Si Hitam Di Malam Bulan Mengambang

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam kenalan dari aku, dekat sini biarlah aku gelarkan nama aku Cik N. Aku harap admin share la story dalam page Fiksyen Shasha ni.

Pertama kali sebelum memulakan cerita, aku hendak ucapkan terima kasih kepada admin jika admin sudi share story aku. Kisah aku ni berlaku dengan seorang lagi sahabat aku. Aku gelarkan dia Su la ya. Kisah benar yang mana baru berlaku pada 13/04/2017 jatuh hari Khamis malam Jumaat bersamaan 16 Rejab 1438. Ceritanya begini,sahabat aku si ‘Su’ ni dia jadi cikgu tuisyen adik aku untuk mata pelajaran BI sahaja, jadi dia akan datang pada pukul 9.00 malam. Pada hari tu, setelah dia selesai mengajar adik aku, kami berbual di depan rumah aku sebab ada kerusi kayu yang diletakkan di tepi pintu stor dan beberapa langkah dari kerusi kayu tu melepasi pintu stor ada pula pintu nak ke belakang rumah. Rumah aku ni rumah kona lot la. Rumah tepi sekali.

Masa kami sibuk berbual, tetiba si Su ni terdiam dan sibukkan diri main dengan fon. Aku pun terikut diam. Dalam masa yang sama, mata aku terpandang ke arah pintu rumah (masa kami dekat depan rumah tu, aku dah tutup suis lampu dekat ruang tamu, selepas tu aku keluar berbual di depan rumah dengan si Su ni). Masa tu aku memang tak rasa aku bermimpi, jam pun dah tunjuk pukul 11 malam lebih, masa tu mata aku tertancap dekat pintu rumah dan aku tegur la si Su ni.

“Su, dekat depan pintu rumah tu ada orang ka?”, aku soal dia. Dia pun tercari-cari sambil kata tiada apa-apa pun yang berdiri depan pintu tu. Masa tu juga, adik-adik dan mak aku dah tido. Aku dah mula naik seram bila si Su ni dia buka lampu suluh dekat fon dia dan suluh dekat pintu. Perghhh memang tak ada apa kot padahal aku betul-betul nampak ada orang berdiri depan pintu tu tapi serba serbi hitam la sebab lampu dekat ruang tamu kan aku dah tutup. Aku dah naik seram sangat-sangat masa tu dan aku pegang lengan baju si Su ni tadi sebab takut. Tiba-tiba si Su ni pi buka mulut.

“Kat tepi kau, ada dia.” Ujar si Su tu. Aku memang dah terkejut beruk lepas dia cakap macam tu. Memang dah nak menangis tapi aku tahan je air mata ni. Lepas tu si Su ni pun nak balik la, kami bangun dari kerusi kayu tu dan tiba-tiba si Su ni terpandang sebelah padang tu. Dia tengok bulan. Dia cakap bulan mengambang penuh malam ni dan aku pun ‘iya’ kan saja kata-kata dia sambil tengok bulan tu juga. Tetiba si Su ni dia mengusik aku bhaiii. Sakit hati aku dengan dia. Kalau dia mengusik sikit tak apa lah. Ini sekali dia panggil nama aku dan dia letak jari-jari dia depan mata aku sambil buat suara mengusik. Dah la masa tu aku tengah tengok bulan, mau terkejut sampai terduduk aku menangis.

Si Su ni boleh pulak ketawa besar dekat aku. Memang aku menangis la, air mata sampai lecun dekat baju. Dah lah aku memang tengah badan lemah (ABC la), dia pula usik macam tu. Dan lepas tu dia cakap dekat aku, pergi ambil kunci pintu pagar siap-siap dia teman atas moto dulu. Aku pun pergi je la dan keluar semula dari rumah, serius masa tu bulu roma aku meremang gila. Aku gi dekat dia dan bersalaman dengan dia. Masa aku masuk dan nak tutup pagar, dia pesan dekat aku jangan masuk lagi. Dia suruh aku tunggu dulu. Aku dengan sisa air mata pun masih meleleh lagi dekat pipi, marah dia. “Jangan dok usik aku lagi”, lepas tu dengan riak wajah serius dia cakap jangan masuk lagi. Jadi aku percaya dia memang betul.

Aku pun tunggu je dekat depan rumah tu sambil ditemani si Su ni. Baik si Su ni, dia sanggup tunggu aku. Lepas tu aku tanya la dia, macam mana dia boleh nampak ‘benda’ tu. Dia pun cerita lah masa dia tingkatan dua ke tiga tak tau lah, dia pernah kena gangguan tu sebab ada orang dengki dengan dia. Si Su ni baik, pandai, ramah, sporting, gila-gila, banyak mulut dan sebagainya la, aku pun tau sifat dia ni memang ramai orang yang akan dengki. Jadi dari penceritaan dia, sejak dia kena gangguan tu, hijab dia dah terbuka dan dia boleh nampak ‘benda’ halus ni. Masa tu muka aku memang dah berubah lah.

Selang dalam dua ke tiga minitnya, dia start enjin moto dan dia suluh guna lampu depan moto ke arah depan pintu rumah aku, dia suruh aku toleh belakang dan tengok semula ke arah pintu tu. Aku takut dan tak mau tengok, si Su ni paksa aku. Nak tak nak, terpaksa la tengok juga. Tak ada apa-apa dah, lepas tu dia suruh aku masuk dulu. Aku pun lari masuk rumah, bagi salam dan tutup pintu cepat-cepat dan lari masuk bilik. Masa tu memang aku menangis sangat-sangat sebab terlampau gementar. Aku terus naik atas tilam dan baca doa sebelum tidur, dan terus tidur.

Esoknya pula, lepas aku bangun, aku dengar dari luar bilik adik aku cerita semalam dia ada nampak bayang-bayang hitam masuk bilik dia dan mak tidur tu. Aku terus keluar bilik dan serbu tanya dia. Adik aku baru berusia 10 tahun. Dia pun ceritalah, dalam pukul 3 pagi tu, dia nak ke tandas tapi masa dia buka pintu nak keluar gi tandas, (mak dan adik-adik aku tidur dekat bilik no 3 dekat dengan dapur dan bilik air dan tandas) dia ternampak kelibat bayangan putih tengah solat dekat ruang tamu dan bayangan putih tu macam abah aku. Kalau ikutkan dia nak tegur tapi bila diingatkan semula, abah aku mana ada dekat rumah sebab dia ada dekat kampung halaman dia sekarang. Terus dia tutup pintu dan lari tidur balik sambil peluk bantal kuat-kuat. Lepas tu dia kata, dia ada nampak bayangan hitam pulak tengah berjalan depan bilik dan buka pintu bilik, masuk dalam bilik dia dan mak tengah tidur tu, perlahan-lahan bayang hitam tu berjalan dan berhenti tepi katil dekat tepi mak aku. Adik aku terus tutup muka dia dan sambung tidur malam tu.

Kejadian yang berlaku dua kali dalam satu malam. Ntah lah, dugaan apa ni. Tapi aku tetap kuatkan semangat aku. Aku tak nak terlalu takut dengan makhluk-mahkluk macam ni sebab aku yakin, Allah sentiasa ada dengan aku. Petang tu pulak, si Su ni datang dengan mak dan kakak dia, sebab depan rumah aku ada kenduri kahwin, dan si Su ni ambil makanan dan makan dekat rumah aku. Dia cakap, rumah aku memang ada makhluk tu. Aku kelu seribu bahasa. Sekarang, aku hanya perlu kuatkan semangat aku untuk hadapi semua ni. Ntah lah, apa lagi yang akan datang. Tapi aku kena tempuhinya dengan kuat. Aku tetap beranikan diri aku untuk tidur seorang dalam bilik aku walaupun malam tu, aku dah ternampak bayangan hitam tu. Si Hitam di malam bulan mengambang dah cabar aku kali ni meskipun sebelum ni pun aku dah pernah kena ganggu dengan dia.

Sampai sini saja lah cerita aku, walaupun tak menarik macam cerita lain, tapi ia tetap pengalaman seram yang mencabar bagi aku. Sebab benda tu dah berani tonjolkan diri dia depan mata aku. Tak apa, aku ada Allah, aku tak perlu takut dengan semua tu lagi!

Cik Cahaya N

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Si Hitam Di Malam Bulan Mengambang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.