Sihir Pemisah – Dengan izin Allah (Part 2)

Hai warga FS. Terima kasih siarkan cerita saya #ceritaNASA sambungan part 2. Cerita ni sambungan selepas aku dah nak kahwin pada akhir bulan oktober tahun 2012. Aku perati je komen korang yang suruh sambung siap jangan siarkan kalau tak habis sambung. Kakak, abang… jari aku ni ada 10 je, kalau aku boleh sambung jari kaki bawa ke tangan, mungkin siap sekejap je. Hahaa!!

Tahun 2012….
Masa ni aku gelupur bila orang kata yusuf sakit. Aku ni jenis yang tak percaya pada benda ghaib. Aku tahu diaorang wujud, tapi aku tak terfikir aku akan terkena, dan aku tak terfikir yang aku akan melalui perkara macam ni pun. Aku jenis kental kot, dan Yusuf pun sama susah nak percaya pada benda orang hantar ni. Sebab bagi dia, dia tidak pernah pun menyakiti sesiapa, jadi kenapa dia nak kena. Tapi syaitan ada di mana mana ya pembaca sekelian. Ada je antara orang di sekeliling kita nampak baik tapi sebenarnya jahat.
Aku dah redha dah kalau tak jadi nikah malam tu, tapi yelah majlis dah ready untuk esok. Yusuf pula masih di wad kecemasan yang ditemani Kak Za tadi. kak Za ni rapat lah dengan Yusuf ni, kira kakak dia ni tak suka aku dulu, tapi lama-lama dah nak jadi adik ipar dia pun sukalah. Walaupun terpaksa, tapi aku tahu macam mana nak ambil hati dioarng nanti. (Konfident)
Doktor tu pun cakaplah.

“Yusuf awak tak boleh pergi mana-mana malam ni, saya akan hantar awak ke hospital, sebab saya tak tahu awak sakit apa.” Kata doktor tu. Ni aku tahu sebab Kak Za cerita apa berlaku di dalam bilik tu.

“Tak boleh doktor.” Kata Yusuf tertahan-tahan. “Saya kena nikah juga.”

“Saya memang tak izinkan kalau dah macam ni awak punya sakit,”

Tapi Yusuf degil nak nikah juga. “Doktor berilah saya ubat apa pun, tak kisah. Doktor beri saya ubat tahan sakit.” Masa tu Yusuf memang tak nak dihantar ke hospital. Doktor tu pula degil tak kasi. Dia siap cakap kalau apa-apa berlaku dia tak bertanggungjawab. Tapi yelah dah namanya doktor dia akan pastikan pesakit dia menerima rawatan.

“Doktor, saya kena nikah. Kalau saya tak nikah malam ni, saya tak akan nikah dengan dia sampai bila-bila.” Jeng! Jeng! Masa ni Kak Za dah pelik dah bila Yusuf cakap macam tu tau. Terharu aku bila fikir balik, bersungguh betul si Yusuf ni nak dekat aku…. tak sia-sia aku buat muka tak malu ngurat dia dulu… dan aku tak salah dalam memilih dia. Ok! Stop berangan. Jadi nak dijadikan cerita, doktor tu pun bagi ubat tahan sakit, agak banyak juga, tapi dia nasihat suruh rehat. Dan malam tu jam 10.30 lewat sejam setengah, Yusuf datang, tapi muka dia dah serabut lah. Memang muka sakit. Masa ni doktor sahkan dia ada batu karang dekat hempedu. Itu je yang dia cakap, tapi aku tahu bukan pasal tu, aku tersenyum lebar masa ni, yelah… jadi juga aku kawin. Hahaha miang betul! Yelah aku ingat aku ni tak ada masa depan, dahlah perangai macam musibat, ada juga orang nak. Kah!

“Weh Nas, mama dengar Kak Za cakap Yusuf ada sakit batu karang.” Mama aku duduk sebelah.

“Yelah…” Aku masa ni dah tak fikir sakit, sebab aku rasa bahagia je. Tak kisahlah sakit ke apa ke. Yang penting aku dapat si Yusuf ni.

“Ko dah fikir betul-betul ke Nas nak kawin ni, Yelah…sebab dulu atok ko kan meninggal sebab sakit batu karang.” Mama aku pula tiba-tiba berbisik.

“Mama….” Marah aku sambil tahan suara, geram betul aku dengan mama aku ni, kenapa nak fikir pasal aku jadi janda pula time aku baru nak bahagia ni???? Mengarut lah!

“Mama cakap je…” Mak aku duduk bersila, dia mengunyah jeruk.

Dengan sekali lafaz. Yusuf sah jadi isteri aku. Eh! Aku sah jadi isteri Yusuf. Seronoknya masa ni Allah je tahu. Rasa nak terus terkam peluk dia, mana tidaknya, kau susah payah kot nak kan dia, mengurat dia, sanggup bertindak gila dan kau bukan wanita yang sempurna, tapi akhirnya berbaloi juga usaha tu sebab dia terima kau akhirnya. Tapi bila tengok muka dia tahan sakit tu aku kesian sangat. Jelas dowh wajah dia tahan sakit semata-mata untuk aku rasa bahagia. Chewah! Tapi dia tengok aku dan senyum je masa tu, mulut dia bergerak cakap “I love U.” dan muka dia masih lagi berkerut-kerut. Masa kami bertentang mata. Aku rasa aku di kayangan. Kah! Kah! Kah!.
Dan bermulalah kisah aku suami isteri dan penyakit yang dialami Yusuf ni….. pada malam nikah tu yang sepatutnya aku tidur sama, Yusuf dah buat hal, dia berguling lagi kiri kanan, tekan perut dia. Aku tak senang duduk, masa ni kat rumah mentua, aku tak nak lah nampak sangat over sampai peluk bagai, aku rileks dulu. Tahan jiwa aku yang bergelora nak cium pipi dia yg mulus tu. hahaa!! Mak dia yang ubatkan dengan cara kampung. Mak dia tahu mengubat orang tau. Katanya keturunan. (Haaa ni cerita lain pula ni.)

Jadi disebabkan semua orang tak layan aku, lebih menumpukan pada Yusuf aku pun beredar. Masa ni diaorang semua masih belom boleh terima aku lagi. Yelahhh sebab mulut makcik rewang bawang tu lah… tapi aku jenis selamba, Tak kenal maka tak cinta! Simple. Kau kenal aku, baru kau tahu siapa aku. Dan kau mesti akan suka aku. Aku cakap dalam hatilah waktu ni. Tak kan lah aku nak jerit macam tarzan pula kat diaorang. Mau kena tampar. Aku pun balik rumah mama aku sebabnya rumah kami tak jauh pun.

Masa sanding esoknya ok. dan sakit tu terhenti selama seminggu. Aku dan dia hanimoon macam biasa. Kenapa seminggu berhenti? Ada kisahnya nanti. Ok selepas tu kami balik Sabah, bermulalah kehidupan aku sebagai isteri. Masa ni aku dah menerapkan nilai murni dalam diri, nak jadi isteri oi!!! Lepastu laki aku tu pula jenis tak banyak cakap, dia banyak lihat dan senyum. Sejak kejadian tu kami ingat dah berhenti, Yusuf selalu jadi imam dalam solat dan dia memang tak kasi aku tinggal solat. Ustaz yang berubat dia di semenanjung pun beritahu perkara yang sama. Selepas solat Yusuf akan suruh aku mengaji sama-sama.

“Benda yang hantar ni dari semenanjung, bila awak balik Sabah mungkin tidak lagi berkesan sebabnya sudah melepasi kawasan yang jauh dan melepasi laut.” Kata ustaz tu yakin. Masa tu aku sedang berubat. Ok! aku pun setuju lah. Sebab tu aku tak sabar nak balik Sabah ikut Yusuf. Siapa yang hantar? Macam biasalah ustaz tak akan beritahu punya, so aku pun angguk je kepala. Aku nak mulakan hidup baru dan lupakan kisah lama, aku nak bahagia, itu tekad aku. Dan aku tak nak cari pun siapa yang hantar. Sebab aku nak gembira. Tu je aku fikir.

Tahun 2013…
Aku duduk di sebuah rumah flat. Masa tu tinggal tu je blok yang ada. Kau tahu tak flat tu macam mana? tingkat satu sampai empat cuma ada dua penghuni je. Ada lapan unit. Tingkat satu, adalah seorang wanita yang aku tak pernah nampak muka, susah betul nak jumpa. Dan aku serta Yusuf tinggal tingkat tiga. Tingkat dua dan tingkat empat kosong. Mesti korang tertanya kan kenapa memilih di situ. Biar aku fahamkan tentang maksud perkahwinan. Masa ni kau baru nak kumpul duit, maka kau cuba cari tempat yang paling jimat, rumah tu ok disediakan oleh PDRM tapinya blok lain penuh, yang tinggal tu je, so aku pun ikut jelah. Dan aku memang bukan jenis penakut. Masa aku mula-mula tinggal rumah tu…. tingkat empat yang kosong ni bermacam-macam bunyi, orang tarik kerusi orang main guli, tapi aku buat don’t know je.
Satu malam tu aku sorang je yang duduk dalam flat yang mempunyai empat tingkat. Dan flat tu memang sebelah hutan, paling tepi sekali. Laki aku duty dan wanita di bawah tu pon sama duty. Jadi of course lah aku sorang je dalam bangunan tu. Aku nak buang sampah. jadah apa lah aku buang sampah malam-malam ek? Pukul 10 malam, ni kes sebab aku bosan di rumah ni! Bila aku buka je pintu depan. Aku perhati lampu tangga m**i. Gelap gelita, cuma ada cahaya sikit-sikit je. Aku pasang telefon buka torchlight. Aku suluh. Ya memang seram. Aku tahu. Tapi aku tak seram pun masa tu. Kentalnya hati aku ni. Nasib baik mama aku jaga aku dengan cara kasar. Hahaa tak ada lah aku penakut sangat.

Tak lama tu bunyi kerusi kena baling dari tingkat empat. Aku toleh la tangga yang menuju ke tingkat empat tu, aku suluh cahaya ke tangga yang menghala ke atas. Sunyi! Tangga tu jarak nya dalam lima kaki je dari depan pintu aku. Tapi aku tak pergi lah, buat-buatnya ‘dia’ muncul kau jangan lah cari pasal kan? So aku pun tutup balik pintu dan aku letak sampah tu tepi tangga je. Aku pun kembali tengok tv. Bila ‘dia’ mengamuk memang tak akan berhenti punya bunyi kat tingkat atas rumah aku tu. Aku tunggu laki aku balik. Dah menginjak ke dua pagi. Aku tengok kereta orang bawah tak ada, kereta laki aku pun tak ada, maknanya aku masih lagi seorang dalam flat kosong tu. Aku bosan aku duduk tengok tv. Korang tahu? Almari bilik belakang ditutup dengan kuat. Eh! Ini dah melebih. Aku diam-diam je tu, tak ada kacau diaorang pun. Aku siap tak buang sampah sebab nak bagi diaorang main-main kat tangga flat.

Pukul empat pagi laki aku balik, dia ajak makan, tapi kami tak berbual aku cuma mengadu bunyi-bunyi tu. Lepas tu korang tahu Yusuf cakap apa?

“Selalu dah, buat tak tahu je lah sayang.”

Aku terperanjat, macam mana Yusuf boleh expect aku mampu terima semua ni. Aku mengadu juga sebab dah dekat lima bulan kawin dan duduk situ perkara yang sama masih terjadi. Aku pun teruskan makan. Hidup aku macam biasa, Yusuf imam dan kami mengaji. Sakit dia ada datang juga tapi tak kuat sangat. yelah bak kata ustaz dah melintasi laut china selatan. Yusuf hadiahkan aku kucing yang sangat comel sebab kami belum ada anak dan dia tahu aku bosan. Yusuf takut kucing, tapi demi isteri dia yang dicintai, dia beranikan diri. Kami berbual dan bergurau macam biasa melalui hari-hari malah Yusuf memang nampak sangat menyayangi aku. Hahahaha poyo siak aku!!

Bulan june. Tiba-tiba Yusuf tak banyak bercakap, dia banyak diam. Aku bajet kerja dia stress, fikir hal suspek lagi siasatan lagi so aku tak nak serabutkan dia, aku diam juga. Tapi apa yang aku perhatikan wajah dia pucat. Dia macam biasa, cuma dia pucat berwajah pucat macam jenazah tu. aku dah tak sedap hati. Aku tanya dia, adakah dia perasan? Dan Yusuf jawab semua orang cakap perkara yang sama kenapa dia pucat macam mayat. Ok masa ni aku dah tak fikir ‘benda’ ni dihantar pada aku, aku pasti benda ni dihantar pada suami aku untuk tujuan menyakiti perasaan aku. Itu yang aku fikir. Disebabkan kekangan masa aku tak sempat nak cari ustaz. Laki aku sibuk gila. Polis bro, biasalah tu. suspek dia lebih penting dari kesihatan diri dia, dan Yusuf seorang yang workholic.

Satu malam tu Yusuf bertugas aku tinggal sorang, seperti mana sebelum ni. Dah pukul tiga pagi dia tak balik. Aku tunggu. Lepastu aku dengar bunyi anjing melolong di bawah rumah. so aku biarkan, tak lama tu bunyi dia agak kuat, aku biarkan lagi. Bunyi dia melolong tu macam serigala tu. Memang meremang bulu roma aku. Tapi aku biarkan. Aku tengok tv. Lepastu bunyi lolongan tu senyap. Aku ingat dah berhenti. Tiba-tiba bunyi lagi, korang tahu di mana? betul-betul depan pintu rumah aku. Anjing tu panjat sampai tingkat tiga dan berdiri tercacak depan rumah aku???? melolong macam serigala??? aku perasan sebab bunyi tu sangat kuat dan bila aku pandang bawah pintu aku nampak kaki anjing. Yelah kaki anjinglah Tak akan kaki tikus. Aku cerita pasal anjing kan…

Aku duduk balik, tadi aku tertonggeng. Yelah nak tengok bawah pintu tak akan aku kena berdiri kan? Aku hairan betul, tapi masa ni aku tak adalah pula takut. Cuma aku hairan dah kenapa lahhh rumah aku ni. Lepastu kucing aku pula, aku panggil dia muezza. Muezza ni dia tengok ke arah satu sudut dinding rumah dengan bulu dia menegak dan kembang. So aku tahulah ‘benda’ tu dah ada dalam rumah aku. Tapi aku rileks lagi. Aku cuma cakap

“Aku tak kacau kau, jangan kacau aku. pergilah…” Pergh!! rasa macam berani sangat masa ni. Aku pun tak tahu kenapa berani, tapi cerita dia kalau korang dah ada kat tempat aku yang memang korang tak boleh lari, apa je lagi yang korang boleh buat selain terpaksa berkomunikasi! So itulah yang aku buat. Aku nak lari mana? depan rumah aku anjing bhai, aku nak lompat beranda rumah? aku kat tingkat tiga bro. ko ingat bawah tu kolam? Konkrit! B***h diri tu haram! Tak cium bau syurga ada faham?

Jadi nak tak nak aku cakaplah macam tu, lepastu barulah benda tu pergi. Aku tak nampak, tapi aku tengok kucing aku dah ok, aku tahulah benda tu blah. Kucing aku ni sombong sikapnya, dia tak suka layan aku, malah buat bodoh je kalau nampak muka aku. jadi aku cuma tengok reaksi muezza jelah. Kalau muezza bagus, maknanya kawasan rumah aku bagus. Kalau tak, maknanya tak lah.

Aku ada cerita kat mama aku tapi biasalah mama aku cakap tu permainan syaitan.

“Tak selesalah mama, semak dengan benda macam ni.”

“Tempat isteri di sisi suami.” Kata mama dengan penuh yakin, padahal dia semak juga kalau aku ada depan mata, mana tidaknya selalu juga bergaduh dengan dia.

“Mama tak rindu Nas ke?.”

“Taklah, biasa je…” Hahaa tapi aku tahu mama aku rindu, sudahlah mama.

So aku pun teruskan hidup aku dengan Yusuf. Kata cinta… tentulah sanggup menempuh segalanya bersama. Jadi tidak lama itu Yusuf sakit semula. Ok masa ni aku tak ada keluarga dan orang terdekat, aku cuma ada Yusuf dan Yusuf cuma ada aku, umur kami baru 26 tahun masa ni. Dengan kat tempat orang lagi, dengan Yusuf sakit lagi, sedih bhai. Aku kuatkan diri je untuk tempuh segala, sakit bukan biasa-biasa dia muntah dan berguling kat lantai rumah. Dan yang aku pelik sakit ni akan muncul apabila matahari terbenam. Sakit tu berterusan sampailah matahari terbit balik. Seolah-olah benda ni tak kasi kami ‘bersama’. Begitulah kiranya. Ok masa ni Yusuf dah hilang mood dengan aku, dia tak perasan tau perangai dia berubah. Dia tak banyak berbual tapi dia selalu cakap.

“Abang cintakan syg.” Dia selalu ulang perkara yang sama.
Aku cakap kenapa tak nak sentuh aku atau dekat dengan aku, dia cakap dia tak selesa, dia rasa panas.

“Abang minta maaf, tapi abang cintakan sayang.” Itulah balik-balik yang dia ucap. Selalu sangat. dan aku dah naik bosan bila dia layan aku sambil lewa. Aku pun ada hak sebagai isteri. Apa? Dia dah ada perempuan lain ke?. Masa ni syaitan dan bertenggek-tenggek. Yusuf keras-keras menafikan perkara ni. Dia cakap sayang aku sahaja. Bila aku dekat dia akan berlalih, dia tak suka. Kadang-kadang aku buat tak faham aku peluk je dia, tapi dia tak balas pun. Orang yang menghantar tu, hantar sihir pemisah. Macam mana aku tahu nanti aku cerita.

Setiap malam Yusuf akan muntah dah berguling di lantai sebab tak tahan sakit. Untuk seminggu dua aku boleh layan, masuk berbulan-bulan perkara yang sama aku dah naik stress. Yelah dah tujuh bulan kawin, aku menghadap perkara yang sama. Sampai hati betul orang yang hantar tu. Dan memang benda tu dihantar untuk aku stress pun supaya kami berpisah, dah namanya sihir pemisah. Tapi aku dan dia kuatkan hubungan kami. Yusuf muntah tak henti-henti. Dari jam tujuh malam sampailah jam enam pagi matahari terbit. Setiap kali muntah aku yang lap, aku tengok muntah dia ada rambut-rambut halus. Tapi aku tak cerita dengan dia, sebab aku tak nak dia tambah stress. Aku tak pergi berubat sebab aku di sabah aku tak tahu siapa yang aku percaya. Kami baru je di situ. Ada juga tanya orang tapi kata Yusuf Allah itu berkuasa, semua atas izinnya. Yusuf fikir dia boleh handle benda ni. Yelah solat dan doa adalah perkara paling utama. Itu yang dia pegang dan percaya. So aku pun layankan je.

Smpai satu masa tu, aku dah tak boleh nak angkat Yusuf depan tandas sebab dia dah terjelopok kat situ, dia tak larat bangun, dengan sakit perutnya, dengan muntahnya, dengan ususnya ditarik-tarik.

“Sayang call anggota abang. Suruh dia datang rumah ambik abang.” Jawab Yusuf mengah-mengah masa ni.

Aku masa ni dah kelam kabut, Yusuf bukan orang yang jenis menyusahkan apatah lagi untuk membiarkan orang lihat dia sakit, setakat ni yang tahu cuma aku jelah yang tahu, bila pergi kerja, dia kuatkan semangat, so tak ada siapa yang tahu.

“Siapa bang? Nak call siapa? Sayang tak kenal anggota abang.”

“Reza… suruh dia datang bawa abang pergi hospital sekarang… tolong sayang… abang rasa sakit sangat.” Masa ni aku ingat lagi ayat dia merayu. Terketar-keta suara dia.

Weh! Aku rasa bersalah weh. Siapalah yang hantar ni? Aku tak tahu siapa? Kalau aku tahu aku pergi dan bersujud pada dia agar maafkan aku atau suami aku jika kami ada bersalah pada dia. Aku tak nak lah Yusuf tanggung semua ni, aku ok je beb, aku cuma kena kacau je. Tapi Yusuf…. teruk laki aku kena. 12 jam dia tanggung azab tu setiap hari dengan sakit yang sama. Aku lepas call tu aku duduk dekat depan pintu depan tunggu Reza sambil nangis, Yusuf dah tak sedar dekat depan bilik air, aku dah tak ada kudrat nak angkat, aku biarkan jelah laki aku dekat situ. Sedihnya masa ni…

“Kenapa ni puan?.” Masa tu Reza tak berani masuk sebab ada aku, cuma tengok laki aku terbaring dekat depan bilik air je.

“Masuk je Reza.” Aku kalau boleh aku tak nak lah orang luar tahu hal kami, tapi memandangkan Reza dah nampak jadi aku tak seganlah bercerita dengan dia. Rezalah yang papah. Sampai hospital. bawa terus ke bilik kecemasan, doktor scan, doktor keluar ko tau doktor cakap apa? hempedu dia dah bengkak tahap kronik. Ya rabbi aku dah menggigil. Reza lah yang banyak tenangkan sebab benda ni tiba-tiba. Tak ada apa tanda dia sakit pun, hanya tiba-tiba Yusuf disahkan sakit tahap kronik ko gila ke???

Doktor tak buang masa mereka scan, mereka tunjuk aku batu karang tu banyak gila weh! Banyak gila sampai bengkak hempedu laki aku. Jadi tiba-tiba diaorang buat keputusan untuk bedah laki aku. Satu hal lagi… aku cakap aku tak nak, aku nak diaorang periksa betul-betul. Terbeliak doktor tu. Aku yang suruh diaorang periksa betul-betul? Aku doktor ke, diaorang doktor? Masa tu aku dah tak peduli. Sekali lagi laki aku dibawa masuk bilik yang entah apa nama aku tak tahu. Dengan dia separuh sedarnya dengan sakitnya, diaorang masukkan kamera dalam badan laki aku melalui tekak. Semata untuk tengok real batu karang tu. Masa ni Yusuf meronta-rontalah weh!. Lepas tu doktor ni boleh pula pegang kaki dan tangan dia tak kasi bergerak. Laki aku dah bagi isyarat agar kamera tu dikeluarkan, sebab dia tak dapat bernafas langsung. Masa Yusuf gerak tu lukalah dia punya bahagian dalaman. Sebab lepas tu dia muntah keluar d***h.

Aku masa ni dah nangis je. Seksa weh apa yang laki aku alami akibat ‘benda’ yang orang hantar. Masa ni aku nak tahu sangat siapa yang hantar sebabnya laki aku teruk kena. Bukan tujuan aku nak kenakan dia balik. Aku nak minta maaf je. walaupun aku rasa aku tak ada buat salah dengan sesiapa. Masalahnya aku tak tahu nak rujuk siapa. Aku di sabah jauh, keluarga apa semua di kampung. Setelah selesai, Yusuf dibawa ke wad biasa. Masa ni anggota dia lah yang banyak support.

“Saya tak pernah tengok Tuan Yusuf lemah macam ni.” Reza duduk dekat hujung katil. Laki aku dah tidur dah. Mesti dia penat melayan ‘benda’ tu.

“Tuan biasa happy, suka bergurau, tapi sejak akhir ni dia nampak letih dan pucat.” Haaa Reza sendiri dah mengaku. So sekarang ni memang ada yang tak kena lah.

Doktor datang tak lama lepas tu. “Saya dah cek, tak ada apa pun dekat hempedu dia.” Sekali lagi aku terbeliak. Gambar scan dan gambar yang diambil oleh kamera adalah dua gambar yang berbeza, masa scan nampak batu banyak sangat, tapi bila dia masukkan kamera, hampedu dia tak bengkak, kosong! Tak ada apa, tak ada batu. Dan elok. So doktor tu cakap dia tak jadi bedah. Memang dia sihat. Jadi apa kejadahnya yang dia sakit tu?

“Macam ni lah, akak bawalah suami berubat.” Kata doktor tu, itu pun setelah tiga hari di wad dan laki aku tak ada perubahan. Sakit yang sama tapi doktor tak dapat kesan. Sudah! Aku tak tahu nak bawa ke mana. jadi dengan pertolongan Rezalah kami minta bantuan seorang lelaki yang kami panggil ustaz. Sebenarnya Reza tidak pasti pun tapi memandangkan orang cakap ustaz tu bagus, maka kami pun ambil keputusan untuk pergi selepas Yusuf sihat.

Jadi aku bawa laki aku balik rumah setelah tiga hari. Esoknya dan dua hari selepasnya Yusuf sihat sedikit lah sebab makan ubat apa semua, dia minta cuti. So aku jaga dia, rasa macam isteri solehah sangat waktu ni. Hahaa aku bangga dapat berkhidmat untuk suami aku, aku nak buktikan pada dia, yang dia tak menyesal pilih aku. Masa tu kami solat berjemaah sama-sama minta Allah lindungi kami walaupun aku tahu benda ni tak berhenti. Then habis solat tu Yusuf pandang aku, lepas salam tu dia minta maaf pada aku untuk setiap kekurangan yang dia beri. Dia selalu minta maaf pada aku, mungkin dia tahu dia sakit dan dia tak dapat menjalankan tangungjawab dia dengan sempurna, korang tahu tak dekat setahun tau dia menderita macam tu. Dari start malah nikah. Jumpa ustaz pun bagi air penawar, bagi ubat, solat, apa semua, tapi tak jalan, habis idea dah ni. Memang orang yang hantar tu nak pisahkan kitaorang sangat-sangat. Dah lama tak bergurau, jadi hari tu ingat nak bergurau lah sikit, nampaklah dia pucat tapi cuba senyum.

“Tahu tak kenapa abang pilih sayang jadi isteri walaupun degil.” Dia tanya waktu tu sebabnya masa tu aku dah nangis-nangis sedih, yelah mana tidaknya ko tengok suami ko kene macam tu. yang ko tahu mesti salah ko kan.

“Entah… kenapa? Sayang rasa sayang ni jahat.” Aku gelak, sajalah nak bagi suasana tak terlalu tegang.

“Sebab semua orang buat silap. Dan biasanya manusia tak akan lakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.” Jawab Yusuf. Yelah ni mesti cakap aku yang salah lah ni. Tapi dia tak salahkan aku pun dia cakap. Ramai yang tak kasi aku dan Yusuf kawin, bukan keluarga Yusuf sahaja, sedara mara, atuk dia, makcik, kawan-kawan dan mak cik bawang. Apa teruk sangat ke perangai aku??? aku bukannya jahat, aku cuma berpewatakan kasar. Tapi aku baik, aku sikit bodoh dan lurus. Rambut aku pun dah panjang, dah tak botak, aku tak pernah seksi, aku cuma boyish tu je!

“Abang pilih sayang sebab sayang baik, Sayang pasti akan jadi isteri yang baik.” Dia cakap slow je tapi cukuplah terasa di hati aku. Dia je yang percaya aku. Korang apa tahu. masa ni makin sayanglah aku kat dia, dan aku berazam untuk jadi isteri yang bagus, tak nak cakap kasar. Aku start pakai tudung, semua sebab cara dia handle aku, dia tak pernah marah, just nasihat dia pedih. Then dia ajak aku untuk jumpa ustaz. Dia kata dia dah sedia. Sebelum ni dia tak sedia sebab dia sendiri takut sebenarnya.

Awal Tahun 2014…
Lepas setahun merana tu, akhirnya kami dipertemukan dengan ustaz yang katanya pandai mengubat. Jadi dia datang rumah kami masa tu. dia duduk dan dia tengok keliling. Masa first kami pegi rumah ustaz tu, dia cuma tengok laki aku je. tapi dia tak cakap apa-apa. then dia suruh sediakan tujuh biji telur, itu sahaja. Segala jenis barang dia akan bawa kemudian. Berdebar pula aku. jadi kali ni ustaz Kassim tu datang dan jalan-jalan rumah aku.

“Yusuf, ambil tanah dan limau ni, perah dalam gayung, campurkan dengan air dan mandi dengan air ni pada basahan pertama.” Ustaz tu pun mula berkata-kata. Misai dia macam A-galak dowh, tapi aku tak tegur. Aku perhati je. Laki aku pun ambil lah barang tu dan mandi.

“Nak sayang tolong tak?.” Aku pelawa diri, haip! Pantang betul! Hahaa. Yusuf cuma geleng kepala senyum, memang tulah dia. Tak banyak bercakap. Bagus aku pergi belajar bahasa isyarat. Kadang-kadang aku bercerita dengan dia, dia cuma dengar dan angguk, senyum dan geleng. Mulut dia pergi mana entah! Geram!!!

“Adik ni dah lama kawin?.” Tanya ustaz Kasiim. Aku cakaplah baru dalam setahun lebih. Yelah dia panggil aku adik pun sebab dia ingat aku budak sekolah. Hahaha dilema orang yang ada wajah comel memang macam tu. Jadi ustaz tu kata, kenapa tak pergi berubat awal? Aku bagitahulah puas dah berubat, tapi tak ada pula yang berjaya setakat ni.

“Allah belum izinkan…” Ustaz tu pujuk. Lepas tu aku pergilah tengok laki aku tu kat bilik air, senyapppp je, dia tidur ke? Lepas aku sampai aku tengok dia masih lagi tak mandi.

“Kenapa tak mandi?.”

“Air tanah ni. Macam nak samak pula.” Kata Yusuf tapi dia pegang gayung tu.

“Mandikanlah dia.” Tiba-tiba ustaz tu jerit dari depan. Haip! Dengar pula aku berbual. Tarik telinga tu kang. Oh lupa, laki aku mandi pakai baju hokay. Sebab dia segan nak buka baju ada ustaz tu. Apa benda lah si Yusuf ni. Jadi aku pun jirus dan sental tanah tu dekat badan dia.

“Sayang slow sikit, ganasnya..” Laki aku berkerut-kerut muka, aku bukan apa aku nak pastikan apa benda yang melekat dekat badan Yusuf tu tanggal.

“Tak akan nak tanggalkan kulit abang sekali?.” Masa ni aku ketawa, owh! Pandai pula buat lawak. Jadi masa mandi tu aku perhati, aku perhati, aku perhati…aku perasan satu perkara. Korang tahu tak apa dia? Yusuf boleh tak buka jam tangan mahal yang aku hadiahkan dia! Damn! Weh! Kalau rosak, memang siaplah dia. Gila jam tu aku sayang, kami beli versi khas, ada lelaki ada perempuan. Aku pun apa lagi, aku tarik jam tu. Aje lah si Yusuf ni.

Jadi lepas mandi tu Ustaz tu suruh kami duduk berdepan dengan dia. Masa ni laki aku dah tak pucat. Lega gila!! Memang dah tak nampak macam mayat seperti sebelum ni. Aku punya lah gembira, aku belai-belai rambut dia depan ustaz tu, Yusuf tolak tangan aku katanya

“Sayang… behave… depan orang ni.” Ok! aku pun pandang balik ustaz tu. Aku senyum sebab aku tengok laki aku dah sihat.

“Kuat cinta awak berdua ni.” Tiba-tiba ustaz tu cakap macam tu. Aku tersipu-sipu dan dengan tak malu aku cakaplah yang aku dulu tackle si Yusuf tu. Bukan Yusuf tu tackle aku.

“Tapi cinta yang kuat tu hanya ada pada Yusuf bukan awak.” Bila ustaz tu cakap macam tu, aku terdiam. Eh! Bukan selama ni aku yang sangat menyayangi Yusuf ke? Yusuf pun tengok aku. kami tak faham apa maksud dia. Kami sayang antara satu sama lain, dan aku memang kuat cintakan Yusuf kenapa pula ustaz tu cakap macam tu.

“Maksud saya… kamu memang sayang antara satu sama lain, tapi kekuatan rumah perkahwinan awak ni pada Yusuf. Satu masa nanti, cinta awak tu akan hilang dan yang tinggal hanya ada pada Yusuf. Dia sahaja yang akan pertahankan.” Kata ustaz tu konfiden. Wah! Aku jumpa ustaz ke doktor cinta???

“Orang yang hantar ni nak kamu berpisah. Caranya adalah menyakiti kamu dengan cara halus, sampai lama-kelamaan kamu akan sendiri tinggalkan Yusuf.”

“Tak mungkin ustaz, sebab saya sayang dia.” Aku pun jawab dengan mata bergenang. Yusuf diam je.

