#Sicilik: Bahana mencarut

Assalammualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada admin yang sudi siarkan ( kalau betul betul tersiar). Kejadian ni berlaku tahun lepas lah. Masa umur aku 15 tahun. sekolah aku ada buat kem rimba yang akan diadakan di shah alam. Aku memang teruja tahap terjun bangunanlah. Esoknya aku pon bersiap dengan sebuah beg roda. Perjalanan ke tempat di shah alam tu ambil masa 3 jam.

Kemudian, kami pon sampai dihotel. Setiap bilik akan ada seorang guru dan 3 orang pelajar. Aku dan kawan aku Aleeya, perasan yang di satu sudut kaunter hotel tu ada patung yang macam kat kedai baju tu. Aku biarkan je. Malam tu, aku dan leeya ni nak turun ke kaunter hotel kat bawah tu balik sebab beg pakaian si Aleeya tertinggal. Aku turun ikut tangga jelah. Masa kat tangga pertama tu, takde ape ok je. Siap gelak lagi. “weh Rara, kau ingat tak patung yang kat kaunter tadi? Apa motif dia orang letak eh? ”

Aleeya tanya aku. “Entahlah. Tapi seram gak eh patung tu. Macam s**t doh. ” memang masa aku mencarut tu aku dengan Aleeya dah ada dekat tangga yang kedua. Bahana mulut celupar suka mencarut. Ditangga kedua tu aku nampak patung yang sama kat kaunter tadi. Aku ngan Aleeya apa lagi. Terkejutlah. Tapi aku still mengutuk patung tu. “set*n betullah patung ni. Macam b**** je bagi aku terkejut. ” Aleeya gelak terbahak bahak. Aleeya ni lagi berani weh. Dia pergi kat patung tu siap selfie lagi. Lepastu boleh pula dia berjabat tangan.

Gila! Ye itu kerja gila. Maybe benda tu tercabar, so dia buat lagi hal tapi lagi teruk. Ditangga ketiga, aku dan Aleeya nampak lagi patung tu. Tapi lagi seram. Mulut dia ternganga and mata bulat. Allah! Aku dah tak sedap hati. Aleeya tarik tangan aku lepastu kitorang turun lagi. Tangga keempat ni, aku dah mula rasa pelik. Kenapa? Kenapa ya allah?

“weh, ada benda tak kena ni. ”
Aku termengah mengah bercakap cam tak cukup oksigen.
“Itulah pasal. Kenapa kita tak sampai sampai lagi ni? Hotel ni 2 tingkat je. Apahal plak, sampai yang keempat ni? ”

Si Aleeya dah pucat. Aku kata, jalan jelah. Weh,serius tak lawak. Korang bayangkan, disetiap tangga ada patung yang mulut ternganga dan tak jumpa kaunternya. Tangga nya macam ada beratus weh. Penat satu hal, takut satu hal. Aku tengok jam dah pukul 11 setengah maksudnya dah hampir 2 jam lah ni! Aku decide nak telefon cikgu aku. Meraung raung separuh mati dah time tu. Tengah aku telefon cikgu aku, si Aleeya tarik tangan aku sambil berlari. “weh, telefon aku jatuhlah. ” Aleeya tarik juga. Bila aku toleh kebelakang. Allahuakbar! Patung yang mulut ternganga tu dah start main kejar kejar pula. Aku dengan Aleeya pecut lagi walau pun terpaksa pusing pusing main tangga tu.

Sampailah, aku and Aleeya jumpa seorang perempuan pakai skirt pendek. Yes! Itulah juru kaunter petang tadi. Menggigil aku dengan Aleeya sambil peluk akak tadi. Leganya sangatlah bermakna. ” kenapa adik berdua ikut tangga ni? Lain kali ikut tangga belah sana. Dah jom turun.” akak tadi marah kita orang sambil menarik tangan kami turun kebawah. Alhamdulilah, akhirnya sampai ke bawah. So, aku pun tanyalah apa dah jadi sebenarnya.

Akak tu pun suruh kami duduk kat kerusi panjang yang disediakan ditepi pintu masuk utama hotel tersebut. Akak tu mengeluh sambil membuka cerita 8 tahun yang lepas. “Dulu, hotel ni ialah butik. Pemilik butik ni dibunuh oleh penyewa kedai tersebut. Sejak itu, tangga yang kamu lalu tulah menjadi saksi kematiannya. Dia diseret menggunakan tangga itu. Sebab tu lah kami tak benarkan orang lain pergi tangga tu. ” pucat weh muka kita orang berdua. Aleeya tanya pula, kenapa dengan patung tu pula? Akak tu tersengih, dia kata mana ada patung dekat hotel ni. Patung yang masa dekat butik dulu tu pun dah dibuang.

Baru kami perasan yang patung manusia yang dekat sudut kaunter tu takde! Ah, sudah! Cikgu kita orang dengan murid murid semua berlari kearah kitaorang aku dengan Aleeya serentak peluk cikgu suri (bukn nama sebenar. Aku dan Aleeya membelakangkan murid lain. Aku dan Aleeya nampak patung tu tersenyum dan melambai.

Moral of the story:mulut jangan cakap lepas je.

Nota kaki:ini memang betul. Tak tipu walau pun nampak cam tak logik. Nak ucap terima kasih juga kepada penulis sesat di midvalley sebab ingatksn aku tentang cerita aku ni. Bye?

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

7 Comments on "#Sicilik: Bahana mencarut"

avatar
Kak Yulie

Mmg rezeki korg dr awal lg ler nk jumpe patung2 tu sume…
Plus bonus mulut kuat mencarut, memanaskan lg keadaan…
Heheheheh…

Nyonya Mansor

Suka la Kak Yulie selalu bg respon positif dkt semua writers ??

luhan

cuba check balik gambar selfie dengan patung tu jadi apa haaa

Kris

hahaa

Bob

tu la, gamba selfee tu ade lg ke?

Rumorsss

Cuba lepas ni berzikir ke apa, biasakan mulut dgn perkataan2 yg sedap didengar. Usahkan hantu, manusia dgr pun meyampah carut carutan ni. Nak2 plak korang tu perempuan.

Jerangkung

ni mcm patung ‘chucky’ je… ni ceta betul atau tipu?! mcm auta je…

wpDiscuz