Sihir, Gangguan atau Saka Keturunan?

Assalamualaikum w.b.t. Tiba tiba aku teringin nak share cerita aku memandangkan aku suka baca cerita cerita korang especially bila ada teman la kalau sorang taubat kot takleh tidur malam. Admin thank you so much kalau publish, if not pun aku redha je. Hihi.

Nama aku Piya, middle 20. Cerita aku bermula semenjak aku berumur 18, abis SPM. First sekali jadi masa aku duduk rumah nenek aku, that time kerja part time after SPM. Satu malam tu tengah best best main phone, around 3am tiba tiba aku dgr satu suara dari atas almari macam menegur ‘heyyyy’. Aku immediately selubung dalam selimut berpeluh peluh sampai tertidur. Esoknya aku decide taknak lagi tidur dalam bilik dengan nenek aku so aku tidur dekat hall siap sumbat earphone sebab phobia punya pasal. Tapi benda tu buat benda lain pulak, dia sepak kaki aku, main rambut. Aku buat tak tahu sebab still rasa macam betul ke apa yang aku rasa, husnudzon dan tunggu sampai esok pagi untuk tanya dengan family members.

Esoknya aku tanya sorang sorang, malangnya yang pakcik aku jawab cuma, “siapa yang nak sepak kau? Semua dah tidur”. So, aku ceritakan semuanya dekat mak ayah aku, and dorang decide untuk bawak pergi berubat nanti malam minggu. Esok paginya, aku dalam keadaan sedar dengan mata tertutup, benda tu menjelma menyerupai pakcik aku sambil bercakap dalam keadaan yang seram, “aku nak tangkap kau simpan dalam peti tatap muka kau hari hari”. Aku tak tahu nak buat apa so aku buat buat nangis sampai nenek aku tegur baru aku berani bukak mata.

At first aku pergi berubat, dekat Negeri Sembilan aku pun lupa apa nama tempat tu tapi 1 family house la, yang ubatkan ni sorang pakcik tua yang ayah aku kenal dan panggil dia paklong. Dia cakap benda ni saka, tapi aku tak pasti. Dia cuma bagi garam bukit dan suruh aku tulis sepotong ayat dari surah al-fatihah dan tampal dekat semua tingkap dan pintu yang ada dekat rumah. Aku decide buat ni semua dekat rumah nenek aku memandangkan benda ni terjadi dekat rumah nenek aku at the first place. Garam tu cuma bacakan beberapa surah dan taburkan dekat bilik air. Alhamdulillah lepas tu terus rasa rumah tu terang dan bercahaya, sebelumnya pada pandangan aku sangat sangat malap dan suram.

3 bulan tanpa apa apa gangguan. Selepas dari tu, aku mula bermimpi yang pelik pelik, aku mimpi aku sembelih ular 1 tong air biru depan rumah nenek aku. Bila aku nak masuk rumah ada 1 ekor ular tedung hitam yang berlingkar dengan kepala terpacak ikut aku masuk ke dalam rumah. Aku mimpi kala jengking merah bawah katil, start dari tu aku takut nak tidur. Tidur mesti berteman. Aku mula berubat kali kedua, kali ni dia guna limau purut. Balik rumah aku buat apa yang ustaz tu suruh dan seterusnya kena buang limau ke dalam sungai. Mana nak cari sungai dekat Klang Valley ni wehhhh? Kawan aku bawak sungai dekat area Puchong. Punya la sekuat tenaga sambil sebut Allahuakbar bagai still limau tu tak sampai ke air, terjatuh dalam semak. Tak tahu apa kena mengena, tapi gangguan masih berterusan.

Ada 1 hari, aku tidur rumah kawan aku, yang aku ingat aku tidur bawah dan dia tidur atas katil. Aku masih ingat yang aku tak pakai apa apa selimut. Esok paginya, aku bangun tidur dengan selimut berselubung. Aku kejutkan kawan aku, tanya sama ada dia ada selimutkan aku atau tak dan dia jawab tak. Tak semena mena aku rasakan ada benda berjalan atas tangan, rupanya seekor ulat sampah! Puas aku cari sekeliling yang aku jumpa memang seekor yang atas tangan aku tu je. Aku balik ke rumah macam macam yang jadi, bedak atas meja solek jatuh sendiri. Aku nampak kelibat kelibat tapi aku tak fikir banyak aku cuma ignore. Macam macam tempat aku pergi berubat. Gangguan ni selalunya hilang 3 bulan selepas berubat dan datang lagi. Badan selalu sakit sakit. Tak bersemangat nak kerja, apa apa benda yang aku buat semua tak kena. Rasa malas tu bermaharajalela. Sampai officemate semua tegur kenapa aku makin malas nak bersiap, kerja tak bersemangat. Selalu sangat selekeh, tak macam mula mula kerja. Selalu cuti. Masalah disiplin la ni.

Semuanya akan jadi macam sediakala selepas aku berubat. Aku rasa badan aku ringan, senang nak bangun pagi, tak beremosi. Aku pernah berillusi dalam sedar, ada ular yang mematuk tangan, rasa dia sangat real. Sakit! Cuma bila aku tersedar, ular tu takde. Umpama bermimpi, tapi rasa kesannya ada dalam realiti. Aku berubat di darussyifa’ 2 kali. Setiap kali berubat terasa ada benda yang mengalir keluar. Selepas tu rasa penat sangat.

Kisah cintan cintun pulak, aku dengan boyf aku selalu panas, kitaorang confirm on off. On 3 bulan off 7 bulan dan seterusnya luckily dua dua masih setia. 7 tahun bersama cuma 1 tahun setengah je yang tak berubah. Selepas tu on off takde angin takde ribut. Kadang kadang penyebabnya cuma salah faham kecik.

Kalau nak cerita semua panjang gila kot, ni pun dah panjang berjela jela, penat baca ke? Mintak maaf la. Kalau boring please quit. Sampai la kes yang terbaru, aku mimpi ada seorang lelaki yang tengah marah marah, tarik tangan aku dan cium mulut aku (ewwwww geli weh!) Aku terus ludahkan dan sedar. Tangan aku sakit rasanya macam baru lepas digenggam. Beberapa saat lepas tu terus azan subuh. Tapi aku dah pun berubat, dekat darussyifa’. Aku tak nak tahu apa penyebab semua gangguan ni setiap kali berubat. Aku cuma nakkan kesembuhan. Dah lebih 5 tahun semua benda ni jadi dekat aku on off sampai harini. Sampai harini jugak aku tak tahu apa punca.

Mungkin tak berapa seram macam apa yang korang lalui, tapi benda ni sangat sangat mengganggu kehidupan seharian aku, aku susah tidur, susah focus, selalu murung sebab semua gangguan ni. Hidup jadi tak tentu arah. Tapi alhamdulillah sampai sekarang tak pernah lagi nampak rupa rupa yang menyeramkan atau apa apa gangguan yang extreme. Kalau boleh tolonglah jauhkan. Aku tak nak rasa semua tu. Apa yang aku nak cuma bebas dari semua gangguan yang macam biskut kejap ada kejap takde ni. Bila ada kemain best dia kacau, kalau takde tu takde terus. Tapi yang paling tak best bila dia dah affect activity harian aku. Muka pun dah macam bukan manusia dah ni, tak berseri langsung.

Korang ada pengalaman atau knowledge dari mana sebenarnya gangguan ni? Sihir, gangguan atau saka keturunan?

Piya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Sihir, Gangguan atau Saka Keturunan?”

  1. ntah lah sebab sy pun mcm awak jugak..penah berubat sekali je..lepas tu sy malas nak pergi sbb xde sape yg percaya apa yg sy rasa & lalui.semua org ckp sy terlalu fikir bukan2 sbb tu terbawak2 dlm kehidupan harian.cuma skrg ni sy bt xtaw je..kdg2 takut jugak tp terpaksa beranikan diri.tidur pun bukak lampu sebab takut.kalau berteman baru tutup lampu.

    Reply
  2. Amalkan baca surah as saffat, ayat 1 hingga 11 , 10 kali tiap2 kali lepas solat. Smpai la awk boleh hafal. InsyaAllah awk sentiasa di bawah perlindungan Allah. Aminn

    Reply
  3. Allahu perlu ke aku pegi brubat?bru brpa hri ex aku ttba chat,tanya kbr apa bagai..lps tu ttba dia ckp kita kena sihir pemisah,mmg dri dlu lgi dia suka ckp benda cm tu..kita org hri² gaduh,benda kecik pn gaduh..gaduh je dia ckp kena sihir pemisah..n then smlm ttba la ada miss call no xdknli,n then dia ngaku dia ex aku..so aku su dia pdm no aku,block bagai..time tu tgh kemas bilik dn alihkn katil..hri nie plak 27/03/2022 150 tgh hri aku tgh baring kat katil smbil tgk tik tok n then ttba rsa cm sstu bjln kat kki bila aku tgk,ya allah seekor ulat sampah..!aku dh la geli ngn ulat..lps tu aku cari kot² ade mmbr dia..tpi xde,yg aku peliknya ulat boleh panjat katil tinggi ke??😢aku dh seram weii..aku g mbik baju kotor n then matikn ulat tu..aku takutt😢😢

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.