Siapa Punya Angkara

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Selama ni aku asyik baca cite2 korang je. So sekarang turn aku pulak kongsi cite aku. Mungkin pada korang cite ni x seram tapi x pe aku nak kongsi jugak. Aku asyik baca pasal cite seram yang student universiti kongsi je. Jom start..

Nama aku Dira, dan tinggal kat Jerantut Pahang. Aku ada kawan nama Syikin. 1 hari tu kami dapat tawaran untuk kursus jahitan dekat bandar Jerantut. Kursus ni semua ditaja oleh FELDA. Kami cuma bawak diri dengan barang2 keperluan je. Nama tempat tu (PLKB) or Pusat Latihan Kemahiran Belia kot nama panjang dia (tah betul ke x nama dia). Kat sini ada 2 jenis tahap belajar tahap 1 dan 2. Tahap 1 ni group aku la, yang baru masuk. Manakala tahap 2 ni senior2 aku.

Dipendekkan cite ada 1 hari tu kami semua tahap 1 diberi cuti seminggu sebab senior kami nak exam time tu. Seminggu kemudian kami masuk belajar macam biasa. Kebetulan masa tu Hida nak tumpang kete aku sekali sebab rumah kami 1 hala nak sampai ke bandar Jerantut tu. Lebih kurang 40 minit kemudian kami sampai kat PLKB tu. Lepas siap salam dengan parent aku, kami usung sekali barang2 kami panjat tangga sampai tingkat 3. Belah kanan tangga ada master room, kat situ budak dari Lepar duduk.

Aku x ingat bape orang duduk dalam bilik tu. Belah kiri jumpa lagi 3 bilik, bilik pertama tu budak Lepar jugak duduk (group ni kami rapat sangat), bilik tengah ni baru bilik aku dengan Hida n ada lagi 3 orang duduk bilik ni. Bilik hujung sekali tu ada 4 orang duduk. Lepas tu ada bilik stor dan toilet 2 buah. Depan toilet tempat kami tu tempat sidai baju2 basah.

Aku dengan Hida ni sampai dulu time ni. Tempat ni memang sunyi x de sape2 pun sampai lagi kecuali kami berdua. Lepas masuk bilik, kami kemas2 barang masukkan dalam almari. Tengah2 kemas, sampai pula Adah dari Kuala Lipis, so dia pun join kami kemas barang2 dia sekali. Tengah riuh2 kemas barang 2 tiba2 ‘dummm’ bunyi pintu bilik master room tertutup kuat. Kami pun pergi la jengok kot ada budak2 dari Lepar sampai. Tapi hampa sorang pun xde. Kami siap pergi kat bilik dorang lagi tapi time tu kami pelik sebab pintu bilik dorang siap bemangga lagi. So, mana datang bunyi pintu tadi?

Masing2 mula rasa x sedap hati, dan kami balik ke bilik masing2. Kami malas nak duduk tercegat lama2 kat pintu bilik orang. Dalam bilik kami tertanya2 mana datang bunyi kuat tadi. Memang pelik sangat. Dalam fikiran kalau ada orang naik tangga mesti ada bunyi kasut atau dengar orang sembang2 ke. Ni tak, xde bunyi apapun.

Kami apalagi cepat2 kemas. Petang dalam pukul 5.30 lepas asar, kami kuar pegi bandar konon nak lupakan apa jadi tadi la. Memang kami lupa sungguh pasal tadi tu. Balik dorm buat macam xde pape lagipun budak2 lain pun dah ramai yang balik. Bilik yang tadi kosong pun semua dah ada orang duduk.

Ingatkan ‘benda’ tu ganggu sampai petang tadi je. Rupanya malam tu jadi benda lain pulak. Time ni lebih kurang pukul 10 ke atas. Kami tengah syok lepak sambil borak2 makan megi. Tengah2 lepak tu tiba2 ada bunyi ‘tap tap tap’, bunyi tapak kasut tengah berjalan di halaman koridor. Terus kami senyap sebab time ni memang xde sape pun kuar bilik. Semua dok dalam bilik buat hal sendiri. Bunyi tu jelas sangat macam kat tepi bilik kami je. Aku xtau la jiran2 kami ni dengar ke x bunyi tapak kasut tu. Kami pandang sesama sendiri pastu aku cakap buat x tau je. Kita xkacau ‘dia’ dan ‘dia’ xkacau kita.

Tapi kami silap. X lama lepas bunyi tu, member kami bilik sebelah kanan nama dia Aisy tiba2 menjerit. Kami cepat2 pegi bilik sebelah tanya kenapa. Pastu Aisy cita la dia kata time tu Mala (rommate dia) tengah sikat rambut depan cermin pastu si Aisy ni terpandang muka Mala kat cermin. Tapi time 2 dia bukan nampak muka Mala. Dia nampak muka Mala ni buruk sangat dengan mata tajam pandang Aisy. Sebab tu dia jerit sebab terkejut dan takut. Benda tu jadi kejap je elok kami masuk bilik dorang Aisy macam dah nampak tenang cikit. Mungkin sebab Farah dah tenangkan dia.

Elok baru nak rasa lega cikit tiba2 kecoh pulak kata dorm bawah (tingkat 2) ada budak perempuan kena histeria. Kalau x salah aku nama budak tu Liza. Cikgu2 pun tolong pe yang patut. Budak tu pun dah elok lepas akak2 senior baca yassin kat dia. Esoknya mak ayah Liza datang dengar cita sebab nak bawak Liza g berubat kampung. Kira dia diberi cuti memang lama la.

Selang beberapa hari lepas tu, benda ni jadi kat aku sorang je. 1 malam tu aku terbangun sebab rasa nak terkucil. Xtau pukul bape waktu. Teringat kes yang baru jadi ni aku takot nak pegi. Tapi pasal dah x tahan sangat, aku keraskan ati ja pegi toilet sorang2. Alhamdulillah xde pape jadi kat toilet. Tapi masuk bilik kunci pintu pastu baru bape saat letak kepala atas bantal, tibe2 aku rasa de jari cucuk pinggang aku mau melompat aku bangun dari baring 2.

Tengok2 xde pape pun, nak kata kawan2 usik aku semua pakat berdengkur siap mimpi pegi bulan lagi. Aku dah takot  dan cepat2 aku baring tarik selimut selubung 1 badan. Lepas tu tah bila aku lena pun x tau. Sedar2 dah pagi. Cita malam tadi aku x bagitau member2 aku pun sebab takot dorang x boleh tido pulak malam nanti. Aku pun diamkan je. Bermula dari tu, aku kerap kena tindih x kira siang or malam..

Dira(bukan nama sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

5 thoughts on “Siapa Punya Angkara”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.