Assalamualaikum warga FS dikasihi. Aku Syaf. Aku mulakan penulisan ku ini dengan memohon maaf kalau kalau penulisan ku ini tunggang langgang, kelam kabut atau apa apa sahajalah yang membuat kalian tak selesa dengan penulisan ku ini. Aku juga manusia, bukan malaikat sempurna tiap saat.
Hidup aku berubah 180 darjah kerana di’temani’ sesuatu. Semuanya bermula usai mesyuarat aku bahas isu onak dan enak,jatuh dan bangun,celaka dan hina.Ya aku tak nafikan aku memang seorang pekerja yang bagus (cehhh)tapi selesai sahaja mesyuarat pendek sahaja ayat si boss diktator tu “kau kena pindah”.Ya sepotong ayat tu sudah cukup menjadikan hidup aku yang, celaka kepada lebih celaka.Pada awalnya aku rasa biasa je.Yelah lumrah jadi kuli kesana kesini ikut saja tunjuk jari.
Aku telah dipindahkan ke cawangan baru di kawasan kampung.Besar jugalah jawatan.Kebetulan pulak tu kampung aku.Jadi tak payahlah susah susah cari rumah sewa lain.Rumah tu rumah arwah atok.Kami sanak saudara memang dah lama tak balik rumah tu. Dalam 10 tahun ada(adik beradik mak cuma 3 orang je. Sorang tinggal di Singapura, sorang lagi pakcik dah meninggal.) Kami pula memang jarang balik. Rumah tu memang besar dan lawa sebab arwah atok baru buat rumah tu , setahun lepas rumah tu siap dia pun meninggal sebab sakit misteri.Rumah tu ada 5 buah bilik ,3 bilik air.Dengan tak fikir panjang aku terus mintak kunci dengan Mak aku dan aku terus pergi kesana.
Disebabkan rumah tu banyak bilik, aku pilih bilik belakang sebab bilik tu yang paling luas, siap dengan bilik air dan dekat dengan dapur (cantekkkk..). Pada awalnya memang ok lagi. Cuma ada la bunyi² yang tak menyengkan macam bunyi pekakas dapur bergesel, bunyi air menitik kat singki. Ah mungkin cicak mengawan kali. Kadang rasa seram jugak sebab bilik aku bersebelahan dengan dapur. Jadi untuk elakkan benda lain yang bunyi, aku akan tidur awal. Macam mana nak tidur awal? Tiap malam aku akan makan pil tidur.
Benda ni berlarutan sampai lah ke bulan ke 3 aku tinggal dekat situ.Tapi bukan stop sampai situ je malah benda tu lagi berani.Satu malam lepas hujan lebat. Aku tak boleh tidur. Pil pun dah habis. Aku rasa sangat haus, tak tahu kenapa tapi malam tu tersangat haus. Aku biasanya memang dah sedia air masak kat meja tepi katil sebelum makan pil. Tapi cawan tu kosong. Kering macam belum diisi air padahal aku baru isi sebelum mandi tadi (aku jenis yang suka mandi malam² sebelum tidur). Lagi satu yang aku pelik cawan tu bebau. Bukan bau wangi atau apa, tapi bau hanyir.
Aku bangkis bangun dan menuju kedapur sebab terlalu haus.Masa aku buka peti sejuk dah rasa lain macam dah sebab ada bau hanyir bau yang sama melekat dekat cawan tu.Masa aku tutup peti sejuk bau tu makin kuat. Bila aku toleh tepi peti sejuk ‘benda’ tu tengah melahap bangkai! Aku tak tau bangkai apa sebab gelap cahaya pun berbekalkan lampu bilik aku. ‘Benda’ tu buruk dan bertaring. Aku pon samar samar je nampak terus aku masuk bilik capai kunci kereta dan keluar secepat mungkin sebelum aku yang dilahap. Aku tidur depan surau lama kampung tu sampai subuh. Tu pun jemaah surau yang kejut ingat aku pengsan.Kami pon solat berjemaah dan aku rasa tu kali pertama aku solat dan berjemaah di surau selepas aku kerja aku tak ingat bila last aku solat.(Allahu)
Usai solat, aku tanya para jemaah kenal ustaz atau pawang atau sesiapa sahaja lah yang mahir bab mengusir mahluk ni diorang cakap ada sorang ustaz, nama dia ustaz Kasim. Ustaz kasim pon kebetulan jemaah sama kat surau tu. Aku cerita dari A sampai Z kat dia, dan dia pun sudi untuk membantu.Aku bawa ustaz tu tengok² kat rumah tu,tempat aku tidur ,tempat aku nampak benda tu melahap dan tempat² lain yang aku pernah nampak kelibat entiti tu.
Ustaz bawak aku pergi rumah dia. Dia bagi air dan garam serta doa yang mesti aku amalkan dia kata kalau tak berkurang jugak gangguan dia sendiri akan cuba usir benda² tu.Ustaz kata rumah tu takde pendinding. Aku pun hairan pendinding apa? Ustaz cakap ‘solat’.Ayat² suci al-quran dan bacaan doa.Aku terus terkedu.Solat pun jarang apatah lagi baca quran? Aku tak pikir panjang malam tu jugak aku google bacaan solat dan cara solat dengan sempurna.Sejak malam tu aku terus istiqamah.Aku mula slow-slow belajar mengaji dengan ustaz kasim.
Gangguan tu pon slow slow berkurangan.Tapi pernah juga dia ‘mengganas’. Pernah satu malam sehari selepas ustaz kasim ‘bawak berbincang’ dengan benda tu dia tarik rambut aku masa tidur. Terus terkejut aku.Aku bangun amik wuduk terus baca surah² yang ustaz kasim suruh amalkan.Alhamdulilah sekarang aku masih bertahan kat rumah ni.Keluarga pun dah selalu datang melawat cuma diorang tak pernah lagi bermalam dekat sini.Tak selesa katanya. Tak pelah selagi dia tak melahap atau cuba melahap aku selagi tu aku akan bertahan.
PS; Yakinlah Allah bersama kau walaupun berkali-kali kau tinggalkaNya.Sekali lagi aku memohon maaf kalau kisah ini tidak seram seperti kisah² yang pernah di siarkan dilaman FS ini.Sekian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Tak seram sebab tak tulis secara detail. Kalo tulis detail mesti seram gila ???. Ngeri tu mkn bangkai.
Apa pon alhamdulillah atas perubahan diri menuju redha Ilahi. Smoga istiqamah.
pendek sgt!
Saya suka flow cerita ni. Perubahan positif selepas balik kampung 🙂 semoga dipelihara tuhan.