Siapakah Si Dia?

Assalamualaikum warahmatullah buat admin FS dan rakan-rakan pembaca FS yang dimuliakan Allah.

Selama ini aku hanya pembaca tegar FS ini. Sebab bagiku tiada apa-apa yang menarik tentang aku untuk dikongsi; sementelah aku sendiri bukan pandai dalam karang mengarang ini. Jadi maafkan aku andai tidak menepati kehendak kalian kerana aku cuma berkongsi pengalaman dan kisah aku. Bukan rekaan yang disedapkan ditokok tambah bagai.

Biar aku perkenalkan diriku dengan nama sebenarku, Tika. Kali ni jari-jariku terasa nak berkongsi dengan apa yg baru terjadi kepada aku, malahan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru bagiku. Tidak mengapa, biar aku cerita, ya? Aku sangat-sangat perlukan nasihat dan pendapat kalian semua.

Benda ini terjadi kepada aku dari zaman aku bujang lagi. Dan hari ini ianya terjadi lagi, setelah aku 5 tahun bergelar isteri dan ibu kepada 2 anak, dan satu lagi di dalam rahimku yang bakal keluar tahun 2018 nanti.

Macam mana aku nak cerita, ya? Ianya bukan kerap, tapi berulang-ulang terjadi. Aku asyik mimpikan orang yang sama sejak beberapa tahun ni. Entahlah, kalian. Kadang-kadang aku terfikir adakah ini mainan syaitan untuk merosakkan rumahtangga aku? Tetapi ianya terjadi sejak aku bujang lagi. Dari sebelum aku mengenali suamiku lagi.

Dalam mimpi aku, akan hadir seorang jejaka. Manis senyuman dia, redup mata dia lagi-lagi bila dia merenung aku. Pandangan dia pada aku bukan pandangan nafsu, tapi pandangan kasih. Dia akan menghulur tangan dia pada aku, dan terkadang tanpa aku sedar dia sudah di sebelah dan menggenggam erat tangan aku, mengajak aku bersiar. Dan kebiasaannya, (ini yang selalu akan terjadi berulangkali sepanjang aku mimpikan dia) bila si dia akan mempelawa aku untuk bersiar, aku akan meminta diri untuk bersiap, dan dengan senyuman manisnya tanpa suara dia akan hanya mengangguk tanda setuju. Dan aku akan bersiap lama, sedangkan di hati aku membuak-buak rasa tidak sabar untuk aku menghabiskan masa dengan dia. Masa itulah akan adanya watak lain yang tiba-tiba membantu aku bersiap dan sebagainya. Memang lama. Aku jadi resah sepanjang bersiap. Selepas bersiap aku akan berlari ke luar rumah mencari dia, dan dia tiada. Dan diberitahu dia terpaksa berangkat pulang bersama keluarganya. Dan aku akan terdiam, termenung merasa sesal. Selepas begitu aku akan terjaga dari lenaku, disertai dengan azan/bacaan ayat2 alquran dari masjid.

Ya, plot ceritanya, dan kesudahannya selepas aku terjaga akan sama selama beberapa tahun ni. Alunan ayat alquran dari tv atau radio selepas terjaga, semua itu, sama. Aku mimpikan si dia tidak kerap. Boleh dikatakan setahun sekali atau dua kali. Yang pasti, si dia akan hadir bila aku 100% lupa pada si dia. Terkadang aku cuba paksa tidur untuk mimpikan si dia, tapi takkan pernah berjaya. Dan aku akan kecewa, kemudian akan berjaya melupakan. Setelah bertahun dia akan muncul. Dan begitulah seterusnya.

Senyuman dia wahai kalian… Redup mata dia tatkala merenung aku, jujur aku cakap aku jadi sayu dalam mimpi itu. Aku tak tahu kenapa. Seumpama perasaan seorang kekasih yang terpaksa melepaskan rasa secara terpaksa disebabkan telah dipunyai. Di dalam setiap mimpi yang berubahnya hanya status aku. Kalau semasa aku bujang, akan menampakkan aku bujang. Dan mimpi yang terkini, 5 Oktober 2017, sebelum Asar, turut ada dalam mimpi itu ialah anak2 aku. Tapi tidak suamiku. Tetapi si dia tetap sama dari awal aku mimpikan dia. Dia akan datang ke rumah keluarga aku bersama keluarga dia. Keluarga dia akan beramah mesra bersama keluargaku dan si dia akan mencari aku, di dapur, di halaman. Selalunya aku takkan menyedari, dan hanya tersedar bila tiba2 ternampak ada sesusuk tubuh sedang berada dihadapanku sambil tersenyum kasih. Dan aku tatkala itu akan terbuntang mata, seperti terkejut, seperti seronok dan sebagainya bagai kekasih yang sudah lama tidak berjumpa, kekasih yang dicintai yang tiba-tiba berada di depan mata. Sungguh, perasaan itu aku terasa seperti nyata hingga kini semasa aku menaipnya. Perasaan itu aku tahu bukan atas nafsu. Tapi rasa sayang yang teramat. Tapi itulah, hanya sekejapan cuma. Dan terjaganya aku, aku akan termenung sedikit sayu dan sedih. Sehinggalah berdikit2 aku akan lupakan dia dan tak akan aku ketahui bila si dia akan muncul kembali.

