Siapa_Yang_Datang_Tadi?
Tak tahu ini merupakan kepercayaan atau hanyalah kebetulan.
Malam itu, seperti biasa Jenny, Aina, Sarah dan Sari bekerja malam. Jenny merasakan seolah-olah malam itu agak ‘dingin’ berbanding malam-malam sebelum ini.
Dikurniakan deria rasa istimewa seperti itu membuatkan Jenny tidak senang duduk. Bulu romanya yang segan-segan nak tumbuh itu antara nampak dan tidak sahaja mencacak dirinya.
‘Sudah, jangan ada yang menganggu malam-malam aku dah la’ desis hati Jenny.
Masa berlalu begitu pantas. 1 kemasukan pesakit baru dari kecemasan yang diletakkan di bawah jagaan Jenny membuatkan Jenny sedikit sibuk membawa melepasi jam 2 pagi. Perkara yang menganggu fikirannya sebentar tadi hilang sebentar.
Pesakit dengan mesin batuan pernafasan itu kelihatan tercungap-cungap. Deru nafasnya yang berbunyi kuat menganggu konsterasi Jenny. Mata Jenny tertancap pada no 3 di kepala katil pesakitnya.
Ah.. Sudah.. Meremang bulu romanya tiba-tiba lantas perasaannya semasa di awal shif tadi kembali. Deru nafas pesakitnya itu menambahkan rasa seram di hatinya.
“Jen, jom makan. Aku bawa sate malam ni. Jangan nak diet sangat. Patient kau ok tu” Aina mengajak Jenny, Sari serta Sarah disebelahnya tersengih sambil menyuakan 1 beg plastik berisi jajan kepada Jenny.
‘Budak berdua ni kalau kerja sama-sama. Makan sahajalah mereka. Pantang ada masa. Tapi badan maintain sahaja.’ Kata hati Jenny.
Jenny membuntuti langkah rakannya ke Pantry comel mereka yang letaknya di beranda luar HDW; hanya disitu boleh ditempatkan meja makan. Kebetulan lokasi pantry bersebelahan dengan katil pesakit Jenny.
Tirai dan langsir sahaja menjadi penghadang. Nasib mereka kerana tidak punya pantry sendiri dan terpaksa modify sedikit ruang yang ada.
“Meowwwww” Tiba-tiba terdengar suara keras kucing.
“Cilaka, mana datang kucing ni, melintas tak bagi salam!” Marah Aina. Nyaris dia tersungkur tadi.
Kucing hitam itu menoleh kepada mereka dengan mata merah lalu berlalu pergi.
Mereka serta merta berpandangan. Masing-masing kelu mahu berkata-kata. Masa itu juga terdengar jerit seorang perempuan mendayu-dayu.
“Sakit mak… Aku sakit… Tolong mak… Tolong….” beberapa kali. Tetapi mereka tidak menghiraukan. Mungkin jeritan ibu mahu melahirkan barangkali.
“Pergi…Ja..ngan..Ka..cau..aku!!..Syuh..Pergi!!!!!!. Misi, tolong…..Orang tua tu nak tarik kaki aku. Tolong misi”
Mereka yang baru menjamah makanan tercengang. Berlari masing-masing kedalam Wad apabila mendengar jeritan pesakit Jenny itu.
“Pergi!!!..pergi..Jangan kacau aku. Aku tak nak m**i lagi..Pergi.. Eeeee..eeee.. Misi, panjang lidah dia misi. Tolong. Dia nak cekik aku.” Jerit pesakit itu sambil tangan menepis-nepis sana sini.
Keadaan dalam wad itu tiba-tiba menjadi huru-hara. Machine berbunyi sana sini.
Pesakit katil 1 tiba-tiba, bacaan oksigen di monitor kelihatan turun mendadak.
Pesakit katil 2 menutup mata dengan tangannya.
Pesakit katil 4 pula sudah mula memegang dada.
Lampu di dalam wad mereka berkelip-kelip. Deru angin kuat terasa menyapa pipi masing-masing. Kelam kabut mereka mengejar pesakit masing-masing. Jenny sempat memanggil 4PPKnya En Rahim untuk membantu. Encik Rahim yang baru pulang dari menghantar d***h itu lekas membantunya.
“Kenapa ni Staff Nurse?” Soal Rahim cemas.
“Saya tak tahu. Tiba-tiba pakcik ni meracau.
Tolong panggil Dr Aman datang sini” Arah Jenny.
