Siapa Akak tu?

Hi semua,this is my second story
Kejadian Ni berlaku Kat 2 tempat berbeza pada usia berbeza….haha
Kejadian pertama berlaku masa tu saya,adik dengan mak kami pergi tolong ayah meniaga Kat kedai.Tujuan sebenar ikut mak ngan ayah bukan sebab nak tolong,tapi nak main dengan budak2 taman Kat playground dekat area blakang kedai ,lagi lah masa tu hari yang ada pasar malam,biasalah masa tu kanak kanak riang lagi…..
Lepas je kedai dah nak tutup,masa tu pasar malam pun dah tutup,so semua dah prepare nak balik Ni,saya terpandang kawasan taman permainan tu,masa tu dah larut malam,gelap bagai tapi time time tu lah….dia datang
Saya nampak Kat balik pokok,sosok seorang perempuan pakai Baju putih kotor yang labuh,dengan rambut yang panjang ke tanah keluar perlahan lahan pergi Naik Kat salah Satu gelongsor Kat situ then dia main gelongsor tu,dua kali ok dengan pergerakan yang sangat slow motion….
Masa tu Saya x mampu cakap apa,tengok je then pergi Kat parents,bgtau diorang “mak ngan ayah nampak tak ada akak tengah main gelongsor Kat taman tu wan?Wan nak main skali boleh x,kejap je sblum balik?”
Pastu mak Saya tengok Kat tempat yang saya ckap tu,pastu dia cakap mana ada orang Kat taman tu…lpastu Saya boleh Tanya,”abis Siapa Akak tadi yang wan nampak mak?”….mak jawab la,”wan dah penat sangat main tadi,dah Jom balik”….
Masa tu memang fikir x Seram,tapi bila da besar Ni,fikir2 balik,masa tu dah la larut malam,playground tu kalau malam mana ada lampu,then….
Siapa Akak yang aku nmpak main gelongsor dengan pergerakan slow motion dia tu????
Ntah la,tapi rasanya korang boleh agak kot Siapa “akak” tu….

Kisah yang kedua pulak,terjadi masa saya form 1,kalini blakang rumah lagi….aishh
Simple je,masa tu petang jugak,tapi dah nak maghrib,then arwah nenek masa tu suruh pergi buang sampah dengan amik daun serai Kat belakang rumah,maklumlah rumah kampung,blakang tu memang human….tengah2 amik serai ,boleh pula dengar ada orang ketawa Kat area hutan tu,dah rasa lain macam,nak buang sampah…..
Masa tu lah betul2 depan mata kasar aku dengan jarak dekat Ni,boleh pulak “akak” Dari hutan tu melintas di awangan dengan kelajuan yang Sederhana then hilang….aku apa lagi,meremang semua bulu Roma,cepat cepat masuk rumah…..Dan ini ialah peristiwa yang aku nmpak benda tu live depan mata yang last,yang lpastu dia x tunjuk diri,tapi dia main2 dengan suara dan kisah tu,next time aku citer…..
cuma nak bgtau,aku x tau lah aku Ni dulu masa kecil hijab tu kadang2 terbuka ke apa,tapi aku kalau boleh dah x nak nampak,dengar atau apa pun daripada dunia lagi Satu tu…..yang ada skarang,cuma feel je,….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *