SI NENEK TUA

2 minggu aku demam pasal nenek tua ni.

Okey aku cerita kronologi si nenek tua.

Waktu tu aku masih sekolah tingkatan 3 sebabnya aku balik lambat dari sekolah ni kerana ada pertandingan bola sepak.

Di sekolah SMJ aku ni memang sukan paling kuat dalam daerah kubang pasu.

Kami ada pertandingan bola sepak di antara daerah dan team sekolah aku menjadi juara, ramai juga pasukan bola sepak Kedah dari pelajar SMJ.

Bila dah habis semua acara aku pun bertolak balik ke kampung lagipun jam menunjukkan pukul 6 petang kampung aku jauh lebih kurang 50 kilometer dari sekolah.

Jadi dari sekolah aku menaiki bas, bas biasa bukan bas sekolah, menuju ke kampung.

Bila sampai di kawasan kampung jam menunjukkan 9 malam kawasan tu memang gelap gelita antara hentian bas menuju ke rumah aku pula 5 km lebih kurang.

Kiri kanan pokok getah tua tunggu masa untuk ditebang macam lalu di kawasan gua. Antara ranting pokok getah bercantum kiri kanan jalan.

Satu masalah timbul kenderaan yang menuju ke rumah aku ni langsung tak ada sebiji kereta atau motor pun yang lalu padahal jam 9.00 malam. Nak telefon orang tua masa tu bukan ada telefon macam sekarang, public phone pun punya sebiji saja satu kampung.

Sambil berjalan kaki aku disapa seorang nenek agak lanjut usia badan agak berbongkok sikit dan menggunakan tongkat, waktu tu aku tak fikir apa-apa yang akan berlaku lagipun perasaan takut aku terus hilang kerana aku ditemani oleh seseorang.

Suara dia pun lembut syahdu saja aku dengar dengan soalan-soalan yang diajukan. “Anak ni dari mana nak ke mana nama apa?” Nenek tua itu bersuara bertanyakan kepada aku.

“Saya dari Jitra tok, baru balik main bola dah penat ni, Saya ingat orang tua saya tunggu tadi dekat sini tapi tak nampak pun”. “Tak apalah tok ada tok boleh temankan”. Nenek tua tadi membalas ucapan aku.

Kami berdua pun berjalan menuju ke destinasi masing-masing di laluan yang sama, lalu aku pun teringat nak tanya orang tua ni.

“Tok duduk dekat mana¿” “Tok duduk atas bukit tu” nenek tua tadi menjawab.

Atas bukit?, Memang jalan menuju kampung aku ni ada bukit agak tinggi, bukit tu dibelah untuk buat laluan jalan raya. Jalan balak berusia beratus tahun.

Aku pun teringat atas bukit tu ada 2 kubur tinggalan zaman Jepun, tah siapa pun tak tahu, orang kampung sendiri pun tak tahu kubur siapa cuma ada batu nisan.

“Kiki” nenek tua ketawa kecil, aku jadi hairan, selang 5 minit ketawa “Kiki”.

Aku tak ambil peduli sebab aku tengah letih.

Dengan jalan gelap cahaya bulan tak dapat nak tembus kerana dilindungi pokok getah, perjalanan aku masih jauh lagi dua kilometer.

“Rumah tok dah sampai ni tok balik dulu, anak jalan elok-elok ya” meremang bulu roma aku sambil tulis ni.

Bila aku perhatikan nenek tu, dia panjat bukit tu bukit yang terbelah dua sambil ketawa mengilai-ngilai. “Hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii”

“Hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii” “hihiiiiiiihiiiiiiiihiiii”

Aku tak dapat bayangkan nenek tua tadi teman aku hampir 20 minit tiba-tiba dia boleh panjat bukit tu dengan keadaan diri dia yang tua dan bertongkat.

Begitu laju dia ragaih bukit, aku sampai tergamam kaku rasa nak pengsan kerana ketakutan, aku gagahkan diri berlari selaju mungkin tanpa menoleh ke belakang lagi.

Aku berlari sejauh 2 km tanpa henti sampai rumah aku buka pintu, diam tak berkata-kata badan menggigil berpeluh.

Dari kejadian tu aku demam 2 minggu tak keluar rumah tak bercakap dengan sesiapa, fikiran masih fikirkan peristiwa ngeri itu.

Orang tua-tua bercerita bukit tu memang berhantu, aku sendiri alami.

Sudah 30 tahun kisah seram ini berlaku kepada diri aku.

Sekian!!!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 57 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.