#SiBaran: RACUN BERDURI!

NAK KEKAL, JANGAN PANDANG HARTA. NAK SETIA, JANGAN PANDANG RUPA. NAK BAHAGIA, TERIMALAH BAIK BURUK DIA, SEBAB DAH TERTULIS YANG MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA…

“Kahwin? Huh! Kahwin tu cuma alasan aku aje!! Tak ada makna langsung perkahwinan kita ni!! Semuanya mengarut!!”

Terbuntang luas mataku mendengar setiap patah kata yang terbit daripada bibir suami yang baru sahaja aku nikahi sebulan yang lalu. Kenapa baru sekarang? Apa salah aku? Aku sanggup meninggalkan keluarga dan pergi mengikuti engkau. Dengan amanah, aku menjalankan kewajiban aku sebagai seorang isteri disisi suami.

“Abang?” Hanya itu sahaja yang mampu terluah dari bibirku. Badshar, tiba-tiba meledak ketawa dan kedengaran terlalu jelik digegendang telinga. Sambil melabuhkan punggungnya diatas katil. Matanya merenungku dari atas ke bawah. Renungannya yang tajam m******h itu membuat aku tidak selesa.

“Kau tahu tak, kenapa aku kahwin dengan engkau?”

Hatiku mula sebak. Aku? Kau? Sejak bila ber’aku’ dan ‘kau’ di antara kami berdua? Mana hilangnya ‘abang’ dan ‘sayang’ yang selalu digunakan selama ini? Soalan apa yang dipersoalnya? Bukankah aku dan dia bercinta sudah sekian lama? Bukankah juga perkenalan kami ini terjadi hasil perjodohan yang diatur oleh mak saudaraku, sebagai orang tengah? Desakkan engkau terhadap mak saudaraku, akhirnya memaksa aku membuat keputusan terburu-buru untuk aku menamatkan zaman bujang bersamanya. Hanya dia, ya..hanya dialah lelaki yang aku kenal. Desakkannya mengingatkan aku tentang kesungguhan engkau yang mahu memperisterikan aku. Kami menikah kerana saling mencintai, bukan? Terimbau kembali semasa mak long datang memujuk aku untuk menerima lamaran tersebut.

“Mia, mak long datang ni, nak tunjuk kat Mia, ada sorang lelaki. Bujang lagi. Kaya. Rumah besar. Baik pula tu. Kuat beribadat. Kalau Mia nak berkenalan dulu pun takpa!”

“Siapa lelaki tu mak long?”, tanya aku inginkan kepastian selanjutnya.

“Lelaki ni namanya Badshar, kawannya si Joe ni. Joe ni pula adik lelaki mak long! Budaknya baik Mia. Dia ada tanya, kalau-kalau ada anak dara yang masih bujang lagi, dia nak datang merisik. Bila Joe tanya mak long, terus mak long teringat kat kau, Mia.”

“Hentahlah mak long, saya tak sedia lagi rasanya.”

“Sampai bila kau nak membujang ni, Mia? Kau pun dah masuk umur 30-an, takkan kau tak nak kahwin lagi? Kau nak jadi anak dara tuakah kat kampung ni? Dulu pertunangan kau dengan Leman tak jadi juga. Ini dah ada orang nak nikah terus dengan kau pun kau masih nak menolak. Rugi betul kau ni, Mia. Terima aja laa! Bukan senang nak jumpa lelaki sebaik, sekaya macam Badshar ni. Yang untung kau juga, Mia. Peluang cuma datang sekali je, jangan pula kau lepaskannya.”

“Maknya pun janganlah diam saja.” sindir mak long lagi.

“Long, aku ikutkan aja kemahuan Mia ni. Yang akan mendirikan rumah tangga tu si Mia, long. Biarlah Mia yang tentukan pilihan hatinya. Aku restukan aja kalau itu dah jodohnya.” balas mak pada mak long. Namun ianya tidaklah berakhir sampai disitu sahaja.

Hari demi hari, desakkan demi desakkan yang aku terima dari mak long, supaya aku terima sahaja lamaran tersebut. Isu andartu jadi topik untuk menjatuhkan semangat aku. Aku cuba bertahan tapi aku tak mampu. Aku tak nak jadi andartu! Kekadang aku malu bila ada orang tanya, mengapa aku tak kahwin-kahwin lagi? Kasihan mak dengan ayah terpaksa tanggung malu disebabkan anak daranya masih belum berumah tangga lagi. Dan akhirnya..

“Hoii…bila aku tanya ni, kau jawablah!”, tengking Badshar pada Mia.

Tersentak Mia dari mengelamun. Dengan teragak-agak Mia menjawab.

“Kita..kan..cin…” Belum sempat dia menyudahkan kata, tak semena-mena Mia ditarik oleh Badshar.

“Aduh..apa ni..apa yang abang buat ni?” Tersekat-sekat suara yang terpacul. Muka Mia terasa membahang. Senyuman sinis tersungging di bibir Badshar. Laju sahaja tangannya, aku tepis. Hentahlah aku sendiri tidak selesa dengan perlakuannya, walhal dia sudah sah menjadi suami aku.

“Huh, apa yang aku buat?” Badshar mencerlung tajam umpama harimau mencari mangsa. Saat itu, aku melihat dan merasa suatu perasaan yang kelihatan terlalu asing dan berlainan dalam mata lelaki tersebut. Tiada lagi rasa cinta dan sayang, yang tinggal hanyalah kebencian yang meluap-luap!

“Ya Allah! Inikah lelaki yang aku sayangi selama ini? Inikah suamiku? Kenapa dia membenciku? Apa salahku?”, bisiknya didalam hati.

“Kau tu isteri aku. Dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak pada kau.”

Berdesing telingaku mendengarnya. Badshar yang selama ini aku kenal sangat romantis dan berkata lembut, namun semuanya sudah hilang. Yang tinggal dihadapanku adalah lelaki yang langsung aku tidak kenali. Perwatakkannya sungguh dingin melampau!

“Aku akan buat kau…MENDERITA!”, bisik Badshar ke telinga Mia.

Aku terkejut. Ya Allah! Pedihnya rasa hati aku saat ini, seakan-akan dirobek dengan pisau yang paling tajam dengan kejam.

Mataku berkaca dek menampung air mata yang hanya menanti ianya jatuh dan mengalir di pipi.

“Apa yang abang cakap ni?”, soal Mia inginkan penjelasan selanjutnya.

“Aku kahwin dengan kau, bersebab. Bukan senang-senang aku nak kutip kau dan jadikan kau tu isteri aku. Ini perjanjian aku dengan Joe!”

“Joe?” Joe adik mak long aku! Perjanjian apa? “Abang..bagitahu Mia perjanjian apa?”
“Kenapa abang buat Mia macam ni?”
“Mana perginya cinta abang pada Mia dulu?”

Kau ingat aku cintakan kau? Huh! Pergi jahanamlah dengan cinta bodoh kau tu!” jerkah Badshar tiba-tiba.

“Aku kahwin dengan engkau, untuk aku tambah kekuatan ilmu hitam pengasih aku untuk kekal bertapa! Syarat untuk jadi kebal dan boleh menundukkan (pukau) sesiapa sahaja, aku harus mengahwini anak dara. Itu semangat dia! Joe tu pula, aku jumpanya secara tak langsung. Waktu tu aku pergi ke gerai mamat nak layan bola dan Joe pun ada sama waktu tu. Dari situ aku berkawan rapat. Aku umpan dia macam-macam supaya apa yang aku nakkan ditepati.

“Kau tahu apa yang aku minta?” Mia menggeleng kepala. “Aku minta anak dara untuk dijadikan isteri!” Akhirnya aku diperkenalkan oleh mak long kepada engkau. Aku umpan Joe! Aku bagitahu Joe, kalau Joe boleh buat aku berkahwin dengan engkau, aku akan baginya sebuah KERETA! Itu sebablah Joe minta mak long kau tu pujuk engkau sampai jadi. Hasilnya ‘KITA DAH KAHWIN’. Joe, mak long dan engkau sekaligus kena tipu hidup-hidup dengan aku. Malang sekali hidup korang bertiga ni, terlajak bodoh! Mudah betul kena tipu. Umpan sikit terus berhasil.” gelak bangga si Badshar pada Mia.

Dunia terasa gelap. Jantung seakan terhenti. Seluruh jasadku menggeletar. Terhinjut-hinjut aku menangis. Pedihnya hatiku. Hancur lumat hati ni mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Badshar. Saat ini terbayang-bayang wajah orang tua aku. Ya Allah, mak..ayah..Mia kena tipu!! Mia kena tipu!!

“Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau untuk bagitahu hal sebenar? Berapa lama aku terpaksa berlakon cintakan engkau? Sepanjang aku kenal kau, selama itulah aku terpaksa maniskan muka didepan kau dan keluarga kau. Sedangkan kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tendang kau sampai mampus!”

“Abang! Mengucap..bang! Ingat Allah abang!” Sedikit demi sedikit aku berundur ke belakang. Cukuplah pertengkaran ini berakhir disini. Biarlah aku mengalah. Namun belum sempat aku menjauh, rambut aku ditarik kuat dari belakang.

“Aduh, abang sakit..sakit bang!”, jerit aku disitu.

“Kau nak kemana pula? Aku belum habis cakap lagi. Aku pantang kalau cara kau jenis macam ni.

“Sakit, abang..!” jerit Mia.

“Baguslah kalau kau rasa sakit. Memang itu tujuan aku. Aku akan pastikan kau benar-benar sakit sampai kau benci kehidupan kau. Dan aku akan pastikan yang kau akan fikir kematian tu lebih baik untuk kau! Kau nak ke mana, hah?” soal Badshar.

“Saya nak solat bang! Saya nak solat!” Tak semena-mena aku ditolak kasar. Aku terjelepuk jatuh.

Dengan sisa kudrat dan sedikit keberanian, aku cuba bertanya. “Abang, kenapa Mia lihat abang jarang solat? Ingat Allah, bang!” soal Mia sambil memandang tepat ke mata Badshar.

“Solat? Kau jangan nak bebankan hidup aku dengan solat!” jerkah Badshar.

“Abang, jangan pernah merasakan solat itu beban. Hakikatnya solat itulah yang meringankan beban kita.” terang Mia lagi.

Tiba-tiba sahaja mukanya diludah. “Kau jangan sibuk nak mengajar aku!” tengkingnya lagi. Mia bangun sambil menyeka air mata dan mengesat ludahan Badshar. Seluruh badan terasa perit. Namun tak sehebat rasa perit dihatinya. Hancur musnah segala harapan dan impiannya terhadap Badshar.

“Malam ni, kau tinggal disini sorang-sorang!”

“Abang nak pergi mana?” tanya Mia. “Aku nak bertapa kat dalam hutan! Tok guru aku dah panggil. Seminggu aku tak balik! Kau jangan cuba nak cabut lari dari sini! M**i aku kerjakan!” ugut Badshar pada Mia.

“Bertapa abang sanggup buat, kenapa solat..abang tak buat? Berubahlah abang. Sudah-sudahlah amal ilmu sesat macam ni, bang. Berdosa! Ingat Allah, bang!”

“Kau jangan nak perlekehkan maruah aku! Urusan aku, jangan kau berani nak masuk campur!”

Seusai menyudahkan kata, tak semena-mena pipinya di tampar. Tanpa rasa bersalah, Badsar keluar meninggalkan Mia di rumah papan yang berlubang-lubang. Lubang-lubang pada papan tersebut disumbatnya surat khabar untuk menutup setiap lubang yang ada.

Inikah rumah yang dijanjikan pada aku sebelum berkahwin? Katanya, memiliki rumah besar dan mewah namun yang aku tinggal hanyalah rumah perkongsian berdindingkan papan yang berlubang di sana, sini dan seakan-akan rumah perkongsian yang selalunya pekerja warga asing tinggal. Tandasnya pula diluar. Itu pun dikongsi bersama pekerja yang tinggal disitu. Sehinggakan hendak buang air besar atau kecil pun, aku terpaksa menggunakan kertas atau daun sebagai alas. Aku terasa seperti binatang yang dikurung didalam sangkar. Nak mintak pertolongan pun amat sukar untuk aku lakukan, dek kerana tempatnya terlalu jauh di perdalaman terpencil. Disekelilingnya hanya semak dan hutan. Tinggalah aku menanti hari. Hanya pada Allah, Mia memohon pertolongan agar keselamatannya dilindungi oleh Allah.

Tiba-tiba handphone Mia berdering. Mujurlah waktu itu Badshar sudah keluar, kalau tidak mesti berkecai handphone Mia kena baling lagi. Dan mujur juga, handphone ini masih utuh walaupun ada sedikit kerosakkan. Masih boleh digunakan lagi, perhati Mia dengan keadaan handphonenya yang diikat dengan getah.

“Mak!” Menjerit kecil Mia sewaktu melihat skrin handphonenya tertera nama panggilan tersebut. Betapa rindunya, Mia pada mak dan ayah. Aku sudah lama tak berhubungi dengan diorang, semua perbuatan aku dikawal ketat oleh Badshar.

“Assalamualaikum mak..! Mak dengan ayah sihat?” Mia cuba membuat nada seakan riang, walaupun hakikatnya amat pahit untuk ditelan, apatah lagi nak meluahkannya.

“Mia, waalaikumussalam! Mak sihat. Cuma ayah kamu ni Mia, kena tahan di hospital. Lama betul mak tak dengar kabar Mia. Mia dengan Badshar sihat?” tetiba mak bersuara sebak.

Mia tiba-tiba menangis. “Mak, Badshar tipu Mia.” namun kata-kata tersebut hanya mampu diluah didalam hati. Sadis sungguh hidup Mia.

“Mak, Mia minta maaf sebab sibuk sikit. Mia sihat. Abang pun sihat. Ayah sakit apa mak? Macam mana keadaan ayah, mak?” bertalu-talu Mia menyoal. Ingin sahaja dia keluar dari situ dan balik ke rumah dengan segera. Namun macam mana aku nak keluar? Kalau pintu tersebut dikunci dengan mangga dari luar oleh Badshar. Mia juga langsung tidak diberi duit belanja oleh Badshar. Malah duit didalam dompetnya pula dikebas habis oleh Badshar. Tersedu-sedu Mia menahan tangisan apabila mengenangkan nasibnya bersuamikan seorang lelaki yang penuh tipu muslihat dan dayus.

“Ayah kamu kena strok. Sebelah kanan badannya tak boleh bergerak. Malah tutur katanya dah tak jelas seperti dulu.” Mia bila nak balik? Ayah kamu selalu bertanya pasal kamu Mia. Baliklah nak!”

“Mia, nak sangat balik. Tapi buat masa ni, abang sibuk sikit mak. Kalau abang dah settle semua kerjanya, insyaallah Mia balik kampung nanti ye, mak. Mak tunggu Mia balik ye. Mia janji Mia akan balik jumpa mak. Mia rindu mak! Kirim salam pada ayah dan adik-adik ye mak.”

“Insyallah, Mia! Mak tunggu anak mak balik. Jaga diri kamu elok-elok. Kirim salam mak, pada Badshar kamu ye..Mia.”

“Insyallah…mak! Assalamualaikum…mak!” Mia mengakhiri perbualannya bersama maknya.

“Waalaikumussalam!” jawab mak penutup bicara pada Mia. Saat itu Mia tak henti-henti menangis mengenangkan nasibnya disini yang sengsara berlakikan si Badshar.

Kalau dulu mak long bagitahu yang Badshar ni kaya raya, baik hati, warak dan seangkatan dengannya. Tapi sebenarnya semuanya tidak betul. Baik hati? Warak? Kaya? Seminggu berkahwin dengan Badshar segala duit simpanan Mia habis diguna oleh Badshar. Duit tersebut katanya nak beli rumah baru. Hentah macam mana aku boleh setuju? Sedar-sedar aku dah keluarkan kesemua duit aku di dalam akaun bank aku sendiri. Aku seakan-akan dipukau oleh suamiku sendiri. Patutlah setiap malam, sewaktu aku tidur, terasa seperti dihembus dan ditiup oleh Badshar. Mesti aku sudah dijampi dengan suamiku sendiri.

Lagi pula, siapa yang sanggup tinggal di rumah kongsi dengan warga asing? Setiap malam, jika Mia bersama Badshar di rumah tersebut, pasti buat Mia rasa tak selesa kerana merasakan seperti diintai dari luar melalui lubang-lubang di dinding tersebut. Namun hakikatnya duit tersebut bukanlah untuk membeli rumah tetapi dijadikan modal untuk berjudi dan selebihnya untuk berseronok dengan melanggan pelacur sehingga duit tersebut habis digunakan oleh Badshar. Bila dah tiada duit, dia sanggup pula mencuri. Malah untuk kasi Mia sesuap nasi pun, Badshar sanggup mencuri barang-barang di tapak projek, tempat dia bekerja dan dijualnya hasil curi tersebut untuk mendapatkan wang membeli makanan. Ya Allah bertapa hina dan jijiknya aku pada lelaki yang sudah sah menjadi suamiku.

Satu demi satu, segala rahsia Badshar terbongkar. Pada saat itu terus hilang rasa hormatnya pada suaminya. Rupanya dalam diam dia itu sudah bergelar duda, dan aku pula sudah menjadi isterinya yang keempat, tapi perkahwinannya yang terdahulu semuanya diceraikan. Malah sewaktu berkenalan dengan aku, dia sudah ada perempuan simpanan. Hasil perkongsian hidupnya dengan perempuan simpanan tersebut menghasilkan 2 orang anak luar nikah. Ya Allah! Aku terasa amat keji bersuamikan si Badshar ini.

Setelah aku jadi isterinya yang sah barulah aku tahu yang wang hantaran yang diberi oleh Badshar tu, adalah duit perempuan simpanannya yang dipinjam untuk mengahwini aku. Namun belum sempat aku mengunakan duit tersebut, Badshar terlebih dahulu mengikis duit tersebut untuk berjudi.


Akhirnya seminggu Badshar bertapa di dalam hutan sudah habis. Badshar pulang ke rumah.
Malam tersebut Badshar mengajak Mia makan malam di luar. Setelah selesai makan malam di kedai makan, Badshar membawa Mia ke satu tempat yang betul-betul buat Mia rasa takut bersama Badshar. Sukar untuk dia mempercayai suaminya sendiri. Terlalu banyak maksiat dan perkara haram dikawasan tersebut.

“Cuba kau lihat perempuan tu.”

“Siapa dia tu, bang?”

“Dia tu pelacur! Suami dia dah jualnya pada mak ayam! Bila dah dijual kepada mak ayam, secara tak langsung dia akan jadi barang santapan setiap pelanggan yang datang melanggannya. Setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang untuk memuaskan nafsu serakah iblisnya pada setiap betina disini. Laki dia pula, kalau kau nak tahu, dia hanya goyang kaki sahaja, cukup bulan si lakinya ni akan datang untuk kutip hasil wang dari mak ayam tersebut. Yang berkerja si isterinya, namun yang makan hasil bini adalah, si suaminya. Gelak Badshar seakan bangga dengan sikap dayus suami perempuan tersebut.

