Si Dayang Boleh Nampak

Hai. Nama aku Dayang. Sebenarnya aku tak tau la aku ni memang dianugerahkan boleh nampak rasa dan dengar benda benda halus ni ke tak. Pengalaman yang aku nak cerita ni ada beberapa part tapi pendek-pendek aje.

First. Dulu aku ni student sebuah ipta yang katanya glamour dengan hantu tapi dah berhenti dah takda rezeki katanyooo. Siapa pernah dengar cerita makcik karipap pap pap. Haaaa. Aku tak ingat time tu pukul berapa tapi pukul 2 pagi ke atas la. 2 orang roommate aku tengok buat projek dia dan aku tengah syok-syok layan handphone atas katil. Time tu aku tak tahu floor aku yang selalunya riuh tapi tiba haritu senyap. Tiba-tiba bunyi orang ketuk pintu bilik kuat tapi aku dengan roommate aku pandang muka ke muka dan diam tak berani nak bukak sebab pintu bilik kitorang terjongket sikit and akan nampak bayang atau sipi-sipi kaki tapi kitorang tak nampak langsung.

Dia ketuk pintu kuat sambil cakap “dikk nak beli karipap dikk.. acik ada jual ni ha” dengan suara makcik hisap weednya. Time tu pulak angin kat tingkap zzzzzzrrrrr kuat bunyinya. Semua kaku tunggu sampai benda tu blah. Terus semua masuk tidur cepat. Esoknya aku tanya senior aka ketua floor yang ada makcik jual karipap datang ketuk bilik tak. Then dia cakap ada tapi dia buat tak layan sebab dia tahu tu bukan manusia. Kau bayangkan kalau aku bukak pintu nak beli karipap dia agaknya inti apa gamaknya dia jual. Karipap inti jari inti kuku. Duhh.

Second. Yup disebabkan ipta aku tak berjaya aku pergi belajar dekat ipts pulak. Sem 1 sampai sem 2 biasa aje hidup aku harmoni aje. Tapi sem 3 aku dah start kena macam macam gangguan. Tapi dia ganggu je la takda rasuk rasuk ke ape ke. First aku kena bila aku sorang sorang dalam bilik. Ok aku duduk 2 orang je satu bilik dan bilik aku ni bersebelah dengan bilik air berhadapan antara ruang tamu dengan dapur. Bayangkan aje la. Tengah shokkk layan youtube aku macam dengar suara orang mendengus dekat loker roommate aku. Aku stopkan youtube then dengar lagi orang mendengus dekat 2 3 kali la. Aku dengan jantung dupdapdupdap terus lari keluar bilik duduk ruang tamu. Hahaha (penakut).

Selang beberapa minggu benda tu kacau aku lagi. Kali ni dia main kat badan aku pulak. Macam biasa tengah baring atas katil sambil main handphone. Tetiba aku rasa macam orang ambil sehelai rambut panjang lepas tu dia layangkan dari tapak kaki aku sampai la dekat bahagian dada aku. Dekat 2 3 kali jugak la dia main rambut. Lepas tu tilam katil aku pulak rasa berbonjol macam kepala orang dalam tilam aku. Bonjol tu bergerak dari kaki ke badan aku jugak. Aku tak pikir apa aku terus cabut lari keluar duduk ruang tamu. Hahaha.

Next. Pergi pulak semester 4. Rumah yang sama bilik yang sama roommate yang sama. Bilik aku ni katil double decker and aku duduk katil bawah sebab gemok. Time tu aku baru bangun tidur. Tapi still mamai-mamai lagi and main handphone. Aku dengar dan rasa roommate aku ni macam tukar posisi tidur beberapa kali. Kau bayangkan la katil double decker kalau orang atas tukar posisi atau gerak mesti bergegar satu katil.

So bila dah tukar posisi tu aku nampak kelibat roommate aku ni turun katil bukak pintu then selang beberapa minit dia masuk balik naik atas katil. Dalam 30 minit macam tu aku terasa nak terkucil bangun la dari katil. Kau tahu roommate yg aku nampak tadi takda. Siapa weh yg turun naik katil siap bergegar tadi. Hawaw betol. Serius time tu aku dah sedar kot sebab dah main handphone. Ape lagi nak kucil pon tak jadi capai phone duduk ruang tamu. Aku whatsapp roomate aku tanya pukul berapa keluar dan dia cakap aku dah lama dah keluar dan dia tanya kenapa. Aku tak jawab.

Kes ni jadi sem 4 jugak. Aku ni kalau tido awal dalam pukul 9 malam mesti bangun 3 4 pagi. Tak tau sebab apa. Aku ingat lagi aku bangun habit aku mesti tengok jam dekat phone. Lepas dah tengok jam tu aku nak pergi bilik air. Aku keluar bilik. Semua gelap gelita. Bilik aku ni keluar je nampak ruang tamu dgn dapur. Jadi bila keluar bilik aku nampak housemate aku kaki gamer ni tengah main game dekat lappy atas meja. Aku dah tak tahan pergi bilik air. Lepas dah selesai semuanya aku keluar bilik air aku tengok housemate aku ni tengah main game TAPIIIIIII…

Laptop dia tak on. Mouse dekat tangan dia tekan tekan. Keyboard pon dia tekan tekan. Seolah-olah macam tengah main game. Lepas tu badan dengan kepala dia ni statik je tak bergerak. Aku time tu tak tak fikir apa. Terus masuk tido balik. Esoknya aku tanya housemate aku semalam dia ada main lappy dia tak. Dia cakap tak main pun and dia tido awal semalam. Wahhh siapa aku nampak semalam tu weh ? Duhhhhh

Sebenarnya banyak lagi yang aku kena. Nampak benda kain putih lusuh berdiri sebelah katil aku. Nampak rumah sebelah ada perempuan rambut panjang bergerak kehulur hilir. Dia gerak tu bukan macam kita yang berjalan ni tapi macam naik skateboard. Smooth je jalan dia. Hahaha ok baii.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *