#SiCelupar – Terganggu di Terengganu

Salam warga FS. Dah lama aku (SiCelupar) tak kongsikan cerita kat sini. Meh aku buat comeback sempena tahun baru ni. Cerita panjang. Mohon bertabah. Penghujung 2016 aku habiskan cuti tahunan aku bercuti ke Terengganu. Tujuan asalnya sebab join rombongan perkahwinan untuk kawan aku, Fakrul. Alang-alang ke Terengganu kan, apa salahnya ambik cuti extra sehari dua untuk jalan-jalan. Tengok budaya, suasana dan tradisi negeri penyu ni

Sepanjang keberadaan aku kat Terengganu ketika tu, aku dan beberapa orang kawan lagi yang menjadi ahli rombongan ketika tu, menetap di sebuah homestay yang dah ditempah khas oleh Fakrul. Tapi, tak adalah kitorang je yang duduk situ, family si Fakrul tu pun duduk situ juga la. Homestay tu besar dan luas. Bilik air banyak. Bilik pun banyak. Cukup la nak memuatkan lebih kurang dalam 30 orang ahli rombongan family Fakrul ni termasuklah aku and the geng lima orang.

Penghujung tahun memang sinonim dengan musim hujan kat pantai timur. Kitorang gerak dari KL, sampailah ke Terengganu tu, hujan je sepanjang highway. Rasanya kitorang dah cukup perlahan dah bawak kereta musim hujan ni, tapi still jadi kereta pertama yang sampai ke homestay tu. Orang lain? Entah la ke mana melencongnya. Family Fakrul ni banyak budak kecik. Anak-anak buah dia. So, maybe ada lah tu berhenti R&R mana-mana. Budak-budak meragam kot.

Masa kitorang sampai kat rumah homestay tu, Fakrul sambut kitorang dengan senyum paling lebar. Ye lah, dah lama tak jumpa. Masing-masing busy dengan kerja. Bila ada kerja kahwin macam ni la peluang nak berkumpul. Fakrul seorang je sampai ke sana lebih awal. Sejak semalam lagi. Hujan masih renyai. Langit mendung je. Dah turun dari Honda Jazz merah milik Haida, punggah semua barang masuk homestay, aku labuhkan p******g ke sofa. Aku tanya Fakrul, family dia dah dekat area mana dah? Dia cakap, masih dekat area Kuantan. Jauh lagi.

Kaer pulak, lepas punggah masuk semua barang dia, terus berlari ke bilik air. Ingatkan nak membuang, rupanya nak ambik wuduk. Alhamdulillah. Aku? Jap lagi. Rehat kejap huhu. Tapi, tengah aku and the geng sedap duk borak dengan Fakrul. Tanya itu ini pasal wedding dia esok, tiba-tiba terdengar ada orang menjerit “aaaaa!!” suara garau gila. Cepat-cepat Haida tarik tangan Arfa. Arfa tarik tangan Mina. Fakrul pulak terus bangun pergi ke arah bilik air tengah. Disebabkan rumah tu masih lengang, boleh la aku dengar Fakrul bercakap dengan Kaer. Rupanya, Kaer menjerit bila lampu bilik air tengah tu terbakar. Bilik air tu jadi kelam gelap gelita tak ada cahaya dari luar masuk ke dalam.

“Cis aku ingatkan nampak jembalang ke apa”, aku membebel dalam tak sedar tercelupar. Habuannya, dapatlah satu tempelengan maut dari 3 dara pingitan tadi. Kah kah kah. Lama jugak kitorang tunggu family Fakrul ni sampai. Perut lapar. Nak keluar cari makanan, Fakrul tak bagi pulak sebab mak dia dah bawakkan banyak makanan. Nak tak nak kena la tunggu. Kaer sampai tertidur dah. Aku, entah macam mana sakit perut pulak. Ni mesti sebab nasi lemak R&R Temerloh pagi tadi ni. Maka, bertapalah aku dalam tandas paling belakang. Tandas dapur.

Tik tok tik tok tik tok. Masa berlalu. Tiba-tiba ada orang tegur dari luar pintu tandas. “Ada orang kat dalam ke? Makcik sakit perut ni. Cepat sikit”. Dalam hati aku, siapa pula la kacau aku tengah berhempas pulas ni. Tandas ada banyak, yang ni jugak dia nak pakai. Maybe mak Fakrul kot. Diorang dah sampai lah tu. Aku terus sengih. Sebab aku membayangkan nasi hujan panas yang mak dia janji nak bawak tu.

Aku keluar dari toilet, aku nampak makcik tu tengah duduk dekat kerusi meja makan kat dapur tu. Dia terus bangun bila nampak aku keluar dari situ. Lepas tu, terus dia meluru masuk toilet. Sampai tak sempat aku nak senyum ke dia. Senyum je la. Salam tak boleh. Bila aku masuk ke area ruang tamu, aku nampak Fakrul sibuk bercakap telefon. Maybe dengan bakal isteri dia la tu. Si gadis tiga orang tu pulak, duk kejap-kejap selfie, lepas tu gelak, lepas tu selfie lagi, lepas tu “eee, tak cantik.”, lepas tu selfie lagi, lepas tu “send kat aku.”.

Malas nak kacau, aku berjalan menuju ke pintu. Dan masa ni la aku terus meremang. Barulah sel-sel otak aku mampu berhubung. Suasana damai kehijauan kampung depan aku masa tu pun tak dapat nak redhakan perasaan takut aku masa tu. Sebab apa? Sebab hanya ada kereta Haida sebijik tu je dekat laman.

“Rul, family kau tak sampai lagi ke?” aku tanya dalam ketar. Tapi, diorang langsung tak dengar level shaking aku tu.

“Belum, baru area Kerteh.” Jawab Fakrul lepas tu sambung bercakap dekat telefon semula.

Laju je aku toleh ke belakang. Aku pandang nun ke arah dapur yang nampak macam jauh dari pintu depan tu. Air liur aku telan perlahan.

“Siapa makcik tadi?” tu je mampu aku cakap. Perlahan. Tak ada sape dengar. Aku tanya pada diri sendiri je.

Kira-kira sejam setengah selepas tu. Family Fakrul pun sampai. Lebih kurang dalam tujuh buah kereta. Masuk ke halaman. Perasaan takut aku tadi serta merta hilang. Nampak pulak makanan-makanan yang mak Fakrul dah tapau siap-siap dari rumah, makin jauh hilangnya kisah makcik tadi dari kepala otak aku. Alhamdulillah. Sepanjang empat hari kitorang berkampung dekat situ, aku tak kena kacau melainkan kes makcik sakit perut tu je.

Hari terakhir di Terengganu, lepas kitorang semua shopping keropok lekor, terus kitorang shoot balik KL. Sama macam hari pertama sampai, masa balik ni pun hujan turun mencurah-curah. Lagu dekat player dah ulang berapa banyak kali dah. Nak bagi hilang bosan, aku pun buka lah cerita apa yang aku alami pasal makcik tu. Dan rupa-rupanya masing-masing ada kisah tersendiri yang sengaja disenyapkan selama empat hari ni.

“Korang tahu tak kenapa aku menjerit macam nak gila masa dalam bilik air lampu terbakar tu?” Kaer mulakan persoalan seramnya.

“Kenapa?” soal Arfa.

……

-CERITA KAER-

Jam kat tangan aku baru menunjukkan pukul 3 petang. Keluarga Fakrul ni tak sampai lagi. Karang dah sampai mesti sesak rumah ni. Baik aku solat cepat. Fakrul tengah rancak berborak dengan Ridwan, aku pun jelajah la rumah tu sendiri. Menarik rumah ni. Besar dan ada laluan macam segi empat sama. Boleh tembus sana, boleh tembus sini. Sini boleh tembus dapur, situ boleh tembus ke ruang tamu atas. Yang itu pulak boleh tembus ruang tamu bawah. Rumah kampung je tapi besar dan selesa.

Aku masuk satu bilik, aku bukak almari. Ok ada sejadah. Tak payah aku pakai sejadah sendiri yang aku dah bawak siap-siap. Aku pandang siling, nampak ada tanda anak panas kiblat. Bagus tuan homestay ni. Ini yang kita mahu. Aku bentang sejadah siap-siap lepas tu kemudian, aku terus pergi bilik air tengah nak ambik wuduk. Macam biasa, lepaskan hajat dulu sebelum tu. Aku tutup pintu. Aku kunci pintu. Aku pulas kepala paip. Air paip mencurah-curah jatuh masuk dalam baldi.

“Paap!” tiba-tiba lampu bilik air tu terbakar. Terus kelam gelap gelita. Tak ada cahaya langsung yang masuk. Ada lubang udara tapi gelap jugak. Aku hampir nak menjerit. Bukan sebab terkejut tapi sebab terperanjat je. Cepat-cepat aku raba-raba dinding bilik air tu cari pintu. Jarak antara pintu dengan paip air tadi agak jauh. Bilik air tu besar.

Aku raba, raba, raba. Astaghrifirullah al-azim! Aku terpegang tangan orang! Sejuk! Masa ni lah dengan spontannya aku jerit sekuat hati aku. Laju je tangan aku lagi satu pulas tombol pintu dan cahaya terang masuk. Tak lama lepas tu, Fakrul muncul. Dia tanya aku, Kenapa? Aku cuba rahsiakan, aku cakap lampu terbakar je. Ye lah, datang sini nak happy. Nak seronok. Nak raikan hari kebahagiaan dia. Taknaklah apa yang aku alami tadi tu ganggu hari dia.

“Lampu terbakar. Gelap gila kat dalam tu”, sambil aku tekan-tekan suis lampu tu. Memang betul terbakar. Aku sengaja tak pandang muka Fakrul. Aku taknak tunjuk muka aku tengah kecut takut gila masa tu. Nanti panjang pula ceritanya. Aku ingatkan cukup setakat tu je. Tak! Benda tu kacau lagi. Aku masuk bilik. Aku tengok sejadah yang aku bentang tadi, berkeronyok atas katil. Macam ada orang ambik, baling atas katil. Aku tak ambik peduli. Solat perlu diutamakan.

Aku solat zohor. Dalam rakaan kedua, aku turun sujud. Lantai rumah tu lantai kayu. Macam rumah kampung aku juga. Jadi, memang biasalah kalau turun sujud masa solat, akan berbunyi lutut laga lantai kayu tu. Tapi, kali ni bukan bunyi lutut aku je tapi ada lagi bunyi “lutut-lutut lain” lain kat belakang. Terus tak khusyuk aku solat masa tu.

First time aku rasa aku menangis dalam solat. Bukan sebab bertaubat ke apa, sebab takut gila masa tu. Apa benda la yang ada kat belakang aku. Kiblat menghadap ke arah pintu bilik. Masa aku duduk tahiyat akhir, perlahan-lahan pintu tu tertutup. Tak sempat doa. Lepas aku bagi salam, terus bangun keluar dari bilik. Tak toleh belakang langsung dah. lampu tak tutup. Aircond tak tutup. Lantak!

……

“Tu je la yang berlaku kat aku. First day kita sampai. Hari-hari lain tak ada apa-apa. Maybe sebab ramai orang kot”, Kaer habiskan cerita.

“Ramai tak ramai. Time orang ramai tu la aku kena weh”, Haida pula buka cerita.

……

-CERITA HAIDA-

Lepas habis majlis siang tadi, kitorang semua sambung merayap ke sekitar Kuala Terengganu. Cari sotong celup tepung kat Teluk Ketapang, minum air buah Gelas Besar, lepak kat Uptown Kontena. Macam-macam. Dalam pukul 10 macam tu la baru kitorang balik ke homestay. Family Fakrul ada yang dah tidur kepenatan, ada yang masih bersembang kat ruang tamu. Termasuklah si Wan yang sibuk berbual dengan bapak Fakrul.

Kitorang bertiga anak dara ni terus masuk ke bilik kitorang. Lelap. Dan pukul 3 pagi aku terjaga. Malam ni malam ketiga kitorang kat sini. Dan ni kali ketiga aku terjaga pukul 3. Tepat! Tiga-tiga malam aku terjaga pukul 3 tepat! Bukan terjaga suka-suka terjaga tapi sebab bateri phone aku dah penuh charge. Dia akan keluar bunyi. Yang aku pelik kenapa phone ni berbunyi pukul 3 pagi berturut-turut 3 hari.

Tapi malam ketiga ni macam pakej pula. Terjaga dan rasa perut memulas. Cepat-cepat aku masuk bilik air yang dah sedia ada dalam bilik tidur kitorang tu. Damn. Gayung tak ada pula. Mana perginya entah? Puas aku pandang sekeliling memang tak ada gayung dalam bilik air tu. Nak tak nak aku dah urgent ni, kenalah guna tandas dapur. Sebagai gadis muslimah kontemporari, aku capai tuala je buat tudung kepala keluar dari bilik, pergi ke bilik air dapur.

Skip cerita tandas. Aku tutup lampu tandas. Lepas siap aktiviti pertapaan tu, entah macam mana aku ter rajin pula buka tudung saji kat dapur tu. Wuu, ada roti john! Aku tarik kerusi. Aku capai satu p****g. Ohmaigod!! Camane nak kurus camni!? Tengah sedap aku melahap roti john tu, tiba-tiba aku dengar bunyi suis lampu kena tekan. “Tap!”

Aku toleh belakang. Nampak lampu tandas tu menyala. Aku bangun, aku tutup balik. Aku duduk semula kat meja makan kat dapur tu. Posisi aku adalah aku membelakangkan pintu bilik air tu. Depan aku adalah gerbang menuju ke ruang tamu bawah di mana ada beberapa orang tengah tidur kat situ. “Tap!” sekali lagi suis lampu tandas tu ditekan.

Kali ni aku dah start meremang. Aku terus basuh tangan. Tutup tudung saji. Lepas tu tutup suis lampu tandas tu. Cepat-cepat aku melangkah ke bilik. Tapi, benda tu tak habis bergurau lagi! Baru dua tiga langkah, “tap!” suis tu ditekan lagi dan kali ni diiringi dengan air paip pulak terbukak. Memang tak la aku nak gi tutup lagi sekali. Aku terus berjalan laju pergi ke bilik. Dia tak lepaskan aku lagi! Baru dua tiga langkah, “tap!” suis lampu dapur, suis lampu toilet dan lampu dekat laluan menuju ke bilik aku (ada shortcut dari dapur ke bilik tak perlu lalu ruang tamu) semuanya kedengaran serentak ditekan dan semua lampu terpadam.

Aku jerit tapi tak ada sorang pun yang dengar. Punya ramai orang dalam rumah tu, malah ada yang tidur dekat ruang tamu paling dekat dengan tempat aku berdiri tu pun, tak dengar aku menjerit. Aku berlari masuk ke bilik. Terus naik ke katil, berselubung dalam selimut. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi azan. Sekejap! Awalnya subuh?

Aku capai handphone, aku tengok jam. Dah nak dekat pukul 6 pagi. Arfa bangun dari tidur. Dia kejut Mina.

“Haida bangun subuh. Jemaah sekali”. Dia kejut aku yang tengah berselubung bawah selimut masa tu.

“Aku tak semayang ari ni”, aku balas. Langsung tak keluar dari selimut. Sampailah aku tertidur semula.

……

“Percayalah. Kitorang langsung tak dengar kau jerit subuh tadi.” Arfa mencelah.

Masing-masing terkedu mendengar cerita yang diceritakan. Dan yang terakhir, Mina. Dia ada cerita tapi dia macam acuh tak acuh nak bagitahu.

“Kita ni lalu LPT2 ni takpe ke cerita benda macam ni? Orang kata highway ni keras.” Mina cuba mengelak.

“Ni siang. Bukannya malam. Cepat cerita!” aku dah start bebel.

……

-CERITA MINA-

Hari Sabtu Fakrul tunang dan akad nikah. Ahad barulah majlis sanding segala bagai. Memang dah menjadi budaya, lelaki tak boleh tidur di rumah perempuan sehinggalah hari majlis sanding tu. Jadi, Sabtu malam tu, Fakrul masih lagi tidur di homestay. Entah macam mana tiba-tiba Fakrul demam. Jangan nak buat gila. Esok majlis kot.

Kisah aku bermula pada malam kedua kitorang kat homestay tu. Kalau tak silap aku masa tu dalam pukul 1 pagi kot. Semua orang dah tidur. Aku tak tidur lagi. Tengah layan Legend of The Blue Sea kat Youtube. Tiba-tiba aku terbau aroma maggi kari beserta bunyi orang memasak dekat dapur. Bau pun boleh tahan masuk sampai ke bilik. Bau maggi kari. Sumpah kecur air liur.

