#SiCelupar: Budak Ajaib

Salam Warga FS. Bertemu lagi kita untuk episod kali ini. Peerrgghh! Episod! Ingat ni drama bersiri ke apa? Kahkahkah. Okay, bertemu lagi kita untuk perkongsian cerita seram terbaru dari aku. Jom pakat baca ramai-ramai. Pakat like. Pakat share. Biar TOP TEN untuk MAY 2017!! Kalau tak best dan hambar pun, like je. Share je.

Sabtu. Pagi yang tak berapa pagi. Mak masak Gulai Tempoyak Ikan Patin. Bau menusuk sampai ke bilik, terus aku terjaga dari tidur. Ingat nak rehat lama sikit. Semalamnya abah ikut kawan-kawan kaki pancing dia pergi memancing dekat mana entah. Dapat 3 ekor ikan patin liar. Patin jenis apa? Aku tak tau. Aku tak pandai sangat tengok jenis ikan. Nak bezakan ikan itu dan ikan ini pun tak pandai apatah lagi nak bezakan ikan yang sama nama tetapi jenis yang berbeza. Eh macam Trivago pula. Ok cukup. Ini bukan cerita hantu ikan.

Lepas mandi, aku menapak turun ke bawah nak sarapan. Aku dengar bunyi tv macam bunyi cerita kartun kat Astro Ceria. Siapa pulak duk tengok kartun kat bawah tu? Bila aku turun je, cis! Bulat rupanya!! Adik sepupu aku. Nama dia Ezzuan Rezza, nama manja Eja. Dapat kat aku, aku panggil Bulat. Padan muka kau! Sape suruh pagi petang siang malam asyik makan ayam je. Kan dah bulat perut tu!

Bulat ni baru darjah dua. Anak tunggal. Mak ayah dia ada outstation masa tu. Tak boleh bawa Bulat sekali sebab budak tu sekolah. Diorang ada kerja apa entah, kena outstation lima hari. Jadi, lima hari lah budak kuat menketedarah ayam ni duduk sini.

Aku tak tau lah aku ni jenis pandai layan budak-budak ke apa, aku tak suka budak-budak sangat sebenarnya. Tapi memang anak-anak saudara, adik-adik sepupu semua suka menyendeng dekat aku termasuklah si Bulat ni. Aku masuk bilik lepas sarapan tu pun dia sibuk nak ikut. Bila dia dah masuk, dia nampak buku-buku aku.

“Buku hantu!!” dia excited.
“Bulat tak takut hantu ke?” aku tanya dia.
“Tak..” dia jawab dengan nada mengejek berlagak.
“Eleh. Ye lah tu tak takut. Malam karang kalau hantu datang, jangan nak panggil abang. Pandai-pandai lah kau. Sini banyak hantu tau.”
“Ye ke sini banyak hantu?”
“Ye lah. Ada macam-macam hantu. Pontianak ada, pocong ada, penanggal ada. Malam karang Bulat dengar lah diorang cakar dinding, berlari atas atap.”
“Hahahahaha”
“Eh, gelak pulak dia.”
“Abang wan tipu. Mana ada hantu kat sini.”
“Betul lah. Buat apa abang nak tipu.”
“Tak. Abang Wan tipu. Abil cakap kat sini takde hantu sebab Mokde selalu mengaji.”
“Abil?” aku soal.
“Abang Wan, nak pinjam buku ni boleh? Nak baca.”

Dia capai satu buku lepas dia belek-belek sejak tadi. Dia tak bagitahu pun aku siapa Abil? Lepas dia ambil buku tu, dia terus blah tinggalkan aku terpinga-pinga dekat dalam bilik. Apa benda yang budak ni cakap? Bila aku pandang dekat meja kerja aku dalam bilik tu, aku nampak ada kesan tanah atas meja. Ada bau tanah juga. Aku mula rasa tak sedap.

Petang tu, aku bawak si Bulat tu pergi makan ABC. Aku ajak member aku, Amin lepak sambil main Mobile Legend. Masa akak kedai tu nak ambik order, dengan selamba je si Bulat order dua mangkuk ABC Raksasa.

“Abang nak saiz biasa je.”
“Abang order lain lah. Ni Bulat punya.”
“Banyak nya sampai dua. Yang denesor pulak tu.”
“Raksasa lah.”
“Ah, samalah tu.”
“Bulat kan kuat makan.”

Aku geram nak carut depan muka budak ni. Tapi aku tahan. Tak elok bawa pengaruh buruk dekat budak-budak. Tak pasal-pasal nama aku dimasukkan dalam karangan fakta untuk isi perenggan ketiga nanti “pengaruh rakan sebaya” walaupun tak sebaya.

Terkejut weh bila aku tengok Bulat boleh habiskan ABC Raksasa tu sampai dua mangkuk. Macam orang bela saka. Masa nak bayar dekat kaunter, nak balik, tokey kedai tu boleh pula tanya, “itu kawan sebelah budak kicik tak makan apa-apa ke?”

Woi! Tak ada orang kot duduk situ. Aku duduk sebelah Amin. Bulat depan aku. Sebelah Bulat kerusi kosong kot! Kosong!

Malam tu, mak suruh aku tidur dekat tingkat bawah, dekat ruang tamu, temankan si Bulat ni. Tapi aku taknak. Aku ajak budak tu tidur dalam bilik je. Tapi, dia akan tidur bawah atas lantai. Bentang toto. Aku akan tidur atas katil. Yes, aku memang kejam. Ni bilik aku!

“Eja nak tidur atas katil.”
“Ah, takde. Kau tidur je bawah tu. Sama je. Katil ni kecik. Tak muat. Abang tidur buas, nanti aku terterajang jatuh katil kau nangis pula. Tidur je bawah tu.”
“alah..” dia merajuk tapi dengan menyogok Nintendo 3DS, terus senyap. Aku dapat tidur lena, walaupun dia buat bising bukak volume game tu kuat-kuat.

Malam tu, aku terjaga. Bilik gelap gelita. Si Bulat tutup lampu agaknya. Cis, aku ni dah la takut gelap. Tapi, aku cool dulu. Sebab ada geng, aku jadi tak takut sangat. Aku sedar si Bulat ni dah ada kat sebelah. Duk menyendeng nak tidur atas katil juga. Cilake. Kata tak takut hantu. Ni dah kenapa nak menyendeng atas katil aku ni?!

“Woi, Bulat. Gi la tidur bawah. Sempit ni.”

Dia diam je. Takde respon. Tidur mati lah kot.

“Bulat. Jangan sampai abang simbah kau dengan air.” Aku mengugut.

Dia masih diam. Teruskan lena. Mungkin tidur mati. Nak tak nak, aku terpaksa bangun dan “ktap” bukak lampu. Meremang bulu roma aku bila aku nampak si Bulat tidur dekat atas toto bawah situ. Bukan atas katil sebelah aku tadi. Nak kata dia menyakat aku, memang mustahil sebab budak tu tidur nyenyak gila. Kita kan boleh tau org tu tidur nyenyak atau tidur pura-pura. Jadi, siapa atas katil tadi?

Takut punya pasal, aku terus naik ke katil semula dan berselubung. Tak tutup lampu.

Tiba-tiba, “ktap!” ada orang tekan suis, lampu terpadam. Bilik jadi gelap. Lepas tu aku rasa macam ada orang naik atas katil aku dari sebelah belakang. Aku baring mengiring ke kiri masa tu. Tau kan macam mana kita boleh rasa tilam tu tiba-tiba tertekan ke dalam bila ada orang naik atas katil. Ha! Macam tu lah! Dia naik atas katil lepas tu baring kat belakang aku yang kosong, aku tak letak bantal kat situ.

Takut punya pasal, aku terus bangun, terus berjalan ke pintu dan buku pintu tu. Aku terus keluar. Tak toleh ke belakang langsung.

“Abang Wan nak pergi mana?” Bulat tanya aku dari dalam bilik, dari dalam gelap.
“Nak minum air kejap.” Aku jawab, tak toleh belakang langsung dah.
“Ye ke nak minum air tu?” Bulat tanya aku dengan nada perli. Meremang weh! Meremang! Aku buat tak tau je. Terus laju turun ke bawah. Nasib baik adik aku ada kat bawah tengah layan tv apa entah pagi-pagi buta tu. Sambil makan Mi Sedaap siap ada telur rebus lagi. Adik aku ni memang jenis burung hantu sikit.

