Setia Ke Hujung Nyawa

Assalamualaikum w.b.t. pembaca setia FS sekalian. Terima kasih kepada admin FS kerana approved cerita ni. Semoga para pembaca enjoy kisah ni dan ambil pengajaran atau nilai-nilai murni dari kisah ni.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Mira yang sedang mengandung tiga bulan sangat resah dan tidak sedap hati kerana suaminya, Asrul masih belum pulang dari friendly futsal dengan kawan-kawannya.

Mira merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, jarang sekali Asrul keluar bersama kawan-kawannya, apatah lagi melepak sampai ke pagi. Sebab terlalu sayang dekat isterinya, yang dari pagi sampai ke petang berseorangan di rumah. Bila dia pulang dari kerja sudah tentulah tanggungjawabnya sebagai suami perlu dilakukan; teman Mira di rumah, menonton tv sama-sama, bersembang gelak ketawa, keluar shopping dan sebagainya.

“Ringggg!!!” Telefon rumah berdering. Mira yang sedang risau akan Asrul cepat-cepat mendapatkan telefon. Asrul berada di talian. “Hello sayang, abang balik lambat sikit malam ni, jam teruk kat highway, ada accident. Sayang tidur la dulu, jangan tunggu abang ye. Jaga baby elok-elok. I love you sayang.” Belum sempat Mira menjawab, Asrul putuskan panggilan. “Apa pun abang okey. Alhamdulillah”, kata Mira walaupun hatinya masih berdebar.

Mira masih tidak mengantuk. Tiada rancangan menarik malam tu. Lalu dibukanya saluran berita. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Siaran berita di tv terganggu. “Hmm. Biasalah, bila hujan terus takde siaran. Bayar punya lah mahal”, rungut Mira. Dia pun memadamkan tv di ruang tamu, menutup semua lampu dan masuk ke dalam biliknya. Dia membelek handphonenya, sambil membaca mesej-mesej sweet dari suaminya dan scroll gambar-gambar mereka berdua. “Ya Allah, terima kasih kerana hadirkan suami yang membawa kebahagiaan kepadaku. Tak dapat aku gambarkan kalau suamiku tiada di sisiku lagi, apatah lagi jika dia tiada di dunia ini lagi”, doa Mira sambil menitiskan air mata. Entah kenapa terucap doa seperti itu dari mulut Mira. Tanpa dia sedar dia terlena.

“Mira, buka pintu ni sayang!” Terdengar sayup suara Asrul di pintu sambil loceng ditekan berkali-kali. Mira yang lena dibuai mimpi tersedar dan terus menekan suis lampu. Dia cepat-cepat mendapatkan pintu dan membukanya. Rupanya Asrul baru pulang. Senyuman di bibir Asrul membuatkan Mira berasa sangat lega dan rasa berdebar tadi terus hilang. “Abang tak bawa kunci ke? Lambatnya abang balik?” tanya Mira sambil melihat jam yang menunjukkan pukul 1.05 pagi. Asrul tersenyum sahaja. Dia merenung Mira seolah-olah dah lama tak berjumpa.

“Abang dah makan? Abang lapar tak? Nak Mira buat apa-apa untuk abang?”, tanya Mira. “Abang lapar sangat, sayang. Mira masak apa tadi? Sediakan abang Milo panas sekali”, jawab Asrul. Tanpa melengahkan masa Mira panaskan lauk dan masak air. Lauk kegemaran Asrul, sambal udang petai dan ulam pegaga dihidang. Asrul menikmati makanan dengan berselera sekali. Ditambahnya nasi dua kali sampai habis lauk di periuk. “Wah abang, sedap sangat ke Mira masak sampai licin pinggan dan periuk? Hehe”, seloroh Mira.

“Mestilah sedap, isteri siapa yang masak? Isteri abang jugak. Inilah isteri abang dunia akhirat. Sampai m**i pun abang takkan ganti yang lain”, puji Asrul sambil menghirup Milo panas. Selesai makan dan minum, Asrul mencuci pinggan dan cawannya sendiri. “Sayang pergilah tidur, biar abang kemas meja. Kejap lagi abang nak keluar sekejap nak ambil kunci rumah tertinggal dalam kereta.” Mira pun mengangguk sambil salam Asrul. Asrul mengucup pipi Mira sambil mengucapkan ‘I love you’. Mira yang mengantuk terus mendapatkan bantal. Tanpa disedari dia terus lena.

“Ringggggg!!!!” telefon rumah berbunyi. Mira yang separuh sedar terus mendapatkan telefon. “Mira, mira! Ni mak” terdengar suara ibu mertuanya. “Asrul….” belum sempat ibu mertuanya habiskan ayat, Mira memanggil suaminya. “Abang, ni mak call ni. Abang, abangggg….”. “Mak, sekejap ye Mira panggil Asrul, dia mengantuk sangat kot”. “Mira, Asrul dekat hospital ni, tengah nazak!”. Tersentak Mira dengar kata-kata ibu mertuanya. Tanpa disedari, dia cepat-cepat ke dapur, dirasanya cerek dengan tangannya. Masih panas. Dibukanya periuk lauk sambal udang, licin. Pinggan dan cawan yang ‘Asrul’ guna dan cuci tadi masih basah. Lalu dilihatnya jam di dinding (pukul 1.35 pagi). Mira berasa bingung, kalau bukan suaminya, siapa tadi??

Tanpa disedari, air matanya mengalir, semakin lama semakin laju. “Ya Allah apa dah jadi dengan suamiku?”. Mira terduduk sehingga pengsan.

“Mira, Mira?”. Sayup-sayup suara Asrul kedengaran. Dilihatnya suaminya Asrul berada di depan mata. Dia memeluk erat suaminya seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Bau wangi badan suaminya betul-betul menyenangkan hatinya. “Tadi mak call cakap abang nazak. Ya Allah tak tergambar sedihnya Mira. Nasib baik abang okey je. Mira mimpi buruk kot. Mira sayang abang sangat-sangat”. Asrul cuma tersenyum. Senyuman yang sangat membahagiakan Mira. Tiba-tiba ada sesuatu menggoncang badan Mira, menarik Mira dari pelukan Asrul. Semakin dia melawan semakin kuat tenaga itu.

“Mira, Mira sabar Mira, mengucap….”, terdengar suara ibu Mira di telinganya. Dilihatnya sekujur tubuh kaku di hadapannya. Sudah siap dikafankan. Kedengaran orang membaca surah Yassin. Dia melihat sekeliling, dia berada di rumah ibu mertuanya. Mira datang dekat dengan jenazah itu. ASRUL. Jenazah itu adalah jenazah suaminya, Asrul. “Ma, apa ni ma? Mira tak faham. Baru tadi Mira jumpa Abang Asrul, kenapa dia jadi macam ni ma? Apa semua ni ma??” tanya Mira dalam keadaan bingung sambil air mata berjuraian di pipi. Matanya sembab dan bengkak. Ibunya memimpin Mira ke bilik tetamu. Melihat keadaan Mira yang bingung dan tidak faham situasi ini, ibunya menceritakan kejadian yang berlaku.

Pukul 12 tengah malam, selepas selesai bermain futsal, Asrul cepat-cepat pergi ke kereta dan menghidupkan enjin (menurut kawannya). Ajakan ke kedai mamak oleh kawan-kawannya ditolak. Katanya taknak isteri tunggu lama, tengah pregnant pulak tu. Sewaktu dalam perjalanan pulang, ada kemalangan maut di highway menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk, tambahan pula hujan dan jalan pula licin. Kereta Asrul yang pada waktu itu berada di belakang sekali, dihentam dengan kuat oleh sebuah lori kontena.

Dikatakan pemandu lori tersebut tidak dapat mengawal kenderaannya kerana jalan yang licin lalu merempuh beberapa buah kenderaan. 5 orang maut dalam kejadian itu. Asrul cedera parah dan tidak sedarkan diri. Dia segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Keadaannya sangat kritikal. Ibu dan bapa Asrul dimaklumkan tentang kemalangan itu lebih kurang pukul 1.30 pagi. Ibu Asrul kemudian menelefon Mira, katanya Mira panggil abang, abang, macam tengah kejutkan Asrul tidur. Apabila diberitahu keadaan Asrul, Mira terus terdiam dan panggilan terputus.

Risau dengan keadaan Mira, mereka menelefon ibu dan ayah Mira. Mujur ada kunci pendua rumah Mira, ibu ayah Mira masuk dan melihat Mira pengsan di dapur. Tepat pada pukul 2 pagi, Asrul disahkan meninggal dunia. Jenazahnya dimandikan dan dikafankan di rumah ibu bapa Asrul. Mira masih tidak sedarkan diri sehinggalah semasa bacaan Yassin, Mira tersedar sambil menangis teresak-esak. Dipeluk tubuh Asrul dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya. Ahli keluarga terdekat cuba menenangkan Mira dan menarik dia dari jenazah Asrul. Barulah Mira tersedar dan teringat saat dia memeluk Asrul tadi sambil melihat Asrul tersenyum. Rupa-rupanya dia memeluk tubuh suaminya yang tidak bernyawa.

Setelah mendengar cerita daripada ibunya, Mira tersenyum sambil mengelap air matanya. Dia tersenyum redha. Sambil melihat suaminya yang terbaring kaku, dia teringat kenangan terakhir sewaktu Asrul ‘pulang’ ke rumah. ‘Kata-kata’ terakhirnya ‘I love you’. Sampai ke saat hujung nyawa pun masih nak gembirakan hati isteri, tak nak isteri tunggu lama dekat rumah. “Mira redha dengan pemergian abang. Abang suami yang sangat sempurna untuk Mira. Mira sayang sangat dekat abang. Abang, suatu hari nanti Mira akan menyusul, abang tunggu Mira ye. Mira akan jaga amanah kita baik-baik. Semoga anak kita ni mewarisi sifat-sifat baik abang, dapat la jadi tempat Mira hilangkan rasa rindu kat abang. I love you abang”, ucap Mira.

Dia mengucup dahi dan pipi suaminya buat kali terakhir. Momen-momen ‘terakhir’ semasa suaminya pulang ke rumah disimpannya elok-elok di ingatannya. Dia tidak mahu menceritakannya kepada orang lain. Itulah saat-saat terakhir suaminya yang paling membahagiakan Mira.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

14 thoughts on “Setia Ke Hujung Nyawa”

  1. Nauzubillahuminzalik…
    Jauhkanlah aku dr berdepan situasi camni…
    Dlu mase zaman bertunang En. Somi eksiden patah riuk kaki kanan jer pon ghase lembik lutut nk masuk tgk kt emergency ward tu weeeiiii…
    Hakak kuat tapi hakak ciweekkk suke nangis…
    Huwaaaa…

    Reply
  2. Waaa.. aku da agak da.. time bace part *highway jam* tu da agak msti de jadi pape at laki die.. ???.. brtuah btol dpt laki cmtu ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.