Siapakah Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Aku Arianna (bukan nama sebenar) bukan Arianna Grande ye. Thanks kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan. Aku nak ceritakan beberapa kisah seram yang aku dan adik-beradik aku alami. Mungkin kisah ini agak panjang sebab aku tak nak sambung – sambung ok.

Kisah1
Kisah ni terjadi ketika aku berumur 7 tahun. Aku dah start sekolah. Aku sekolah sesi petang. Aku ni aktif masa kecil, suka lari-lari dan lompat-lompat dalam rumah. Suatu pagi tu aku lari-lari dari ruang tamu rumah ke dapur dan aku buat berulang alik. Sebab bosan sangat duduk kat rumah sementara nak tunggu pergi sekolah, lagipun rumah aku tak de orang. Ada aku dengan mama aku aje. Masa aku pergi ruang tamu rumah aku tu aku nampak ada seorang lelaki (good looking juga la), aku ingatkan tetamu mama aku.

So aku pun pergi la kat dapur tanya mama aku sape datang. Pastu mama aku cakap la mana ada orang datang. Aku ‘argue’ la dengan mama aku dan aku cakap ada orang datang. Aku bagitau la mama aku ada orang laki kat ruang tamu rumah dan lelaki tu pakai baju melayu or jubah aku tak ingat. Yang sure memang baju yang lelaki tu pakai warna putih dan siap berkopiah warna putih juga. Bila aku dengan mama aku keluar untuk tengok sape datang tu tengok-tengok dah tak de orang. Mama aku tanya la mananya. Aku bagitau la betul mama, yana nampak ada orang duduk kat sofa yang berangkai dua tu.

Lupa nak bagi tau masa aku tengok lelaki tu dia pun tengok aku balik sambil tersenyum manis. Masa aku m**i-m**i ingat tu tetamu mama aku. Mama aku cakap mungkin ‘dia’ nak tegur aku la tu. Lepas kejadian tu, aku memang fobia nak duduk dekat sofa berangkai dua tu. Memang bertahun aku tak duduk dekat sofa tu langsung.

Kisah2
Masa kejadian ni berlaku aku lupa aku darjah berapa. Yang pasti masa tu femes dengan cerita hantu ju-on. Aku tengok tv dekat bilik tidur kakak aku then aku tertidur, akak aku kejut la aku untuk tidur dekat bilik aku. Aku bangun dan aku nampak something dekat pintu bilik kakak aku(masa ni lampu tak on pun hanya berpandukan cahaya dari tv je). Aku pun gosok la mata aku takut aku mamai lagi tapi still benda tu ada jugak. Akak aku tanya la apasal dengan kau ni. Aku bagitau la yang aku nampak Yoe (adik aku) buat apa dekat depan pintu bilik dan anggota badan adik aku tu memang tertanggal abis semua.

Tangan, kaki memang tercabut. Sebab adik aku ni memang suka merangkak macam ju-on untuk usik kakak-kakak dia. Pastu akak aku bagitau la mana ada apa-apa pun. Kau mamai la tu. Aku berkeras la yang aku betul-betul nampak. Padahal adik aku ada je dekat ruang tamu. Lepas kejadian tu adik aku dah tak berani dah nak buat aksi ju-on tu. Aku bagitau la hmm tu la suka sangat masuk bilik merangkak-rangkak sebab nak takutkan orang.

Kisah3
Kejadian ni berlaku masa aku form4. Masa ni aku tinggal berdua je dengan adik aku sebab parent aku tak de, dia orang balik kampung mama aku sebab atuk aku sakit. Aku dengan adik aku tak ikut sama sebab kita orang sekolah takkan la nak ponteng sekolah pulak kan. Masa kejadian tu, aku dengan adik aku tengah buat homework kat ruang tamu sambil tengok tv. Masa tu kita orang tengah syok buat homework. Pastu aku dengan adik aku dengar bunyi something yang pelik tapi kita orang ignore je sebab macam bunyi cicak yang getarkan ekor dia dekat ceiling tu(pasti korang pun pernah dengarkan).

