siapa tu?

Assalamualaikum admin Fiksyen Syasya dan pembaca. Tengok ramai yang post cerita-cerita seram ni, teringin pulak nak share cerita juga. Macam mana nak mula ye? Ah bedal je lah. Hujung-hujung datang juga idea, ye tak?

Okay nak cerita sikit pasal diri aku. Aku seorang gadis yang berasal dari kampung. Macam yang semua tahu kampung ni memang tak kurang dengan cerita-cerita mistik. Termasuk aku yang kena sekali (fufu). Takpe kan aku bahasakan diri aku sebagai ‘aku’? boleh yee? kalau tak boleh sila pm tepi. k gurau. hehe..

Aku mula kena ‘sapa’ dengan makhluk ni masa aku kena command dengan mak aku untuk jaga nenek aku. Jadi sebagai anak yang baik, dengan paksa rela lah aku pergi ke rumah nenek aku. Dekat je. jalan kaki tak sampai 2 minit pun sebab rumah nenek aku sebelah rumah aku je. kah!! Otw ke rumah nenek aku, telinga aku macam kena bisik oleh sesuatu. Dia bisik tak jelas sangat bunyi dia. Padahal aku pakai earphone kot!! Lepas tu aku rasa ada angin lalu kat tengkuk aku. Tanpa membuang masa apalagi? Pecut lah ke rumah nenek aku. lelah weii. Aku dahlah bambam. Lari pakai selipar pulak tu, nasib tak putus. Kalau putus mau kena pelangkung dengan mak aku sebab tu selipar dia. wahaha..

Sampai je rumah nenek, aku kena tegur dengan makcik ku. Tanjat gegel. huhu. Aku sengih je kat makcik aku then terus pergi ke nenek. Since nenek sakit, so dia terbaring je kat tilam. Aku pun sembanglah dengan nenek walaupun dia dah tak banyak cakap macam dulu. (tiba-tiba sedih). Makcik aku pergi kedai kejap, so tinggallah aku dengan nenek. Rancak punya rancak sembang, then nenek aku kata “siapa yang duduk kat tepi dinding tu? Kenapa tak duduk kat sini?” sambil dia tunjuk weyh arah tu. aku dengan berani-berani takut, pi toleh gaklah. huhu. Serius takde orang! aku abaikan jelah, mungkin imaginasi nenek aku. Biasalah orang tua.

Lepastu aku ke dapur sebab nak ambil bubur nenek, dah tiba masa untuk dia makan. Usai je aku ke dapur, aku dengar orang cakap-cakap. Aku abaikanlah, mungkin bunyi tv. Tiba-tiba aku teringat, mana mungkin suara tv sebab plak tv rosak. huwaa sapa pulak mak jemah kat depan tu?? Aku intai sikit-sikit..sah!!! takde orang. Parkinson terus aku dibuatnya dengan takut-tajut berani tu. Aku pi jugaklah suap nenek aku sambil-sambil dia pandang atap rumah dan sengih sorang-sorang. huuu dia sengih kat siapa pulak ni. Lepastu kat dapur pulak makhluk tu soksek2. Riuh betul gayanya macam orang kenduri. Rasa nak join tapi segan. haha (takut sebenarnya. ceh) aku dengar juga macam pinggan mangkuk berlaga. Amboooii memang nak buat kenduri ke apa ni? jangan lupa masak lebih!!
tak lama lepas tu, makcik aku balik. fuhhh lega kau naaakk. lepas je makcik aku tu balik, bunyi tu semua hilang. takut lettew.

Lepas dari kejadian tu, bunyi bising tu akan selalu kedengaran walaupun rumah nenek tu selalu buat bacaan yasin oleh anak2 nenek aku. tapi bak kata orang tua, alah bias tegal biasa. lama2 aku dah lali dengan semua tu. jangan pulak dia muncul dah laaaahhh. saia tak kuaaadd.

Okay sampai sini saje kisah aku. nanti ada masa aku cerita lagi pengalaman aku dengan makhluk2 ni. adios amigos everybody. muahh. tenkiu admin tolong postkan cerita aku!!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

budak tak berapa berani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

11 thoughts on “siapa tu?”

  1. Mengarut2 , Admin FS ni baca la dulu sebelum nak post, cerita bosan dan tak menyeramkan admin post buat bendaaaa…

    Reply
  2. Ko punye citer mcm lari pecut 100m dek…
    Ibaratnye akk baru tarik napas dedalam nk sorak tup2 dh smpi garisan penamat…
    Huhuhuhuu…

    Reply
  3. Td rase nak terkencing, konon2 last citer nak baca la ni..tup tup dah abes citer ko..elok gak laa..kurg sikit risiko sakit batu karang n kencing berlari ngeh ngeh ngeh

    Reply
  4. cerita ni ada potensi..aiseh…cuma kau banyak tambah merapu mengarut jer…..kalau kau kurangkan merapu tu, ada feel sikit…takyah la cuba buat lawak yg berlebihan..feel seram dlm citer kau ni akan hilang

    Reply
  5. Bagus..ada harapan..cuma nak cerita seram tu jangan terlau selit ayat lawak…dari tak seram terus benci nak baca…tapi…teruskan usaha..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.