“Kenapa?” adik aku tanya bila nampak aku muka kecut semacam.
“Aku rasa Bulat tu ada saka la.” Aku sambar Mi Sedaap dia sesudu. Telur pun aku rembat sikit. Bahagian kuning tu aku sengaja ambik banyak.
“Bodo.”
“Betul la. Ada benda kacau aku masa tidur tadi.”
“Hahahaha. Gila. Budak kecik ada saka. Ingat ni drama melayu ke apa?”
“Tak kena dekat kau. Tunggu kau kena nanti. Aku gelak balik.”

Aku landing atas sofa dan terus terlelap dekat situ sampai pagi. Bila dah pagi, sekali lagi aku meremang. Nak tau sebab apa? Sebab aku tiba-tiba ada dekat dalam bilik!! Atas toto tempat Bulat tidur malam tadi! Aku terus tersentap bangun dari baring. Punya lah terkejut. Sejujurnya aku tak faham apa yang berlaku. Ada orang angkat aku ke?

Ahad, aku ada plan nak pergi ke KL. Ada kenduri kahwin. Boleh pula mak aku suruh bawa budak buncit tu ikut aku. Aku bagi macam-macam alasan tapi mak aku suruh bawa juga. Nak tak nak, terpaksalah aku bawa si Bulat ni. Dia punya happy, macam dapat pergi berjalan oversea. Aku pergi ke KL tu bertiga. Aku, Bulat dan Asmidar. Jangan tanya siapa Asmidar tu. Aku cepuk karang!

Masa aku nak pergi pick up As tu, budak tu dah tanya dah.

“Kata nak pergi KL. Kenapa ikut jalan ni.?”
“Abang nak ambik orang sekejap. Dia nak ikut jugak.”
“Nak pergi ambik siapa?”
“Ambik orang lah.”
“Tau lah ambik orang. Siapa? Laki ke perempuan.”
“Banyak tanya lah kau ni!”
“Siapa? Laki ke perempuan?”
“Nanti Bulat tengok lah laki ke perempuan.”
“Perempuan. Abil cakap perempuan. Hahahahaha.”
“Bulat dari semalam cakap pasal Abil. Siapa Abil?”

Dia buat tak tau je dengan soalan aku tu. Lepas tu terus main aku punya CD-CD lagu dekat dalam dashboard. Aku larang dia jangan main CD tu tapi dia belek-belek juga. Degil level 99999.

“CD apa ni?!” dia tanya sambil tunjuk CD Rihanna, album Unapologetic.
“Kan abang cakap jangan main barang dalam tu. Letak balik!”
“Abang tengok benda tak baik ye? Bagi tahu Mokde.” (Mokde adalah panggilan utk Mak aku)
“Tu CD lagu lah. Simpan balik!”
“CD lagu apa nampak kop*k macam tu?” dia membebel sambil letak semua CD tu dalam dashboard. Lepas tu dia belek CD lain pulak.
“Ni CD apa pula.” Sambil tunjuk kat aku CD One Republic, album Native.
“Pasang la kalau nak tau.” Dia pun masukkan CD dan lagu pun bermula. Lagu Counting Stars track no satu.
“La ingatkan CD hantu.”
“Kau gila ke apa? Mana ada orang nak dengan bunyi hantu dalam kereta.”
“Dah ni kenapa gambar darah-darah.”
“Tu bukan darah lah. Tu kan binatang. Nampak tu ada seladang, ada rusa, ada harimau tu.”
“Eee. Tak bestlah. Ingatkan CD lagu hantu.”
Aku masa tu dalam hati dah menjerit dah “Maaaakkkk!!! Kenapa kau suruh aku bawak budak ni sekali!!!!!????? Why???!!!!!”

Bila dah sampai kat rumah member aku si As tu, Bulat bangun dari seat depan kemudian dekat seat belakang. Bagi As duduk depan. Dan perjalanan ke KL pun bermula.

