Siapa Main Pintu Ni?

Assalamualaikum warahmatullah. Pertama sekali, terima kasih sebab sudi post cerita saya. Actually kisah ni dah lama, masa saya sekolah menengah lagi. Tapi rasa nak jugak story kat sini. Sesungguhnya “mereka” wujud. Mereka wujud dan Allah swt telah maklumkan pada kita dalam Al Quran. Jadi hanya dengan nama Allah kita berlindung dari gangguan mereka. Moga sedikit sebanyak kita dapat belajar dari perkongsian saya in sha Allah.

Masa tu saya form 3. Saya kena join satu kem kepimpinan pengawas dekat resort area Terengganu ni. Resort tu sebelah pantai je, memang sangat dekat dengan pantai dan view dia memang cantik. Famous jugalah untuk aktiviti-aktiviti macam seminar or kem. Rasa best pulak bila mula mula sampai kat sana. Tapi jujur, saya memang tak berapa “suka” join kem or apa apa aktiviti yang melibatkan spend nights sebab memang sejak azali, akan ada satu masalah yang seriously killing myself setiap kali kem, which is tak dapat Tidur. Memang cuba dah pejam mata, pejam mata awal dari member member, tidur selesa semua tapi yes memang saya ni tak dapat tidur bila tempat baru.

As a solution, setiap kali kem or lawatan, memang saya akan pilih roomate atau dorm mates yang rapat, jadi saya takkan seganlah nak mintak mereka teman saya ke, at least mereka akan faham keadaan saya kalau memang tak dapat tidur, sampai kena kejut mereka nak teman pergi toilet ke kan. Saya ada kawan nama Suria, dialah sahabat saya dunia akhirat, Suria ni lah kawan yang memang faham saya ni macam mana and saya dah plan nak duduk dengan dia, even dalam bas lagi dah “reserve” dia nak duduk sebelah sebelah hehe. Dia setuju, So saya sedapkan hati, saya just pergi je kem tu.

Sampai je, dah sedap hati sebab lawa view kan, bukan bukit bukau ke apa. Alhamdulillah kami tengok ada dorm, bukan khemah jadi kami akan bermalam di dorm yang selesa. Berpenghawa dingin and bathrooms plus toilet ada dalam dorm jugak, tak perlu keluar bilik nak membuang ke nak mandi ke, alhamdulillah lega. Tapi, tiba tiba je fasilitator beri arahan yang unexpected! Dia cakap dorm mates akan ditentukan oleh mereka dan takkan dapat nak pilih or tukar. Allah, habislah nak. Dengan siapaalah saya nak tidur malam ni dah lah tak biasa, iyelah kan kalau dengan orang yang tak biasa mesti mereka rimas bila ada yang tak dapat tidur tapi penakut nak mintak orang teman. M**i kutu sekejap. Saya pun tak naklah menyusahkan orang.

Suria pandang, saya pun pandang dia. Suria keep on telling me that everything will be alright and no worries mana tahu dapat jugak satu dorm kan. Lagipun ramai je kawan kawan pengawas yang lain kalau in case takde rezeki nak duduk satu dorm, yang I do know them of course tapi mereka tak biasa dengan saya punya masalah ni huhu. Masa tu rasa nak menangis sumpah. Tapi nak buat macam mana, memang adatnya kem macam ni, namanya lagi kem kepimpinan memang nak latih kita mix around bukan grouping dengan member rapat. Lepas tu dia bacalah senarai nama and yes, memang tak satu dorm dengan Suria. No turning back, saya tetap gagahkan. Husnudzon.

