SIAPA BUKA TV?

Firstly thank you kepada admin FS sebab menyiarkan kisah aku sebelum ni “SPIRIT..SPIRIT.. COME TO ME”. Ok, ni kisah aku yang selanjutnya.

Kisah ni pendek je, tak panjang. Zaman sekolah dulu aku ni suka tidur larut malam pukul 1-2 pagi, tu memang dah kebiasaan aku la. Sebab aku suka tengok tv sorang2, membaca novel dan membuat homework tengah2 malam. Mata jangan cakap la, memang sembab sentiasa sebab tak cukup tidur.

Ada 1 malam ni, homework yang cikgu bagi banyak masa tu. Aku ni jenis yang malas nak buat homework awal2. So sebelum buat homework, aku tengok tv dulu. Family aku semua dah tidur. Tinggal aku sorang2 kat ruang tamu tengok tv. Bila dah leka tengok tv, baru aku teringat homework belum buat lagi. Aku terus tutup tv pakai remote control. Remote tu aku letak di bawah. Aku pulak duduk di atas sofa gigih buat homework atas sofa.

Tengah syok2 buat homework, tetiba tv terbuka sendiri. Aku jadi hairan. Dalam hati dah berkata2. Apesal pulak tv ni terbuka? Ada orang set time untuk tv tu terbuka ke? Aku ambil remote, check set time takde set apa. Aku tutup tv pakai remote. Remote still aku letak kat bawah lagi. Aku terus sambung buat homework semula.

10 minit lepas tu, kejadian yang sama berlaku lagi. TV terbuka dengan sendiri lagi? Dalam hati dah rasa seram dah pelik, siapa pulak yang buka tv ni?? Aku tengok pintu bilik family, semua tertutup rapat. Aku dah mula rasa lain, dah start rasa tak sedap hati. Aku terus kelam-kabut tinggalkan homework. Sempat pulak cabut plug tv tapi tanpa matikan suis, dan terus berlari masuk bilik melompat ke katil, selubung 1 badan dengan selimut sebab dah ketakutan.

Aku tak nak tunggu lama2 kat ruang tamu, sebab hati aku dah tak sedap hati. Takut yang ganggu jelma terus live kat depan aku. Terus la aku selubung tertidur sampai ke pagi. Thank you sudi baca kisah aku yang pendek ni. Dari Piza. Lepas ni aku akan ceritakan kisah lain. Sebab aku banyak lalui kisah seram.

5 comments

    1. suka hati akulah nak tulis apa. Dah itu yang aku lalui. Tak kan aku nak tulis cerita kau pulak. Kalau nak mengutuk kisah orang baik pergi mereput sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *