Hai pembaca fs.aku pun pengikut tegar page fs. Sorryla kalau cerita aku panjang dan tak seram sangat lebih kepada pengalaman sihir kami sekeluarga dan kami masih dalam rawatan. Bila rasa sihat sikit baru aku boleh menulis ni. Andai kata kalau kami m**i sekurangnya cerita sebenar tak berkubur bersama kami.
Cerita aku bermula lebih kurang 6 bulan lepas. Selepas aku kahwin suami baru aku abang Zack (bukan nama sebenar demi keselamatan aku). Ok sebelum kahwin aku seorang janda anak 2 dan abang zack pula duda anak 3. At first bila tanya pada abang Zack dia kata dia cerai akibat sihir bekas mak mentua. Mak mentua dia ni orang kuat pekima yang kononnya berlandaskan islam.
Pekima ni satu organisasi serpihan daripada pekida asal usulnya. Tapi entahla aku rasa puak ni macam dah menyeleweng dari akidah. Puak ni mengaku islam tapi tak sembahyang jumaat tak terawih dan kuat menyihir. Mula2 memang macam boleh percaya ke ni? sebab aku ni orang praktikal semua nak kena ada bukti dan fakta. Sehinggala pada suatu hari aku ikut suami pergi berubat dan didepan mataku keluarla dari badan suami ketulan rambut, benang yang diikat dan dililit, cebisan kulit binatang.
Ada sepuluh ketul yang keluar dari badan suami. Si pengubat ni cakap yang buat ni bekas mentua suami aku. Kami gelarkan bekas isteri dia kak Ina, dan mak dia ahli sihir. haha sebab mak dia mastermind yang membela syaitan ni dan dah lama dah suami ni umpama dah m**i dan ditundukkan mereka. Kalau gi berubat 10 tempat semua cakap benda sama. Suami dan anak2 tak boleh tidur setiap malam tapi masa tu aku masih lagi tidak diganggu direct.
Sehingga lah aku pun da mula meroyan duk provoke laki aku tanpa sebab kukuh so mak aku cakap aku dah terjebak sekali. Parent aku antara yg paling kuat berusaha melindungi kami dari sihir sebab mereka pun ade pengalaman disihir. So 1hari ni masa parent aku pergi luar negara puak ni ambil kesempatan untuk menyerang kami. Kami suami isteri bergaduh tanpa sebab kukuh sampailah tiba2 suami aku berdiri atas katil sambil menyumpah seranah keturunan aku. Tiba2 dia angkat kaki nak pijak aku yang tengah peluk anak aku yang kecil.
Terkebil2 anak aku tengok. Aku da bersedia tahan badan tapi kaki suami aku macam tertahan tak jadi pijak jadi aku terus bangun kemas beg ambil kunci kereta drive balik rumah org tua aku. Walaupun orang tua aku takde masa tu tapi aku rasa lagi selamat duk situ sebab suami aku bukan diri dia lagi. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia malam tu sangat pelik. Suami aku seorang yang lembut penyayang. Mana mungkin dia menjerit2 macam hilang akal. Selepas subuh baru dia tersedar terus cari aku balik.
Pada suatu hari yang lain masa kami di luar negara kami dapat panggilan dari kawan di Malaysia. Dia nak mengadu perkara mistik yang berlaku pada dia dan suami. Masa dia nak ambil air wuduk kat rumah dia tiba2 dia terasa macam diperhatikan, bila dia toleh je dia nampak kak Ina duk perhatikan dia. Terkejut beruk dia terus menjerit. Lepas tu xsemena2 dia dengan suami dia pulak duk bergaduh nak bercerai berai dan suami dia pun dah sampai tahap memukul. hah suami dia pun terkejut kenapa dia jadi macam itu.
Tapi dia ada bagitau setiap malam dia mimpi ada orang duk memuja kat hujung katil dia.akhirnya dorang pun pergilah berubat dengan sorang ustaz ni.
Ustaz ni pun bagitau dia sebenarnya terkena tempias je. Sihir tu sebenarnya ditujukan kat kawan dia yang baru kahwin dan dia ni takda da kawan lain yang baru kahwin selain aku dan abg Zack.haha. Jackpot disitu. Sihir tu 4penjuru untuk hancurkan kerjaya abg zack dan memang nak buat sampai abang Zack m**i. Siapa yang tolong kami semua kena tempias especially keluarga tapi ustaz tu memang hebatla sampai umur orang yang buat tu pun dia boleh tembak tepat.