Sempat Jenny menjerit kepada rakan-rakannya.
“Korang okay tak? Pesakit macam mana?”
Pesakit katil 1 : Bacaan kandungan oksigen semakin meningkat. Tak tahu apa silapnya tadi.
Pesakit katil 2 : Menggigil-gigil sambil menunjuk kearah pesakit katil 3.
Pesakit katil 4 : Mula stabil. Terkejut mungkin.
Tetapi, pesakit katil 3 itu, terus meronta-ronta. Tangan mengibas-ngibas seolah menghalau sesuatu. Habis wayar-wayar yang ada tercabut!!!
Tiub yang dimasukkan untuk memberi air melalui salur d***h dah entah kemana. Tak menang tangan Jenny mahu menguruskan pesakitnya itu.
Skrin ditarik bagi meminimakan pandangan pesakit lain kepada pesakitnya. Datang Aina dan yang lain-lain untuk turut sama membantu.
Dipegang tangan kiri, terlepas.
Dipegang tangan kanan. Terlepas.
Jenny cuba untuk maintainkan mask untuk memberikan bantuan oksigen kepada pesakit itu supaya tidak tercabut. Tetapi keadaan amat menyukarkan.
“Misi…tengok… Dia ada sebelah misi. Nak cekik misi pula. Tolonggggg!!!. Jerit peskait itu lagi.” Semua memusatkan pandangan kepada Jenny.
Jenny mula berasa seram sejuk. Hembusan angin terasa dekatt di lehernya. Seolah-olah memang ada ‘sesuatu’ disana.
“Janganlah kacau aku. Aku tengah kerja. Kami semua tak kacau kau kan!!” Kata Jenny spontan.
Terus lampu berhenti berkelip. Suasana menjadi sunyi. Terdengar suara jeritan wanita..
“Aaaaaaaaaaaa..uuuuuuuu….” Sayup-sayup di luar wad mereka.
Pesakit Jenny tetap berkeadaan seperti itu. Tercungap-cungap mengambil nafas cuma rontaannya semakin perlahan. Kepenatan barangkali.
“Pergi…pergi…..” katanya antara dengar dan tidak.
Tirai yang terselak tiba-tiba mengejutkan mereka. Nyaris tercampak cawan yang dipegang Sarah.
“Heh. Kenapa korang ni terkejut macam nampak hantu? Tadi panggil saya kan!!” Soal Doktor Aman sambil berseloroh.
“Hantu punya Aman!!!.. Kau sebutlah pasal hantu. Eloklah kau kene macam kami tadi” Jerit Jenny. Pantang dah baginya bila hantu disebut-sebut.
Doktor Aman yang melihat keadaan semua Staff Nursenya yang pucat seolah sudah kehilangan d***h itu mula faham sedikit.
Pandangannya tertancap kepada pesakit katil 3 itu. ‘Ahmad Bin Jamal’.
“Pakcik Ahmad, penat ya. Saya bagi ubat tidur ya. Nanti pakcik tak cukup rehat. Tercungap-cungap pula” Kata Doktor Aman kepada pesakitnya itu sambil menulis ubatan di perlukan di BHt pesakit itu.
Aina membantu Jenny dalam pemberian ubatan itu.
Pesakit Jenny mula kelihatan melelapkan mata.
Kerut keletihan jelas kelihatan di raut wajahnya.
Mereka mengemaskan pesakit mereka kemudian mereka pergi ke kaunter jururawat dimana Doktor Aman sedang tersengih menunggu.
“Korang dah kenapa ni?. Apa dah jadi?.” Soal Doktor Aman.
Jenny menceritakan semuanya dari A hingga Z termasuk kisah kucing hitam dan suara jerit perempuan yang macam mahu beranak itu.
“Macam mana kucing hitam tu boleh masuk dalam wad ni? Takkan dari tadi korang tak nampak kalau korang cakap dia datang dari dalam, lagi satu yang pasal perempuan menjerit pula. Kita ni ditingkat 4. Labour room dan 5gynae wad tingkat 1. Kuat betul perempuan tu jerit” kata Doktor Aman menyentakkan hati masing-masing. Aina mula memegang lengan Sarah.
Tiba-tiba..
“Meowwwwwwwww”. Keluar kucing hitam dari bawah katil pakcik Ahmad; berlalu pergi ke pantry dan hilanggggggg…..
Mereka berpandangan..
“Siapa yang datang tadi?” Soal hati masing-masing..
………
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
First
tak berapa faham