Sampai je dalam dorm, okaylah kan all is well, bersih, baru. Ada banyak katil, kira kira 13 orang satu dorm. Dan dorm mates pula bukan yang tak kenal langsung, kenal je tapi kelas lain lain la huhu. Masuk je pintu dorm, bahagian kiri ruang segi empat tepat tu ada 9 almari kayu yang tersusun, 4 almari lagi ada depan 4 katil belah kanan dorm. Kira sorang satulah kan almari tu. Tapi tak ada pun yang guna almari kayu tu and they prefer letak dalam luggage or bag je senang sebab bukan ada barang berharga pun. Katil ada double decker and ada yang single, memang untuk sorang satu. Saya dapat katil single and ada almari depan katil saya. Dapat katil je hah, apelagi letak barang pap terus duduk baring atas katil, excited lah kut tengok dorm lawa. Sebelah kiri dorm pulak ada toilet plus bathrooms. So kitorang kemas lah barang, and teruskan dengan aktiviti kem.

Dari petang hingga ke malam habis slot program day 1, alhamdulillah semua okay sahaja. Sampailah satu masa yang saya takutkan, masa nak tidur. Saya awal awal lagi dah siap mandi, memang tak selesa seharian aktiviti lasak plus saya pun uzur. Orang lain tengah melawak, saya dah siap siap baca doa nak tidur and pejaaam je mata. Sementara yang lain masih have fun. Saya pejam punnya pejam, alhamdulillah saya tertidur jugakk, walaupun tidur tidur ayam. Tiba tiba, saya tersedar. Dari suasana terang berderang tadi, sekarang dah bertukar gelap gelita. Saya mula gelisah sebab keadaan dah sunyi. Saya cuba lagi pejam mata, tidurlah tidurlahh. Tengah duk struggle tu, tiba tiba saya dengar satu bunyi.

“Kreeeek.. kreeek..kreekk….kreekkk” bunyi pintu almari terbukak tertutup. Mula mula saya buat tak tahu je, mungkin salah dengar. Tapi bila dah nak dekat 5 minit bunyi sama je memenuhi ruang sunyi malam tu, saya dah mula cuak. Saya terpandang almari depan saya dan saya nampak pintu almari tu bergerak. Terbukak, pastu tertutup, terbukak lagi then tutup balik. Seiring dengan bunyi tadi. Pelik, siapa yang buka tutup pintu almari ni? Saya pun lekas lekas baca Ayatul Kursi, bunyi tu masih lagi kedengaran. Tapi masa tu mata dah mula letih balik, lama lama saya pun tertidur. Sedar je dari tidur, lampu dah pasang. Kawan kawan dah start mandi, bersiap. Saya tengok almari saya terbukak. Hmmm tapi apa yang saya ingat, yang first night tu saya tak ambil pusing sangat, saya buat tak tahu je. Sampailah second night.

Macam biasa, bila dah nak tidur sayalah hamba Allah yang akan kalut untuk tidur dulu. Masa tu dah mandi apa semua, cuma saya lupa samada saya berwudhu atau tidak. Kan memang sunat kita berwudhu sebelum tidur, especially bila tidur tempat tempat baru macam ni, so “protection” tu lagi kuat. Saya pun tidurlah. Tidur tidur ayam macam biasa lah kan. Tidur tu pun susah, memang sempat lights off dulu baru saya struggle sikit, then baru tertidur. And the same thing happened again, saya tersedar lagi. Alamak, gelapnyaaaa. Dahla wide open mata ni, yang semalam tu adelah jugak mengantuknya kan, kali ni amek kau memang tak mengantuk langsung. Tengah tengah saya cuak dengan keadaan gelap tu, saya pun terdengar satu bunyi. Bunyi yang sebijik sama dengan apa yang saya dengar semalam. “kreeekkk…kreekk…kreeekk..kreekk” tapi kali ni jauh pulak bunyi tu.

Saya pandang almari depan saya, elok je. Takda terbuka tertutup macam semalam. Saya dah mula berdebar. Bunyi tu makin lama makin “galak”. Saya dah mula seram sejuk tak tahu macam mana nak tidur. Saya pun pejamm je mata, tapi MasyaAllah makin kuat bunyinya, rasa menusuk nusuk dalam telinga ni. Saya dah makin takut, sumpah nak baca Ayatul Kursi pun gigil. Takut punya pasal, saya pun decide kejut kawan saya kat katil sebelah. Since kitorang rapatkan katil katil single so memang saya tak perlu bangun la dari tidur nak kejut kawan saya. Tapi betul lah orang cakap, Iblis ni kalau dia nak kacau orang, dia akan buat semua orang mengantuk, keadaan jadi sunyi, memang selalunya orang cakap macam tu. Saya kejutlah kawan sebelah saya, nama dia Murni. “Murni bangun murni, murni bangun!” dengan suara berbisik campur cemas, saya tepuk bahu dia banyak kali, tapi still dia tak sedar.

Katil kiri kanan pun sama! memang macam tak percaya dorang tidur m**i malam tuh. Bila kejut orang tak nak bangun, dengan bunyi nye makin kuat, makin kuat dan makin kuatt, mata pulak tak nak tidur. Allah, memang seram sejuk tu Allah sahaja yang tahu. Dahla dekat katil saya ni ada tingkap, mula dah kepala ni ligat terbayang ada terpacak kat tingkap la, depan muka la. Ya Allah, takuttt. Dah tak tahu apa nak buat, saya pun cuba untuk pejam mata and buat buat tak dengar. Nak buat apa lagi kan, nak kejut kawan kat depan, kan bangun ternampak “dia” kan masalah lain pulak timbul, cukuplah menderita “dengar” je dari “tengok”. Nak bukak lampu, suis lampu jauh pulak. Masa nak try tidur tu, mata saya ni terpandang pulaklah dekat almari yang tersusun tepi pintu tuu. Ya Tuhan, ujian sungguh.

Saya nampak ada satu almari tengah tengah, antara 9 almari tu, pintunya terbuka… tertutup, jelas depan mata! Memang seolah olah macam ada orang yang bukak tutup pintu almari tu. Dan bunyi tadi memang datang dari almari tu! “Siapa main pintu ni?”, terdetik dalam hati saya. Sekarang dah tengah malam, semua dah tidur. Kot ye pun nak ambil barang, takkanlah ada masa nak main buka tutup pintu. Ya Allah, makin seramlah saya dibuatnya. Nak tidurrr! Saya dah mula nak nangis! Macam macam cara saya cuba tapi tetap tak dapat tidur since bunyi tu seriously makin kuattt. Takutnya sampai nak menangis pun takut weh. Bila dah terpandang almari tu, lagilah kaku tubuh ni. Nak bergerak pun takut sebab kot terpandang “dia” ke. Nak mengiring ke kanan menghadap almari tu, mengiring ke kiri, menghadap toilet kot ade pulak yang terpacak masalah pulak nanti, meniarap or terlentang ada tingkap kat dinding area kepala katil.

Allah, nak dekat 15 minit duk dengar bunyi tu sorang sorang. Seolah olah “dia” memang “aim” saya. Sebab semalam dah kena, malam second ni “kaw-kaw” kena kacau. Cuma jauh sikit dari katil je. Mungkin sebab saya pun dalam keadaan uzur kut, so lemah sikit. Tapi still, saya ada jugaklah husnudzon last last tu, saya fikir maybe angin kipas kot. Pintu jadi terbuka and tertutup walaupun weak assumptions, saya cuba paksa otak bersangka baik jugak. Masa tu memang dah seram campur takleh nak buat apa apa. Jadi terpaksa saya telankan je lah. Tahan setahan yang boleh! Cuba kosongkan fikiran, ingat Allah. Diam diam saya doa dalam hati “Ya Allah, janganlah bagi aku nampak muka dia, janganlah aku nampak muka dia, lindungilah aku”. Kalau nampak muka dia tak tahulah. Dalam seram sejuk tu, tak tau masa mana saya terlelap, at last saya tersedar kali kedua. Kali ni dah terang berderang, kawan kawan lain dah mula bersiap nak mandi and ada jugak yang dah mula kemas beg sikit sikit sebab dah last day kan, petang nanti dah nak balik.