“Mana abang tahu semua ni?”

“Aku pernah jadi pelanggan dia!”

Mia terdiam seribu bahasa. “Ya Allah, inikah orang yang sepatutnya yang membimbing aku ke jalan yang benar? Terlalu keji dan lebih hina dari khinzir. Senang aku cakap tersangatlah jahil pasal agama. Halal atau haram ditelannya bulat-bulat. Ya Allah, lindungilah diriku dan maruahku ini. Aku tak mahu perkara tersebut terjadi ke atas diriku.” bisik Mia didalam hati.

“Kenapa kau diam? Kau takut?”

“Kau takut kalau aku buat benda yang sama pada engkau juga ke?” gertaknya dengan senyuman sinis dibibirnya.

“Mia nak balik! Terketar-ketar Mia bersuara. Makin lama dia disini, makin menyeramkan dirasai oleh Mia. “Selamatkan Aku ya Allah!”

Sesampai dirumah. Mia berlari dan masuk ke dalam bilik air. Mengingati segala yang sudah terjadi sebentar tadi, membuatkan setiap inci tubuhnya bergetar kuat. Pelbagai perasaan membuak-buak dalam diri.

Benci! Marah! Hina! Kotor! Jijik! Keji! Semuanya bergaul sebati menyebabkan Mia berasa menyampah melihat dirinya sendiri. Bodoh! Kau dengan mudah diperalatkan dan dijadikan barang permainan oleh suami kau sendiri.

“Perempuan jenis apa kau ni, Mia? Kenapa kau biarkan dia buat macam tu pada kau? Kenapa Mia? Kenapa kau tak pertahankan hak kau sebagai seorang isteri?”

“Woii, apa yang kau lama sangat kat dalam tu?”
“Tak perlulah kau nak bersih diri kau lama sangat. Kau tu dah kotor!” lancang sungguh mulut jantan ni. Ingin saja aku menampar mulut lancang si Badshar ni. Dasar jantan dayus!

Mia membuka pintu bilik air. “Ya! Kau betul!Memang aku dah kotor sebab aku disentuh lelaki kotor macam kau!!” Dari manalah dia mendapatkan keberanian sehingga dengan lancang juga Mia melawan mulut dengannya. Hilang terus rasa hormatnya pada Badshar.

Muka Badshar tetiba berubah. Menyinga! “Kalau aku kotor dan dayus pun, kau perempuan jalang tetap juga kena layan lelaki kotor dan dayus macam aku ni! Sebab apa? Sebabnya, tugas kau melayan lelaki keji macam aku!” senyum sinis Badshar pada Mia.

“Kau memang tak guna..kau..” Mia tak dapat nak habiskan ayatnya.

“Kenapa? Kau tak puas hati? Nak tampar aku? Kau jangan harap boleh buat macam tu pada aku. Kalau kau cuba berkasar dengan aku, aku akan kerjakan kau cukup-cukup. Tak boleh cara kasar, cara halus aku gunakan.” gertak Badshar lagi.

Mia, cepat-cepat menjauh dari situ. Tidak sanggup nak menatap wajah seorang suami yang berhati busuk, sebusuk-busuk bangkai.

Mia duduk di atas katil untuk tenangkan dirinya seketika dari perasaan amarah. Sewaktu dia mengalihkan bantal tidurnya, tiba-tiba ada sesuatu telah terjatuh. Mia mengambil benda tersebut yang berbentuk seakan-akan boneka kecil. Boneka kecil itu diperbuat dari selembar kain hitam yang d******g dua dan membentuknya menjadi orang kecil. Setelah puas ditiliknya, Mia mengunting bekas jahitan boneka tersebut untuk melihat isi didalamnya. Di dalamnya pula isikan dengan tanah, kaca halus, paku, rambut dan kuku. Mia terkejut sambil mengucap panjang.

“Apa semua ni?” Cepat-cepat Mia campak benda tersebut di luar rumah dan kembali semula di atas katil. Mia pura-pura tidur.

“Siapa kau sebenarnya Badshar? Terlalu banyak dah yang kau sembunyikan dari pengetahuan aku. Sikit demi sikit kau dah tunjukkan aku watak sebenar kau. Aku mesti siasat!” bisik Mia didalam hati.

Dari jauh aku terdengar suara Badshar berbual sesuatu, mesti berborak melalui handphone. Tapi apa yang dibualnya?

“Ghaz! Aku rasa, apa kata kita lakukan upacara ilmu hitam pengasih, malam esok? Yalah! Mungkin betul juga kata tok guru, menyeru spirit guna barang lama, paling tak relevan untuk menyeru roh. Lambat masyuk der! Ok laa..apa-apa hal kita jumpa malam esok je. Cau dulu!” Badshar berjalan menuju ke arah katil.

“Eh, mana pula benda ni? Aku salah letak ke? Aku cuma letak kat sini je. Ishh..mana ni?”

“Mesti kau cari boneka kecil tu, kang? Aku dah buang benda tu kat luar, dalam semak.” bisik hati Mia yang masih kelihatan membeku lena diatas katil tersebut. Hakikatnya dia hanya berpura-pura tidur.

“Ahh, lantaklah nak hilang pun! Aku boleh buat lagi satu, yang baru. Aku akan buat kau tunduk dan patuh setiap arahan aku.” Bisik Badshar sambil mengusap lembut, rambut Mia.

“Mulai saat ini, aku bukan lagi Mia yang senang-senang kau peralatkan sebagai permainan kau!” tekad Mia didalam hatinya.”
“Kau tunggulah nanti..!!!”


(seminggu berlalu)

Pagi-pagi lagi Mia sudah bangun untuk solat subuh. Hari ini, Mia sudah nekad meminta izin dari Badshar untuk balik ke kampung.

“Mia..!! Mia..!! Kau pergi mana? Hah?”
“Kau pekak ke, aku panggil ni?” Nyaring sekali suara dia.

“Mia, basuh pakaian kat belakang sekejap.”

“Dah tu, kenapa kau menangis ni?”

Mia menunjukkan handphonenya kepada Badshar. Di dalamnya terdapat mesej dan gambar ayahnya yang tengah sakit di hospital.

“Abang, Mia merayu pada abang. Kalau abang tak nak balik pun, tak apa. Tapi abang, tolong izinkan Mia balik ke kampung. Mia nak jengguk ayah. Mia mohon sangat pada abang.” rayu Mia tersedu-sedan dengan melutut sambil berpaut pada kaki Badshar.

“Aku izinkan kau balik ke kampung.”

“Betul ke abang izinkan?”

“Hmmm, lagi pun kau ada kat sini buat semak hidup aku je nak tanggung kau!” sindir Badshar tetiba.

“Terima kasih abang! Terima kasih!” dalam diam Mia terkedu dengan sindiran suaminya.

“Yang kau tercegak kat sini lagi tu, buat apa?Kau pergi laa kemas pakaian kau tu, petang nanti aku hantar kau kat stesen bas.”

“Tapi Mia tak ada duit nak beli tiket bas.”

“Nah, ambil kau buat belanja nanti.” wang sebanyak rm20 ringgit dilempar ke muka Mia. Mia mengutip duit tersebut. Tak cukup. Mujurlah ada duit syiling sedikit sebagai tambahan.

Mia cepat-cepat berkemas segala kelengkapan untuk pulang ke kampung. Berhasil juga lakonannya. Aku mesti keluar dari tempat ini dan jauh dari Badshar. Aku dah nekad! Nekad? Ya! Ada sesuatu yang ingin dibuatnya setelah sampai di kampungnya nanti. Petang tu, Badshar menghantar Mia di stesen bas.

Selama Mia tinggal di rumah perkongsian tersebut, Mia ada juga sorang kawan perempuan disitu, namanya Tini. Di situlah Mia dapat tahu segala rahsia yang Badshar sembunyikan selama ini darinya. Sebelum pulang ke kampung, Mia minta Tini tolong tengok-tengokkan Badshar, selama Mia tiada di situ. Sekiranya ada sesuatu perkembangan tentang Badshar selama dia tiada disitu, si Tini inilah yang akan jadi mata Mia dan akan sampaikan segala info pasal Badshar pada Mia.

Sesampai di kampung…
“Mia, kamu balik sorang je? Suami kamu mana?”

“ye mak, Mia balik sorang je. Badshar, dia tak boleh balik ada hal.”

“Kenapa kamu kurus sangat ni, Mia? Muka kamu pun nampak pucat je. Kamu sakit ke Mia?”

“Tak adalah mak. Mia sihat je. Mia cuma penat sikit, pastu kurang tidur sejak akhir-akhir ni.”

Macam mana nak tidur, kalau setiap kali nak tidur pasti kena ganggu dengan lembaga hitam berbulu dengan mata merah menyala dah macam beruk yang besar rupanya. Gangguan tu pun selalu berlaku selepas si Badshar hembuskan jampi serapahnya di muka dan di belakang tengkuknya. Terus teringat masa mula-mula dia kena hembus dengan Badshar.

“Abang, kenapa abang hembus kat muka Mia ni?”

“Tak ada apa-apa laa! Tidur je laa.”

“Ehh, sapa ni? Abang ke ni? Abang? Abang ke sebelah Mia ni?”

“Iyaa..abanglah ni.”

“Kenapa Mia rasa lain? Kejap, Mia buka lampu jap.” Cepat-cepat Mia buka lampu biliknya.

“Ishh, tengok mana ada sesiapa? Hanya abang dengan ayang je! Dah tutup lampu tu, silau abang nak tidur.”

Tapi belum sempat Mia hendak menutup lampu tetiba kakinya terasa dipegang oleh sesuatu. Seperti dipegang oleh tangan yang berbulu. Masa tu juga, Mia ada bau hamis dan bau seakan d***h yang dah kering. Malam tu dia tak dapat tidur. Badshar pula lena disebelahnya. Terpaksalah Mia tidur dengan lampu yang menyala. Meremang habis kalau dia ingatkan balik situasi tersebut. Kerana waktu tu dia belum lagi mengetahui yang Badshar ni pengamal ilmu hitam dan ada membela saka yang senang aku katakan hantu raya dan polong!

“Mia? Mia termenungkan apa tu?” tanya mak sewaktu dia mengelamun sendirian.

“Mak, tak ada apa laa. Mak, boleh tak Mia nak bincang dengan mak sikit?”

“Boleh nak, Mia nak bincang pasal apa?”

“Mia, sebenarnya dah nekad nak bercerai dengan Badshar!” jelas Mia tanpa ragu-ragu.

“Astaghfirullah! Mia, bercerai ni bukan mainan yang boleh kamu buat main-main! Kamu dengan Bashar baru sahaja 2 bulan kahwin. Apa yang buat kamu nekad ni, Mia?”

Mia tiba-tiba menangis.

“Mia tak sanggup bersuamikan jantan dayus lagi jahil seperti Badshar, mak!”

“Apa yang dah berlaku pada rumah tangga kamu ni, Mia? Luahkan semuanya pada mak. Mak nak dengar penjelasan kamu. Apa yang Badshar dah lakukan pada kamu?” mak mengajukan pelbagai soalan.

“Selama Mia hidup dengan dia, Mia macam orang bodoh, mak! Setiap malam Mia kena hembus oleh Badshar dengan pelbagai jampi serapah yang dibacanya. Duit simpanan Mia di dalam bank habis dikebasnya. Bukan salah Mia nak keluarkan kesemua wang dalam akaun Mia. Mia kena pukau oleh suami Mia sendiri, mak. Sedar-sedar Mia dah serahkan kesemua duit tersebut pada Badshar. Nak buat aduan kat balai polis pun tak lepas mak. Takkan nak kata Mia keluarkan duit dari bank, disebabkan kena pukau oleh suami Mia sendiri? Tak logik dek akal, sebab Mia sendiri yang keluarkan kesemua duit tersebut dan Mia tak ada bukti nak diberikan pada polis, kalau sebenarnya Badshar dah pukaukan Mia.

Malah Mia ni sudah dijadikan isteri nombor empat Badshar. Mak tahu tak kenapa Badshar kahwin dengan Mia? Untuk buat dia lebih hebat dan kebal dengan ilmu yang diamalnya. Kadang kala seminggu atau tiap malam jumaat, dia akan bertapa menuntut ilmu hitamnya. Mia nak solat pun diludahnya. Hari-hari, Mia kena herdik, kena hina, kena ludah, kena jampi tiap-tiap malam, dan yang paling Mia takutkan dia pernah bawa serta tunjuk Mia kat mana tempat perlacuran. Mak, Mia dah tak selamat dengan dia mak! Mia nekad nak tuntut cerai. Mia nak bercerai!

“Ya Allah, kasihannya anak aku. Sanggupnya Badshar seksa anak mak macam ni sekali!” mak memaut kepala Mia. Mia menangis laju dalam dakapan mak. Masing-masing dibanjiri air mata.

“Mak, Mia nekad nak bercerai walau apa pun yang terjadi! Mia tetap dengan keputusan Mia!”

“Demi masa depan kamu, buatlah apa pun Mia, mak akan ada dibelakang kamu! Mak tak biar kamu laluinya sorang-sorang lagi.”

“Terima kasih mak, selalu ada disisi Mia! Dekat sini Mia rasa selamat. Rumah kita ni, ada syurga Mia. Mak syurga Mia! Cukuplah Mia dapat kebahagiaan bersama mak, ayah dan adik-adik. Mia redha dengan segala ketentuan dan takdir Allah berikan pada Mia. Biarlah cinta dan kasih sayang Mia ni hanya buat Allah dan keluarga kita sahaja, mak!”

“Sudahlah Mia, jangan bazirkan air mata kamu menangisi nasib hidup kamu dengan Badshar ini. Kamu kena kuat. Dah lewat malam dah Mia, pergilah kamu berehat. Esok kita ke rumah mak long.” balas mak sambil menyapu sisa air mata di pipi Mia dan mengusap lembut rambut Mia seakan memujuk. Walaupun aku mungkin akan kehilangan Badshar buat selamanya, sekurang-kurangnya aku masih ada keluarga. Yang jelas keluarga aku takkan membiarkan aku terkapai-kapai sendirian.


HINAAN ORANG TAKKAN MERENDAHKANMU, YANG MERENDAHKANMU JIKA KAU MEMBALAS DENGAN HINAAN JUGA, MAKA PILIHLAH UNTUK DIAM DARIPADA BERSUARA SEBAB SEJUTA YANG DIPENDAM DALAM HATI LEBIH BAIK DARIPADA SEJUTA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi Mia membantu mak di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi mereka. Setelah itu, sekali lagi dia membantu mak menguruskan ayahnya yang kini hanya berbaring di atas katil. Ayahnya kini tidak mampu bergerak seperti sedia kala, setelah disahkan oleh doktor bahawa ayahnya mengalami serangan angin ahmar.

Setelah selesai menguruskan ayahnya. Mak menyuruh Mia bersiap-siap untuk pergi ke rumah mak long. Hanya mak long satu-satunya yang berhak tahu siapa lelaki yang bernama Badshar tersebut.

Sesampainya mak dan Mia di rumah mak long, Mia menceritakan keadaan rumah tangganya bersama Badshar. Namun semuanya sia-sia. Mak long langsung tak beri peluang untuk Mia memberi penjelasan. Malah kehadiran mereka langsung tak dilayan. Mak long tetap dengan keputusannya yang Badshar seorang lelaki yang mulia.

“Hey Mia, kau cakap apa ni? Badshar bukan sejahat dengan apa yang kau katakan ni! Aku tak percaya apa yang kau bagitahu aku ni!”

“Sumpah demi Allah mak long, Mia bercakap benar!”

“Dah-dah, kalau kau datang nak bercerita buruk pasal suami kau lebih baik kau balik.”

“Sampai hati mak long, Mia ni anak saudara mak long, kenapa mak long tak pernah nak percayakan Mia? Mak long yang jodohkan Mia dengan Badshar. Ada mak long tahu latar belakang lelaki tu? Siapa Badshar yang mak long jodohkan pada Mia tu? Siapa mak long? Selama Mia jadi isteri si Badshar ni hidup Mia sengsara, tahu tak? Mak long ada tahu tak?”

“Kau, tak payah buat fitnah kat sini pasal laki kau tu! Kalau kau jenis tak pandai jaga suami, kau jangan nak salahkan aku pula!” tengking mak long pada Mia.

“Mia, sudahlah. Marilah kita balik ke rumah. Biarlah Allah yang membalasnya. Doa orang yang dianaiya ni sangat mustajab. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.” pujuk mak.

“Long, aku terima jodoh yang kau tunjukkan pada anak aku, sebab aku percayakan kau. Aku yakin mana mungkin kau sanggup nak gadaikan Mia pada lelaki yang buruk perangainya. Tapi hari ni dah terbukti siapa yang boleh aku percayai. Aku tak sangka kau dah tunjuk watak dan perwatakan kau yang sebenar!” bidas mak pada mak long.

Akhirnya mereka pulang dengan perasaan dukacita. Kalaulah ayahnya masih boleh bergerak seperti sedia kala, sudah tentu nasib Mia ni dibela habis-habisan. Sudah tentu Mia sudah mendapatkan keadilan yang sepatutnya.

“Mak, pada siapa Mia nak harapkan lagi? Siapa yang boleh bantu Mia? Mak long sikit pun tak nak bantu Mia. Mia tak minta pun mak long untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi, Mia cuma minta simpati dan sedikit bantuan untuk diorang bantu Mia. Mia nak sokongan mak long sebagai saksi utama Mia. Mia nak berpisah. Kalau Mia boleh putar balik masa, Mia pasti tolak mentah-mentah sahaja lamaran mak long kirimkan buat Mia pada Badshar. Mia menyesal mak! Mia menyesal sebab begitu mudah ikut cakap orang lain daripada rasa hati Mia sendiri.”

“Sudahlah Mia, nanti kita usaha sendiri. Tak perlulah kita minta pertolongan orang lain lagi. Susah atau senang mak akan sama-sama lalui dengan Mia.”

Tiba-tiba handphone Mia berdering.

“Tini!”

“Mia, ada hal mustahak aku nak bagitahu pada kau. Tapi sebelum tu kau jangan mengamuk pula apa yang akan aku bagitahu pada kau nanti.”

“Tak, ada apa Tini?

“Badshar! Ni pasal suami kamu, Mia”

“Kenapa? Apa yang dah terjadi?”

“Selepas Badshar hantar kamu ke stesen bas untuk kamu balik ke kampung pada hari tu, malam tu pula masa ketiadaan kamu di rumah tu, Badshar ada bawa balik seorang perempuan tidur dirumah tersebut.”

“Astaghfirullah! Siapa perempuan tu, Tini?”

“Perempuan tu adalah perempuan simpanan Badshar yang aku ceritakan pada kau dahulu! Sekarang ni, mereka masih lagi berdua-duaan di dalam rumah tersebut.”

“Aku tak dapat nak ungkapkan kata-kata lagi. Khabar yang aku dapatkan dari Tini betul-betul merobekkan hati aku. Malahan aku makin nekad untuk bercerai dengan Badshar. Cukuplah selama ini aku diperbodohkan dan disakiti!” bisik hati Mia. Akhirnya Mia ke pejabat agama dan ditemani oleh mak. Mia cuba membuat tuntutan fasakh keatas Badshar.


AJAR HATI UNTUK KUAT APABILA DIUJI, AJAR HATI UNTUK SABAR APABILA DIZALIMI, AJAR HATI UNTUK ISTIGHFAR SELALU PADA ILAHI,

Malam harinya, Mia tiba-tiba demam panas. Demam yg sangat panas, tambah lagi mak selalu mengaji di biliknya dan tiap kali mak mengaji di depan Mia, tiba-tiba badannya makin panas.

Akhirnya keesokan paginya Mia pergi ke hospital dan ditemani oleh adiknya, Lia. Namun apabila Mia keluar dari rumahnya dan jumpa doktor, terus Mia terasa sihat kembali. Setelah balik ke rumah semula, badan Mia tiba-tiba demam balik. Bila mak mengaji surah yassin dan alfatihah. Mia rasa takut dan cuak.

Malah demamnya berlanjutan sampai dua minggu. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi pucat dan makin lama berubah jadi hitam sehitamnya. Kaki dan tangan Mia jadi sejuk membeku. Tapi badannya masih panas dan hangat.

Selepas dua minggu, mak mula syak sesuatu yang tidak kena pada Mia. Disebabkan ubat hospital habis ditelannya, namun keadaannya makin teruk. Langsung tidak menunjukkan keadaannya hendak sembuh. Mak cuba meminta bantuan dari seorang ustaz yang juga Imam surau di kampungnya. Ustaz ini, boleh juga ubatkan penyakit dari gangguan luar.

Setelah berubat barulah Mia rasa tubuh badannya kembali segar dan tidak selemah sebelum ini. Kata ustaz, ada orang hantar benda untuk ganggu hidup Mia dan buat Mia sakit menderita.

“Ada orang hantar belaan kat anak kau ni, Mah.” kata ustaz pada mak.

“Siapalah yang busuk hati buat macam ni, ustaz?”

“Ada seseorang dah berdendam dengan anak kau ni, Mah. Disebabkan rasa tak puas hati, dia hantar benda dia, untuk buat anak kau ni menderita. Orang hantar ni, orang yang anak kau kenal rapat dengannya!” kata ustaz tu lagi.

“Setahu Mah, Mia tak ada musuh, ustaz.”

“Siapa pula ni? Ustaz tolonglah halang benda ni dari mengganggu hidup Mia. Mah, nak Mia sembuh seperti dulu.” jelas mak pada ustaz.

“Badshar! Mia tahu Badshar yang lakukan semua ni!” terang Mia pada mak dan ustaz.

“Aku cuba buat yang terbaik, Mah, Mia. Tapi yang memberi kesembuhan tu Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih!” balas ustaz tersebut.


JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIARKAN IANYA MENDUNG, JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASILAH IA DENGAN SIFAT KEBAIKKAN…

Pantulan di cermin di pandang sambil menyikat rambut agar terurus elok. Perlahan-lahan Mia melepaskan keluhan. Sungguh Mia tidak sangka bahawa dirinya sudah benar-benar sembuh sedia kala. Siapa yang buat tu, Mia sudah tahu tetapi tak ambil peduli. Biar Allah yang membalas setiap perbuatan terkutuknya pada Mia.

Apakah masih ada sedikit ruang untuk dia mencari sebuah ketenangan? Apakah masih ada sedikit ruang untuk dia mencari kebahagiaannya sendiri?

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Menandakan mesej masuk.

“Siapa pula yang mesej ni?”
“Badshar!”

BAD: Aku dah terima surat dari permohonan cerai kau! Berani kau minta cerai dari aku! Kau fikir aku akan biarkan saja? Kau fikir aku takkan buat apa-apa untuk dapatkan balik hak aku?

MIA: Hak? Jangan senang-senang menyebut tentang hak, kalau kau sendiri tak tahu apa itu hak!

BAD: Berani kau cabar aku! Kau tunggulah nasib kau nanti! Kau belum kenal lagi siapa aku yang sebenarnya. Aku dah bagi kau rasa, itu baru sikit. Kau tunggulah, lagi kuat aku akan hantar pada kau, sampai kau merana!

MIA: Kau memang betul. Aku dah tak kenal siapa suami aku. Pada saat aku merana, kau tuli pada jeritan aku. Kau buta melihat kesakitan aku. Aku tak takut gertakkan kau, kerana aku tahu Allah ada bersama orang yang teranaiya.

Senyap tanpa balas dari Badshar.

Mia melepaskan keluhan. Cukuplah pengorbanan aku buat lelaki keji macam kau. Aku nak bebas dari cengkaman kau. Seorang suami sepatutnya membimbing aku kearah kebaikan tapi suami aku mengajar aku dengan perkara syrit lagi menyesatkan.

Aku masih ingat lagi sewaktu Badshar membawa aku ke tempat mereka yang mengamalkan amalan ilmu hitam. Sampainya kami di sana, Badshar dan beberapa kawannya terus melukis satu lingkaran simbol penguat semangat dan beberapa bentuk dengan menyalakan lilin disekelilingnya. Simbol yang kuat ini katanya adalah sebahagian besar pada ritual ilmu hitam tersebut. Mereka juga sudah menyediakan boneka kecil. Boneka kecil itu diperbuat dari selembar kain hitam yang d******g dua dan kain hitam tersebut membentuknya menjadi orang kecil.

Sesudah mereka melukis lingkaran, Badshar dan beberapa lagi kawannya melangkah masuk ke dalamnya dengan penuh berhati-hati. Apa yang tok gurunya beritahu, ketika Badshar berada di dalam lingkaran kekuatan, dia perlu berikan tumpuan dan tenaga untuk menyelesaikan mantera. Aku waktu tu sekadar memerhati dari jauh kegiatan terkutuk mereka semua.

“MasyaAllah, amalan jahil apakah ni?” bisik hati Mia.

Sebelum itu..
“Ciptalah mantera kalian sendiri. Apa yang kalian mahukan di dalam mantera kalian semua” tok guru jahilnya tiba-tiba bersuara.

“Mantera boleh direka sendirikah?” tanya salah seorang pengamalnya.

“Iya. Setiap mantera memiliki kata-kata kekuatan yang tersendiri. Kalau kalian semua nak menyeru, kalian perlu tahu niat dan ayat dia dengan betul supaya mantera kalian semua menjadi.”

Tiba-tiba Badshar bersuara..

“HEY..SI MUSUHKU! PATUHLAH KAU PADAKU. DENGARLAH KAU PADA BISIKKANKU. TURUTILAH KAU PADA ARAHANKU. KAU AKAN SELAMAT DI TANGANKU. KALAU AKU BERASA TERACAM. AKAN AKU IKAT KAKIMU AGAR TIDAK MEMBAWA BAHAYA PADA DIRIKU. AKU IKAT TANGANMU AGAR TIDAK MENUNJUK BAHAYA PADA DIRIKU. AKU IKAT MULUTMU AGAR TIDAK MENYEBARKAN CERITA BOHONG SEHINGGA MEMBAHAYAKAN DIRIKU. AKU IKAT FIKIRANMU AGAR TIDAK MEMBACA GERAK GERI DAN HATIKU SEHINGGA MEMBAHAYAKAN DIRIKU. AKU IKAT JASAD DAN ROHMU SUPAYA TIDAK MENGIRIMKAN KUASA UNTUK MEMBAHAYAKAN DIRIKU. JIKA KAU MELAWAN DENGANKU, AKANKU BINASAKAN SELURUH HIDUPMU. KAU AKAN TERUS TERSEKSA DAN SENGSARA, SELAGI KAU TIDAK SUJUD DIKAKIKU WAHAI SICELAKA MUSUHKU!”

Badshar membaca mantera itu sambil membalut boneka kecil dengan pita hitam berulang kali. Kata tok guru jahilnya, semasa membalut boneka tersebut, mereka harus membiarkan lilin disekelilingnya terpadam dengan sendiri. Jika lilin tersebut sudah terpadam, itu bermakna mantera yang direkanya sudah menjadi. setelah itu boneka tersebut dicelup dengan d***h pekat. D***h apa? Aku tak tahu..

Semenjak Badshar mengamalkan ilmu hitam, dia sudah dapat melihat dunia dengan cara yang berbeza dari orang lain. Katanya dia boleh mendengar, melihat dan menghidu bau yang orang lain tak boleh alami. Selain itu juga, dia boleh membaca gerak hati dan dapat rasa jika ada seseorang yang cuba untuk berniat jahat pada dirinya dan orang-orang yang dia sayang. Kadang kala dia dan kawan-kawannya pergi ke kawasan perkuburan untuk dapatkan nombor ekor atau sesuatu hajat atau keramat yang terdapat disana.

Selain itu juga Mia masih ingat lagi sewaktu Badshar menyeru polong belaannya yang dihasilkan dengan meletak darahnya kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol tersebut. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya. Hantu polong ini, dipelihara oleh Badshar untuk menyakiti musuh.

Selain itu juga, Badshar akan menyediakan hidangan khas yang lebih dikenali sebagai acak atau sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya untuk jin belaannya(hantu raya dan polong).

“Kak Mia..Mia..sini sekejap..!” laung Lia pada Mia.

Mia cepat-cepat keluar dari bilik tidurnya dan berlari mendapatkan Lia.