Tak lama tu, ada bunyi cakaran pulak. Bunyi tu betul-betul dekat almari tempat mama aku simpan segala pinggan mangkuk dia. Aku tengok adik aku, pastu adik aku tengok aku balik. Adik aku ni buat-buat berani dan dia pegi ambil penyapu lidi mama aku dekat dapur dan dia hulur kat bawah almari mama aku tu tapi tak de apa-apa pun, yang keluar hanya lah habuk. Lepas tu aku dengan adik aku terus kemas buku-buku sekolah kita orang dan bersedia untuk masuk ke bilik masing-masing. Memang kita orang taktau la bunyi apa tu.

Hujung minggu tu mama aku call bagitau yang atuk aku dah meninggal(sedekahkan al-fatihah kepada atuk aku). Aku dengan adik aku balik kampung dengan kak Nana (yang tinggal berasingan dengan parent kita orang sebab dia dah kahwin) . Masa jumpa dengan parent aku tu aku bagitau la pasal kejadian tu. Mama dengan papa aku cakap benda tu just nak tegur aku dengan adik aku dan nak bagitau tentang kewujudan dia tu. Sebab kawasan rumah aku memang agak ‘keras’ mana-mana orang baru datang dekat kawasan rumah aku tu memang akan kena tegur dengan ‘benda tu’.

Kisah4
Kisah ni bukan aku yang alami tapi kakak aku yang alami. Kisah ni berlaku dalam bulan ogos tahun lepas. Akak aku dan husband dia pegi la rumah akak aku yang sorang lagi, mmm aku bagi gelaran la senang takut korang konfius. Kak Fisha pergi la rumah kak Nana dengan husband dia sebab nak ambil ubat anak dia (kawasan rumah kak Nana ni pn keras juga). Masa dia org otw balik rumah tu kebetulan pula malam tu hujan renyai-renyai. Pastu husband kak Fisha bagitau la nak hujan ni angin pun kuat. Pastu kak Fisha cakap la iya ke sambil buka tingkap kereta.

Pastu tiba-tiba kak Fisha menjerit, aduh sakitnya, husband dia tanya la kenapa. Pastu akak aku bagitau la yang ada angin datang dekat muka dia sampai rasa pedih kulit muka dia. Husband dia cakap la tu la b cakap tak nak percaya. Masa kak Fisha cerita dekat aku tu memang siap dengan gaya la pastu malam tu memang sunyi sangat-sangat, kereta kat jalan raya pun tak banyak. Malam tu kak Fisha terus demam yang sakit-sakit badan tu. Memang kak Fisha bagitau memang sakit habis sendi dekat badan dia.

Tengah hari tu bila dah kurang sikit demam tu kak Fisha, dia pun nak ambil la phone dia yang tengah charge dekat almari solek. Pastu anak lelaki dia berumur 3 tahun masuk bilik dan tanya,

Ian : Mommy sape tu? (Sambil tunjuk kat tepi kak fisha)
Kak Fisha : (kebetulan tepi tu memang ada bear besar) ni kan teddy bear
Ian : Bukan, bukan. Sape tu mommy?
Kak Fisha : Ni teddy bear la Ian. Tak kan Ian tak kenal bear pula. Mana ada sape-sape pun tepi mommy ada teddy bear je.
Ian : Bukan teddy bear la mommy. Tu ada kakak la muka buruk la mommy.
Kak Fisha : Ish mana ada la Ian. Jom la kita duduk kat ruang tamu(masa ni memang meremang abis dah bulu roma kak Fisha)
Ian : Ian takut, takut.

(malam)
Masa dekat ruang tamu tu, daddy Ian nak tidurkan Ian, letak Ian kat riba sambil mendodoinya. Pastu tiba-tiba Ian tanya soalan yang sama macam tengah hari tadi.
Ian : Mommy sape tu?
Kak Fisha : Daddy la.
Ian : Bukan la mommy. Sape tu?
Kak Fisha : Ni mommy, ni daddy dan ni Ian.
Ian: Bukan, bukan. Tu hantu, Ian takut la mommy (sambil tutup muka dia dengan tangan)

Kak Fisha dan husband dah berbalas pandangan dah. Kak Fishaa tak bagitau pun pasal kejadian tengah hari tadi dekat husband dia sebab husband dia tak percaya benda-benda mistik ni. Kak Fisha pun ajak husband dan Ian masuk bilik tidur. Lepas kejadian tu Ian tak nak tidur dekat tempat yang dia biasa tidur tu kat tepi dinding.

Esoknya, kak Fisha pun bagitau la, “sape-sape yang ikut aku malam tu jom aku hantar kau balik kat tempat kau, sini bukan tempat kau, jangan kacau keluarga aku”. Kak Fisha keluar dengan kak Sha (kakak aku yang sorang lagi) untuk pegi beli durian. Lepas tu Ian memang dah tak de cakap pasal hantu dah. So masa kak Fisha menjerit sakit malam tu sebab ada ‘something’ la yang ikut dia orang balik rumah.

Kisah5
Okay ni last cerita mistik dari aku. Tapi bukan aku yang alaminya. Ni adik aku pulak yang alami. Kejadian ni berlaku bulan ogos tahun lepas juga. Yoe (adik aku) terserempak ‘benda tu’ masa malam masa Olympics time Lin Dan dan Lee Chong Wei lawan. Masa tu kan cuti semester, so adik aku memang keje dia melepak dengan kawan-kawan dia je la malam-malam. Lepas dia abis main futsal dengan kawan-kawan dia tu dah pukul 2 pagi. Masa dia otw balik rumah, (oh ya rumah kita orang memang dekat dengan tanah perkuburan) dan lalu kawasan perkuburan tu, adik aku tengok ada orang ramai kat tanah perkuburan tu.

Kereta penuh dekat bahu jalan dan ada van jenazah juga. Dia musykil la sape yang meninggal. Masa dia melalui tanah perkuburan tu dia perasan yang ada seorang perempuan ni tengok dia dengan jelingan tajam. Adik aku perasan juga macam ada benda dekat rumah banglo 2 tingkat yang telah terbiar lama oleh owner dia (rumah tu pun ada cerita yang tersendiri) dan adik aku pun memang bawak motor laju giler la. Dia juga bagitau kalau ada something yang tumpang dia, dia memang tinggalkan motor tu kat tepi jalan dan berlari balik ke rumah. Rumah aku dengan tanah perkuburan tu dalam 10m je.

Pagi tu, adik aku tanya la dekat mama ada orang meninggal ke semalam. Mama aku cakap la mana ada, papa tak de cakap pun. Adik aku cakap la ada orang meninggal semalam mama, Yoe nampak ada orang simpan jenazah dalam pukul 2 pagi. Mama aku cakap la mana la ada orang simpan jenazah pukul 2 pagi. Paling lewat pun sampai pukul 12 tengah malam je. Petang tu akak aku ajak dia pergi tengok tanah perkuburan tu sambil nak pegi ambil anak buah aku dekat kelas fardhu ain. Semasa melalui tanah perkuburan tu memang tak de pun kesan tanah yang baru yang digali. So memang adik aku kena usik dengan benda tu la. Pastu papa dengan mama aku membebel la tu la merayau lagi malam-malam. Tu yang kena tegur tu. Lepas kejadian tu adik aku memang tak keluar malam dah tapi dalam seminggu je lepas tu keluar balik tapi berjemput la. Kawan dia yang datang ambil dan hantar. Untuk keluar malam-malam dengan motor memang tak la. Takut kena tegur la..

Ini aje kisah seram dari aku, hopefully korang enjoy la.
P/s: Semua nama tu watak tu bukan nama sebenar ya. Kat mana kawasan tempat tinggal tu biarlah menjadi rahsia. Apa yang boleh aku katakan aku tinggal di negeri pantai timur dan sekarang menuntut ilmu di utara. Pandai2 korang la nak teka aku tinggal kat mana.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Siapakah Itu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.