perigi

#SiCelupar: Perigi Tok Teh

Salam warga FS. Lama pula rasanya aku tak share cerita. Sibuk pulak seminggu dua ni. Office ada audit datang. Kerja sampai balik lewat malam.

Ok, lets start!

Malam tadi aku tengah lepak kat ruang tamu sambil tengok drama Suri Hati Mr.Pilot #jangankecam, tiba-tiba mak aku menyuarakan isi hati dia yang dah terbuku lama “lama dah kita tak berjalan ke Kuantan kan? Kalau dulu, setahun sekali mesti kita pergi jenguk Tok Teh kat sana.”

Tok Teh merupakan adik kepada arwah atuk aku sebelah mak. Dalam erti kata lain, mak sedara mak aku belah ayah dia. Ok makin pening. Nenek sedara aku la senang citer!

Aku tak tau apa cerita hidup dia sekarang. Hidup lagi ke? Meninggal dah ke? Sebab beberapa tahun lepas, dia pindah ke Kedah ikut anak-anak dia. Lepas tu, tak dengar khabar berita dah sampai sekarang.
Dulu masa aku kecik, dia duduk kat kampung tepi pantai kat Kuantan tu dengan seorang anak angkat aku panggil Abang Syam dengan arwah Ayah Lang aku (abang mak aku). Diorang duduk bertiga la senang cerita.

Aku tak berapa sure umur aku berapa masa tu tapi rasanya dah besar sikit. Mungkin dalam tingkatan satu atau dua macam tu. Kitorang satu family pergilah berjalan ke rumah Tok Teh. Family Makngah, family Maksu dan dan nenek pun ikut jugak. Dalam banyak-banyak kampung suadara mara aku, rumah Tok Teh la paling aku suka sebab tepi pantai. Buka tingkap rumah dah boleh nampak pantai.

Kisahnya lepas tiga hari duduk situ, semua pun nak balik la. Masa tu tengah cuti sekolah. Dengan beraninya aku offer diri nak duduk situ dalam seminggu. Yang ajaibnya, mak ayah aku bagi je. Sebab mak ayah aku ni tak suka anak-anak dia tidur rumah saudara mara tanpa diorang sebab takut kitorang anak-anak ni buat hal..hahahaha. Ingat lagi tak Ikram sepupu aku dalam cerita aku sebelum ni? Dia pun nak ikut tinggal juga kat situ. Sebab ada geng, pakngah aku pun ok kan je.

Maka seminggulah aku dan Ikram jadi anak kampung tepi pantai masa tu. Happy dia Tuhan je yang tahu. Bangun pagi ikut Tok Teh pergi kedai beli nasi lemak. Sambil menikmati angin tiup pokok-pokok kelapa sepoi-sepoi. Dengar deru ombak pagi-pagi. Lepas tu tengok Tok Teh jemur ikan masin banyak-banyak. Petang karang Abang Syam bawak jalan-jalan pusing kampung. Makan ais kepal sambil main air kat pantai. Ada masa arwah Ayah Lang bawak kitorang pergi tangkap ketam. Silap haribulan ketam tak jumpa, belangkas yang muncul. Nak masuk rumah Tok Teh, kena lalu depan rumah sorang atok ni bela angsa dua ekor. Besar nak mampos angsa tu. Selalu kena kejar. Menjerit-jerit aku ngan ikram berlari naik ke rumah.

Tu semua memori yang buat aku senyum setiap kali teringat kat Tok Teh. Tapi, bila fikir pula pasal apa yang seram terjadi kat kitorang, terus meremang. (tengah taip ni pun meremang).

Pagi hari pertama. Aku mandi. Bilik mandi dekat luar. Kena pakai air perigi. Excited dia bukan main lagi. Ye la, first time merasa mandi air perigi. Biasanya mandi air kolah je.

Sebab first time, memang rasa kekok. Dan penat. Sebab nak tarik gayung tu naik. Dah la jenis air perigi dia dalam sana.