Saya pun bangunlah dari katil. Saya rasa pening yang amat sebab tak cukup tidur plus gelisah hal semalam. Saya ambil tuala nak mandi and terpikir pulak nak pergi tengok almari semalam. Saya pun pergilah dekat almari yang tersusun tu. Dalam banyak banyak almari, ada satu yang pintunya terbukak, exactly the one yang saya tengok semalam. Saya terduduk depan almari tu, serious terduduk dengan tuala kat bahu. Kawan kawan duk tengok saya dah tak pikir. Saya pandang je pintu tu. Terpikir pulak sangkaan baik saya semalam, kipas kot. Tapi bila pikir balik, kipas yang ada dalam dorm ni kipas kecik yang melekat kat dinding je. Kipas yang ada 2 tali tu, yang boleh adjust kelajuan tu kan and kipas tu jauuuh sangat dari almari tu. Nak kata kipas lain, takdak dah sebab memang ada air cond je.

Takkanlah air cond kuat sampai terbuka tertutup pintu almari, dahla “nada” bunyi tu sama je awal sampaii akhir, rising and falling tone yang sama. Memang sahlah makhluk Allah tu yang mengacau saya semalam. Garu kepala weh. Tak sangka malam terasa sangat panjang bila tak dapat tidur plus kena kacau macam ni. Huhuu istighfar, saya pun bangun dari situ, tak cerita apa kat kawan pun memang keep to myself habis on the first day tu. Then, saya terus pergi mandi dan siap siap untuk next activity. Alhamdulillah, Allah bagi “shut down” memori seram tu sekejap masa saya join slot pagi tu, so takdelah phobia ke, histeria ke. Alhamdulillah.

Masa nak kemas barang pun, saya takdalah seram sejuk ke apa, alhamdulillah. Saya last keluar dorm tu. Saya tarik beg saya keluar and toleh tengok dorm tu for the last time dan saya berjanji takkan kembali lagi ke tempat ni. Saya pandang je dorm tu, dalam hati saya, “Teruk kau kacau aku, astaughfirullah”. Saya pun baca basmalah dan tinggalkan tempat tu. Tak toleh toleh dah lepas tu memang hati ni nak mak ayah and family je huhu. Tak dinafikan masa tinggalkan tempat tu rasa macam ada yang tengah perati je. Wallahi memang seram. Despite rasa sedih kenapa saya yang tak “galak” ni yang kena, saya bersyukur yang Allah masih menjaga hijab saya dan tak bagi saya nampak pun wajah makhluk tu.

So itulah salah satu pengalaman seram saya dari sekolah menengah. Jadi bagi yang menghadapi masalah macam saya, boleh apply sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian agar Allah permudahkan segala urusan kita, termasuk tidur. Macam berwudhu’ baca surah al mulk, baca ayatul Qursi tepuk tepuk bantal 3 kali, niat nak bangun solat subuh, baca doa sebelum tidur, mengucap 2 kalimah syahadah, baca Al fatihah, 3 Qul, tiup kat tapak tangan, sapu dari kepala ke hujung jari kaki 3 kali, tidur mengiring ke kanan dan doa pada Allah agar diberi perlindungan. Especially bila pergi tempat tempat baru, tepuk tepuk dulu bantal, tilam lepas baca Al fatihah, 3 Qul sambil selawat. Jangan tibai tidur terus huhu. In sha Allah, dengan sentiasa mengingati Allah, kita akan sentiasa dalam lindunganNya, iaitu Allah azza wajalla. Sekian assalamualaikum.

Wardah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

4 thoughts on “Siapa Main Pintu Ni?”

  1. Intro panjang bebenor.
    Lagi satu. Tidur dalam dorm tak sekali dengan member pun sedih ke?
    Macam besor benor dugaanya tu..haha
    ke perempuan memang macam tu?
    Tanya je

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.