Oh ya, kalian nak tahu macam mana rupa si dia? Sebenarnya aku baru terperasan baru-baru ni, semasa baru aktif instagram. Ternampak ada satu wajah naik di wall aku. Aku berdebar-debar. Sungguh aku memang tidak tahu itu siapa. Selepas aku belek oh, ini profil milik seorang pelakon, sementelah dia bukan pelakon yang terkenal dan aku sendiri bukan jenis tengok tv. Rupanya serupa seperti aktor bernama Redza Minhat. Kalian kenal? Harap-harap jika isteri Redza terbaca dia tidak salah faham. Kerana aku cuma bercerita secara jujur apa yang aku alami. Ya, itulah rupa dan wajahnya. Senyuman dia, sama. Cuma dalam mimpi dia tiada beristeri. Aku yakin tentang itu.

Kalian, beri pendapat pada aku. Apa patut aku buat. Aku isteri yang bagiku bahagia dengan suami dan anak-anakku. Tetapi kenapa aku mimpi sebegitu? Mimpi yang berulang, yang sama bertahun-tahun. Perasaan, debar, akan terasa walaupun sudah bangkit dari lena itu. Aku solat, minta petunjuk. Tapi setakat ini tiada sebarang petunjuk. Entahlah.. aku taknak rasa ini menganggu aku. Aku minta maaf pada kalian dan admin FS andai merasakan ceritaku ini hanya enteng, dan wajar dijadikan jenaka. Gelaklah, tidak mengapa. Kerana kalian tidak mengalaminya. Cuma terima kasih kerana aku merasa sedikit lega bila aku meluah. Suamiku? Dia tidak tahu. Bagiku biarlah ini tersimpan kemas dalam lipatan memori aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

30 thoughts on “Siapakah Si Dia?”

  1. Bukankah mimpi itu mainan Syaitan yang durjana? Tapi saya faham perasaan akak sebab saya juga mengalami hal yang sama. Namun tidaklah bermimpi mengenai lelaki.

    Setiap tahun saya akan mimpi suatu mimpi yang sama dan berulang-ulang semenjak saya remaja (10years old).

    -Memasuki istana kaca yang luas saujana memandang, segalanya berwarna putih, di lantainya tedapat sungai susu yang mengalir perlahan, di luar istana terdapat air terjun dan dikelilingi kebun bunga mawar merah
    -Saya menjadi ratu (Duduk di singgahsana, memegang tongkat kerajaan, mengenakan mahkota berlian dan pakaian diraja berwarna putih)
    -Dihadapan saya pula ada rakyat jelata yang seolah-olah menunggu arahan saya (semuanya mengenakan pakaian putih, lelaki / perempuan)
    -Saya disana cuma berlari-lari anak dan bermain dengan dayang2 istana, bergurau senda.

    SETIAP TAHUN saya pasti akan mengalami mimpi yang sama. Dan saya pula tidak tahu apa makna yang tersirat disebalik mimpi saya tersebut. Pelik kan???

    Reply
      • yes serious Maira~ Setiap tahun pada tarikh islam yang sama.. Perlu melawat istana tu setiap tahun kot hahaha tak boleh jadi ratu istana di realiti, di alam mimpi pun ok jugak la kan? hehehe

        Reply
        • 1st thing yg Maira terfikir.. entah-entah Asyifiona pewaris takhta.. hihi but then bersangka baik je sebab kita tak tahu apa maksud sebalik mimpi tu.

          Reply
          • Pewaris takhta apa ya Maira? Hahahaha tak pernah terfikir plak sampai ke situ hehehe tak tahu la apa sebenarnya maksud mimpi tu dan kenapa mesti saya mimpi berulang-ulang setiap tahun 😀

  2. hati2 cu..sebelum tdo tu baca ape yg sepatutnya…jgn sampai jatuh hati, jatuh kasih pd org lain selain suami kita cu…kalau dlm mimpi tu, nenek tak pasti pulak ape hukumnya…tp selagi mimpi tu tak mendatangkan mudharat pada cu n kluarga cu, nenek rasa ianya masih ok lagi… mari, nenek masuk kedalam mimpi kamu, mahu x? zassssss~

    Reply
  3. samelah..aku pun akan mimpi benda yg sama…yg lawak tu, mimpi tu bersambung² dgn sela masa yang lama..mcm 2thn lepas aku mimpi…then tahun ni mimpi lagi utk sambunganya…(boleh igt plak masa dlm mimpi) tp realitinya …bila terbangun dah x igt…berlarutan utk berbelas tahun…

    Reply
  4. Rasanya ada makhluk lain yang sukakan akak ni. Ke mainan tidur semata mata? Entahlah tak boleh nak kata lebih.Tapi kan tak salah rasanya kalau bagi tahu suami akak sendiri? Dia pun perlu tahu.