Sampaila suatu hari ustaz tu bagitau dorang yang geng penyihir ni ada dekat sempadan thai. Nak tambah subcon setan mungkin. Adei masa tu kebetulan kami pun ada di Thai. Keletihan sangat sebab long flight kami suami isteri pun terlelap. Tiba2 aku terdengar bunyi ketukan kat tingkap bilik hotel. Aku terjaga tengok sekeliling macam da maghrib tapi mata ni letih sangat aku sambung tidur.
Sekali lagi aku terdengar bunyi ketukan tu. haih degil betul nak buka mata masa tu. Nak2 pulak tengok suami tidur lena tak sedar. Aku terus sambung tidur. Aku rasa mungkin tu petanda jangan tidur maghrib nanti syaitan senang masuk tapi nak buat macam mana. Degil. Malam tu terjaga kami suami isteri lapar pergila cari makanan. Masa makan tu da rasa tak sedap badan so aku ajak suami balik hotel cepat.
Masa lepak kat depan bilik lebih kurang pukul 3 pagi tiba-tiba aku terbau wangi bunga melur. Pappp! Lampu bilik terpadam dan terbuka sendiri. Aku yang lurus ni spontan terkeluar ayat “aik main lampu plak?”suami terus letak jari kat mulut dia tanda suruh diam. haha aku ni kadang mulut memang suka terlepas cakap gatal pergi menegur. Entah kenapa tak rasa takut masa tu.
Aku sambung borak dengan suami tiba-tiba topik jadi hangat dan aku mula cari gaduh dengan dia. Muka aku da berubah. Suami dah tau permainan syaitan ni dan dapat handle tak mengamuk macam dulu lagi. Aku terus bangun dari kerusi dan pergi tidur atas katil malas nak layan suami aku. Rasa marah dan benci meluap2.
Tiba2 suami datang hempap atas badan aku da mula baca alfatihah, 3qul dan ayat kursi depan muka aku. Hoii terus menyirap menjadi-jadi naik d***h aku. Terus wajah sebenar syaitan tu muncul dan itu lah kali pertama aku kena rasuk. Jujur aku sedar dan ingat apa yang berlaku tapi apa yang aku buat atau cakap bukan dalam kawalan aku seolah olah ada orang lain yang tengah control. Aku menjerit2 minta dilepaskan. Lidah aku dah terjelir2. Mata aku terjegil terbeliak marahkan abg Zack. Kadang aku ketawa kadang aku menangis. Aku cuba nak gigit suami tapi xdapat. Aku menjerit panas bila abg zack xhenti2 bacakan ayat ruqyah.
aku: mommy tolonglah.mommy tolonggg!!!
Abg zack: siapa mommy kau?ni bukan bini aku ni.bini aku tak panggil mak dia mommy
Aku: lepaskan aku,aku benci kauuuu!!!!”
Untuk pengetahuan korang aku panggil mak aku mama. Yang panggil mommy ni kak Ina. So suami conclude yang masuk tu hantu kak ina. Ada beberapa kali aku cuba berlari keluar dari bilik nak berdiri kat tengah jalan supaya kena langgar kereta. huhu.kesian aku. Nasibla suami dapat handle sampaila kami berdua keletihan. Bila aku sedar suami tanya “sayang sedar tak tadi?” Dan aku hanya boleh tersenyum dan berkata “Dia ada lagi,cuma dia tengah lemah.” Macam mana aku tau? Aku dapat rasakan kebencian, kemarahan dan ketidakpuasan hati masih ada dalam diri aku. Selogiknya aku sayang gila suami aku tak ada sebab aku nak dendam dengan dia.
