Sesat

Pernah tak korang rasa macam diikut oleh seseorang? Berjalan macam ada footsteps lain yang follow dari belakang? Tengok cermin macam ada benda lain yang tengah tengok kita? Bercakap dengan orang tapi bukan orang yang sebenar? Pernah tak?

Haa, begini cerita nya. Dua tahun lepas, aku dan kakak aku menyewa di sebuah rumah dua tingkat. Kira kira RM800+ sebulan macam tu lah bayaran sewa termasuk bil. Masa tu kakak aku berkhidmat di hospital berdekatan dengan rumah sewa kami. Manakala aku pulak masih menganggur. Masa ni aku masih tekun menghantar resume dalam masa yang sama masih tekun untuk menikmati alam habis belajar. Hahaha. Okay, nak dijadikan cerita, sebulan selepas kami pindah memang tak ada apa apa yang jadi. Dah boleh dikatakan home sweet home.

Tapi kejadian selepas kakak aku ‘bawak’ balik benda tu dah menjadikan rumah tu tak sweet lagi dah. Macam ni, satu hari ni kakak aku kena shift malam tapi dia balik awal sebab tak sedap badan. Before dia balik tu dia ada uruskan seorang patient ni. Aku namakan patient ni, Sarah. Seorang wanita berusia lingkungan 30an.

Masa on the way balik ni kakak aku cakap kereta dia rasa berat. Tapi dia tak lah tegur. Dah sampai rumah baru dia habaq kat aku tentang kereta dia berat semacam. Aku buatlah lawak cakap, “badan hang dah macam tong gas mana tak berat, lah ni kalau hang makan makan makan sat gi kereta hang tak jalan jalan terus, padan muka hang.” Kakak aku marah lah tapi tak cakap apa apa lagi dah lepas tu. Malam tu dah start benda pelek jadi kat rumah kami. Kakak aku tidur bilik first tepi tangga tingkat atas. Aku pulak bilik hujung tingkat atas. Ada dua bilik je tingkat atas tu tapi ruangnya besar, kami jadikan tempat tu tempat melepak. So, jarang la kami nak duduk tingkat bawah. Nak dijadikan cerita, malam tu, lepas kakak aku masuk bilik nak berehat, aku tinggal sorang kat ruang lepak kat atas tu. Tiba tiba bulu roma aku menegak. Rasa macam ada orang perhatikan aku dari tangga. Masa tu aku duduk membelakangi tangga. Aku dah cuak dah masa ni. Dalam hati dah baca ayat ayat suci lepas tu dengan lembut aku cakap, “aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku, pi la main jauh jauh.” Sebab aku dah dapat rasa memang ada benda lain yang ikut kakak aku balik. Lepas je aku cakap tu, terus suasana kat ruang lepak tu kembali pada asal. Tenang.

Aku sangka, selepas tu takda benda lain lagi jadi. Tak ku sangka rupa rupanya, aku dah beri keizinan untuk dia ganggu kami. Malam tu, sebelum tidur aku pergi bersihkan diri. Masa tengah layan memerhati kecantikan diri kurnian Allah di cermin, aku rasa macam ada orang memerhati aku dekat tempat shower. Aku toleh belakang tapi takda apa apa. Lepas tu aku keluar lah macam biasa pergi tidur. The next day, awal pagi kakak aku ketuk pintu bilik aku. Dia ajak aku breakfast sekali. Masa tengah breakfast tu, dia tanya aku. “Rien, hang buat apa malam malam mai bilik akak?” Terkedu pulak aku tatkala diaju soalan begitu. “Kami sedap sedap tidoq kat bilik pasai pa pulak kami nak mai bilik hang?” Masa tu muka kakak aku dah pucat. Katanya, jam 1 pagi dia tersedar sebab dia dengar ada orang masuk bilik dia. Terpisat pisat jugak la dia masa tu. Dia kata dia tengok aku masuk bilik dia dah tu duduk kat lantai tengok apa entah dia tak pasti. Kakak aku kata dia ada tanya ‘aku’ buat apa mai bilik dia tengah malam ini, ‘aku’ pulak jawap nak cari barang. Lepas tu kakak aku buat tak tahu je lah dan sambung tidur dia balik.

Masa aku dengar dia cerita ini memang dah meremang bulu roma la. Tapi aku tak ceritakan tentang aku diperhati tu. Aku tak nak takutkan kakak aku. Memang masa ini aku dah agak ada benda yang ikut kakak aku balik malam semalam. Gangguan tidak berhenti pada malam itu. Keesokkan harinya, benda ini jadi aggressive. Lepas isya’, aku dengan kakak aku macam biasa lepak kat tingkat atas. Tengah kami sembang tu, kami dikejutkan dengan bunyi tapak mangkuk pecah. Dan bunyi tersebut datang dari rumah kami. Punya lah laju kami berlari ke bawah tengok dapur bersih je. Tak ada apa yang mencurigakan. Masa tengah stunned tengok tengok dapur tu tetiba pintu bilik stor kat dapur tu diketuk dari dalam sebanyak 3 kali. Bilik stor ni memang kami kunci dari first masuk. Sebab kami cuma letak barang barang tak dipakai serta tin yang nak di recycle. Terkejut sampai terketar ketar rasa lutut bila dengar bunyi ketukan tu. Aku pandang kakak, kakak pandang aku.

Langkah paling bijak kakak aku pernah buat dalam seumur hidup dia adalah, dia ketuk balik pintu bilik stor itu. Apa yang jadi selepas tu membuatkan aku benci kakak aku. Mana tak nya, selepas kakak aku yang cerdik tu ketuk pintu tu, serentak pintu depan, pintu stor, pintu bilik kat tingkat atas dan pintu belakang diketuk dengan kuat diikuti bunyi ketawa yang menggilai. Dalam kekalutan dan ketakutan malam tu, aku sempat cakap kat kakak aku, “aku benci hang.”

Pantas kaki aku lari kat tingkat atas mencapai phone dan memainkan ayat ayat suci al-Quran. Dengan keberanian yang dipinjamkan oleh Allah SWT malam itu, aku mengalunkan ayat Qursi di setiap penjuru rumah manakala kakak aku, ku paksa untuk melaungkan azan walaupun tidak tertib sebab dia dah freak out habis masa itu. Selepas beberapa minit usai membaca ayat ayat suci, gangguan tersebut berhenti. Malam tu, aku tidur dengan kakak aku. Walaupun benci, memang aku tak nak keseorangan malam tu.

Saat aku fikir gangguan sudah reda. Rupanya, itu hanyalah salam perkenalan dari mereka. Keesokan pagi, kakak aku kejutkan aku dan bawak aku pergi jogging. Katanya nak hirup udara segar. Tengah jogging tu, dia ajukan aku soalan. “Rien. Aku nak tanya hang satu soalan. Hang kena jujur dengan aku.” Dengan penuh serious muka dia tanya aku masa tu. Kecut jugak perut aku masa tu. Aku anggukkan kepala. “‘Hang buat pa main seremban pukoi 3 pagi malam semalam? Hang tak takut ka lepas apa jadi kat kita semalam? Boleh pulak hang pi main seremban ketawa sakan.” Dia marah aku.

“Kak. Kami tak reti kak nak main seremban. Akak pun tau kan.” Aku nafikan. Memang lah. Dari dulu sampai sekarang. Tangan aku keras. Tak pandai lah main main batu seremban. Siapa pulak yang main seremban ni? Lepas kejadian ni, kakak aku tutup mulut. Dia tak berani nak kata apa apa. Dan masa ni kami dah start cari ustaz mana yang boleh tolong kami.

Kemuncak gangguan yang kami alami ialah malam kakak aku kerja shift malam, tinggal aku sorang sorang kat rumah puaka ni. Masa tu aku tertidur time maghrib (memang salah aku la), dah tu masa aku tersedar aku dengar orang bisik. “Psst….psst….” terus bulu roma aku menegak. Pasai pa lah kakak aku kerja shift malam hari ni. Aku telan air liur, dan capai phone. Ku gagahkan diri untuk memainkan ayat ayat suci.

“Kau fikir aku takut eh? Hihihihihi.” Sumpah masa ni memang d***h aku dah berderau. Aku kuatkan semangat berzikir dan beristifar banyak banyak. Takut memang takut tapi aku lebih takutkan Allah masa ni. Lepas aku buat tak tahu je benda tu blah. Tapi tak lama. Lepas tu, dia menyamar jadi kakak aku pulak. Aku dengar bunyi enjin kereta dimatikan di laman rumah. So, aku ingat kakak aku balik awal la haritu. Lepas tu, lamak jugak kakak aku ambil masa nak masuk rumah. Disebabkan musykil dan takut aku pun pergi bukakan pintu untuk kakak aku. Yang membuatkan aku terkejut ialah, kakak aku tenung je pintu rumah. Dia tak bukak pun pintu rumah. Muka dia pucat semacam. Aku pun tegur la, “hang sakit lagi ka ni kak?” Dia ignore aku lepas tu masuk bilik. Pelek. Aku pun buat tak tahu lah mungkin demam kot. Petang tu, aku masakkan nasi bubur considering kakak aku tu sakit. Lepas habis masak tu aku panggil kakak aku turun makan. Betapa terkejutnya aku tengok kakak aku turun tangga MERANGKAK! Ya Allah. Dah macam hantu ju-on! Dalam terkejut tu aku baca ayat qursi lepas tu berlari keluar rumah. Tahap keberanian aku memang level 0.

Lepas tu…

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Arien

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

29 thoughts on “Sesat”

  1. Lepas tu…????

    Lepas tu mmg hakak hangeeennn jeeerrr dik…
    Mmg spoil sungguh2 ler weeiii…
    Kekejaman melanda di saat tahap saspen akk memuncak…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.