#seri – Buangan

Bismillahirrahmanirrahim. Nama aku Nurul, berumur 26 tahun dan masih single and available. Aku memang penggemar cerita-cerita seram dan FS merupakan satu medium untuk menghubungkan aku dengan cerita-cerita seram. Dalam aku duk baca kisah-kisah yang adakala seram dan adakala tidak daripada penulis FS, aku terasa macam nak share pengalaman bukan diri aku sendiri tapi pengalaman kakak aku. Circa kejadian berlaku dalam tahun 2007. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa duduk perkara yang sebetulnya, tapi adalah aku korek siki-sikit daripada family.

Kejadian terjadi di rumah keluarga terletak di Jalan Kemboja. Rumah teres dua tingkat ada 4 bilik tidur 3 bilik air. Jiran sebelah kanan suami isteri bangsa cina yang meniaga pasar malam. Mami aku selalulah suruh aku atau adik atau anak-anak saudara tolong beli cepit kuku la senduk la dengan Uncle sebelah. Ok, jiran sebelah kanan settled. Jiran sebelah kiri pulak ialah sebuah keluarga Melayu. Suaminya nama Cik Leman (bukan nama sebanar), isterinya nama Cik Ila (bukan nama sebanar) dan anak-anaknya. Memang seorang yang baik hati. Suka bagi kitorang makan. Cik Ila orang daripada pantai timur, jadi dia selalulah hulur sedulang nasi dagang lengkap dengan lauk ikan tongkol masak rendang kot sebab aku tak sure ikan tongkol tu dia masak apa. Sedappp! Ada jugak dia bagi kuih tradisi Terengganu ulat bulu namanya berwarna-warni. Ok, jiran belah kiri settled!

Jodoh kami dengan Cik Ila dan keluarga tak lama bila Cik Ila berpindah ke tempat lain. Jadi rumah sebelah tu dibiarkan kosong. Masa tu gangguan dah mula terjadi kat ahli keluarga especially Kakak aku. Kakak kadang-kadang terdengar bunyi orang bercakap-cakap tengah malam dan bunyi perabot dialih-alihkan. Bila Kakak keluar bilik dan jenguk melalui tangga, tak ada apa-apa pun. Kakak pernah mengadu dengan Mami yang dia ada bermimpi didatangi seorang wanita berambut paras bahu, tubuh agak gempal nak mintak tumpang bilik belakang which is bilik bawah yang dekat dapur tu. Kakak tak benarkan, tapi wanita tu terus meluru masuk dan duduk dalam bilik belakang tu. Mami ada juga rasa tak sedap hati tapi sebagai orang Islam kita tak boleh lah percaya atau takutkan mimpi. Apa yang mampu dilakukan berdoa supaya tak ada apa-apa benda buruk terjadi. Tahun tu jugak Ayah kena serangan strok yang mild, Abang kena suspect denggi berdarah. Tapi dalam seminggu doktor cakap denggi Abang dah ok dan Abang dibenarkan discharged. Mami dan Ayah bercadang nak panggil Hj Borhan (besan pakcik a.k.a adik Ayah) untuk buatkan air pemulih semangat untuk Abang memandangkan Abang baru baik sakit.

Malam yang ditetapkan Hj Borhan datang sekali dengan pakcik aku dan keluarganya. Ikatan kekeluargaan family aku ni agak kuat jugak. Mungkin juga sebab Ayah aku ni jenis yang kalau dengar orang sakit laju je dia nak melawat. Tapi kalau tak sakit pun dia rajin je angkut aku dengan adik pergi rumah pakcik dan makcik. Saja melawat. Jadi malam tu, Hj Borhan pun mulakan proses buat air pemulih semangat untuk Abang. Biasalah buat air macam tu mesti la air mineral akan dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dengan doa semoga hikmat al-Quran itu mampu menyembuhkan penyakit zahir mahupun batin pesakit.

Buat air pemulih semangat untuk Abang done! Kakak pun datang untuk hidang air. Kakak ceritakan balik apa yang dia rasa time dia tengah nak hidang air. Time tu dia kata jantung dia rasa berdebar-debar. Berdegup kencang lain macam. Tapi dia masih boleh kawal lagi. Bila Hj Borhan dah nak balik, melangkah pintu rumah, Kakak pun bersuara :-

‘Ddd… dah balik ke?’ merujuk kepada Hj Borhan yang dah nak sarung selipar nak balik rumah. Fuhh! Kakak aku kata time ni dia rasa geli hati sangat. Macam nak gelak je kesukaan. Mungkin suka sebab Hj Borhan balik dan dia terlepas kot.

Lepas nampak Kakak gelak-gelak suka hati, Ayah panggil Hj Borhan masuk balik. Dan bermulalah sesi pengubatan Hj Borhan ke atas Kakak. Kepala Kakak dipegang, mulut Hj Borhan terkumat kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk menghalau syaitan yang tiba-tiba merasuk Kakak. Pelik, Abang yang sakit tapi dia pulak yang kerasukan. Air bacaan ayat-ayat suci al-Quran tadi digunakan Hj Borhan untuk direnjis kepada Kakak. Kakak apa lagi meraung la kesakitan. Menjerit melolong sebab tak tahan dengan berkat kehebatan air bacaan al-Quran tu. Beberapa lama bergelut dengan syaitan tu, Hj Borhan seolah-olah menarik keluar sesuatu daripada kepala Kakak. Time ni Kakak cakap dia macam rasa sesuatu betul-betul keluar daripada badan dia. Alhamdulillah, Kakak kembali sedar. Syaitan tu pun dah lari kejap tak tahan sakit agaknya.

Lepas sure Kakak dalam keadaan ok, Hj Borhan pun mintak diri untuk balik. Kali ni Hj Borhan betul-betul balik. Waktu pun time tu dah larut malam dalam sepuluh lebih mungkin. Jadi dekat rumah tu tinggal kami anak-beranak dan keluarga pakcik yang datang saing Hj Borhan. Beberapa minit lepas Hj Borhan balik, makcik aku yang aku selalu panggil Bibik pun sampai. Dia mai selain nak tengok Abang sakit, dia nak tengok Kakak sekali sebab masa Kakak kerasukan kali pertama, Ayah ada call dia untuk makluman. Dia datang dengan suaminya yang bernama Karim (bukan nama sebenar). Sangkanya Kakak dah fully ok tapi ternyata syaitan itu memang licik dan pandai menipu. Kakak tiba-tiba bertanyakan Bibik satu soalan yang membuatkan Ayah aku dan yang lain-lain rasa lain macam.

“Baca apa tadi?” sambil tersengih geli hati. Kakak ketawa macam kesukaan. Dan ketawa tu perlahan-lahan berubah menjadi ngilaian. Fuhh. Dan Bibik pun berterus terang yang masa dia otw nak ke rumah kami, dia ada baca ayat-ayat pendinding daripada al-Quran. Semua orang dah panik. Ayah nekad call semula Hj Borhan untuk berpatah balik sebab Kakak kerasukan sekali lagi dan setakat ni Hj Borhan je yang boleh membantu. Tpi Hj Borhan tak dapat nak patah balik sebab dia pun ada temujanji untuk mengubat orang lain. Inisiatif lain, Bibik pun call jiran dia yang berkebolehan untuk mengubat penyakit macam ni. Sementara tunggu jiran Bibik sampai, Abang sempat marahkan kakak yang bertanya macam tu dengan Bibik. Kakak tak menjawab tapi dia makin kuat mengilai. Jiran Bibik pun sampai. Malam tu rumah aku memang meriah lain macam. Meriah sebab benda tu. Jiran Bibik tu aku gelarkan Hj Zain (bukan nama sebenar).

“Kenapa panggil dia?!” sambil dah mula lah nak menangis bagai. Tadi bukan main elok ya ngila-ngilai sekarang nak nangis pulak. Layannn.

Lepas tu macam biasalah apa yang dilakukan Hj Borhan dilakukan semula Hj Zain dengan membaca ayat-ayat al-Quran untuk melawan syaitan yang dah menguasai badan Kakak. Tu yang kadang-kadang dia mengilai kadang-kadang dia menangis. Dan kadang-kadang Kakak akan melembutkan jari jemarinya seolah-olah nak joget tarian mak yong. Atau mungkin tarian tradisional yang lain. Tapi tangan dia akan dia unjurkan ke depan sebijik macam nak menari. Bila diberi kain kepada Kakak, dia seolah-olah macam nak menari sama dengan selendang tu. Rambut dia yang masa tu tak lah panjang, disisirnya. Rambutnya pun berkali-kali dia bukak ikatan dan ikat semula. Lepas ikat tu, Kakak akan merapikan rambut dengan tangan sambil start nak joget balik.

Hj Zain suruh keluar, dia taknak keluar. Kena dengan lada hitam, mengongoi nangis janji nak keluar sebab tak tahan sakit. Tapi eh ada lagi. Syaitan kan madah menipu je. Bila ditanya jenis syaitan apakah dia tu? Dia diam je tak layan. Tersenyum-senyum. Bila kami secara berseloroh meneka ‘Pontianak ya?’. Guess what? Dia terus mengilai derrrr. Perghhh! Ada jugak yang bercakap ‘Kau mesti tak cantik, dah tua bongkok kan?’ Benda tu marah sambil berkata ‘Aku cantiklah’ diikuti hilaian. Sempat jugak Bibik berseloroh bertanya siapa gerangan suaminya sambil menunjuk ke arah suaminya. Benda tu dengan pelat pelat terus jawab ‘Kk kk karim’ sambil senyum meleret. Creepy gilaaa! Dan bila Hj. Zain tanya ‘Kau datang dari mana?’. Kakak aku dengan jari dia yang tiba-tiba lembut tu dalam pergerakan macam nak menari menunjuk ke arah rumah sebelah kiri which is rumah Cik Ila. Ok time ni tengah meremang bulu roma!

Alhamdulillah, syaitan tu keluar daripada badan Kakak. Pergh, satu malam dua orang datang mengubat Kakak. Setelah semua orang dah pulang, kami anak beranak decide untuk tidur ramai-ramai dekat hall. Kakak baring dekat sofa di ruang tamu ditemani Mami. Waktu tu dah pukul 3 pagi gitu. Diceritakan sendiri oleh Kakak, dalam dia nak tidur tu terpandang tangga rumah kami lalu seolah-olah pandangannya itu mampu menembusi rumah sebelah terus ke bilik belakang rumah sebelah. Dalam bilik belakang tu, Kakak seolah-olah terlihat seorang wanita yang sedang mengongoi-ngongoi nangis sambil menunjukkan kedua-dua belah tangannya yang luka seperti d*****r-k***r. Mungkin syaitan yang tadi dah direnjis dengan air bacaan al-Quran itu sengaja memberitahu Kakak bahawa tangannya terluka kerana air suci itu. Kakak tak cakap banyak terus panggil Mami yang tidur di bawah sofa. Mami terus mengingatkan Kakak supaya beristighfar supaya diri tak terbuai dan sekali lagi menjemput syaitan itu menguasai fizikalnya. Alhamdulillah, gangguan berkahir pada hari tu.

Beberapa hari lepas Kakak sembuh, Kakak bercerita dia ada bermimpi didatangi benda yang sama yang kata nak menumpang tu. Tapi kali ni dia datang kononnya nak memberikan bantuan. Sebab time tu kakak ada mengalami masalah kewangan. Benda tu datang kononnya dia mampu menolong Kakak melalui cara tikam nombor ekor. Dia suruh Kakak ambil nombor yang dia nak bagi tapi Kakak sekali lagi menolak. Dalam mimpi tersebut, benda tu bagi bayangan gambar seorang anak dara dan di sampingnya ada seorang kanak-kanak lelaki. (time tulis ni pun sekali lagi goosebumps ea). Kakak masih menolak pertolongan benda alah tu. Aku pun tak sure apa makna bayangan anak dara di samping kanak-kanak lelaki seperti yang Kakak mimpikan tu. Wallahualam. Mami pun bila ingat-ingat balik dia teringat ada ternampak resit belian nombor ekor di tong sampah rumah Cik Ila. Tong sampah rumah kami diletakkan dibelakang rumah, jadi kalau Mami kemas-kemas belakang time tulah dia ternampak.

Kakak tak terus baik lepas diubatkan Hj Zain pun. Malah ada lagi terjadi beberapa siri gangguan yang dialami Kakak. Satu persatu benda tu datang nak berkawan dengan dia. Agaknya orang yang sekali terkena ni dia ada aura yang tersendiri yang menarik benda-benda tu berdamping dengan dia. Melalui gangguan yang pertama ni lah menjurus kepada gangguan-gangguan yang lain. Gangguan di rumah baru, gangguan gambar kahwin kakak dan saka. Kalau berkesempatan in sha Allah akan aku kongsikan untuk bacaan pembaca-pembaca FS. Sekian, terima kasih. Maaf jika penulisan aku caca marba dan agak panjang. Wassalam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 thoughts on “#seri – Buangan”

    • Hi! Sy pun tk pasti. Sebabnya jin dan syaitan ni ada mcm mcm muslihat nak tengok orng bergaduh kan. Tapi pendapat sy mungkin ya. Atau mingkin tidak. Wallahualam. Terima kasih sudi baca! 🙂

      Reply
  1. woooohoo family aku org kelantan.. family tau.. aku tak bapa kelantan sgt sebab besa kat selangor.. tapi setahu aku la makcik aku mak tiri aku ayah aku tak penah pandai masak rendang n tak penah jumpa rendang kat kelantan.. n ikan tongkol tu selalu dimasak gulai.. org kelantan panggil gulai daghak.. rasa ala2 rendang+masak lemak gitu.. sekian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.