horror-movie-survival-camping-trip-640x533

“Siapa Kak Ngah?”- Cikgu Ini Berkongsi Pengalaman Menjadi Jurulatih Kem

Assalamualaikum w.b.t kpd admin dan pembaca semua. Aku percaya ramai yg pernah terbaca atau alami sendiri pengalaman disakat atau bertemu dengan makhluk halus ketika menjalankan aktiviti di dalam hutan. Aku juga pernah mengalami pengalaman sebegini. Selamat membaca.

Kisah ini berlaku ketika aku masih lg mengajar di Melaka. Disebabkan minat aku yg mendalam di dalam aktiviti lasak atau outdoor, aku mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus kejurulatihan untuk melayakkan aku menjadi jururulatih (JU) sambilan di Pusat Kokurikulum (kem). Setelah beberapa minggu aku dpt surat yg menyatakan aku layak menjadi jurulatih di Pusat Kokurikulum. Maka, disinilah bermulanya pengalaman aku di kem tersebut.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu aku akan masuk ke kem untuk melatih peserta yg menjalankan aktiviti di situ. Untuk pengetahuan, kem tersebut letaknya dibelakang ladang kelapa sawit, pada masa tu jalan nk masuk ke dalam kem masih belum diturap dan lampu jalan pun belum ada.

kalau masuk pd waktu malam memang gelap gelita,harapkan lampu kenderaan je.
Pada satu hari, aku diarahkan untuk menjadi jurulatih bagi satu kumpulan peserta yg terdiri daripada murid2 OKU dr sekolah rendah sekitar negeri Melaka.

Balik je dr sekolah, aku terus masuk ke kem untuk melaporkan diri. Di atas sebab tertentu, pserta kem tiba lewat dr msa yg ditetapkan. Kami terpaksa menguruskan peserta secepat yg mungkin kerana petang tu ada aktiviti yg perlu dijalankan iaitu aktiviti jungle tracking.

Selesai saja menguruskan penginapan peserta, semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang jurulatih iaitu seorang jurulatih lelaki dan perempuan.

Menjadi rutin, sebelum memulakan aktiviti kami akan mengira jumlah peserta mengikut senarai nama yg diberi. Kumpulan aku mmpunyai seramai 13 org pserta. Dlm proses mengira tu, rakan JU dtg jumpa aku dan mtk tlg tanyakan nama sorang pserta perempuan ni sbab dia langsung xnak bercakap.

Aku pn pergi kat murid yg bdiri kt belakang sekali. Aku tgk kecik molek budaknya, hanya pakai t-shirt putih, btudung hitam dan bseluar track hitam, tak seperti murid lain yg bpakaian seragam memakai tshirt program yg diberi msa pendaftaran td.

Aku duduk melutut dan aku tanya lembut2,sape namanyer, dia xnak jawab jgk. pastu aku tnya kat umah mak panggil apa? baru dia jawab, “Kak ngah”. Tp dia langsung x tgk aku, pandang ke tanah jer. Takpelah, tgk kt senarai nama nanti tahu la nama dia.

Smua peserta dibawa melalui lorong di dalam kwsn klapa sawit, memandangkan pserta adlah OKU jd laluan yg dipilih tidak sukar,lebih kpd bsiar2 bbanding laluan jungle tracking yg sbenar. Sepanjang ativiti bjalan, kelakuan kak ngah ni menarik minat aku,lebih kpd risau sbenarnya, masakan tidak sejak bjalan dr kem td dia hanya bjalan sambil tunduk pandang ke bawah je,langsung dia angkat muka atau pandang ke tempat lain, aku takut dia tlanggar pokok je.

kalau murid2 lain riuh bertanya itu ini, tp dia hanya diam membisu. Tp aku sedia maklum murid2 OKU ni mcm2 ragamnya jd x terlintas benda2 negatif kt kpala aku.

Lebih kurg pukul 6.30 ptg kami sampai ke kem. Semua peserta diminta bkumpul semula di dewan besar yg tletak di tengah2 kem utk kami mengira semula jumlah peserta, takut2 ada yg ttinggal dlm hutan. Alhamdulillah, smua peserta cukup dan aku tgk kak ngah masih lg menundukkan muka.

Mungkin dia malu2 lagi. Malam tu, lebih kurang pkul 8 smua peserta bkumpul di dewan mengikut kumpulan siang td. Proses pengiraan peserta di buat lg, tapi kali ni jumlah peserta dlm kumpulan aku hnya 12 org sahaja. Aku dah tak sedap ati bila aku check balik rupanya Kak Ngah takde dlm kumpulan.

Aku cuba tnya peserta yg lain tp xder sorg pn tahu. Aku pegi cari di kwasan khemah tp x jumpa. Aku ambik kputusan bagitau kt pentadbiran. Jawapan yg diberikan oleh pegwai aku amat mengejutkan, dia ckp kumpulan aku mmg ada 12 org peserta sahaja, lg sorg peserta akan sampai mlm ni.

Dia tlupa nk bgitau msa serah peserta td. Aku panggil rakan JU untuk mengesahkan cerita aku, dia pn ngaku yg siang td kumpulan kami ada 13 org dan mlm ni hilang sorg. Malam tu heboh pasal peserta hilang. Aku dikehendaki membuat kawad cam terhadap peserta, malah kami bahagikan semula peserta mengikut sekolah masing2 beserta guru pengiring masing2 dan di dapati semua cukup tmasuk murid yg belum sampai lg tu. maksudnya takder murid yg hilang.

Sehingga program perkhemahan itu tamat, aku masih x jumpa pemilik nama kak ngah tu. Disebabkan hanya aku yg pernah bcakap scra langsung dgn dia, maka aku menjadi tumpuan pertanyaan jurulatih2 lain yg nk tahu cerita sbenar. Slepas dr kejadian tu, nama kak ngah dijadikan bahan rakan2 JU utk menyakat aku setiap kali aku masuk ke kem. Siehingga kini, aku masih ingat wajah kak ngah dan pakaian yg di pakai. Tp aku masih x dapat jwpn di mana dan SIAPA KAK NGAH?

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *