Short vacation

Hai admin FS. Share cerita aku boleh tak?? 🙂 aku nak share pengalaman aku masa short vacay dengan kawan aku. Hahaha. Sebelum itu, salam perkenalan dari aku Caqlun. Hahaha. Jangan kecam aku komen-komen tu.

Kisah ni berlaku seminggu yang lalu. 9 julai. Maklum la, usia remaja, d***h panas. Selagi boleh enjoy,kita enjoy..

Sabtu(8 julai 2017) last aku kerja. Aku dengan kawan aku Kobeng plan nak pergi short vacation esok hari. Kobeng cakap nak mandi-manda. Okey la, search tempat. Tapi tak ada satu yang berkenan. Bengang pun ya. Tak apa, layankan kawan.

Tiba petang esok hari, Kobeng ambil aku kat hospital. Sebenarnya aku ni perempuan, nakal tahap gaban la. Memang sah la tak dapat keluar jalan jauh, lagi dengan lelaki. Kobeng ni lelaki. Hahaha… jadi, aku parking motosikal kat hospital.

Lepas dia ambil aku,kita pusing bandar dulu. Masa ni belum jadi apa yg menarik lagi. Rilex tenang nyanyi dalam kereta. Kobeng ni orangnya tenang. Funky, happy macam tak ada masalah. Satu lagi, dia ni alert. Diam-diam ubi la senang kata. Tapi lain pula ceritanya petang tu. Dah dekat dengan trafic light, aku dh perasan lampu bertukar merah. Kobeng kan lorong kiri, so fikir dia nak terus. Kalau nak belok kanan, tukar laluan ke kanan la kan. Tiba-tiba Kobeng belok kanan, mampus tak terkejut aku. Kenderaan sebelah bertentangan dah gerak. Lagi sikit nak rempuh kami. Tuhan masih sayang dan lindungi kami. Phewww. terus aku cakap “kau kenapa beng?? Khayal ke?? Kalau kena tadi, aku penyek dulu.” Memang kecut dooo perut. Kobeng ni terkebil-kebil. Ah, persetankan semua.

Malam tu, memang tak ada hala tuju la kami. Maghrib, isyak entah ke mana. Round bandar, habiskan duit. Hahaha.. Lepak, karaoke, midnight movie. Sampai la dah jam 2 pagi. Bandar tak gah macam JB, memang krik krik jam 2 pagi tu. Mata memang dah rabak habis,ngantok beb. Tersengguk la wei dalam kereta. Last-last Kobeng decide tidur kat tempat biasa. Tempat biasa tu, kat parking shopping mall. Tidur dalan kereta. Tu memang port kalau aku tak balik rumah sebab kerja. Nak check in,membazir pulak. Aku biasa dah tidur dalam kereta kalau travel jauh. Jadi memang tak hairan.

Zzz….zzz….

Okey, ni klimaks cerita aku..

Jam 3 pagi Kobeng terjaga,dia kejut aku. Dengan terpisat-pisat aku gagahkan buka mata.

Aku. : asal wei…
Kobeng : jom jom…kita gerak…
Aku. : gerak mana? Ngantok bhai…
Kobeng : pergi Bekok.
Aku. : serius la weyyy… bedal la…jom

Boleh bayang tak betapa sunyinya jalan raya waktu tu. Kalau ada kenderaan pun lori besar, kereta dua tiga biji. Kanan kiri kebun. Rumah?? Memang kau tak jumpa rumah sepanjang perjalanan ni. Mula dari kawasan Yong Peng sampai area Bekok memang sunyi semacam. Dah masuk area Bekok. Emmm… aku ni pula jenis tak jelas. Penglihatan waktu malam. Kobeng madah tanya aku tak baca signboard jalan ke. Aku ni tak pernah jejak air terjun Bekok. Memang aku tak tahu la tempat nya. Agak jauh juga kami masuk area Bekok ni. Tapi tak juga jumpa simpang ke air terjun bekok. Rasa tak sedap hati, abaikan. Tiba-tiba Kobeng nak u-turn. Aku senyap, sebab dia yang drive. Serius aku kata, aku punya lain macam, aku 50-50 sedar tak sedar. Aku urut tengkuk Kobeng. Dalam hati rasa menyirap sebab Kobeng u-turn. Tangan kat tengkuk Kobeng. Memang rasa macam nak putar je tengkuk dia. Stay cool caqlun. Lawan, lawan.. Jangan layan perasaan atau apa gangguan. Kobeng boleh pula buka cerita dia pernah kena gangguan masa vacation. Hanat. Meremang bulu roma. Tegak semacam.

Kereta Kobeng air cod tak boleh pakai. Aku buka tingkap seluas yang boleh. Aku asyik nak tengok muka aku kat side mirror. Naaaa. Apa terjadi?? Muka aku berubah. Pucat semacam, mata normal bentuk bujur. But mata aku. Warghhh. Asal jadi panjang melebar. Seram x seram la wei…

Kobeng buat tak tahu. Lawan sorang ler ganaknya. Telinga sebelah kiri berdesing. Macam radio rosak. ;[?{^#&*@(!(hahsbsu;[:]&#…. Nak nagis je rasa. Tiba-tiba seat belakang macam ada orang. Tepi jalan macam ada orang. Shit… Kobeng sergah aku. T_T lantak la Kobeng tu mahram ke bukan, terus aku peluk..berhuhu la aku dalam kereta tu. Kobeng terus drive sampai mamak. Perh… pucat lesi muka. Kobeng buka mulut. Dari A-Z… dia kata mata hitam aku kecik. Bukan saiz normal. Kau ghase?? Hahahaha…

Motif benda tu masuk dalam badan?? Perantara atau gurau??

:: caqlun ::

 

Caqlun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

24 thoughts on “Short vacation”

  1. Cerita paling bodoh pernah memasuki carta Fiksyen Shasha sepanjang aku berkecimpung dalam page ni. Dahlah penuh dengan maksiat. Motif cerita yang merapu dan meragukan. Chaqlun seperti seorang wanita murahan dalam cerita ni. Dengan mudahnya keluar dengan lelaki yang bernama Kobeng sampai lewat malam dan memeluknya. Chaqlun, bertaubatlah sementara nafas masih ada.

    Reply
  2. Perempun murahan bercerita. Part klimaks cerita tu sebetulnya part klimaks ko dgn kobeng la kan? Kisah paling bodoh dari penulis bodoh.

    Reply
  3. kah kah kah…bodoh punya minah rempit bohsia…orang tulis cerita hantu, kau pun nak tulis..kau ngan si kobeng sila meninggal….semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang bingai

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.