Tengah syok mandi. Tiba-tiba sabun terjatuh pastu tergolek sampai ke lubang saluran air. Aku nak pergi ambik tapi kaki aku stop terus. Berdiri bulu roma aku bila nampak ada lidah bercabang panjang terjilat-jilat dari luar lubang air mengalir tu. Aku takut gila masa tu, aku takut tu binatang ke apa. Kepala aku masa tu fikir biawak dan ular je. Tapi entah camane aku berani pula mencangkung lepas tu telek lubang air tu. Lubang air tu besar so boleh nampak apa ada kat luar.

Ya Allah! Aku rasa nak menjerit masa tu tapi tak terkeluar suara. Aku nampak muka orang pucat putih kecut, rambut putih, terjilat-jilat kat lubang air tu, lidah dia panjang bercabang macam lidah ular. Aku terus ambik gayung, aku libas-libas lubang tu dengan air konon-konon nak halau benda tu. Sambil tu aku baca surah al-Fatihah sebab ayat Kursi tak hafal lagi.

Terus aku capai tuala, berlari masuk rumah. Ikram siap perli aku, eh, sekejapnya mandi? Aku cakap je yang air tu sejuk, tak tahan. Padahal air kolah kat rumah sama level je sejuk dia dengan air perigi tu.

Malam tu pula, aku dan Ikram tidur dekat ruang tamu je. Bentang toto, Tidur la kitorang berdua kat situ.
Tok Teh ni rare sikit. Rumah dia tak ada tv. Abang Syam dengan Ayah Lang memang jenis tak tengok tv. Dan diorang ni memang susah nak lekat kat rumah malam-malam. Termasuklah malam tu. Hanya ada aku, Ikram dan Tok Teh yang tidur dalam bilik dia.

Aku rasa jam baru pukul 9 tapi kitorang dah kena tidur dah. Sebab tak ada apa nak dibuat pun.
“Baik kau tidur cepat. Ada hantu kacau kau karang baru kau tau! Mak aku cakap rumah Tok Teh ni ada hantu tau. Nak-nak dekat area perigi belakang tu.” aku menyakat Ikram tapi aku sendiri yang tak boleh nak lelap. Ikram lima minit je baring, dah berdengkur dah. Aku pusing kiri, pusing kanan, terlentang, meniarap. Semua posisi aku try tapi tak lena-lena jugak.

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu depan. Dengar ada orang panggil “Wan, buka pintu ni kejap”
Suara macam Abang Syam. Aku pun bangun la pergi ke pintu. Baru aku tarik satu selak kunci, “Bam! Bam! Bam! Bam! Bam!!” Abang Syam ketuk pintu kuat giler. Sampai bergegar-gegar pintu kayu tu. aku cakap, Sabarlah. Nak buka selak lagi satu kat belah bawah. Bila aku dah buka yang bawah punya, pintu terus terbuka laju. Sampai terhantuk dekat kepala aku. Dan yang masuk adalah:

Angin

Terus meremang bulu roma aku masa tu. Kat luar angin bertiup tak kuat, tak perlahan, tapi still boleh dengar bunyi daun kelapa riuh melambai.

Tok Teh keluar dari bilik. Dia terperanjat tengok aku ada kat muka pintu. Dengan pintu terbuka pula tu. dia tanya, aku nak ke mana? Aku cakap la ada dengar suara Abang Syam suruh buka pintu lepas tu dia ketuk pintu. Dengar je cerita aku, laju je Tok Teh tutup balik pintu tu. Dia suruh aku tidur. Lepas tu dia pesan, kalau ada lagi orang ketuk, buat tak tahu je. Kalau dia tak berhenti juga, panggil Tok Teh.

Aku iyakan aje. Kemudian terus baring, pejam mata Terkup telinga aku guna bantal. Tak lama lepas lepas tu, aku pun terlelap. Sedar-sedar dah pagi. Aku ngan ikram ni masa kecik dulu memang jahiliah sikit. Termasuk lah tiga orang dalam rumah ni.

