Si Pohon Bonsai

Assalamualaikum WBT..Tq admin FS sebab siarkan cerita aku ni…

Kisah benar ini terjadi pada keluarga aku sendiri pada tahun 1999. Masa tu aku form 4 tapi time tu dah cuti sekolah. So sekarang bole la teka umur aku berapa.hehe..Masa jadi ni adalah pada bulan ramadhan..Mula-mula aku tak percaya sebab bulan puasa mana ada hantu tapi inilah yang berlaku..

Aku mempunyai tiga adik beradik.aku nombor 2.kakakku tiada di rumah sebab belajar di IPTA. Ayah aku pula kerja outstation. So tinggal aku dengan mak aku (Kini dah meninggal),adik bongsu aku dan datuk aku. So kami berempat sahajalah. Mak aku ada beli dua pokok bonsai.Katanya nak hias rumah unuk raya Satu pagi dalam pukul 9.00 mak aku telefon aku.masa tu aku tidur lagi sebab lepas sahur baru aku tidur. Mak aku cakap minta tolong tengokkan datuk aku sebab masa mak aku tengah bersiap ke tempat kerja, dia bagitau mak aku yang dia Nampak hantu. Aku pun boleh pulak cakap kat mak aku yang datuk aku tu dah nyanyuk agaknya. Mak aku cakap entahla tapi minta aku tengokkan juga.Aku kata ok. So aku pun nak sambung tidur balik. Dari telefon rumah nak ke bilik aku tu akan melalui ruang tamu. Aku dalam keadaan mengantuk tengok datuk aku sedang duduk atas karpet dan pegang sudu garpu seperti tengah makan tapi TIADA APA-APA DI ATAS KARPET. Aku dalam keadaan mengantuk hanya gelengkan kepada dan terus tidur. Adik aku pun tak bangun lagi.

Dalam pukul 12 tengahari aku pun bangun. Lepas mandi aku tengok tv sambil ditemani adik aku dan datuk aku. Tapi yang buat spoilnye masa tengah tengok tv datuk aku asyik kata pada aku dia Nampak org berdiri sebelah tv. Aku dan adik aku memang tak Nampak.Aku kata pada diri aku sendiri dah parah dah datuk aku ni. Dalam 1.15 petang mak aku balik rumah sebab nak ambil adik aku dan datuk aku pergi bank untuk ambil duit pencen. Aku malas ikut dan tinggal la sorang-sorang di rumah. Tiada perkara-perkara pelik terjadi di rumah tetapi naluri aku dapat rasakan rumah aku ni seperti ‘ramai’ penghuni. Aku Cuma biarkan sahaja.

Dalam 2.30 petang mak aku balik hantar adik aku dan datuk aku ke rumah. Mak aku pergi kerja balik. Aku, adik aku dan datuk aku sambung tengok tv. Aku ingat dah selesai kes datuk aku ni tapi jadi lagi. Dia kata ada macam satu keluarga lain dalam rumah kami. Aku bagitau kami tak Nampak tapi datuk Nampak. Lepas itu datuk aku kata bentuknya macam manusia tapi besar dan tinggi sedikit. Ada mata ketiga di tengah-tengah dahi dan ada api sedang menyala di atas dahi dia macam terapung-apung.Tangan dia seolah-olah kena ikat. Makhluk tu kata datukku macam minum dan hisap rokok tapi tak menggunakan mulut tetapi menggunakan jari (Seperti letak rokok dan penyedut minuman pada jari) tapi agak susah nak minum sebab angan terikat kata datukku. Aku dah mula naik marah dan tak nak ambil perhatian kata-kata datuk aku. Aku hanya fikirkan yang datuk aku ni dah nyanyuk.

Pukul 5.00 petang mak aku balik. Disebabkan datuk aku dan dapat pencen so dia nak belanja kami berbuka. Part ni aku ambil serius.hehe. Kedai makan yang kami nak berbuka ni kami Cuma order makanan by phone sahaja. Lagi 20 minit nak berbuka baru kami akan bergerak ke sana. Masa mak aku tengah reverse kereta, datuk aku kata ada budak-budak berlari di belakang rumah. (Rumah aku ni tanah lot). Mak aku suruh aku pergi check.Aku pun pergi la check dengan adik aku. Taka da sapa-sapa di belakang. Lepas tu datuk aku kata ada orang dalam kereta dia (Kereta lama). Aku pun pergi jenguk tapi taka da sapa-sapa. Jadi balik perangai datuk aku ni bisik aku sorang-sorang. Jadi kami pun terus ke kedai makan tu.Lepas kami sampai di kedai makan tu, makanan yang kami order sampai. Aku order nasi goreng lakna. Masa orang kedai tu angkat pinggan aku tu..praaaaappppp…pinggan pecah sendiri. Kami semua tergaman. Orang kedai tu minta maaf dan akan masak order aku yang lain. Aku Cuma fikir mungkin makanan tu panas sangat. Sebab tu pinggan tu pecah..

Lepas berbuka kami pun balik ke rumah..aku tengok tv macam biasa dengan datuk aku. Mak aku dan adik aku lepak bilik diaorang masing-masing. Tengah tengok tv tu datuk aku bagitau ada bayi besar kat sebelah aku. Katanya saiz bayi tu agak besar tetapi sumbing.. Aku dah bengang.ingat cerita ni dah habis. Aku mula terfikir dan pijak je lantai tempat datuk aku kata ada bayi sebelah aku tapi aku tak buat. Maybe dah marah sangat kot asyik cerita Nampak-nampak ni tak habis-habis. Aku bengang dan terus masuk bilik tido. Aku dengan adik aku lain-lain bili. Aku tutup lampu.Masa nak lelap tu aku rasa macam ada orang lain dalam bilik aku. Tiba-tiba aku dengar suara mak aku dan datuk aku bergaduh. Aku pun keluar bilik Tanya kenapa ni. Mak aku cakap datuk kecil hati sebab ada orang datang rumah tak bagitau dia. Mak aku cakap mana ada siapa-siapa.kita berempat sahaja. Aku pun mengiyakan kata-kata mak aku. Mak aku Tanya datuk aku nak berubat tak sebab kami tak Nampak. Datuk aku sahaja yang Nampak. Datuk aku setuju. Mak aku terus telefon kawan dia. Kawan dia ni anak angkat datuk aku juga. Anak angkat datuk aku setuju datang.

Masa tengah tunggu anak angkat datuk aku datang tu, datuk aku bagitau yang ada satu keluarga dalam rumah ni. Ada ayah, ibu, anak perempuan 3 orang dan satu bayi. Si ayahnya suruh anak perempuan dia jadi perempuan cantik dan goda datuk aku. Dia pujuk datuk aku jangan panggil anak angkat datuk aku tu. Datuk aku baca ayat kursi. Kata datuk aku, masa tengah baca ayat kursi tu perempuan tu seolah-olah melayang secara berundur menembusi dinding rumah aku sambil berpecah seolah-olah atom berpecah.boleh bayangkan tak?.bila di luar rumah datuk aku kata atom-atom bercantum balik jadi badan perempuan tu macam biasa. Perempuan tu marah-marah.

Tak lama selepas tu anak angkat datuk aku sampai sambil ada ekor pari kat tangan dia.Sambil tu dia bawak anak lelaki dia umur lebih kurang aku. Jat namanya. ‘Ayah’ keluarga yang menumpang rumah aku tu marah. Kata jat ‘Ayah’ tu marah sebab ada orang datang nak halau mereka sekeluarga. ‘Ayah’ tu terus bersilat punyalah laju sampai tak Nampak tangan dan kaki benda tu. Jat ni pun ada belajar jugak sikit-sikit dengan ayah dia. Sebab tu dia boleh Nampak juga. Lepas tu Jat cuit bahu aku. Katanya ‘Mak’ benda tu tengah tengok kami dari luar rumah. Kata Jat rupanya macam orang zaman batu dulu. Muka macam monyet lepas tu rambut ikat gulung. Pakaian tak terurus. Bau diaorang memang busuk. Kalau boleh Nampak mesti boleh bau diaorg. Puncanya pokok bonsai tu sebab pokok tu tempat tinggal diaorg masa kat hutan tu. Sah mereka ini adalah Jin Kafir yang tinggal kat pokok tu. Tak lama kemudian benda tu pun keluar dari rumah kami. Alhamdulillah Tak jadi apa-apa malam tu sampai la ke pagi.

Keesokkanya pagi-pagi kami terus buang pokok bonsai tu. Kebetulan ada lori sampah lalu, mak aku terus buang pokok tu dalam lori tu. Malam tu pula kami berempat menonton tv lepas berbuka. Aku, mak aku dan adik aku tengok tv Cuma datuk aku tidur di sebelah kami. Sedang tengok tv tiba-tiba datuk aku bangun dari tidur seolah-olah terperanjat dan terus pandang ke dapur.kami semua terkejut. Mak aku Tanya kenapa. Datuk aku jawab diaorg datang balik tapi Cuma ‘Mak’ dia sahaja datang. Kata datukku pada mak aku yang mereka nak ambil anjing diarong yang diikat pada kaki bilik datuk aku. Mak aku memang berani. Dia sound benda tu’ Korang cepat ambil anjing korang dan pergi. Jangan datang lagi’. Lepas tu benda tu terus pergi dan tak datang-datang lagi. Ayah aku pulang hujung minggu. Mak aku ceritakan semuanya sampai habis pada ayah aku. Ayah aku terus cari orang yang pandai bab-bab ni untuk pagarkan rumah kami. Alhamdulillah semuanya selesai. Pesan aku kalau nak beli pokok bonsai hati-hatilah..

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *