Sihir – part 2

Assalamualaikum..

Maafkan liza sebab cerita SIHIR berkesinambungan, kesian page admin kena sound. Jangan dislike page admin, ada banyak kisah yang aku nak share dengan korang semua dan percayalah ia tak akan merugikan korang dan dapat membuka mata hati kita sebagai umat-Nya yang lemah dan tak berdaya.

Maaf sekali lagi yerrr.. Kepada yang kutuk Liza tu, saya maafkan walaupun tak kenal. Terasa juga bila kena marah dan maki hamun dalam komen. Tapi tak pa kita semua ada buat khilaf, maaf juga kalau cerita Liza ni bertaburan, tak tersusun. Tak pandai buat cerpen. Mana yang kurang boleh tegur elok-elok, nanti liza boleh betulkan.

Sebelum aku continue cerita sesampai nya kami di destinasi rumah Cik Ngah, aku nak kongsi kan satu warisan turun-temurun keluargaku dimana setiap anak perempuan ke-2 sebelah ibu diturunkan kelebihan untuk melihat alam ghaib. (Maksudnya nenek aku anak perempuan ke-2, mami pun sam perempuan ke-2 dan aku anak perempuan ke-2, setelah lahirnya pewaris serta-merta kelebihan yang ada pada si ibu akan diturunkan kepada anak.) Aku pernah bertanyakan pada mami macam mana benda ni boleh kami miliki?. Mami sendiri tak dapat jawapan nya, tetapi yang mami dengar pernah juga moyang-moyang kami sanggup membutakan mata mereka sendiri, ada yang sampai ingin m******h diri turut ada juga yang tak mahu berkahwin sehingga ke tua sebab bagi mereka ini seperti sumpahan bukan satu anugerah. Kesudahannya tetap jua akan diturunkan ke waris adik-beradik terdekat, macam-macam mereka cuba lakukan dan korbankan untuk berhentikan penurunan ini tapi semuanya sia-sia. Semasa kelahiran ku, mami dan dadi memutuskan untuk Cik Ngah menutup indra ke-6 ku sehingga masa yang sesuai dimana aku telah benar-benar bersedia. Aku sejak kecil sudah di terapkan dengan ajaran ilmu Islam, mami sentiasa memastikan aku agar tidak lepas solat, berzikir dan mengaji. Kerana itu, aku selalu score pendidikan islam dan tasawwur islam 100%, terima kasih mami dan dadi, tapi ia sebenarnya merupakan langkah pertama mami untuk menguatkan semangat aku dalam menghadapi cabaran liku kehidupan dengan Alam yang lain. – INTRO

Sesampainya kami di halaman rumah Cik Ngah, dia sudah berada di hadapan luar rumah menanti kami, kerana resah sekiranya apa-apa terjadi terhadap kami sekeluarga.

Sebelum aku keluar dari kereta, mami sempat berpesan untuk aku membaca ayat 5 ( 5 surah) sebagai pendinding diri. Aku membaca 5 surah:-
• Al-Baqarah ayat 246
• Ali-Imran ayat 181
• An-Nisaa ayat 77
• Al-Maaidah ayat 27
• Ar-Ra’d ayat 16
Tiap-tiap satu dari lima ayat surah ini mempunyai sepuluh buah huruf “Qaf” (kaf besar), oleh itu, ia dipanggil ayat 50 Qaf.
Selesai membacanya, aku meniup pada tapak tangan dengan niat diizinkan Allah S.W.T sebagai pendinding diri dan aku sapukan pada keseluruhan tubuh bermula dari atas kepala ke muka sehingga ke seluruh tubuh hingga ke hujung kaki.

Mami turut berkata kepada aku: “Liza, malam ini merupakan malam pertama dimana mami dan dadi amat memerlukan kelebihan yang mami turunkan kepada kamu. Mami harap Liza dapat hadapinya”.

Aku sedikit kebingungan, apa yang mami maksudkan dengan *kelebihan*?.

Dadi segera memikul tubuh Rhaz naik ke rumah Cik Ngah setelah dia pengsan disepanjang perjalanan kami. Aku pulak mengajak Nono untuk naik ke rumah tetapi dia enggan, malah tidak berhenti menangis dan terus menggaru lengan nya yang sudah dipenuhi lendir dari nanah kesan cakaran pada siang tadi.

Aku jerit dari halaman rumah memanggil Cik Ngah untuk membantu: “Cik Ngah!!!! Nono tak nak naik rumah lah!!! *

Tak semena-mena tangan aku dipegang oleh Nono : *Kau perempuan tak guna! Aku akan porak-peranda kan keluarga kau* (suara perempuan tapi agak kasar dan garau – tak kan kau expect suara dia macam kak Siti Nurhaliza kot??)

Cik Ngah bacakan sesuatu, dan tiup ke arah Nono, terus jer dia pengsan. Waktu tu aku nampak ada asap hitam keluar dari belakang tubuh Nono naik ke atas keluar dari bumbung kereta. Aku terus je tolong Cik Ngah papahkan Nono naik ke rumah. Dah pulak 2-2 adik aku pengsan.

Bini Cik Ngah aku panggil Mak Ngah, dia bawakan air dalam bekas untuk Cik Ngah cuci lengan Nono, ulat keluar dari lengan dia dari kesan cakaran jembalang tu dengan d***h merah, lendir hitam, kuku 3 dan paku payung 2. kemudian Cik Ngah sapukan air bersih yang dia dah tawarkan sapu ke muka Nono untuk kembalikan semangat adik aku ni. Sesudah disapu kemuka, Nono sedar dari pengsan. Lukanya semakin pulih, mami balutkan dengan kain untuk mengelakkan dari kena jangkitan. Cakaran tersebut jelas menampakkan 3 garisan yang panjang dari pergelangan tangan hingga ke siku. Nasib baik lah percubaan jembalang petang tu nak terkam aku dan cakar muka aku tak berjaya, mahunya buruk muka aku tau!. Kurang ajar betui..

Selesai Nono, kami mula berinteraksi dengan tuan empunya jembalang apabila atap rumah Cik Ngah sepertinya ada yang berlari-lari dan seperti dibaling batu atau benda yang keras.

*Baiklah, benda ni dah panas. Marah sebab dah buang barang yang ada pada Nono.* : Cik Ngah buka bicara setelah hampir beberapa minit kami semua berdiam diri. Rasanya waktu ni mami/dadi/mak ngah dan cik ngah tengah scan rumah dan pasang pagar.

*Liza, mami dan dadi dah bagitahu cik ngah untuk bukakan kunci indra ke-6 kamu. Mestinya kamu tidak faham apa maksud mereka. Cik akan jelaskan bagi pihak mereka, kamu merupakan anak ke-2 dalam 4 beradik dan kamu juga merupakan anak perempuan ke-2 dalam keluarga. Semenjak dari dulu lagi kelebihan ini dimiliki dan diwarisi dari sebelah pihak perempuan, kenapa dan bagaimana cik ngah tak berapa pasti. Sekarang kelebihan ini ada pada kamu, cik ngah dah kunci tapi tak keseluruhan nya sebab ia diluar kehendak kami, cik hanya mampu tutup separuh sahaja dan rasanya sekarang adalah waktu sesuai untuk kamu memilikinya. Lambat-laun ia akan terbuka juga dengan sendirinya. *

Setelah dengan panjang lebar nya cik ngah ceritakan, aku sedikit terkejut dan tak percaya. Jantungku berdegup kencang mendengar kata-kata cik ngah dan rasa tak mampu untuk mempercayai nya. Mami terus tenangkan aku dan jelaskan dengan lebih terperinci kisah warisan keluarga kami. Aku sedikit demi sedikit menghadam cerita mami dan melihat keadaan Rhaz yang semakin teruk disihir Su dan emak nya, aku bersetuju untuk mencabar diri ku sendiri dengan menghadapi apa-apa yang akan mendatang.

Cik ngah letakkan daun sirih pada ke2-2 mataku dan perlahan-lahan menyuruhku membuka mata.

*buka mata liza perlahan-lahan dan lihat sekeliling. Berani menghadapi nya, ingat! Tiada yang lebih berkuasa dari Allah S.W.T. tiada yang yang patut kita takuti selain Allah S.W.T.* – cik ngah

Aku perlahan-lahan nampak kelibat mami dan dadi, kemudian nono/ mak ngah dan cik ngah yang berada jelas di hadapanku. Okay dalam hati aku cakap macam ni tau : “ermmmm.. Tak apa-apa perbezaan pun? Mcm biasa jerr??? Ingat boleh tengok macam night vision mode.. Melawak kau kan”

Tertumpu jer aku pada Rhaz, Ya Allah, aku nampak 3 lembaga hitam:-
• 1 merupai seperti anjing
• 1 lagi besar sangat sampai kepala jembalang tu atas dek rumah cik ngah
• 1 lagi yang aku nampak di jalan raya malam semalam

Waktu tu, lutut aku rasa lemah sangat, rasa nak pitam kau faham tak? Aku nampak jelas tak macam sebelum ni kabur. Aku pejam mata, mami pegang tangan aku, menggigil weyhhhh… Aku baca surah Al-Anfal ayat 60 seperti yang mami ajarkan kalau aku rasa takut atau cemas. Ini yang aku baca lebih 100x pun aku boleh lupa dan kena ulang banyak kali tau. Takut punya pasal smua dah jadi tak tersusun.

Okay. Im ready to fight. Start!

Cik ngah bagitahu, jangan kalah pada mereka sebab darjat kita lebih tinggi dari makhluk bernama jin dan iblis, tambah-tambah lagi yang kafir. Aku pun buat selamba jer, walaupun aku rasa nak langkah seribu dari rumah cik ngah ni.

Bermulalah rukyah, dadi berada atas kepala Rhaz, cik ngah duduk dihujung kaki pegang ke2-2 ibu kaki Rhaz.

Lembaga hitam seperti anjing ni dok pusing-pusing keliling Rhaz, dengan air liur hitam pekat meleleh seperti membuat bulatan. Yang besar tu pulak duduk tepi tingkap menghadap tubuh Rhaz, lidah terjelir sampai mencecah lantai dan yang bersaiz normal ni berdiri di belakang cik ngah.

Cik ngah panggil aku, waktu tu jugalah 3 ekor ni serentak weii tengok aku, what???

*tak usah takut, mereka tak kuat mana pun, cik nak kau tolong Rhaz, bawa dia keluar. Jangan risau. Dadi dan cik ngah backup kau dari sini. Hati-hati, jangan terpedaya dengan iblis.*

Aku pegang tangan Rhaz, aku pejam mata, aku kosonngkan minda aku, x semena-mena aku rebah dah terbangun di satu kawasan berkabus. Kiri kanan kabus tebal dan di tangan aku ada kayu hujan panas. Aku tak nampak apa weii, kabus jerr..

*Rhaz!!!! Mana ko dik?? Akak ni… Rhaz kalo ko dengar, jawab lah balik !. * – mahu menitis air mata akak ko ni

Aku pusing sana-sini, jalan lurus macam tak ada penghujung. Sampai lah aku rasa ada angin meniup belakang tubuh aku (melintas) – aku toleh belakang tak ada apa. Serentak tu aku dengar hilai tawa perempuan, gelak apa ni woiii? Mak lampir ke apa??

Aku berlari ke arah suara tu dan akhirnya aku nampak jasad batin adik aku terapung. Yes. Suara mak lampir tu tak lain dan tak bukan suara iblis yang menyerupai wajah mak su. (Oh ya, aku kenal muka mak dia ini sebab aku dulu pernah investigate latar belakang keluarga dia – hebat tak aku? Jadi detektif je tak pass).

*oii.. Lepaskan adik aku lah orang tua k*****t* (maaf yerr.. Bahasa kasar sikit)

*kihkihkihkih.. Betul lah tekaan aku, kau ni istimewa. Patutlah bila belaan (jembalang) aku tak masuk dengan kau. Tinggi ilmu yerr budak kecik*

*apa kau nak?* – tangan dah standy kayu hujan panas ni, tunggu nak hempok kau je sekarang.

*aku nak adik kau ni jadi hamba abdi anak aku! Aku nak dia tunduk jilat kaki anak aku! Sebab apa? Adik kau rasa dia cukup baik sampai hina anak aku? *

*mak cik, terima lah hakikat.. Itu kenyataan. Dan apa yang makcik buat ni benda kurafat tahu tak? Berkawan dengan iblis jin. Tak takut dosa ke apa?* – lancang betul mulut ko Liza, dah nak mampus ke apa?

*jadi kau nak cakap yang kau sekeluarga ni sempurna? Tak buat khilaf? * – bila masa aku cakap kami ni sempurna? Ni yang aku malas bila cakap dengan orang-orang jahil.

Tak banyak cakap dah, mak su berubah rupa, dari rupa yang elok jer terus dia berubah jadi lembaga hitam dengan ketinggian 7-8kaki kot.. Rambut mengerbang.. Mata merah, senyuman sampai ke telinga menampakkan gigi taring dia. (Nak takutkan aku lah tu..)

Aku duduk. Kayu hujan panas aku letak atas kaki. Apa-apa jadi, aku sempat hempuk benda ni dengan kayu aku. Waktu ni aku seolah-oleh berinteraksi dengan cik ngah. Aku dengar jelas betul suara cik ngah dan terasa sangat belakang bahu aku rasa seperti dadi dan cik ngah pegang. -aku/cik ngah/ dadi : bergabung (tak jadi apa okay, ingat power ranger ke?). Depan aku, makhluk yang tadi serupa mak su sedang baca something yang aku tak faham, dan aku pulak lancar jer baca surah-surah ni, ada banyak, ada yang aku tak pernah hafal, ada yang aku ingat :
Surat Al-Fatihah
Ayat Kursi
Al_baqarah 137
Ali Imran 181
An-Nisa 14
Yunus 88
Hud 56,67,82-83
An-Nazi’at 1-7,35
Banyak lagi, tapi aku tak ingat lah weyhhh.. Mana nak ingat ni cerita umur aku baru mencecah 20an kot..

Sambil aku baca surah-surah ni (dalam bisik) aku dengar juga makhluk depan aku ni sekejap baca mentera sekejap menjerit.. Sekejap ketawa dahtu baca mentera lagi kemudian menangis (ko ni joker ke apa? – mental?) – tolong serius weyhh.. Last-last tu aku dengar jeritan makhluk tu kuat sangat dan hilang! Aku buka mata, aku tengok debu-debu berterbangan (agaknya terbakar kot). Aku dekati adik aku, masih terapung. Aku tarik tangan dia, sedih beb tengok satu-satunya adik lelaki kau dulu yang sado sekarang muka cengkung, mata hitam dah serupa penangih dadah tau (sampai ada orang kampung mengumpat adik aku ni ambik dadah tau.) menitis juga air mata aku dan tersedar di dunia nyata apabila dadi tepuk bahu aku dan bagi salam. Begitu juga Rhaz, cik ngah tepuk bahu dia dan bagi salam. Waktu ni lah aku nangis peluk mami ,sebab aku rasa down sangat bercampur-baur, tak tahu macam mana nak describe.

*tadi aku dengar kakak panggil. Tapi aku tak dapat bersuara dan mata aku tak boleh buka.* – berlinangan air mata jantan adik aku ni.

Dalam kesian ada juga rasa nak sepak dia, jangan berani sangat nak kutuk orang. Akibatnya 1 keluarga kena tanggung. Nasib baik anak kakak aku dan suami dia tak kena gangguan sebab tak tinggal serumah.

Selesai semuanya, kami diberi air yang ditawar cik ngah untuk memulihkan semangat masing-masing.

Seminggu lebih selepas kejadian, lengan Nono semakin pulih. Rhaz kembali aktif dengan aktiviti sukan dia. Makan pun berselera, berat badan dah kembali macam dulu. Mami dan dadi macam biasa sibuk kerja di siang hari. Malan pulak ada projek (bantu orang yang memerlukan bantuan) dan aku pulak, sedang membiasakan diri dengan perkara-perkara pelik, mimpi-mimpi pelik, perasaan yang sentiasa diperhatikan dan kadang-kadang ternampak apa yang sepatutnya aku tak mahu lihat!.

Semenjak kejadian malam tersebut, kami terus tidak mendengar apa-apa berita dari keluarga Su, malah Rhaz turut mengatakan tidak lagi bertemu Su. Dan dari informasi yang aku perolehi dari rakan ku,rumah sewa yang diduduki Su kini telah disewa oleh orang lain. Sehingga kini, aku tak pernah bertemu mereka.

Sedikit sebanyak aku mempelajari dari cik ngah dan mak ngah dalam mengatasi dan mengusir benda-benda yang ada berniat jahat atas diri aku atau orang lain. Sampai sekarang, aku rasa aku di level master dah. Hehehe..

Maksudnya kelebihan yang aku ada ini seperti dapat merasa kehadiran benda lain. Dapat melihat rupa mereka sekiranya mereka sendiri yang menunjukkan diri. Bermimpi pertanda buruk pada orang yang terdekat (seperti yang aku mimpi mengenai Fittra).

Sejak kejadian ini, bermacam peristiwa aku lalui baik buruk untuk aku atau orang lain. Kisah seterusnya aku akan ceritakan mengenai mimpi wanita jawa dan Fittra di episod lain dengan judul – LAGENDA NYI RORO KIDUL-

Sekian.
Liza.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Liza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “Sihir – part 2”

  1. hai..kisah yang amat menarik..macam tak percaya dapat warisan turun temurun..selalu dengar dapat harta warisan je atau saka..hehe..harap dapat sambung lagi yea..saya tunggu..

    Reply
  2. Cerita memang terbaik ..
    10 bintang …
    Tapi jika guna nama #LIZA ada tersangat bagus untuk memudahkan pencarian kepada bahagian-bahagian Kisah-kisah yang telah dipublishkan dalam FS ni …
    Kepada ADMIN FS minta tolong satukan kesemua episod Nukilan Penulis Cik LIZA ni kedalam satu page ..tak.derlah susah sangat nak mencarinya …
    Terima Kasih …

    Reply
  3. PKPB buatkan saya membaca. nak layan cerita2 lain dari liza. banyak pengajaran. terima kasih untuk surah surah. boleh dimanfaatkan oleh saudara saudara kita. gaya cerita and isi sangat mudah untuk dipahami.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.