Siapa Nenek Tua Itu?

Assalamualaikum semua warga FS. Saya memang minat baca semua cerita dalam FS sekarang. Tiba masanya saya kongsikan sedikit pengalaman yang saya lalui sendiri. Nak mulakan ni cerita ni pon saya rasa lain. Tak tahu sama ada cerita ini seram atau tidak tapi itu apa yang saya lalui sekarang ini.

Cerita ni masa saya berusia 14 tahun dan makin menjadi-jadi sehingga kini. Hampir 9 tahun saya dibelenggu dengan masalah ini. Pada mulanya saya bermimpi tentang arwah nenek saya. Okay jujur saya cakap saya tak pernah jumpa arwah nenek sebab dia meninggal setahun sebelum kelahiran saya. Pada suatu malam ni saya mimpikan arwah nenek, dia ajak saya pergi ke rumah atok dikampung. Saya pon turut kan yelaa excited tak pernah jumpa nenek bila mimpi nenek tu macam teruja sangat. Tapi dalam mimpi tu saya sampai depan rumah atok di kampung, nenek dah tak ada.

Saya pelik dan cuba nak buka pintu rumah tu. Guess what? Rumah atok roboh dan nenek dah ada dalam rumah tu. Saya terperanjat lalu nenek menghulurkan segelas air kopi sebab kopi feveret saya. Tapi saya tolak cawan tu dan terus berlari. Arwah nenek mengejar saya sambil menangis meminta tolong dengan saya. Saya hanya mampu bercakap dengannya yang saya tidak boleh menolong dia. Arwah nenek menangis melambai-lambai ke arah saya pantas saya pon terjaga dari tidur.

Keesokan harinya saya menceritakan mimpi saya pada mak n ayah (masa ni ayah ada lagi). Ayah hanya mampu cakap sedekahkan al-fatihah untuk arwah nenek. Sejak tu saya tidak mimpi arwah nenek lagi. Tapi saya mula sakit. At first saya perasan saya kena gastrik. Ayah & mak bawak saya ke hospital sebab saya kerap diserang gastrik sampai la umur saya 16 tahun. Boleh dikatakan setiap minggu saya diserang gastrik yang teruk.

Pada usia saya 16 tahun, ayah telah meninggal dunia. Sejak ayah meninggal, sakit saya makin teruk dan mimpi buruk sering hadir menghantui dalam setiap tidur saya. Actually ayah pernah cerita dengan mak yang arwah nenek ada benda tak elok almaklumlah orang zaman dulu. Pernah ada orang nak bagi pada ayah benda-benda ghaib tu tapi ayah tolak. Ayah cakap cukup Allah sebagai pelindung. Sedekahkan Al-fatihah untuk ayah saya ye. Ayah masa meninggal dalam tidur. Mudah je Allah ambil ayah, sebab ayah baik.

Okay start umur saya 16 tahun, ni la saya mimpi seorang perempuan tua. Saya masih meragui siapa perempuan tua ni. Nak kata nenek saya macam tidak rupanya. Saya tak berapa cam tapi setiap kali dia hadir dalam mimpi mesti dia berbaju kurung putih dan selendang putih. Sejak kerap saya mimpi dia masa tu saya langsung tak nak solat saya lawan cakap mak dan saya kerap sakit selalu demam dan gastrik menjadi teruk. Pada satu malam tu, saya mimpi nenek tua ni dalam mimpi tu. Saya rasa macam real tapi mimpi bak kata orang ‘empang empang alang’ sedar tak sedar macam tu la.

Nenek tua ni duduk tepi katil saya sambil berkata “cu, nek datang ni nak ubatkan cu”, sambil mengusap perut saya yang tengah sakit teramat sangat! Saya dengan rasa takut dan marah lalu menjawab, “saya takkan terima pertolongan kau, saya lebih rela sakit daripada kau tolong saya!”. Nenek tua tu pon terus berlalu dan tak datang lagi dalam mimpi. Keesokan harinya, saya dibawa ke hospital kerana keadaan saya masa tu amat kritikal. Doktor mengesahkan yang saya ada ketumbuhan didalam perut dan perlu melakukan pembedahan. Waktu tu nyawa saya 50/50 jangkaan untuk hidup bergantung pada saya. Alhamdulilah pembedahan selamat dijalankan dan mengambil masa 5 jam bertarung nyawa dalam dewan bedah.

Korang tau tak, saya ingatkan dah operate tu sakit dah baik tapi tak! Sampai la hari ni sakit masih berterusan tapi setiap kali sebelum sakit tu datang mesti saya akan termimpi nenek tua itu dan bila mimpi dia esok atau lusa saya akan sakit. Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa saya tak cuba buat rawatan Islam? Saya pernah buat rawatan dan saya pernah ingat masa rawatan tu ustaz ni ada berinteraksi dengan benda ni dia cakap yang dia bencikan saya dan dia marah kenapa saya tak nak terima pertolongan dia.

Dan sekarang sakit saya makin teruk. Baru-baru ni saya sakit, saya cuba jugak buat rawatan dengan ustaz lain tapi ada saja halangan yang mendatang tanpa diduga. Sampai sekarang saya buntu. Saya hanya mampu berdoa semoga saya cepat sembuh. Korang doakan saya cepat sembuh dan supaya saya tak mimpi nenek tua tu lagi. Thanks korang sebab baca semua yang saya tulis. Ni adalah kisah benar yang saya lalui sendiri. Saya redha dengan sakit yang Allah bagi mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Sebelum tu minta korang sedekahkan Al Fatihah untuk arwah nenek saya ye semoga dia tenang disana.

Wasalam.

-A-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “Siapa Nenek Tua Itu?”

  1. Cite mimpi ko cite kt sini.admin tlg r tapis skit cite.cite sampah gni pn ko publish kn.da terdesak xde cite ke admin.makin boring da fiksen ni.x cm dlu.bodo!!!

    Reply
  2. Tt, lenkali kalau nk pegi berubat n byk sgt halangan, maksudnya bnda tu x bagi awk pegi berubat sbb mungkin dia akan kalah dgn ustaz tu.. cuba lawan halangan tu n kuatkn semangat utk terus berubat.. semoga cepat sembuh.. Aaminnn..

    Reply
  3. kalau la cerita ni betul, kau kena kuat…jangan berhenti cari iktihar, g berubat..takkan sebab benda tu taknak bagi kau sembuh,kau redha jer…kena la usaha gak

    Reply
  4. Kesiannye awak. Memang ‘menda’ tu akn selalu buat halangan bila nak pegi berubat. saya doakan awak cepat sihat. Bertabah la ya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.