Balik jumpa parent diorang bawa aku jumpa sorang ustaz lagi. Masa dalam perjalanan tu lagi aku da cakap kat suami aku rasa lain macam sangat ni. Aku tak tahan dah. Pandangan mata jadi kabur.jantung berdegup laju. Lemah semangat. Nasib baik tak hilang pedoman masa dalam kereta. Kang jenuh bersilat laki aku. Aku kuatkan diri melawan dengan ayat suci sebab kenangkan anak-anak
Abang Zack pun ada dalam kereta. Sampai kat tempat berubat tu ustaz tu bacakan ruqyah kat suami dulu. Masa tu aku da xsenang duduk tapi masih cuba control. Kenapala rasa lama sangat dia baca2 ni weh. Tapi aku tengok suami steady je. Bila habis turn dia turn aku plak. Ustaz minta izin bapa aku untuk pegang kepala aku. Masa tu aku boleh control lagi tapi bila dia baca sambil tekan belakang badan aku terus tepis tangan ustaz tu.
Hah rasa puas hati gila dapat melawan ustaz tu dan masa tu syaitan da mula menguasai aku. Aku da mula terjerit2 menggelupur nak lepaskan diri. Aku tendang2 ustaz tu. Aku menjerit panas dan sakit. Sampaila ustaz tu tanya kenapa kau buat macam ni? dan aku jawab sambil jari tuding ke arah abg zack “aku nak anak2 aku balik je!aku nak hancurkan hidup Zack!aku nak Zack m**i!”
So korang bayangkanlah yang merasuk aku masa tu kak Ina dan bayangkan anak2 dia tengok kejadian tu depan mata diorang sampai menggigil2 diorang takut.kadang aku menyeringai kadang aku terjelir.anak2 bagitahu muka aku menakutkan mata jadi putih.sampaikan anak cakap mommy lepas ni jangan senyum nampak gigi la,takut.kesian dorang fobia.
Ok sambung, ustaz suruh dia keluar dia taknak.akhirnya bila ustaz nak sembelih syaitan tu dia menangis merayu supaya dilepaskan siap panggil Zack,”abg tolong abang jangan ambil pisau abang.”memang sayu la masa tu.ustaz tu tak peduli terus arahkan suami ambil pisau dan acukan di pergelangan kaki aku kemudian ke leher aku. Bila sembelih tu memang macam real keadaan aku macam kena sembelih siap menggelupur sampailah akhirnya terdiam habis nyawa. Kemudian terus aku tersedar.
Ustaz bagitau ada 2 makhluk didalam badan aku yang pertama memang syaitan yg dihantar kak ina yang kedua saka harimau memang dari keturunan aku. Sebab masa dirasuk maybe ade keluar bunyi2 macam harimau aku pun tak pasti. Lepas tu baru mak aku bagitau tu saka keturunan dia. Harimau kaki tiga. Time tu pun spontan aku boleh buat lawak “oh harimau cacat.”haha sorryla aku memang susah nak percaya benda macam ni sampailah terkena sendiri.
Tapi ustaz tak buang saka tu pun. Dan selepas dari tu memang aku ada mimpi terjumpa harimau putih.cantik gemuk gebu je.dia macam senyum je tengok aku. Rimau boleh senyum eh?haha.oh memang sepanjang kami kena sihir ni selalu mimpi pelik2. Mimpi dikurung kat rumah ahli sihir dan jadi hamba kak Ina pun pernah.
Memang kejadian menjadi teruk bila berlaku perebutan anak antara kak Ina dan Zack tapi bapa mana yang sanggup biarkan anak tinggal dengan keluarga yang sesat dan munafik macam tu. Hinggakan kalau naik mahkamah pun sihirkan hakim dan lawyer dan selama ni anak2 yang pujuk kami jangan pulangkan mereka kepada kak Ina dan ahli sihir. Sibuk nak rebut anak bukan jaga betul2 pun budak2 tu.sampai kurus kering diorang. Rambut berkutu semuanya.yang kecik 6tahun masih pakai pampers dan minum susu botol. Dapat kat aku sebulan dua train dah elok tak pakai pampers dan stop menyusu botol.
Dari luaran memang nampak diorang ni macam alim tapi mereka sebenarnya sangat munafik. Anak cucu sendiri pun disihir. Anak anak tak boleh tidur malam, perangai pelik pelik dan diganggu dengan hantu diorang ni. Kesian kanak2 tak boleh hidup normal. Ahli sihir ni sampaikan nak minta kurangkan bayar income tax pun letak bedak jampi kat surat rayuan untuk pengarah LHDN. haha.teruk gila life diorang ni. Lagi satu ustaz cakap hati2 jangan communicate dengan diorang melalui mesej atau whatsapp sebab syaitan boleh dihantar melaluinya.
Pernah sekali aku baca mesej kak Ina hantar kat anak dia tiba2 esoknya aku jadi kemurungan sangat sedih asyik menangis siang malam even tengah mandi sekali pun.asyik tidur taknak bangun dari katil. So sekarang kami tukar nombor fon anak dan block nombor dia. So far aku tak pernah nampak makhluk tu tapi anak2 selalu nampak. Kesian diorang. Doakan kami selamat.dan ingatlah hanya minta bantuan pada Allah.jangan ikut membabi buta je ajaran yang tak tahu hujung pangkal.
Semoga diorang diberikan hidayah untuk sedar dan segera bertaubat. Thank you admin kalau siarkan. Next time aku bole sambung cerita yang melibatkan mama aku pulak. Sebab dia diberi kelebihan sikit. Macam mana dia halau 3ekor syaitan yang kacau aku. Macam mana kak ina dan ahli sihir buat acara pemujaan pun dia dapat alamat. Ok terima kasih
#cicitmahsuri
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Dasyat betoi geng2 tu. Naya Jibby kalau tak bagi BRIM dkt depa… Heh. Guro je
gila kau . mau nye berbalik semula ke orang yg ngantorr tu . kah!
huh..yg bab LHDN tu hebat.. hahaha..Kak..saya doakan akk sekeluarga selamat ye..Family saya pun tengah lalui benda yang sama.. saya faham KEPENATAN akk, suami n anak anak
Assalam akak,
Saya simpati atas apa yang berlaku terhadap diri akak dan keluarga. tak sangka ada juga manusia yang sanggup buat macam tu.
Saya syorkan akak baca Yassin 7 Mubin. Akak bole google, review semua seram2 tapi alhamdulliah semua sihir berjaya dikembalikan. akak bole cuba, selebihnya kerja Allah.
Semoga akak cepat sembuh.
allahuakbar..smpi begitu sekali…,mge awk sekuarga akan pulih dr gangguan2 sihir ni..byk bersabar n berdoa kepada Allah..berusaha n bertawakal ye..
Ya Allah…yg kesian nya… Anak² tu la. Tu la kan, x jaga ank elok² pastu ada hati nk jaga… Hish ni kes x leh tengok org senang…
Semoga akak diberi ketabahan dan semoga yang lain dijauhkan dari perkara-perkara sebegini
UISH GILER ER….BOLEH DI HANTAR THROUGH WASSAP..MESEJ…EMAIL PON BOLE AGAKNYA? ISHH2…APESAL ERK ADA SPESIES MACAM NI….
ok cerita kau best . aku tunggu sambungan cerita ni .
Aku pun tgu sambungan cite ni..jgn lupa guna #cicit mahsuri..bkn pe sng nk knal cite akk
Alamaaakkkk…
Janganlah kerabat ahli sihir tu tetbe antor citer kt FS ni…
Riso den weeiii…
Nauzubillahuminzalik…
part ni aku x puas ati. “.sampaikan anak cakap mommy lepas ni jangan senyum nampak gigi la,takut.kesian dorang fobia.” Kata k.ina tu paggl mommy yg penulis ni pulak pggl mama.. knp anak penulis pggl mommy???
Yang aku faham, Kak Ina panggil mak dia mommy. #Cicitmahsuri ni panggil mak dia mama. Yang part “.sampaikan anak cakap mommy lepas ni jangan senyum nampak gigi la,takut.kesian dorang fobia.” tu maksudnya, anak-anak Kak Ina panggil #Cicitmahsuri ni mommy.
Betul 😊
dey thambi..dia ckp kak ina panggil ahli sihir tu mommy..penulis panggil mak dia mama..itu pun slow nak tangkap..poddah
sama spesies dgn jiran kitorang..asek nk menyihir je keje..dh tu mcm xde life..sendu..dh tua2 pn still ade prangai saitonn..kitorang pn dh puas berubat..entah brapa byk la santau yg diorang kirim p umah kitorang..
melayu dengan sihir berpisah tiada
wow boleh hantar pakai whatsapp eh skrg. hebat diorg
gila ah betol2 ahli sihir nie semua bnde nak disihir Nye.