“Eja bagi akak duduk depan sebab Eja takut Abil buat jahat dekat akak. Abil suka kacau pompuan.”

Aku dah sakit hati dah dengar dia sebut nama Abil tu. Entah siapa lah Abil tu. Aku assume tu kawan imaginasi dia. Kalau cerita orang putih kan, budak-budak ada kawan imaginasi. Budak-budak takde adik beradik memang perangai macam ni ke? Create dunia fantasi sendiri. Harap bila besar tak gila lah. Tapi takkan dah besar darjah dua macam ni pun ada kawan imaginasi jugak?

“Bulat! Abang taknak dengar Bulat sebut pasal Abil lagi! Kalau abang dengar, abang hantar Bulat balik rumah Mokde. Nanti Abang report dekat Mama dengan Papa, nak?”

Budak tu terus duduk bersandar dekat seat belakang tu. diam tak bercakap. Tapi tak sampai seminit aku marah dia, tiba-tiba ada kucing hitam melintas depan kereta aku. Brek mengejut aku dibuatnya. Sampai berbunyi tayar kereta “shreeeettt” camtu.

“Bawak la kereta elok-elok sikit.” As pula membebel ke aku.

Sekilas aku pandang ke cermin pandang belakang. Aku nampak Bulat tengah senyum sinis kat aku. Macam psiko. Serius aku meremang gila masa tu.

Dua jam juga lah perjalanan kitorang, asyik nak berhenti je. Sampai dekat majlis kenduri, lepas makan, aku pergi dekat meja member aku ni. Satu meja tu lapan orang. Semua kawan-kawan aku tu. Meja dah penuh, aku makan la kat meja lain. Dah habis makan, aku pergi la dekat diorang. Aku biarkan Bulat dengan Asmidar. Asmidar suka budak-budak. Bulat pun nampak baik je dengan dia. Borak-borak. Siap ajak Asmidar teman dia ambik aiskrim.

Dan dari lapan orang kawan aku kat meja tu, ada seorang member aku ni nama dia Laila.

Info:
Siapa yang pernah baca cerita aku yang mula-mula dulu Bahana Mulut Celupar Percutian Kami Diteman, tahu lah member aku yang sorang ni, dia boleh nampak benda-benda halus ni. Nama dia Laila, aku ada sebut dalam #SiCeluparExclusive – Percutian Kami Diteman. Extended version untuk cerita Bahana Mulut Celupar Percutian Kami Diteman tu. Hanya boleh dibaca di Facebook aku atau di Wattpad. Sesiapa tak baca lagi, boleh follow Wattpad aku iamWAN.

Laila tarik satu kerusi kosong, dia suruh aku duduk situ. Muka dia cemas semacam.

“Wan, siapa budak tu?” sambil jeling sekilas guna ekor mata ke arah Bulat.
“Adik sepupu aku. Kenapa?”
“Bawak dia jumpa ustad mana-mana balik nanti.”
“Kenapa?”
“Ada benda jaga dia tu. Sampai ke sini benda tu ikut.” aku terus meremang satu badan masa Laila cakap macam tu.
“Kau biar betul Laila?”
“Iya, takkan aku nak tipu kau. Selama ni kalau ada benda ikut kau, aku yang bagitahu kan.”
“Benda apa yang jaga dia tu?”
“Aku tak pasti. Yang pasti benda tu baru lagi.”
“Ada orang hantar ke?”
“Macam tak.”
“Habis tu?”
“Entah. Tak pasti. Aku tak boleh tengok beriya sangat. Ni pun dada aku dah sakit ni. Benda tu tau dah aku boleh nampak dia. Benda tu dah tau aku bagitahu kau.” Laila dah mula takut-takut.
“Abil.”
“Abil?”
“Adik sepupu aku cakap nama benda tu Abil.”
“Jadi memang adik sedara kau tau lah ada benda ikut dia? Dia ada saka?”
“Itu yang aku tak faham. Takkan kecik-kecik lagi dah pandai benda syirik camni?”
“Ok benda tu tengah pandang kat kita. Dia berdiri atas meja sebelah.” Suara Laila makin terketar-ketar sambil pandang je muka aku. Dia taknak toleh tempat lain.
“Laila, kau jangan buat hal. Kenduri orang ni. Better kau gerak balik sekarang.”

Member yang lain ada dekat meja tu pun terus bangun bawa Laila keluar dari majlis tu. Takde lah keluar macam havoc-havoc ada benda kacau. Tak. Keluar macam biasa je la. Natural. Semua pandai cover.

Masalahnya sekarang benda tu datang dari Bulat. Aku dan dia akan satu kereta kejap lagi, nak balik rumah.

Sebelum balik, aku singgah masjid dulu. Nak solat Zohor jamak sekali dengan Asar. Aku keluar kereta, Asmidar keluar kereta dan akhir sekali Bulat.

“Abang Wan. Eja tunggu dalam kereta je la.”
“Eh, Eja tak solat ke?”
“Tak.”
“Kenapa tak pula?”
“Taknak.”
“Eh, mana boleh taknak. Nanti abang bagitahu Mokde, suruh Mokde piat telinga tu nak? Nanti Abang report dekat mama ngan papa, nak?”
“Eja kecik lagi. Abil cakap budak kecik takyah solat.”
“Abil tu setan. Jangan dengar cakap setan laknat macam dia tu!” entah macam mana aku boleh sesedap tu je bercelupar.
“Jangan cakap macam tu kat kawan Eja! Abil baik!” Bulat tinggikan suara dia. Tiba-tiba je semua kereta satu baris dengan kereta aku dekat parking lot masjid tu, berbunyi alarmnya. Semua berbunyi. Orang-orang yang baru sampai ke masjid tu semua pandang ke arah kitorang.
“Taknak sembahyang, lantak Bulat la. Nanti masuk neraka Bulat, bukan abang.”
“Tinggallah kunci tu. Bukak aircond.”
“Tak payah mengada. Duduk luar. Duduk bawah pondok sana tu.”

Sepanjang perjalanan balik, Bulat senyap je. Dia bad mood dengan aku. Aku cuba nak berbaik dengan dia.

“Bulat. Siapa Abil?” aku perlahankan radio, aku tanya dekat Bulat soalan tu. Bulat diam je.
“Bulat. Bulat taknak cerita dekat abang siapa Abil?” aku provok lagi.
“Bulat tak boleh bagitahu. Abil tak bagi.”
“Abil ada dalam kereta ni ke?”

Aku pandang cermin pandang belakang, aku nampak Bulat angguk. Muka dia takut-takut.

“Cakap kat dia, jangan risau. Abang bukan nak sakitkan dia pun. Abang cuma nak tau macam mana Bulat boleh berkawan dengan dia je. Bila first time Bulat jumpa dia.”
“Tak boleh. Abil tak bagi Bulat bagitahu.”
“Cakap dekat dia, kalau tak boleh, abang hantar Bulat dekat ustad. Biar dia sakit.”

Radio kereta aku terus naik volume jadi 30. Kuat nak mampos! Dah la masa tu dekat plaza tol. Akak dekat dalam kubikel plaza tu pun dah pandang semacam apahal aku naikkan volume kereta kuat-kuat. Bukan aku kak! Percaya lah! Asmidar kat sebelah dah takut-takut. Dia pula yang marah-marah aku mintak jangan tanya. Buat tak tau je.

“Abang taknak gaduh-gaduh. Abang nak tahu cerita je. Abang nak tulis buat buku cerita.” Alasan paling bodoh pernah aku bagi tapi tak sangka alasan bodoh tu lah berjaya. Bulat pun buka cerita.

………………..

KISAH BULAT

Hai, nama kita Ezzuan Rezza. Mama suka panggil Eja. Eja suka makan ayam goreng. Hari-hari mak bagi Eja bawak bekal ayam goreng pergi sekolah. Ayam goreng yang drummet tu je, yang Ayamas tu.
Tapi, bila Eja selalu sangat makan ayam goreng, perut Eja jadi besar. Bulat. Sebab tu abang Wan suka panggil Eja – Bulat. Abang Wan tu jahat la.

Dulu kawan-kawan kat sekolah panggil Eja, Eja. Tapi, satu hari, mama suruh Abang Wan datang ambik Eja dekat sekolah. Dia tak jumpa Eja kot. Dia tanya kawan Eja, “Kenal Bulat tak? Ada nampak bulat tak?”, dia tanya macam tu. Sejak hari tu semua orang panggil Eja bulat. Eja tak suka.

Dah la semua orang panggil Eja : Bulat, ada pula yang suka menyakat Eja. Suka sorokkan barang Eja. Hari tu diorang sorok botol air Eja dekat bawah meja cikgu. Lepas tu ada satu hari tu diorang sorok stokin Eja dekat dalam longkang. Gantung kasut Eja dekat atas pokok. Masa tu baru lepas kelas amali fardu ain dekat surau sekolah. Kawan-kawan sekolah Eja jahat la.

Dah la kawan-kawan sekolah Eja suka sorokkan barang-barang Eja. Cikgu pun suka marah Eja bila Eja tak siap kerja sekolah. Bukannya Eja taknak siapkan, dah Eja memang tak tahu jawab, nak buat macam mana. Bila tanya mama, mama sibuk dengan laptop buat kerja. Papa pun sibuk juga. Selalu ada orang call papa. Malam-malam pun ada orang call. Jadi, Eja tinggal je lah kerja sekolah tu.

Satu hari, kawan sekolah Eja sorokkan tupperware yang mama bekalkan ayam goreng untuk Eja bawak pergi sekolah. Mama marah sangat. Dia cakap tupperware tu mahal. Dia suruh Eja pergi dapatkan juga. Tanya kawan tu sorok dekat mana. Kalau tak, mama datang sekolah report dekat guru besar.

Esoknya, bila Eja tanya kawan Eja tu, dia cakap dia sorok dekat dalam tandas buruk belakang surau. Eja pelik juga macam mana diorang sorokkan dekat situ? Tandas buruk belakang surau tu kan berkunci? Dah lama dah tandas buruk tu berkunci.

Tapi, takut kena marah dekat mama, Eja pergi juga dekat tandas tu masa habis sekolah. Pelik. Tak ada mangga pun. Eja buka. Eja masuk dalam Eja cari mana tuppwerware tu. rupanya ada terselit kat celah dinding. Entah macam mana, Eja terlanggar ada botol kaca kecik. Botol tu jatuh dan pecah. Tiba-tiba je mata Eja ni nampak ada makhluk berbulu hitam lebat mata merah duduk dekat dalam tandas tu tengah mencangkung. Muka dia bengis pandang Eja. Eja takut sangat.

“Jangan takut. Aku tak akan apa-apakan kau.” Benda hitam berbulu lebat tu cakap dekat Eja.
“Pergi! Pergi!” Eja menangis tapi benda hitam tu tak pergi juga. Dia berdiri je dekat depan Eja.
“Nama aku Abil. Aku kawan kau sekarang. Sebab kau selamatkan aku.”
Eja takut dengar suara dia. Suara dia macam harimau. Eja terus lari.

Benda hitam tu ikut Eja. Dia ikut Eja keluar pagar sekolah. Yang Eja pelik, orang lain tak nampak pun benda hitam tu. Eja sorang je nampak. Dia ikut ke mana je Eja pergi. Eja takut. Tapi, dia tak habis-habis cakap “Jangan takut-jangan takut. Dia tak akan apa-apakan”.

Memang betul. Dia tak pernah sakitkan Eja. Dia jaga Eja lagi ada lah. Dan dia selalu teman Eja pergi mana-mana.

……………..

“Termasuklah sekarang” Bulat habiskan cerita dia, terus meremang aku dibuatnya. Asmidar kat sebelah aku nampak macam nak menangis.