Aku bangun. Acah-acah nak ke toilet. Padahal aku nak usha siapa yang tengah masak malam-malam buta ni. Kot-kot la sepupu si Fakrul yang handsome tu ke yang masak. Boleh aku tumpang sekaki. Mana lah tau teman dia makan maggi, boleh jadi teman sehidup semati. Mood cari jodoh: ON! Hahahaha.

Bila melangkah ke dapur, tengok-tengok rupanya laki orang! Ku harapkan si bujang, laki orang yang muncul. Si Fakrul tengah sibuk masak maggi. Aku bebel la. Bukan ke kau demam, apahal bangun memalam buta masak maggi. Dia langsung tak jawab. Terus je memasak. Aku pula, duk tunggu la nak sikit. Tunggu punya tunggu tak jugak siap. Dari tadi dia sibuk kacau maggi dalam periuk tu. Tak toleh ke aku langsung.

“Tengah makan ke?”, mak Fakrul muncul dari belakang. Aku toleh sambil senyum.

“Tunggu Fakrul masak maggi. Lapar pula malam-malam ni.” Aku jawab.

“Kamu cakap apa ni? Fakrul kan demam. Ada tidur kat bilik dia tu.” mak dia balas.

Terus aku toleh laju pandang ke arah dapur. Tak ada sesiapa! Periuk tak ada, Fakrul tak ada, apa pun tak ada. Aku terus bangun dari kerusi meja makan kat dapur tu. Aku toleh ke arah mak dia semula. Ambik! Mak dia pula tak ada kat situ. Hidung aku dari tadi bau maggi je, sekarang bertukar bau busuk macam bau bangkai. Dari arah ruang tamu yang gelap tu pulak, aku dengar bunyi guli melantun-lantun atas lantai mozek.

Dengan pantas aku balik ke bilik. Hajat asal nak cari jodoh membawa padah. Aku ingatkan dalam bilik selamat la. Tak! Kali ni benda tu kacau aku, dia cakar-cakar bawah lantai bilik kitorang. “Krrrrr” “Krrrr”. Aku tekup telinga aku dengan bantal. Kemudian aku terus pejam mata. Surah-surah pendinding yang aku belajar kat facebook (hahaha) aku baca tak henti sampai aku tertidur.

……

“Esoknya, masa sarapan. Aku basuh pinggan. Ada kesan maggi dalam singki. Dan kalau korang nak tau, tak ada sorang pun yang beli maggi bawak masuk homestay.” Mina habiskan cerita dia.

“Ha, lagi satu. Kat belakang homestay tu..” belum sempat Mina nak habiskan ayat dia.

“Ada kubur!” semua yang ada dalam kereta masa tu menjerit serentak.

Hadoi. Macam mana la kitorang boleh tak sedar belakang homestay tu ada tanah perkuburan yang lama punya. Dah tak guna dah. Sebab dah habis lot kot. Masing-masing sedar bila dah hari keempat duduk situ. Tapi, rumah pakcik aku kat Pahang pun sebelah tanah kubur jugak tak pernah ada benda-benda seram macam ni.

“Tapi, kenapa aku sorang je yang tak kena apa-apa?” soal Arfa tiba-tiba.

“Sebab benda tu akan kenakan kau kat KL nanti. Dia ikut kau balik.” Aku menceluparkan diri sambil tersenyum sinis.

Dan satu tempeleng maut hinggap di kepala aku.

-TAMAT-
Terganggu di Terengganu
by SiCelupar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.3]

22 thoughts on “#SiCelupar – Terganggu di Terengganu”

  1. aku pon penah gak kne kacau dgn “benda” main tutup2 lampu tandas kt umah nenek aku… btw,mmg best citer penulis! (Y)

    Reply
  2. #sicelupar…plz truskan berstory..
    punya pulun bca smpai aku nk msuk blek stor kt opis aku pn seram weyh…
    tapi tu arr…xpnah bertaubat…horror story mmg febret dpd kcik…
    bnda2 cmni..aku pnah kna..tu yg aku pcya..
    adoiii..dala dok umah pn sorg2…
    nk call suami blek tmanla mlm nie..hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.