Esoknya, aku cerita dekat Ikram apa yang terjadi. Dia gelak sakan dekat aku. Dia kata padan muka sebab mulut aku macam puaka.

Gelak gelak juga. Malam berikutnya, dia pula yang kena.

Malam tu aku haus giler. Aku terjaga. Aku tengok Ikram tak ada kat sebelah. Aku tengok lampu dapur terbuka. Aku ingatkan Ikram ada kat dapur, rupanya dekat tandas luar rumah kat belakang. Masa tu aku pelik la, berani betul budak ni pergi tandas malam-malam buta ni sorang-sorang. Ah,lantak dia la. Aku terus pergi kat peti ais. Aku tuang air dalam cawan, aku minum depan pintu peti ais tu

Tiba-tiba aku dengar suara Ikram menjerit lepas tu dia berlari masuk rumah. Bila dia nampak aku tengah minum air ni,lagi kuat dia menjerit sampaikan Tok Teh terjaga dan keluar dari bilik. Abang Syam dengan Ayah Lang masih tak ada kat rumah malam tu.

Tok Teh keluar dari bilik dia tanya la, Kenapa? Ikram tak mampu nak cakap. Dia menangis je kat tepi dinding. Lepas tu Tok Teh pergi kat pintu dapur yang masih terbuka tu, tiba-tiba dia marah.

“Bape kali mu nok aku cakak ke mung, jangang kaca cucu aku. Aku buat mu sakit karang, haa!” dia cakap dekat benda yang ada kat luar rumah. Masa tu aku tak berapa nampak benda apa sebab kat luar tu gelap, aku pun jauh dari pintu. Tapi ada lah sekali aku ternampak kain putih terkibar sikit.

Malam tu, Tok Teh teman kitorang tidur kat ruang tamu tu.

Esoknya. Tok Teh pinjam telefon rumah atok angsa rumah sebelah, call abah aku, mintak ambik kitorang bawak balik. Padahal baru tiga hari kitorang duduk situ. Entah apa dibualkan, lama jugak la. Lepas tu Tok Teh suruh kitorang kemas barang. Petang karang abah aku sampai.

Dalam perjalanan nak balik tu, kat dalam kereta, abah tanya la dekat Ikram apa yang jadi. Ikram pun buka cerita.

……

Wan kejut aku tengah malam, suruh aku teman dia pergi tandas. Tandas ada kat dalam bilik mandi, bilik mandi ada dekat luar. Mandi pakai air perigi. Ada air paip tapi Tok Teh guna untuk memasak je.

Mula-mula aku taknak teman dia. Giler! Tengah malam ajak aku keluar ke belakang tu. Dah la gelap. Kena pakai lampu suluh. Tapi dia cakap dia dah tak tahan, kesian pula. Terpaksa la juga teman.

Faham tak perasaan dia bila kau kena teman orang tengah berak kat dalam tandas tu, kau duduk luar dengan suasana gelap, angin kuat, sejuk. Bilik mandi tu dinding dia papan je dan tinggi tapi tak ada atap. So, boleh la nampak pokok-pokok kat luar sana yang gelap. Daun pisang pulak bila kena tiup angin nampak macam pocong tengah melompat-lompat. Bila tengah takut memang macam-macam benda seram aku bayangkan.

Walaupun aku tau Wan ada kat dalam tandas tengah berjuang, tapi perasaan duduk sorang-sorang kat luar tandas tu sumpah seram. Aku tak habis-habis tanya, dah ke belum dah ke belum. Wan pula ada kala menjawab, ada kala dia diam. Duk meneran la tu.

Kat bilik air tu, ada dua buah perigi. Satu perigi tu yang selalu digunakan untuk mandi. Satu lagi bertutup rapat dengan penutup kayu, siap berpaku lagi. Dah berpaku, siap tindih dengan batu pulak tu.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi penutup perigi tu kena ketuk dari dalam. “Pam! Pam! Pam!”
Aku terus pusing, aku suluh dekat perigi tu. Tak ada apa-apa. Aku terus panggil Wan lagi. “Cepat la Wan! Aku seram sejuk dah ni. Ada benda ketuk perigi tu”

“Kau jangan nak menakutkan aku boleh tak. Tak habis lagi ni!” Wan marah aku dari dalam.

“Pam! Pam! Pam!!” sekali lagi bunyi tu muncul.

Aku pusing. Aku suluh dekat perigi tu. MasyaAllah. Tuhan je yang tahu betapa ketarnya kepala lutut aku masa tu. Aku nampak penutup perigi tu terbuka. Ada perempuan rambut panjang, baju putih tengah telek aku dari dalam perigi tu. Tangan dia tengah pegang bibir perigi tu sambil rambut dia tutup muka, kepala dia terjembul keluar sikit dari dalam perigi seolah-olah macam tengah pandang aku.

Aku terus menjerit, berlari masuk ke rumah. Tinggalkan Wan sorang-sorang kat dalam toilet. Lantak la! janji aku selamat. Dapat dengar suara Wan jerit panggil aku siap mencarut-carut lagi. Masa tu aku tak peduli dah. Aku tau aku nak selamatkan diri je.

Tapi, bila aku melangkah masuk je ke pintu dapur tu, lemah lutut aku weh. Wan tengah berdiri dekat pintu peti sejuk sambil minum air. Terus menjerit menangis aku masa tu. Dan telinga aku dengar suara Wan dekat tandas gelak mengilai tiba-tiba je.

Malam tu, Tok Teh teman aku dan Wan tidur dekat ruang tamu. Lega dapat tidur lena sampai la aku terjaga sebab dengar bunyi azan subuh sayup dari masjid kampung. Aku tengok Tok Teh dah takde kat situ. Ada Wan je yang tengah sedap membuta. Tuhan je tahu betapa aku rasa selamatnya hidup ni bila dengar Azan tu. Rasa macam takkan ada apa-apa kacau aku dah.

Tapi kalau dah namanya setan, memang setan la perangai benda-benda ni. Elok je azan subuh tu habis, “Bam!!!” semua tingkap kat area ruang tamu tu terbuka laju serentak, lepas tu tertutup balik sampai aku rasa bergegar dinding ruang tamu tu.

Aku takut giler masa tu. Aku berselubung je dalam selimut.. Tapi, Wan masih steady membuta. Macam tak rasa apa-apa langsung.

……

Begitulah cerita Ikram. Aku sumpah tak rasa apa-apa, tak dengar apa-apa. Tapi,aku akui memang rumah Tok Teh seram dan suram. Terutamanya waktu malam. Kalau datang ramai-ramai dengan family rasa macam meriah dan syok je duduk rumah tu. Tapi,bila senyap sunyi tak ada orang, rumah tu hanya indah khabar dari rupa.

Sejak dari tragedi tu. Aku dan Ikram langsung tak pernah jejakkan kaki ke rumah Tok Teh. Sampai sekarang. Sampai tanah tapak rumah tu pun dah jual rasanya. Dan khabar berita pasal Tok Teh pun terus terputus, tak tau apa cerita orang tua tu sekarang.

Abah cakap, Tok Teh memang ada membela saka. Saka tu tolong dia berubat orang. Tok Teh buat part time berubat orang tapi bukan cara Islam. Bukan rezeki kitorang kot sebab sepanjang beberapa hari kitorang duduk situ, tak ada orang datang berubat. Kalau tak, mungkin lebih banyak benda pelik boleh kitorang saksikan.

7 comments

  1. “Aku ngan ikram ni masa kecik dulu memang jahiliah sikit. Termasuk lah tiga orang dalam rumah ni.”

    Haahahahaha…
    Part ni mmg xleh blah…
    Patot ‘sehat2’ momok umah tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *