Siapa Selain Kami?

‘SIAPA’ SELAIN KAMI???

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia FS. Sekarang aku dah terjebak sama menjadi pembaca setia FS. Pantang ada cerita baru, mesti aku baca. Sesetengah cerita tu mmg betul² seram, ada part sedih, lawak dan ada gak cerita yg boleh buat aku sakit hati. Haha terbaik la cerita korang. Aku pun teringin nak berkongsi pengalaman seram aku ni. Cerita ni agak panjang, semoga korang tabah menghabiskan bacaan & harap korang faham la ye. Sebelum tu, thanks admin sebab sudi siarkan cerita aku. Muahhh ciked!

Pengalaman seram ni terjadi pada tahun 2011. Masa tu, aku study lagi dan duduk rumah sewa dengan bff aku. Sebelum tu, aku duk asrama kolej tapi sebab banyak sangat gangguan so kitaorg buat keputusan nak cari rumah sewa. Gangguan di asrama kolej?? Yup, memang ada. Banyak sangat gangguan yang ada tapi nanti la aku cerita ye.

Rumah sewa aku ni tak jauh pun dari kolej, dalam 15 minit jalan kaki. Dan semestinya la aku jalan kaki, sebab tu masa tu aku slim je, sekarang dah chubby. Ni menaip pun dah kebas jari aku. Hahaha Tapi kadang² bila terdesak aku naik kereta pak cik, dia mcm prebet sapu la. Bayar singgit je, kadang² dia tak ambik duit pun, siap belanja makan lagi. Haha sorry, melalut ke lain plak.
Ok, berbalik pada cerita aku tadi. Rumah sewa aku tu, ada tiga bilik. Macam biasa la, ada master bedroom sekali dgn tandas, bilik kedua dan bilik ketiga paling kecik. Di antara bilik tu, ada tandas. Aku sewa rumah tu dengan empat bff aku iaitu Zira, Daya, Tirah dan Elyn.
Bilik master tu, Daya dan Zira yang duduk. Bilik tengah, Elyn dengan Tirah, dan aku bilik paling kecik.

Nak dijadikan cerita, si Daya ni selalu bagitahu aku yg pintu bilik dia asyik terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Aku tak percaya, aku cakap angin. Daya cakap “Buke..buke..buke angin! Daya tahu la kalu angin dio jadi lagu mano”..(baca dalam loghat kelate hokayy) hahaha. Zira mengiyakan kata² Daya. Muka Daya memang serius,kening pun berkerut² je. Aku pun tak cakap apa la sebab tak nampak dengan mata sendiri so aku diam jela.

Dipendekkan cerita, lepas balik dari kelas, aku dengan Zira masuk dapur, masak untuk dinner. Dapur ni jenis kebelakang skit. Daya lak duduk sorang² kat meja makan dekat ruang tamu. Tiba² Daya menjerit “Zira, Yaya, dio buat pulok doh! Dio main pintu!” Daya berlari ke dapur.
Aku dah cuak masa tu, tapi boleh plak aku pergi tengok pintu bilik dorang. Aku tolak² pintu bilik tu, tak ada apa. Aku pun cakap la “Tak ada apa ni, jangan takut”.
Aku pun tak tahu macam mana aku berani sangat. Hmm.. mungkin sebab aku tak pernah nampak kot. Daya dah tak jadi duduk dekat meja makan, dia join kitaorg masak.

Keesokannya, masing² bersiap nak ke kelas. Macam biasa lah, aku ketuk pintu bilik master tu. Aku masuk so pintu sedikit terbuka. Aku minta tolong Daya pinkan tudung aku sebab aku takut peniti. Poyo je kan, tapi seriously aku takut nak pakai sendiri. Tudung belit² ni bukan kepakaranku. Haha
Masa tu Zira dalam tandas. Masa Daya pinkan tudung aku, pintu bilik tiba² tertolak dengan sendirinya. Mcm ada angin yg tolak.. Siap berbunyi lagi..”shreeeettttttt!!” slow² je pintu tu terbuka luas.
Mata kitaorg saling berpandangan, lepas tu mata beralih ke arah pintu. Daya dah takut, dia peluk aku. Aku pun berani lak bersuara. Aku cakap la.. “Tak pe, angin je tu Daya”..

Lps tu, pintu tu terseret sendiri slow² dan terus tertutup “Bammmmmmmm!!” Lebih kurang bunyi macam org hempas pintu tu. Pintu tu lak mcm ada org tarik dari luar. Padahal pintu tu terbuka agak luas ke dalam. Dan dalam bilik diaorg nie bukan ada angin kuat pun. Kipas pun nak tak nak je berpusing. Bila dah nampak dpn mata mcm tu, aku dgn Daya apalagi, terus menjerit sambil berpelukan. Akhirnya, berlaku depan mata aku. Terkejut weiii, kuat gila bunyi pintu masa tertutup tu. Mungkin ‘dia’ nak bagitahu aku, yang ‘dia’ tu ada. Zira terus keluar dari tandas sbb dengar kitaorg menjerit. Cuak gila dh aku masa tu. Seram sampai meremang bulu roma. Patut la Daya ni takut sangat. Zira dah tak jadi masuk tandas balik sebab takut. Hahaha cepat² je kitaorg bersiap ke kelas.

Petang tu, ada kawan aku dtg rumah. Aku pun bercerita la pasal pintu tadi. Dah mcm pensyarah duk berdiri kat depan, yang lain duk atas sofa, khusyuk je dengar aku bercerita. Sedang aku syok² bercerita pasal kejadian pintu bilik tu, tak semena² pintu bilik kedua tertutup dengan kuat ..”Bammmmmmmm!!!”.Aku masa tu dah melompat lari keluar rumah. Masa tu ngam lak pintu utama terbuka luas, cepat² aku lari. Jantung jangan cakap la, laju je denyutannya. Betul² langkah seribu. Yang lain menjerit dan berpelukan je atas sofa. Ketar lutut tak boleh lari. Hahaha Kadang² kelakar pun ada bila ingat balik. Mungkin ‘dia’ tu marah kot sebab aku cerita dekat org luar. Mungkin laa..

Ada jugak malam tu, aku tak boleh tido. Biasanya kalau nak tido, aku tutup lampu bilik. Memang gelap yang amat² gelap la bilik aku. Tapi malam tu, aku betul² tido tak lena. Tido kejap, mesti terbangun. Mcm ada sesuatu yang mengganggu. Aku pun dah rimas. Mata mengantuk tapi tido tak selesa sebab asyik terkejut je kan. Dalam mamai² sbb terkejut lagi dari tido, boleh lak aku berkata dalam hati. “Kalau pukul tiga, ni mesti hantu yang kejutkan aku!”

Aku tengok jam dekat handphone,tepat pukul tiga pagi! Aku bangun terus buka lampu & pandang sekeliling aku. Nasib la masa tu tak ada apa. Meremang gila aku masa tu. Aku baring dan tenangkan perasaan sambil baca surah². Tak sedar masa mana aku tertido. Sampai sekarang aku tertanya² kenapa aku boleh cakap mcm tu. Hish..seriau lak..

Pasal bunyi-bunyian mcm org menukang kat belakang rumah, tu mmg dah selalu dengar. Lebih² lagi kalau lepas hujan. Memang kuat bunyi org menukang tu. Tapi kitaorg buat tak tahu je dan tak tegur, berharap ‘benda’ tu tak kacau kitaorg.

Bunyi org mengibas kain malam², Daya dengan Zira yang selalu dengar. Bunyi tu depan bilik dorang. Bunyi mcm org nak jemur baju tu. Tapi bila dorang intai tak ada sape² pun kat luar. Depan bilik dorang tu memang jadi port kitaorg jemur baju.

Ada gak sekali tu, kitaorg cuti sem. Semua balik kampung. Kitaorg sepakat bagi kunci rumah dekat kawan lelaki sebab dia tak balik kampung. Kitaorg mintak tolong dia tengok²kan rumah. Malam tu dia datang la tengok rumah, dia ingat nak tido je kat rumah sewa kitaorg tu. Kebetulan hujan lak. Dia cerita, masa tu dia duduk dekat meja makan.

Kawan dia lagi sorang dah terlelap dekat sofa. Masa dia duduk tu, kerusi sebelah dia beralih sendiri. Apalagi, terus dia kejutkan kawan dia ajak balik. Lps tu dia tak berani nak datang dah. Sebelum tu dia ada cakap yg dia tak sedap hati masa mula² masuk rumah, sbb dengar bunyi org menukang kat belakang rumah. Kuat plak tu. Maka, lepas je dengar cerita kawan lelaki kitaorg tu, kitaorg hanya mampu “berhuhuhuhu” aje. Lagi dasyat kawan kitaorg kena. Huhu

Ni plak terjadi dekat kakak si Tirah. Akak tu selalu datang rumah kitaorg lepak². Ada satu hari tu, dah tengah malam. Dia tengok tv kat ruang tamu, tiba²,pintu masuk terbuka sendiri. Mcm ada org pulas tombol pintu dari luar. Dia intai tengok tak ada org, menangis akak tu sbb takut. Nasib la kawan aku, Tirah tak tido lagi masa tu. Dia tutup balik pintu dan tenangkan kakak dia.

Ok lah uolsss…sampai sini jelah aku cerita dulu. Jari dah kebas ni. Haha kalau tak seram ,minta maaf ye. Thanks sbb mampu baca sampai habis. Kalau korang bagi komen positif, nanti aku ceritakan kisah seram kat asrama lak. Bye korang. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Siapa Selain Kami?”

  1. Tingat dlu mase study si mambang ni main pintu kelas bukak tutup bukak tutup…
    Ustazah tegur trs die senyap…
    Dh msk kelas ler tuuuuu…
    Huhuhuhuhuuu…

    Reply
  2. Benda kalau dah tahap gaban mengacau, sajalah nak glamour mcm Nora Danish. Gamaknya perasan dapat masuk Malatops dgn Nealofa. Jalan penceritaan jelas dan menarik. Jgn lupa kongsi kisah asrama pula ya. Terbaik!

    Reply
  3. Depa ni mmg suka main pintu ekk.Haritu ana dok tgh khusyuk study pukul 3pagi tiba2 pintu bilik terbukak n tutup sendiri macam ada org jenguk.Ingatkan my father.Dah tu dok berani pulak pi jenguk, xdak apa2.Lintang pukang ana lari masuk bawah selimut.Bilik ana tengah maka tak logic ada angin sepoi2 bahasa.Cuak koi!

    Reply
  4. selalu kalau terbngun 3 pagi aku piker positive je…dlm hati aku kata maybe malaikat kejut soh solat tahajud…nest time terbngun pukol 3 g amik wuduk n solat tahajud…

    Reply
  5. Mybe bunyi yg Daya n kwn ko tu dgr,bunyi sisa2 aura yg korng tnggalkn…sy gtau ni sbb sy prnh tgk cite penyelidikan hantu dr barat…diorg wat kajian kt 1 pub ni,then diorg dgr balik bunyi yg hampir sama mcm masa pub tu ad ramai pelanggan…tp diorg x dpt penurunan bacaan suhu tmpt tu…makanya,timbullah spekulasi(betul ke) yg diorg dgr tu,adalah sisa2 aura yg ditinggalkan oleh pelanggan2 yg hadir…panjang btul komen ak ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.