“Kenapa Lia?”

“Ni, ada tetamu perempuan nak jumpa dengan kak Mia. Katanya kawan lama kak Mia. Pergilah jumpa, Lia nak kebelakang sekejap.” terang Lia lagi.

“Eh, Wani!” separuh menjerit Mia apabila melihat gerangannya.

“Mia, lamanya aku tak lihat kau. Kau okay?”

“Aku, okay je. Kenapa kau tanya aku okay ke tak ni?”

“Aku kenal kau dah lama Mia. Aku tahu kau tak okay. Lia dah cerita semuanya pada aku pasal kau dengan Badshar. Mia, kau kena kuat hadapi ni. Jangan pernah kau mengalah.”
“Aku akan bantu kau!”

“Wani.” Mia menangis tersedu-sedu disisi kawan baiknya. Tak sangka, orang luar yang membantunya dan bukannya mak long.

“Mia! Ni, aku ada bawa sesuatu tentang Badshar, suami kau.”

“Tentang apa ni, Wani?”

“Sebenarnya, suami kau tu bekas banduan. Dia masuk lokap pun disebabkan kes rompakkan dan samun.” terang Wani lagi.

Mia terperanjat. Tak sangka, inikah lelaki yang menjadi suaminya selama ini?

Kahwin dengan anak dara untuk kebalkan lagi ilmu hitamnya. Dengan ilmu hitam tersebut aku dipukau olehnya. Habis dikikisnya duit aku. Guna duit aku buat perkara kotor. Layan pelacur. Tanggung perempuan simpanan kau dengan anak luar nikah kau. Main judi. Bila kalah, pinjam dengan along. Tak mampu bayar. Kau merompak. Mencuri. Kau lari tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah setinggan kau. Kau biar aku hadap along-along tu sorang-sorang. Sampai satu saat kau pernah ugut aku untuk jual aku jadi pelacur. Inikah suami? Kau buat maruah aku terlalu murah dan semudahnya kau pijak-pijak maruah yang aku jaga selama ini. Kau bukan suami tapi syaitan bertopengkan manusia. Terlalu keji dan jijik untuk aku mengaku yang kau suami aku. Kenapa orang seperti kau masih hidup diatas bumi ini? Kau tak layak jadi suami aku. Kau tak layak untuk aku.

“Ya Allah! Wani, apalah nasib aku bersuamikan lelaki seperti ini?”

“Sabar Mia! Kau kena kuat. Semua ini ujian buat kau. Allah tak kejam Mia! Kau kena ingat tu! Pasti ada hikmah disebalik dugaan ni. Kau tak keseorangan! Aku dan keluarga kau ada disisi kau dan selagi aku termampu, aku akan bantu kau sampai masalah kau selesai. Tapi sebelum tu aku nak kau pergi buat ujian HIV. Dengan cara hidup Badshar yang kerap layan pelacur, lebih baik kau jaga diri kau dahulu. Esok aku teman kau. Okay!”

“Terima kasih Wani. Aku malu pada kau. Kau bantu aku. Tapi mak long aku langsung tak nak ambil tahu dan tak pedulikan aku lagi. Aku cuma minta sokongan dia sebagai orang tengah. Salahkah aku? Mulai saat ni, kau bukan kawan aku lagi tapi kau dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Terima kasih Wani, sentiasa ada saat aku susah dan senang.”

“Takde hal laa Mia. Masa aku susah, kau bantu aku. Sekarang ni saat kau susah, biar aku pula bantu kau.”

Keesokkanya diorang pergi ke hospital dan buat ujian HIV. Keputusannya negatif. Tapi kata doktor, Mia harus buat ujian HIV sekali setahun. Kalau keputusan kesemuanya negatif selama 5 tahun, bermakna Mia bebas dari HIV. Harap bebas laa ekk!


Sejak dua tiga hari ni. Badan Mia tiba-tiba rasa sakit disebelah kanan. Ada masanya, dia tak boleh bergerak sebab kaki sebelah kanannya jadi berat dan rasa sakit sangat. Malah bahunya juga, terasa sangat berat belah kanan. Memang susah nak tidur. Mia pernah cuba untuk ubah posisi tidur berulang kali tetap juga tak boleh tidur. Tukar bantal tetap sama. Kalau tidur pasti dia akan bangun pada pukul 2 atau 3 pagi. Kemudian pada waktu tersebut mesti pintu bilik seperti ada yg mengetuk. Mia hanya buat tak tahu sebab tak nak terlalu fikir. Tapi kadang-kadang takut juga. Sampai satu masa, dia diganggu pula dengan kehadiran lembaga hitam, besar dan berbulu dengan mata merah menyala.

Kemudian gangguan tu makin melarat, apabila setiap malam Mia mimpi yang bukan-bukan sampai menangis dan meracau-racau. Mak selalu cakap yang badan Mia panas, tapi Mia rasa sejuk menggigil. Sampaikan waktu tengahari pun Mia kena berselimut tebal dan berstoking.

Masa Mia bujang, Mia tak pernah ada period pain. Tapi sejak berkahwin dengan Badshar, tiap kali datang bulan mesti menggelupur kesakitan. Mia fikir benda tu normal. Mungkin sebab dah kahwin jadi hormon dah berubah. Mia bersangka baik lagi. Namun yang Mia tak tahan bila dia rasa seperti ada orang melompat-lompat atas badannya sampai dirinya tak mampu lagi untuk bangun. Terasa sakit seperti tulangnya patah. Sakit sangat!

Malahan mak dan adik beradiknya cakap yang dirinya nampak macam orang sakit. Badan makin susut. Muka makin pucat. Kekadang Mia rasa pelik. Mia selalu rasa lapar. Rasa macam nak telan sekor kerbau. Namun bila makanan dah ada depan mata, Mia tak lalu nak makan hanya jamah dua atau tiga sudu sahaja sebagai alas perut. Bila tiba saat lapar kesemua hidangan yang ada diatas meja makan habis dimakan oleh Mia. Beberapa seketika Mia pasti terasa loya dan memuntahkan balik kesemua makanan tersebut. Sehinggakan dirinya dicop sebagai pembazir oleh adik-adiknya. Setelah mendapatkan rawatan perubatan islam, gangguan tersebut makin berkurangan. Hal ini menyebabkan Badshar makin berdendam terhadap Mia dan menggugutnya melalui mesej yang dihantarkan kepada Mia.

“Kau jangan ingat kau boleh terlepas dari aku!”
“Kau tunggulah nasib kau!”


Pagi-pagi sudah dengar bunyi motor di depan rumahnya. Seorang posmen datang menghantar surat.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumsalam.” ucap Lia.

“Ni ada surat. Pening kepala saya mencari alamat rumah ni. Ni saya nak hantar surat ni.” sakat posmen tersebut. Barangkali masih baru lagi.

“Ahh! Buat susah aje encik ni! Apasal tak poskan aje?” seusai berkata, Lia terus cabut lari naik keatas rumah sambil tergelak kecil.

“Apa yang digelakkan ni?”

“Takda apalah kak Mia. Ni ada surat akak.” Selebihnya Lia letak atas meja, surat yang diterimanya sebentar tadi.

“Surat apa pula ni?” Mia terkedu! Terkedu membaca isi surat tersebut. Tak menyangka surat dari mahkamah syariah tempat kelahiran suaminya yang menyuruhnya pergi ke sana untuk satu kes tuntutan dan permohonan cerai dari suaminya. Namun sekali lagi Mia terkejut kerana tarikhnya sama dengan tarikh perbicaraannya. Setelah Mia membuat rujukkan dari pejabat agama, akhirnya Mia membuat pilihan untuk pergi ke mahkamah yang difailkan oleh suaminya.


Hentah mengapa tiba-tiba ada nombor yang tidak dikenali, menelefonnya berkali-kali.

“Hello!” suara perempuan di talian tersebut.

“Ya, hello. Nak cari siapa ya?”

“Aku nak cakap dengan Mia!”

“Ada apa ya?”

“Ada sesuatu yang kau perlu tahu tentang aku dan Badshar. Sebelum tu aku perkenalkan diri aku, anne!”

“Siapa kau dengan Badshar? Isteri? Keberapa?”

“Aku perempuan simpanannya dan bukan isterinya lagi!”

“Aku rasa aku tak berminat untuk ambil tahu lagi pasalnya! Lagi pula aku dah nak bercerai!”

“Tapi aku tetap nak jumpa dengan kau, Mia! Tolonglah! Aku rayu pada kau.”

“Kenapa? Badshar mintak kau jumpa dengan aku ke? Untuk apa lagi? Cukuplah!”

“Tapi sekarang aku dah ada di depan rumah orang tua kau ni, Mia! Aku perlu jumpa kau! Kau tak perlu bimbang, sebab Badshar tak tahu aku datang jumpa dengan kau! Tolong Mia!”

“Kau tunggu situ. Kita bincang kat luar.”

“Baiklah. Aku tunggu kau.”

Mia cepat-cepat bersiap dan bergegas keluar.

“Mak..mak..Mia keluar jap dengan kawan.”

“Kawan mana pula ni, Mia?”

“Ni kawan sekolah Mia, mak. Mia keluar sekejap je!” tipu Mia lagi.

“Yelah!”


Mia bergegas memasuki kereta yang dipandu Anne, dan mereka singgah di sebuah gerai di tepi jalan.

“Ada apa hal, kau nak jumpa dengan aku?”

“Aku sebenarnya adalah orang yang ganggu kau, sebelum kau kahwin dengan Badshar.”

“Untuk apa? Apa niat kau, hah?”

“Aku tak ada niat apa-apa pun pada kau. Aku cuma nak tolong kau. Masa tu aku cuba untuk halang kau dari berkahwin dengan Badshar. Aku cuba nak selamatkan kau dari Badshar. Sebab itu, aku nekad nak bongkarkan siapa sebenarnya Badshar pada kau dan keluarga kau.”

“Tapi aku tak sempat. Aku minta maaf pada kau, Mia. Belum sempat aku nak halang kau dengan Badshar dari berkahwin, aku pula kena serang dengan Badshar waktu tu. Aku kena kurung dan kena ugut dengan Badshar. Malah duit hantaran yang Badshar hantar buat kau tu, sebenarnya dia guna duit aku. Badshar ugut aku. Kalau aku tak beri duit tersebut. Aku takkan jumpa anak aku lagi. Anak aku tu hasil hubungan aku dengan Badshar!”

“Kenapa kau tak minta dia kahwin dengan kau, Anne? Kenapa kau biarkan?”

“Aku tak mampu, Mia.”

“Tak mampu? Maksud kau, kau lebih rela hidup tanpa ada apa-apa ikatan? Itu zina Anne! Kau lebih rela jadi perempuan simpanan dari jadi isteri yang halal? Macam tu ke? Tak takutkah kau pada dosa dan nasib anak kau yang tak berbapa? Kau ada banyak pilihan. Neraka tidak pernah memanggil kita, tapi kita sendiri mendekatinya. Namun kau jangan lupa syurga tu sentiasa menunggu kita, tapi kita menjauhi darinya.”

“Dalam hidup kau akan jumpa ramai manusia. Konon setia bagai nak gila tapi itu semua dusta. Datang dan singgah. Seronok dipersampah tanpa rasa bersalah? Sampai bila kau nak hidup dengan cara begitu? Kau ada hak untuk pertahankan diri kau dari ditindas dengan cara hidup macam ni. Salah tetap salah. Haram tetap haram. Kau tak boleh jadikannya halal dimata kau. Kau tak boleh berdiam diri, kau kena lawan. Kalau bukan untuk diri kau sekali pun, lakukan untuk anak kau!”

“Ketika seorang wanita telah siap zahir dan batin. Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju ke gerbang pernikahan. Sama seperti aku, aku juga begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga. Menjadi seorang isteri. Menjadi seorang ibu. Aku juga benar-benar inginkan seorang lelaki yang mempunyai komitmen jelas untuk jadi suami aku yang sah dan halal buat aku. Aku faham kalau kau benci dengan aku.” jelas Anne.

“Aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan aku sekarang ni. Aku dah puas menangis. Aku tak benci kau. Aku cuma tak boleh nak terima cara kau dengan Badshar bersedudukkan tanpa ada ikatan yang sah. Kau kena juga buat sesuatu. Aku dah buat keputusan untuk diri aku sendiri dan kau juga harus bertindak sesuatu untuk diri kau dan anak kau. Kita lalui nasib yang sama. Ditindas dengan lelaki yang sama. Aku dah nekad nak bercerai. Aku dah silap menilai dan memilih seorang suami. Sepatutnya bila aku memilih seorang suami, aku juga sedang memilih seorang ayah, pemimpin, kawan, guru dan idola anak-anak dalam sesebuah rumah tangga. Tapi aku silap membuat pilihan. Aku terikutkan kata mak long, sampai masa..aku sendiri yang merana dan sengsara.”

“Aku faham! Kalau boleh kau tolong rahsiakan perjumpaan kita ini. Aku tak nak Badshar tahu. Nanti teruk aku dikerjakan.”

“Baiklah!”

Akhirnya perbincangan mereka berakhir. Anne menghantar Mia pulang ke rumahnya dan pulang membawa diri ke tempat asalnya. Sejak itu, tiada lagi panggilan yang tidak dikenali, mengganggunya. Semuanya sepi.

(selang beberapa hari)

Tibalah hari pembicaraannya. Ianya bermula pada pagi esok. Malam tu, tepat pukul 12.00, Mia sukar untuk tidur kerana dia terasa panas. Lalu Mia capai tuala dan menuju ke bilik air. Sewaktu dia hendak menuju ke bilik air, dia lihat Lia dan Tia masih menonton television di ruang keluarga. Tanpa menghiraukan mereka, Mia pergi menuju ke bilik air.

Selesai mandi, Mia keluar dari bilik air tersebut lalu terserempak dengan Tia.

“Eh, Tia kenapa belum tidur lagi ni? Dah lewat malam dah ni.”

“Aik? Bukan akak kat dapur ke?”

“Ish, mana ada. Akak mandi kat dalam ni. Akak tak pergi pun lagi kat dapur. Kenapa Tia?”

“Ish, peliklah! Akak dah lama ke kat dalam bilik air nie?”

“Yelah Tia, mandi memanglah lama. Kenapa tanya macam tu pula?”

“Tadi Tia nampak akak kat dapur masa Tia nak ambil air. Tia pergi dekat akak. Tia tanya akak nak minum air ke? Tapi akak tak jawab pun. Pandang Tia pun tidak. Akak terus pergi tinggalkan Tia. Tia ingat akak marahkan Tia, sampai tak nak tegur Tia langsung.”

Selepas mendengar cerita Tia terus Mia naik meremang. “Tak sangka sudah ada yang menyamar jadi seperti aku!” bisik Mia. Malam itu, kiranya seolah-olah bakal terjawab. Patutlah aku terasa macam diperhatikan. Bunyi bising di depan bilik air buat Lia mendekati mereka.

“Ehh, apa kecoh-kecoh ni?”

“Tadi, Tia nampak..” cepat-cepat Mia tekup mulut Tia dari bercerita. Lagi pula sudah lewat malam. Mia taknak hal ni, buat adik-adiknya ketakutan.”

“Dah-dah, pergi tidur esok aja kita cerita!” Mia menamatkan perbualan.

“Yelaa” jawab Tia dan Lia serentak.

Malam tu Mia tidur ditemani dengan keset alunan bacaan ayat suci Al-Quran yang dimainkan di radionya. Mia malas nak fikir pasal hal tadi. Kerana esok pagi nanti ialah hari pembicaraannya dengan Badshar di mahkamah yang difailkan oleh suaminya. Selain itu juga, Mia tidak putus-putus berdoa agak sentiasa dilindungi oleh Allah dari gangguan luar yang dihantar oleh suaminya sendiri dan selalu mengamal doa-doa yang ustaz kirimkan padanya sewaktu dia berubat dahulu.

Malam tu juga, Mia bermimpi tersesat di dalam hutan. Disekelilingnya dipenuhi semak samun. Setelah lama berjalan, akhirnya Mia nampak sebuah gua. Mia cuba berteduh di dalam gua tersebut. Disana, Mia mendengar suara garau seseorang yang sedang melaungkan sesuatu. Bila diintai, dia nampak seorang lelaki tua berpakaian serba hitam sambil tangan kanannya memegang tongkat. Mulutnya pula seperti membaca sesuatu. Sedang ralit dia memerhatikan perbuatan lelaki tua tersebut. Lelaki tua tersebut memandang tepat kearah Mia. Mia mengelabah. “Kau buat apa datang kat tempat aku ni?” kata lelaki tua tersebut. “Aku cari jalan keluar!” jawab Mia. “Aku yang sesatkan kau kesini! Kau dengar amaran aku ni! Kalau kau belum cukup ilmu, kau jangan cuba nak melawan.” bidas lelaki tua tersebut. “Berani kau halang aku! Kau hantar orang untuk bertarung dengan aku! Siapa orang yang kau upahkan tu?” tengking lelaki tua lagi. Mia cuba lari dari situ tetapi dihalang oleh lelaki tua tersebut. “Ya Allah selamatkan aku!” jerit Mia sebelum dia tersembam jatuh dari katil. Terus dia tersedar dari mimpi tersebut.

“Apa maksud orang tua tersebut?”
“Lelaki tua tu macam pernah aku jumpa! Tapi kat mana?” fikir Mia cuba mengingati lelaki tua tersebut.


“RABBI YASSIR WALA TU ‘ASSIR”
Tuhanku, permudahkanlah dan jangan persulitkan.

“RABBI TAM MIM BILKHAIR”
Tuhanku, sempurnakanlah ia dengan kebaikan.

Pagi-pagi lagi Mia sudah bersiap. Pagi tu juga, Wani sampai dirumahnya untuk menemani Mia kerana maknya tidak dapat pergi kerana menjaga ayahnya yang sakit.

“Kau okay tak?” tanya Wani pada Mia.

“Okay! Aku dah sedia dah.” senyum terukir dibibir Mia.

Mereka memulakan perjalanan dan tiba di tempat yang ditujunya.

“Kuatkan semangat kau, Mia! Ni peluang terakhir kau. Kau kena yakin!” kata semangat Wani pada Mia sewaktu menanti gilirannya dibicara. Apabila giliran pembicaraan kes cerai Mia dan Badshar, mereka dipanggil ke hadapan untuk diajukan beberapa soalan oleh Tuan Hakim sebelum talak dijatuhkan.


Akhirnya! Selesai sudah kesnya dibicara di dalam mahkamah. Mia keluar di luar kawasan mahkamah sambil ditemani Wani. Manakala Badshar pula ditemani Anne. Masing-masing sekadar berpandangan sahaja. Tiada lagi sapa menyapa. Suasana menjadi hening. Badshar tidak bersuara sepatah pun. Mia juga begitu.

Namun belum sempat Mia pergi tiba-tiba Badshar bersuara.

“Puas hati aku!” satu rengusan kuat diluahkan oleh Badshar.

