Siapa Yang Menyamar Sebagai Aku dan Roommate Aku tu? – Uitm Borneo

Hi FS, aku FSK. Aku nak ceritakan pengalaman2 aku kat hostel masa Diploma dulu di salah satu kampus UiTM di Borneo. Bukan aku yang kena, tapi kawan aku yang kena.

Kisah 1

Kejadian ni berlaku masa aku Semester 2. Bilik aku ni dekat tingkat 3 hujung sekali and bilik kawan2 aku kat belah depan sekali. Few rooms kat hujung level aku memang kosong sebab ada masalah atap bocor (pada masa tu). So nak dijadikan cerita, ada satu weekend ni(hari Ahad tak silap aku), best friend aku, dia ni mamat gila main futsal so after habis main futsal dengan budak blok2 lain (masa tu dah nak Maghrib) so dia pun gerak la naik bilik.

Bila dia nak bukak pintu bilik dia, dia toleh ke kanan and dia Nampak “aku” berdiri dekat depan bilik aku (bear in mind bilik aku dekat hujung sekali) “aku”pada masa tu pakai pakaian serba putih tapi berlumuran dengan tanah and aku just berdiri statik dan tunduk depan bilik aku. Kawan aku ni pun jerit lah, “Woi FSK, baru balik ke?” tapi kawan aku pelik aku tak respon langsung. So dia ingat aku tak dengar dia jerit kot so dia pun masuk bilik.
___________________________________________________________________________________
Disebabkan hari Isnin tu aku tak ada kelas so aku balik Selasa pagi (hari Selasa kelas petang je). Everytime aku balik, aku akan lepak dulu (ni memang rutin aku tiap2 minggu) dekat bilik best friend aku ni dengan beg2 baju aku. So bila aku masuk bilik kawan aku ni, dia orang tengok aku macam pelik semacam. Then best friend aku ni tanya, “kau baru balik ke?” then aku jawab “haáh la, kan isnin aku tak ada kelas, so aku balik pagi ni la”.

As soon aku cakap macamtu muka best friend aku terus pucat and dia pun senyap semacam. Aku tanya kenapa then dia cakap “aku Nampak kau kat depan bilik kau hari Ahad lepas. Aku jerit kau tak respon langsung”. Dia confirmkan lagi dengan aku, “kau sure ke kau tak de singgah letak barang Ahad lepas?” then aku cakap “tak ah, aku memang baru datang pagi ni” masa tu aku tengok kawan2 aku yang lain semua dah duduk satu katil, ketakutan.

Aku pun dah rasa lain macam so aku mintak teman kawan2 aku pergi singgah bilik aku (aku dah plan dah nak duduk bilik diaorang je for the rest of the week) so bila aku bukak pintu bilik, bau hanyir and bau tanah memang semerbak dalam bilik aku tu. Aku dah rasa pelik dah and nak blah je dari situ. Bilik tu memang gelap sebab roommate aku sorang lagi tu harian. Barang2 dalam bilik pun tak terusik. So end up aku amik toiletries aku and blah. Malam jumaat kitaorg baca Yassin dalam bilik aku tu sebab nak halau benda2 ghaib atau makhluk halus yang ada dlm bilik tu and Alhamdulillah selepas tu takde apa2 berlaku lagi.

Sampai sekarang aku duk fikir siapa yang menyamar jadi aku tu?

Kisah 2

Kisah ni berlaku masa aku Semester 3, masih di bilik yang sama (memang bilik ni ada something). Roommate aku yang harian tu dia memang jarang stay kat bilik tapi ada satu minggu ni dia nak settlekan project dia kat campus so that one week dia memang stay kat kampus.

So nak dijadikan cerita, roommate aku ni memang tiap2 malam dia pesan kunci je pintu sebab dia selalu balik lewat (dalam pukul 2 3 pagi) so tiap2 malam before 12 aku akan kunci pintu. Aku masih ingat lagi kejadian ni berlaku hari apa, Malam Keliwon haha. So Khamis malam Jumaat la. Aku malam tu lepas dinner settle buat assignment kejap then terus terlelap.

Tengah sedap2 tidur tu tiba2 aku terjaga (bukak mata sikit) sebab aku dengar bunyi pintu bilik aku dibuka. So aku assume kawan aku dah balik la. Aku Nampak bayang2 kawan aku ni masuk bilik, tapi cara dia berjalan tu seakan2 terapung. Dia pergi dekat sebelah aku, berhenti sekejap then dia ke katil dia. Masa tu aku masih mamai lagi so aku tak amik port sangat. Aku sambung la tido.

Dalam pukul 3 lebih macamtu aku terjaga, aku tengok jam dinding aku tepat 3:33 pagi. Aku dah rasa lain sebab tetiba rasa sejuk semacam and entah, rasa pelik. Aku toleh ke arah katil kawan aku, aku Nampak dia tengah tido. Tapi sekali lagi aku tengok cara dia tido tu pelik. Dia tido seakan2 jenazah, berselubung dengan selimut (dahla selimut, cadar, comforter dia semua putih) so memang exactly Nampak macam mayat. Dia silangkan tangan dia (macam jenazah) dekat dada dia.

Tiba2 kepala dia berpusing ke arah aku dan dia pandang tepat ke arah aku (“kawan”aku tu masih berselubung dengan selimut dia). Aku pelik “eh mamat ni bergurau ke apa dengan aku? Ah lantaklah malas nak layan kau“ sekali lagi aku tak amik port and sambung balik tido.

Pagi pun menjelma so bila aku bangun, kawan aku dah tak ada kat katil dia so aku assume dia pergi Mandi la kot. Settle Mandi, solat and sedang aku bersiap tu tiba2 kawan aku ni masuk bilik dengan beg2 dia, sekali dengan bantal kecik dia. Aku pun pelik, mana pulak mamat ni pergi bawak beg bantal apa semua.

Aku tanya, “eh kau dari mana?”then dia pun jawab, “laaa kan aku dah whatsapp kau aku tak balik bilik, aku tido bilik kawan aku dekat blok 1”aku check hp aku and memang sah dia ada hantar whatsapp pukul 2 pagi.

Aku pun cakap kat dia, “so siapa la yang masuk bilik semalam and tido kat katil kau?” aku terdiam and kawan aku pun terdiam ….. Muka kawan aku masa tu memang dah pucat and sumpah aku dengan kawan kau pandang each other and menjerit macam orang gila and blah keluar dari bilik tu. Later that day, aku dengan geng2 lain pack barang2 aku dengan kawan aku and terus stay illegal dalam bilik kawan aku sorang lagi sampai habis sem.

Memang sah la bilik tu tempat benda tu duduk. Suka menyamar jadi aku and kawan aku.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
FSK

3 thoughts on “Siapa Yang Menyamar Sebagai Aku dan Roommate Aku tu? – Uitm Borneo”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.