahim moyang ada 2 sahaja (nenek sedara aku dan arwah nenek aku). Kebetulan, nenek sedara dan maklong aku takda anak perempuan, kecuali mak aku yang ada anak perempuan ketika itu iaitu AKU……..

Ni potongan ayat dari cerita first, moyang.. tersalah baca.. biasa lah dah banyak cerita kan.. ada yg terkeliru..

Cikedot

Maaf sahabat…
Kisah ini terlakar smasa sy belum punya adik lagi.saya anak ke 4 dari 5 beradik.adik saya berjarak 14 tahun dengan saya.
Terpulang pada anda…utk mempercayai kisah yg saya lakarkan benar atau tidak.saya tidak pernah memaksa.saya berkongsi cerita dari pengalaman.

Apapun terima kasih kerana meluangkan masa utk membaca.

Aiman

Aku percaya semua cerita ko…

Alongz

Saya pun percaya kisah cik edot… sbb klu jarak 14 thun adik cik edot mungkin lahir pada 1998 or 1999.

AA

ikut kefahaman saya cikedot ni anak sulung perempuan. macam adek lelaki. orang selalu bahasakan dia sulung lelaki padahal saya anak sulung. maaf kalau salah.

Aku

Sedihnya. Arwh org yg baik. Semoga Allah tempatkan dia bersama org2 yg baik.

HK

Sedih pulak kisah Joe tu. Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman. Tapi part lawak si Ikmal tu still xboleh move on. Apesal la lawak sgt budak tu…

tanpanama

Nangis aku kat office baca ni..Allah..huhuh πŸ™

wpDiscuz