Mendengar kata-katanya membuat dirinya terasa dicabar.

“Kau mungkin dah rasa puas. Aku pun rasa bersyukur sebab tidak terikat lagi dengan kau. Sebelum tu, terima kasih sebab kau dah ajar aku mengenal jenis manusia. Kau ajar aku yang mana benar yang mana dusta. Kata-kata kau kahwini aku, cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa dan begitu juga seluruh anggota badan kau. Untuk segala janji yang telah kau patahkan. Untuk hati yang telah kau remukkan. Untuk harta dan duit yang telah kau curi. Untuk segala sakit yang telah kau berikan. Untuk segala caci maki, ludahan dan jampi serapah yang kau hantarkan. Tidak akan pernah aku terima dan maafkan. Biar Allah SWT yang membalasnya kerana Allah lebih mengetahuinya segalanya apa yang kau lakukan pada aku selama ini.”

Untuk kekasih gelap kau sekarang ni. Kau jadikan dia perempuan bermaruah. Cukup-cukuplah kau gadaikan maruah dia melayan nafsu syaitan kau tu. Sebab apa? Sayang? Cinta? Atau Nafsu? Sampai bila? Sanggup dan tergamak kau gadaikan maruah dia. Kenapa kau tak ajak dia kahwin dengan kau dahulu? Aku tak pernah nak halang. Lebih baik kau berkahwin dari terus bermaksiat. Kalau aku masih lagi isteri kau dahulu, aku tak akan halang kau untuk berkahwin dengannya. Cuma aku minta satu je waktu tu. Tolong lepaskan aku dengan cara baik. Sebab aku tak nak bermadu dengan perempuan setaraf dia dan bersuamikan lelaki yang jahil lagi buta seperti kau. Aku terlalu naif sebab percayakan cinta kau yang penuh racun dan berduri. Tapi! Aku tetap bertahan. Sampai berdarah dan luka. Masih lagi bertahan!

Ya bertahan! Tapi itu dulu..

Mulai sekarang, kau jangan petik lagi nama aku! sebab aku dah cukup penat bertahan dan bersabar dengan ego kejahilan kau selama ni. Sekarang aku bebas dari cengkaman kotor kau. Aku pun tak hairan kalau kau lepaskan aku dengan talak 3 sekaligus. Sebab aku takkan dan tak mungkin akan balik kembali pada kau. Kau racun!

“Sekarang aku dah bebas dari kau dengan talak 3 yang kau jatuhkan pada aku!!!”

Selesai meluahkan, Mia beredar dari situ dengan Wani dan pergi meninggalkan Badshar dan Anne.

Mia juga tidak putus-putus berubat dengan ustaz bagi memulihkan semula dirinya dari gangguan luar dan sihir yang dihantar oleh Badshar selama ini. Segala teka teki pasal mimpi tersebut sudah terjawab. Lelaki tua tersebut merupakan tok guru jahil Badshar. Badshar minta pertolongan tok gurunya untuk hancurkan hidup Mia. Namun dihalang oleh ustaz yang mengubati Mia ni. Itu pasal Mia kena serang oleh lelaki tua tersebut sebab ustaz cuba menghalang kerja diorang untuk hantar benda belaannya mengganggu hidup Mia.

Akhirnya selesai sudah kisah yang aku kongsikan buat korang semua. Maaf sebab aku cuba karang cerita dengan cara sebegini. Aku mengaku awal-awal, mungkin ada kelemahan dan kekurangan. Jadi jangan kecam aku pula. Aku tak pandai menulis dan masih cuba nak belajar, kebanyakkannya aku pakai hentam je. Maaflah. Harap korang fahamlah cerita ni. Kalau dulu aku fikir, cerita-cerita macam ni selalunya aku tonton dalam drama kat tv, tapi kali ini, kes ni betul-betul terjadi pada sepupu kawan aku. Bukan rekaan semata-mata. Ianya betul-betul terjadi. Rupanya masih lagi ada orang macam Badshar ni wujud. Aku yang belum kahwin ni, kadang-kadang rasa bimbang juga kalau-kalau dapat lelaki macam ni! Ya Allah moga dijauhilah jodoh sebegini.

Kata Wani, ingin saja dia bantu Mia saman mak long dan Joe tu, atas dasar perkahwinannya itu, adalah satu penipuan. Namun Mia berkeras tak nak hal ni berlarutan dan ada saman menyaman. Nampaknya Mia masih lagi nak menjaga hati mak longnya, walha mak longnya tetap berburuk sangka dan memandang hina dirinya sekeluarga. Kata Mia cukuplah dia bebas dari Badshar dan kembali dengan keluarganya semula. Hanya itu sahaja yang diinginkan.

Sampai sekarang aku rasa kasihan pada Mia. Sebab kawan aku bagitahu sampai hari ni, dia kena perli lagi dengan mak longnya, malah makin melarat sampaikan sepupunya iaitu anak dan menantu mak longnya turut menyindir sama. “KITA TOLONG DIA, INI YANG DIA BALAS! DASAR KETURUNAN TAK KENANG BUDI! DASAR JANDA MURAH!!” Itulah ayat yang mak long kata pada Mia sekeluarga. Sabarlah Mia. Didik diri jadi hamba yang sabar diatas segala dugaan yang melanda. Hidup ini bukanlah untuk mengejar kesenangan dunia semata-mata, tetapi untuk dijadikan medan kebahagiaan di akhirat kelak. Kalau dia perlekehkan kau, mengata dan gelakkan kau masa kau jatuh. Biarkan. Jangan balas. Tapi usaha untuk bangkit semula dan buktikan kau mampu. Kalau perlu, masa dia jatuh nanti, kau tolong dia. Biar dia sedar, betapa kuat dan hebatnya cara kau membalas. Itulah yang mampu aku kongsi sebagai pengajaran buat kita semua. Terima kasih Mia sebab izinkan aku berkongsi kisah pahit kau untuk pembaca FS. Semoga lembaran baru yang dibuka kali ni, diharap dipenuhi dengan sinar baru buat Mia sekeluarga.

Benarlah kata-kata Syeikh Tantawi.
“Tak perlulah kamu kelihatan cantik untuk menarik perhatian manusia. Tak perlulah menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih sayang manusia. Ini kerana CINTA MANUSIA SANGAT TIDAK ADIL. Buktinya bila kita lakukan 99 kebaikan dan hanya 1 sahaja kesalahan yang kita lakukan, manusia hanya nampak 1 kesalahan itu dan melupakan semua 99 kebaikan kita. Berbeza dengan cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepadaNya dan 1 kali kita bertaubat, Allah hanya melihat taubat yang 1 itu dan melupakan 99 dosa terbabit. Mengejar cinta manusia, kita akan lelah, mengejar cinta Allah, kita pasti takkan rebah. Oleh itu, carilah cinta ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yang hakiki.”

“Ma qaddarallahu khair”
Apa yang Allah tentukan itu baik-baik belaka.

~Sekian.Tamat~
#SiBaran (zero/aries)
#SelamatHariRaya

#sibaran

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

37 thoughts on “#SiBaran: RACUN BERDURI!”

  1. Pengalaman menjadikan mia seorang yang kuat luaran dan dalaman… kasih sayang dan doa ibubapa banyak mendorong mia menjadi insan yang tabah. Dengan ujian membuat mia semakin nikmat mencari cinta abadi..jika si dunia tiada jodoh..pasti bidadara syurga menanti..insya-allah

    Reply
    • perghh..klu laa kisah ini 1 rekaan..dh lama sy tamatkan riwayatnya..tapi yang ini kisah benar..ikutkan hati..memng patut bangkai tersebut dihapuskan..hahaha..geram pulak kita..!!!

      Reply
    • mak long mungkin belum tahu klu adik dia si joe ni ada perjnjian dgn badshar..tapi lebih pada rasa percaya ckp adik dr ank saudara..lagi pulak mungkin ada fktor dengki kot..sbb apa tu sy x pasti laa..Mia x kasi tahu..huhu?

      Reply
  2. Banyak redundancy dalam penceritaan ni, banyak berulang2 point. Secara jujur, banyak part aku skip sebab aku dah boleh agak kau nak cakap apa, predictable, sebab kau dah cakap kat atas sebelumnya, point sama. In my humble opinion, you’re trying too hard to write macam novel. Ayat penulisan kau yang part last tu lagi best aku rasa, sebab sempoi je kau bercerita macam kita berbual biasa. Tapi cerita best! Boleh improve lagi, a great writer is not born in a day kan. Harap saya tak disalah tafsir sebagai mengecam.

    All the best.

    Reply
    • tak mengapa..sy terima pandangan tersebut..sy pun bukan pandai mengarang cerita..sy budak baru belajar..masih mencuba..mmng bnyk kelemahan dan kekurangan..klu ada salah or silap..insyaallah sy cuba betulkan dan perbaiki penulisan sy akan datang..terima kasih ats nasihat tersebut ye Hanibee.

      Reply
  3. Gilooorrrr aarrrr benda ni semua masih wujud zaman sekarang ni weeeiii…
    Naseb bek org2 umah kongsi tu xde ape2kan die kan…

    Reply
  4. Crta ni bri pngajaran kpada kita tuk cari psangan yg btul2 dan tak mnyesal suatu hari nanti . harap dapat karang crta ya .

    Reply
  5. Ini barulah betul-betul sebuah kisah tentang pengalaman dan sebuah cerita!! Kali ni saya rasa betul-betul puas hati membaca kiriman yang ada dalam FS ni. Teruskan bercerita. Apa lagi tajuk penulisan anda yang telah ada dalam FS ni? Saya nak baca lagi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.