“Kenapa Bulat cakap Abil baik? Dia tolong Bulat buat kerja sekolah ke?”
“Tak lah. Abil pun bodoh juga. Tak tau buat matematik. Bila Eja suruh ajar Eja mengaji, lagilah dia taknak. Lari masuk bilik air.” Jawab Bulat lepas tu ketawa. Aku pun terpaksa ketawa fake.
“Lagi, apa dia buat?”
“Abil selalu tolong Eja masa Eja kena buli. Abil akan letak lipas dalam beg kawan Eja yang buli Eja tu. Takpun, Abil tolong sorokkan pensil diorang. Paling jahat, Abil pernah kencing dalam pinggan cikgu yang marah Eja tu. Lawak tengok cikgu tu makan nasi kuah air kencing Abil. Padan muka. Sape suruh garang sangat!” Bulat gelak lagi. Aku terpaksa gelak fake lagi. Siap paksa Asmidar gelak fake berduet dengan aku.
“Amboi. Tak baik macam tu. sampai kencing dalam pinggan. Nak balas dendam, jangan la kejam sangat. Ringan-ringan je dah la.” Aku acah-acah nasihat.
“Abil cakap, turn abang wan nanti lagi teruk dia nak buat. Siapa suruh panggil Eja : Bulat. Ayok! Tak tau! Abang Wan buat Abil marah.”
“Ala..abang gurau-gurau manja je dengan Bulat. Bulat kan adik abang.” Aku balas terketar-ketar.

Tu lah serba sedikit kisah aku dengan adik sepupu aku, Bulat. Sepanjang perjalanan balik ke rumah tu, aku tak pandang cermin pandang belakang langsung. Fokus je pandang depan. Radio pun buka kuat-kuat. Nak bagi hilang rasa seram. Mana tak seram woi! Sesuatu yang tak nyata di mata kita, sedang berada di dalam kereta bersama-sama kita selama ini. Kalau korang, seram ke tak?

Aku balik rumah, aku cerita dekat mak dengan abah aku. Mak dengan abah aku cerita dekat mak dan ayah Bulat. Dan cerita dekat adik beradik lain. Dan satu family besar tau. Diorang bawa jumpa Ustaz mana entah. Mintak tolong buangkan. Alhamdulillah, berjaya. Sebab dia kata benda tu just nak berkawan je. Dan benda tu tak kuat mana pun. Tak rumit pun proses nak buangnya. Kiranya semuanya dah settle la.

Tapi satu malam, aku dapat Whatsapp dari Asmidar.

Asmidar: Bulat camne? Ok dh?
Aku: Dh. Dh buang dah benda tu. Lama dia tak sebut psl Abil tu. Tp, nmpk dia mcm byk termenung. Mcm org ilang kawan.
Asmidar:
Aku: ???
Asmidar: Igt x ap Bulat ckp hri tu?
Aku: Apa?
Asmidar: Abil suka perempuan.

Aku termenung sekejap. Tak faham apa yang Asmidar cuba sampaikan.

Aku: Kenapa As?
Asmidar: Abil cari As pula sekarang.

Meremang beb! Meremang. Ingatkan dah buang, hilang habis dah. Rupanya…..

-Tamat-

Belum tamat. Nak kecam la tu.

Rupanya……

Aku: Serius la?
Asmidar: hahahahahaha
Aku: Gelak pula dia!
Asmidar: Tipu je la.
Aku:
Aku: Mulut tu celupar. Nanti datang betul baru tau.
Asmidar: [bluetick]

-Tamat-

Notakaki: Macam mana kalau sebenarnya memang ada, cuma Asmidar je yang berdalih sebab nak sedapkan hati aku. Apa yang dia cakap mula-mula tu adalah yang sebenar.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 comments

  1. “Kenapa Bulat cakap Abil baik? Dia tolong Bulat buat kerja sekolah ke?”
    “Tak lah. Abil pun bodoh juga. Tak tau buat matematik. Bila Eja suruh ajar Eja mengaji, lagilah dia taknak. Lari masuk bilik air.”

    HAHAHAHAHAHA!! YA AMPUN!! aku gelak guling2 baca yang ni

  2. aku terbayangkan bulat tu physically as Buntat yang berlakn 7hari mencintaiku.

    hahahahaha bodoh matematik juga abil tu

  3. aku tak kire wan….ko nak cepuk ke hape….aku tetap nak tau sapa asmidar tu dengan ko hahahahah ….aku saspek mmg abil tu g cari asmidar lah…baik ko siasat wan…utk jadikan next story hahahahah

  4. Kesian plak kat Bulat tu, yelah mak pak tak pedulikan asyik ngn kerja… pi sekolah, kwn2 plak buli dia… adik beradik pun xda… sabar ye dik… ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.