    Reply
  5. Setahu saya, kalau mimpi macam ni, ada jin lelaki yang berminat atau sayang dengan awk. Saya rasa baik awak pergi tanya orang yang lebih arif. Sebab saya sendiri dulu ada jin lelaki yang ikut je saya siap rosakkan rumah tangga saya. Saya x tau pun kewujudan dia, cuma saya dapat tau bile dah pergi darul syifa’ berubat. Bila ustaz tu tanya kenapa ikut dia, katanya sebab nak jaga, sampai ustaz tu ckp x yah jaga2 dia dah bersuami. Ustaz tu bgtau mmg dari zmn anak dara lagi dia dah syg dan ikut. Tapi bab mimpi tu betul, memang saya ada mimpi annual yang saya mimpi tiap2 tahun.

    Reply
  6. masa saya 7tahun sya prnh mmpi sya jtuh dari jmbtan dan pgg satu tali yg nth dari mna dtgnya. . msa tu kmlangan . .dn sya akn sedar dri mmpi cuma slepas sya tlpas tali tu ..dn mmpi ni sllu brulang 3 4 kli dlm sthun

    Reply
  7. 8/10 untuk setori kau.. kipidap writer

    **Aku rapat dengan arwah macik aku tau.. so sebelum dia meninggal tu beberapa kali aku mimpi pasal benda buruk yg jadi kat macik aku..aku mimpi dia lemas.. bila aku cerita kat dia, dia cakap benda tu cuma mimpi jangan di layan.. so tahun 2015 bulan 3 tu dia g sabah dengan kawan2 dia.. masa hantar dia ke airport aku da rasa mcm dejavu.. dari mula sampai kat airport tu smpai la dia nak ke departure hall semua mcm da pernah jadi tp aku mcm x ingt kat mana.. 2 hari lepas tu aku dapat call dr kawan dia inform yg macik aku kritikal.. malam aku sampai kat sabah dia da 50/50 je.. so aku stay dengan dia sampai dia hembuskan nafas terakhir.. cause of death.. paru2 dia berair.. knapa bole jadi mcm tu aku pun x pasti.. tp bila fikir balik mimpi aku dengan kematian macik aku ni mcm ada kaitan juga.. Al-Fatiha

    maaf panjang komen.. sja nak bagitau mimpi tu kadang mainan tidur, tp kadang tu mimpi juga adalah petunjuk yang diturunkan kepada kita.. kaji la dengan lebih baik..

    Reply
    • Al-Fatihah untuk arwah macik #S&K.. but yes, not all of mimpi tu mainan tidur kan? but sometimes pening juga when the dreams selalu datang berulang2 setiap tahun. hehe 😀

      Reply
  8. Maaf ada sdkt typo..

    p\s Pengajaran : Menuntut ilmu itu fardhu ain, walaubagaimanapun tuntutlah ilmu-ilmu yang halal,berguna dan x memudaratkan diri. Elakkan pendamping/saduran/pembayangan@makrifat yang pelik tauhidnya yang bukan pada Allah s.w.t itu sendiri. Namun jika sudah berserah pada Allah swt 100% dan apa yang diberinya untuk kegunaan kita makan gunakan sebaiknya. Bukan memohon tapi berserah dan barulah bermohon padaNya,jenis apa ilmu/perlindungan yang nak diberi, itu semua hak Dia..Siapa kita nak arahkan Allah swt atau memilih ilmu hak Dia apa yang kita nak?? Tapi pilihlah Allah swt makan nanti inshaa Allah Dia bagi pilihan Dia yang sentiasa terbaik untuk kita.

    p\s Pengajaran : Menuntut ilmu itu fardhu ain, walaubagaimanapun tuntutlah ilmu-ilmu yang halal,berguna dan x memudaratkan diri. Elakkan pendamping/saduran/pembayangan@makrifat yang pelik tauhidnya yang bukan pada Allah s.w.t itu sendiri. Namun jika sudah berserah pada Allah swt 100% dan apa yang diberinya utk kegunaan kita *MINUM* gunakan sebaiknya. Bukan memohon tapi berserah dan barulah bermohon padaNya,jenis apa ilmu/perlindungan yang nak diberi, itu semua hak Dia..Siapa kita nak arahkan Allah swt atau memilih ilmu hak Dia apa yang kita nak?? Tapi pilihlah Allah swt *MINUM* nanti inshaa Allah Dia bagi pilihan Dia yang sentiasa terbaik untuk kita.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.