Firstly, thank you kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah aku. Dah banyak kisah yang aku hantar. Ada yang dah di post ada yang mungkin dalam proses lagi. Ni cerita aku yang selanjutnya. Aku memang banyak pengalaman kisah seram dari kecik, sampailah aku dah besar. Tanpa buang masa, aku nak bercerita pengalaman aku, kali pertama berkunjung ke Kellie’s Castle atau dalam bahasa melayu dipanggil Istana Kellie, yang terletak di Perak.
Aku memang suka pergi pergi tempat yang orang kata seram. Salah 1 nya Kellie’s Castle ni. Kebetulan aku dan kawan aku Azie lalu depan bangunan ni. Sebenarnya kami dah terlepas jalan. Tapi bila aku nampak signboard, bangunan yang catik atas bukit tu, Kellie’s Castle, aku suruh Azie patah balik, untuk berkunjung ke situ. Sebab aku teruja nak pergi ke situ.
Turun je kereta, kami terus beli tiket untuk masuk ke dalam kawasan Kellie’s Castle. Kena lalui jambatan batu, yang bawahnya mengalir air sungai untuk naik ke istana tu. Then, kita akan berjalan untuk naik ke atas. Masa naik ke atas akan jumpa sebatang pokok yang bentuknya seperti beruang di situ ada sejarah pokok tu lah. Boleh baca di sana. Lepas dari pokok tu, berjalan naik ke istana. Sebelum masuk ke istana tu, aku ada cakap sesuatu, mungkin sebab masa tu aku excited sampai ke tempat yang aku teringin nak pergi. Aku cakap macam ni “Hi awak yang ada kat sini, saya datang nak melawat awak kat sini”.
Ok, kami pun masuk ke dalam istana. Dalam tu banyak bilik. Macam2 bilik ada. Dari atas sampai ke bawah kami jalan dalam bangunan tu. Sambil baca sejarah yang ada di dinding. Setiap bilik yang aku dengan Azie kunjung. Kami ambil gambar. Ada 1 bilik ni. Terletak di tingkat bawah. Bilik tu digunakan untuk simpan selimut, cadar yang seangkatan macam tu la. Bilik tu gelap. Cahaya luar dari pintu sahaja yang menerangkan bilik tu. Itu pun samar. Tetiba Azie ajak aku cepat2 keluar dari billik tu. Aku dah tau dah, Azie tu mesti nampak sesuatu la tu dalam bilik tu. Sebelum kami keluar dari bilik tu, aku suruh Azie ambil gambar aku 2 kali dalam bilik tu. Terus kami keluar dari bilik tu menuju ke bilik lain pulak. Semasa nak menuju ke bilik lain. Sambil berjalan aku tengok gambar yang Azie tangkap tadi.
Ada yang tak kena dalam gambar aku. Kenapa muka aku jadi lain??? Aku tunjuk Azie gambar tu, sambil tanya kat dia, “kau nampak tak, apa yang aku nampak? Ni bukan muka aku ni”. Rupa yang dalam gambar Azie tangkap tu menyeramkan macam hantu. Kadang tu nampak macam cikpon pun ada. Disebabkan seram tengok gambar aku sendiri macam tu, aku buang 1 gambar. Gambar lagi 1 aku simpan, sebab gambar lagi 1 tu, memang muka aku.
Kami terus berjalan dalam kawasan istana tu, sambil ambil gambar setiap sudut. Kat belakang bangunan tu, ada tapak istana lama yang terbengkalai. Kat situ aku ambil gambar kawasan je.
Puas pusing berjalan dalam bangunan tu, masanya untuk kami balik untuk teruskan perjalanan ke Johor. Masa tu hari raya kedua. Kami beraya di Kedah, singgah di Perak rumah, kemudian terus balik ke Johor.
Sampai Johor pagi, dalam pukul 4 lebih. Azie hantar aku balik ke rumah aku, kemudian dia terus balik ke rumah dia. Rumah kami dekat kawasan yang sama. Sampai rumah, memang rumah sunyi la. Family semua kat kampung. Terus aku masuk bilik, cari baju tidur, cari towel nak mandi la konon. Tetiba telefon berbunyi. Azie yang call rupanya.
“Piza, aku baru nak tak terlelap, tetiba aku di bawa masuk ke alam dia”. Aku tanya balik, “alam apa pulak kau ni?” Azie cakap “aku masuk alam Kellies’s Castle yang lama dulu, aku nampak 1 family inggeris, pakaian bangsawan dulu2. Ada seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, isteri, suami. Lepas tu aku nampak diaorang ni semua m**i kena b***h, ada seorang lelaki kulit hitam macam india, pegang sabit kejar diaorang ni semua, b***h diaorang satu persatu. Lelaki ni jahat. Lelaki ni b***h semua orang yang ada kat dalam rumah tu. Ada mayat dia letak kat bawah jambatan yang kita lalu tu, bawah tu ada terowong bawah tanah. Ada mayat dia sorokan kat bawah terowong bawah tanah rumah tu.. Kesian aku tengok anak dia yang perempuan tu, dalam umur lingkungan 6 tahun, menjerit ketakutan, lari kena kejar, budak tu pun m**i kena b***h. Oklah, aku nak sambung tidur”
Yang aku dah rasa semacam masa Azie cerita kat aku, dah seram sejuk sorang2 kat rumah. Sebelum Azie letak phone, aku sempat cakap dengan Azie, ” kau datang la kat sini beb, temankan aku. Dahla aku sorang2 ni. Seram pulak aku dengar. Terus Azie cakap dah nak pagi, takde apalah. Habis cakap dengan Azie, nak mandi pun aku tak jadi, azan subuh bunyi, aku pun tertidur.
Beberapa hari kemudian, dah naik kerja, kat opis aku tengok semula, gambar yang aku ambil di Kellie’s Castle guna PC. Baru puas hati tengok gambar, sebab screen besar. Belek punya belek gambar, ada dalam 3 gambar aku zoom tengok banyak kali. Sebab ada entiti kat gambar tu. Aku tak puas hati, Aku panggil Azie tengok, panggil kawan2 yang lain tengok, nampak tak entiti yang menumpang dalam gambar tu? Diorang semua nampak. Azie bisik kat aku, inilah orang yang aku nampak yang dia bawa aku masuk sana.
Korang tau yang aku nampak di gambar tu?? Ada entiti wanita inggeris dewasa (isteri) memakai baju gaun bangsawan dulu2 berdiri kat tangga istana roboh kat bahagian belakang tu. Ada entiti budak lelaki dengan budak perempuan, masing2 berpakaian inggeris, ibunya ditengah2 diapit oleh anak. Lagi 1 gambar dalam lift istana kat belakang yang terbengkalai tu, entiti lelaki hitam berkepala botak pegang sabit di tangan.
Aku dengan Azie terkejut tengok entiti yang ada dalam gambar tu. Yang Azie pulak, membebel kat aku, cakap mulut aku ni cabul sangat nak melawat diaorang. Betul2 diaorang tunjukan keberadaan diaorang di situ. Ohhhh lupa nak bagitau, kat dalam bilik yang gambar aku bertukar jadi hantu tu, kan Azie ajak aku cepat2 keluar dari bilik tu kan? Rupanya Azie nampak budak perempuan inggeris dalam ketakutan menyorok kat situ. Tu je la kisah aku dengan kawan aku. Dari Piza, semoga korang yang belum pergi ke sana, dapatlah korang pergi ke sana berjalan, ambil gambar di tingkat paling atas sekali. Pemandangan memang cantik di sana. Jumpa lagi dengan kisah yang lain. Selamat membaca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dah pergi, tapi tak masuk. Kami lepak je kat cafe bawah tu. Hati jadi macam tak sedap, dan ada yang membisikkan, “tak perlu pergi ke sesuatu yang tak pasti”. End up, anak beranak duduk makan ice cream kat cafe, makan hot dog bagi menternak lemak.
tak payah lah bawak anak2 ke situ, taku nanti benda tu kacau anak2 pulak.
cam sedap je makan ice cream..hehe
karut!!! tu semua mainan setan. family tu mana ada m**i kena b***h. ayah dia m**i sebab sakit. mak anak anak balik ke tanah asal dorang. orang india situ baik2 dgn family tu coz ayah dia suka bantu dorang. korang tak baca sejarah and tak tengok dokumentari ni… yg kawan awak tu mengarut je bley dibawa ke alam lain itu ini, if ya pun boleh, dia pasti dibawa ke alam setan.
is up to u
aduh mana sati betul ni
Picture or it didnt happen
Hai, I memang da pernah pergi Kellies Castle ni and salah satu gambar kitorang pon mmg ada entiti yg menumpang . Seorang lelaki, tp xjelas sb gmbar jauh. Yang pasti memang meremang masa jalan2 kat situ. Setiap pelusuk yang ad kitorang masuk. Alhamdulillah xdikacau.
mana gambar tu?
Huu seram
seram…cam menarik je tempat ni…teringin gak nak pergi
sy baru2 ni pergi ziarah cousin di UTP jd kebetulan lalu dpn castle, mmg cantik so ada psg niat nk ziarah nanti dgn fmly, tp mlm tgh tido sy mimpi ada yg kasi tau tak perlu prgi psl ada penunggu dkt sn tu yg sy google nk tau story, tp mmg btl la kot tmpt keras slamat tak pergi dgn ank2.
Ya allah…ya allah…ya allah…takut gila lepas baca😫x tido malm aku rasa harini..memang pernah dengar tentang istana kellies ni..tupun dalm tv😅..tapi x delah takut mcm ni..eishhh..dh x berani dh nk tengok gambar2 bangunan creepy mcm ni💀
Bunyi cerita macam dah betul. Tapi mana gambarnya? Sama tak macam gambar entiti kat situ yg ada satu wedding photographer post tu?
p/s Nak tgk gambar tu boleh pi https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-malaysia-berhantu/
Gambar mana gambar, x dak gambar ini semua sembang kedai kopi