SIAPA KAK AIDA?

Siapa Kak Aida?
Hai, nama aku Shima. Aku nak share satu cerita dengan korang semua. Thanks FS sebab sudi siarkan cerita aku ni. Aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga aku. So, kadang-kadang ada jugak la rasa bosan kalau tengah sorang-sorang. Aku dari kecik sampai lah dah besar ni memang tak ramai kawan. Pernah masa aku kecik dulu aku ada kenal dengan someone ni. Nama dia Kak Aida. Masa tu aku umur 10 tahun. Kak Aida ni kalau tak silap aku tingkatan 3 time tu. Dia ni cantik. Putih bersih muka dia. Memang lawo la. Kak Aida ni asal dari Kelantan. Dia baru pindah dekat dengan area rumah aku. Sejak kenal dengan Kak Aida ni, hari-hari aku akan keluar pergi main dengan dia. Seronok kawan dengan Kak Aida ni sebab dia ni kelakar and baik orangnya.

Hampir sebulan jugak la aku selalu jumpa and keluar main dengan dia. Tapi dia ni macam berahsia sangat. Dia tak pernah pun cerita pasal family dia walaupun aku tanya. Aku pernah ajak dia datang rumah aku, tapi dia akan kata takut nanti mak dia marah. And aku jugak pernah nak pergi rumah dia, tapi dia tak bagi,. Katanya takut nanti aku tak selesa kalau pergi rumah dia. Setiap kali kalau aku nak keluar denagn Kak Aida ni, dia akan suruh aku tunggu dia dekat dengan area tanah perkuburan kat kampung kitorang tu. Tapi bukan la betul-betul sebelah kubur. Kalau memang sebelah kubur, memang tak la aku nak tunggu. Hahaha. Jauh sikit la. Tapi kawasann tu memang agak sunyi la.

Port biasa kitorang pergi ialah sungai. Kitorang dok je tepi sungai tu sembang-sembang. Kadang-kadang Kak Aida bawak joran. Katanya joran ayah dia. Tapi kitorang tak pernah la dpt sekor ikan pun. Haha.

Satu hari mak aku tanya setiap petang aku keluar tu, aku keluar dengan siapa. So aku pun cerita la keluar dengan Kak Aida tu. Then mak aku tanya dia tu anak siapa. Aku pun blur tak tau nak jawab sebab memang aku tak tau. Cuma aku bagi tahu la yang Kak Aida tu baru pindah dari Kelantan. Mak aku tanya ayah aku tau tak mana-mana family yang baru pindah dari Kelantan. Ayah aku pun tak tau. Tapi diorang tak ada la melarang aku kawan dengan Kak Aida tu.

Tiba la satu malam ni aku terjaga dari tidur. Rasanya masa tu jam pukul 2 pagi. Aku rasa haus, so aku pergi la dapur nak minum air. Tiba-tiba aku dengar ada suara panggil nama aku dari luar. Mula-mula aku buat tak tahu je. Tapi suara tu makin kasar dan kuat panggil nama aku. Aku dah gelabah dah. Aku terus lari nak masuk bilik aku. Bila dah masuk bilik, aku kunci pintu bilik. Lepas tu aku dengar suara yang tanya, “Dah hilang haus nya?”. Suara tu memang macam aku pernah dengar. Sebijik macam suara Kak Aida tu. Tapi aku tak berani bukak mata masa tu. Lepastu aku rasa macam ada tangan sejuk je sentuh muka aku. So aku bukak mata. Elok je muka Kak Aida betul-betul depan muka aku. Pucat sangat muka dia. Tanpa segan silu, aku terus pengsan.

Esoknya bila bangun, aku tanya mak ayah aku apa dah jadi. Mana Kak Aida pergi sebab malam tadi aku nampak dia. Mak ayah aku pun bukak la cerita. Diorang kata malam tadi tiba-tiba dengar aku menjerit-jerit. Diorang datang la tengok aku. Aku dah meracau-racau dekat situ. Kejap menangis, kejap ketawa. Diorang pun dah gelabah terus panggil sorang pakcik ni tengokkan aku. Diorang kata, sepanjang malam tu aku cuma cakap bahasa Kelantan je. Mak aku kata masa aku meracau tu, aku banyak kali mintak maaf dekat family aku.

Pakcik : Siapa kau?
Aku : Aku mintak maaf
Pakcik : Siapa hantar kau
Aku : Aku mintak maaf

Mak aku kata masa ni aku cuma mintak maaf je. Aku tak jawab pun soalan pakcik tu. Sampai la pakcik tu ambil lada hitam then letak dekat ibu jari kaki aku. Then pakcik tu baca kan ayat-ayat Al-Quran dekat aku. Aku menjerit dan menangis masa tu. Mak aku cerita la. Hehe. Masa ni memang aku tak ingat apa yang jadi. Lepas tu pakcik tu tanya lagi.

Pakcik : Siapa kau? Apa kau nak dengan anak ni? Siapa hantar kau?
Aku : Aku Aida. Aku suka Shima. Dia baik. Aku bukan nak sakitkan dia. Aku cuma nak berkawan dengan dia. Takde siapa yang hantar aku. Aku selalu nampak dia sorang-sorang takde kawan. Aku nak jadi kawan dia.
Pakcik : Sini bukan tempat kau. Kau tak boleh berkawan dengan golongan manusia. Sekarang aku mintak kau keluar dan tinggalkan anak ini.
Aku : Aku akan keluar. Maafkan aku. Aku cuma nak berkawan.

Pakcik tu bacakan ayat-ayat lagi. Dia mintak mak aku sapukan air yang dia dah bacakan ayat-ayat ni ke muka aku. Lepas tu katanya Aida dah takde. Dah keluar dari badan aku. Pakcik ni jugak ada bagi air yang dah dibacakan ayat-ayat Al—quran untuk dibuat air minum dan mandian. Lepas kejadian tu, setiap kawan baru yang aku kenal, aku akan mintak mak dengan ayah siasat dulu sikit-sikit.
Sekian cerita rekaan aku untuk korang semua . Cerita ni cerita merapu je. Jangan percaya, dan jangan marah. Hehehe..Muah ciked!

Byeeeeeeeeeeeeeeee………………………..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

NAD

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “SIAPA KAK AIDA?”

  1. Aku baca la dgn penuh perasaan…tapi mai tang last…hang kata cerita merapu…..hampeh toi….. Merapu pun merapu la….tp ayat hang ok…takdak pening kpla aku baca….

    Reply
  2. harey betol la dak shima nih tau…..ko last kene santet bila…aku punya focus baca komen tetibe ko kata merapu….chooyyyy….ko tggu kak yulie baca mesti kene bebel tahap 9 dewa pnya lah ……. aku xtau sekarang ni aku nak marah ke nak gelak

    Reply
    • Woi woi wooiiiii…
      Ana tak terlibat ini cerita tau…
      Hahahahah…

      Memule hangen gak…!!!
      Bersungguh membaca menghayati dan menyelami tuuu…
      Pastu pikir yg name pon FIKSYEN shasha makanye cerita fiksyen xde salahnye di sini asalkan ko mmg ngaku ni rekaan…
      Lg pon citer die best, soo akak pon layaaaannnn…
      Heheheheee…

      …..tgk kdg2 akk ni ade baik budi bahasanye gak…ececeeehhh…sila jgn muntah ijo apatah lg jatuh cintan kaayyy…haahaahaaa…!!!

      Reply
    • kah kah kah..kuang ajo ko..aq pnya la lyan cita ko..at last ko ckp rekaan..hadehh..sokay..jnji cita ko best..kah kah kah

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.