“Hati kamu Nas… hati kamu yang goyah, hati kamu tak tegak, hati kamu senang berubah. Tapi bukan pada Yusuf. hati dia kuat. Jadi sebab tu orang tu hantar pada Yusuf agar Yusuf juga akan ada rasa yang sama seperti kamu.” Tambah ustaz tu. aku dan Yusuf berpandangan. Jadi aku minta penjelasan apa yang berlaku. kemudian ustaz tu pun cerita.

“Air mandi mayat yang telah diperam selama tujuh hari, disimpan di dalam botol, diasap dan dibaca. Diletakkan nama ibu kepada Yusuf dibalut sekali dengan nama Yusuf. Air itu kemudian dijampi dan ditanam di perkuburan wanita yang matinya semasa melahirkan anak. Matinya dalam keadaan yang menyeksakan, dan itulah yang dihantar kepada Yusuf.” Ustaz tu terus terang. Huiii!!! Meremang bulu roma kami.

“Kamu pernah mengandung?.” Tanya ustaz tu, aku mengangguk tapi aku gugur dan itulah tujuan sebenar orang yang menghantar, agar kamu tak mengandung atau melahirkan zuriat dari keturunan kamu. Dan dia cakap tanah yang diberi mandi Yusuf tadi adalah tanah dari kawasan perkuburan. Ustaz tu pun ambil telur, diletak dalam beras, tujuh biji semuanya. Ustaz tu baca alfatehah dan beberapa surah yang aku tak berapa pasti. Agak lama juga lah. Masa ni bunyi telefon dari Yusuf kedengaran. mesej masuk. Yusuf baca, kemudian dia tengok ustaz tu, dia tengok aku tapi Yusuf diam je. aku tanya kenapa pun Yusuf diam lagi, dia tak jawab. Aku ni kesabaran dah lah rendah, jadi aku pun rampas telefon tu aku tengok mesej dari Reza. Aku pun buka inbox

“Tuan di mana? saya nak pulang duit ni. Saya ada di bawah blok tuan. Siapa perempuan pakai baju putih tiga orang duduk dekat tangga tingkat satu tu? Rambut dia menutup wajah. Siapa tu tuan? Saya tak sedap hatilah. Saya balik dulu.” Aku lepas baca tu aku tengok Yusuf, tapi Yusuf suruh aku diam.

Weh!!! Ko ingat kita dalam wayang tengah tengok insidious? Conjuring? Annabelle? Nak diam??? Mestilah aku risau dan takut, boleh pula Yusuf suruh aku diam dulu!!!

Sekali lagi orang tu mesej laki aku. “Tuan siapa perempuan dekat tangga tu??.”

Ok! Aku sambung lagi nanti, tak larat nak tulis. Alaaa tak lama pun, sabarlah…. lagipun kalau nak tunggu aku siapkan sampai habis cerita baru post nanti korang tertunggu pulak kan… Satu aku nak pesan. Jangan takut pada apa pun buatan manusia, sebab yang mengizinkan itu Allah, ada sebab kenapa dia izinkan dan yang paling penting… Jodoh itu kalau bukan milik kamu, kamu tak akan memilikinya. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#CeritaNasa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

33 thoughts on “Sihir Pemisah – Dengan izin Allah (Part 2)”

  1. Bro sentap. Dekat wayang masak tengok Conjuring, Insidious, & Annabelle la aku yang menjerit paling kuat dan paling banyak. Habis movie semua bangun mesti padang aku. #SukaCiteHantu tapi #FobiaTerkejut ?

    Reply
  2. masih tertanya2 skrng masih bersama husband or dh berpisah terus. mesti bahagia rumah tangga awak kalau tkde orang yg busuk hati.

    Reply
  3. Jalan cite lancar je..macam air terjun…tak berenti makcik baca.tahan napas.nk garu kepala gatal pun tak jadi.

    Makcik doakan moga adik & yusuf ada pengakhiran bahagia..

    Reply
  4. Bace perangai Yusof ni terbayang En. Somi sendiri…
    Tahap kesabaran lapis ketujuh…
    Tak banyak ckp jugak tapi bile die tgh tdo, hahahahahah…
    Sikap tolak ansur yg sangat tggi…
    Mmg kekuatan cinta kami terletak pd En. Somi same mcm ustaz ckp kekuatan tu pd Yusof…
    Sbb tu ar walau dlu mse couple+tunang akk berjuta kali mtk clash mse gadoh, die tenaaaannnggg jer…
    Hakak jelah yg kesurupan sensorg meroyan…
    Hehehehehehee…

    Reply
  5. Sambung cepat please..aku tertunggu2 sambungan cerita ni..nak tau sangat siapa yang buat..memang tabah sangat2 si Yusuf ni..

    Reply
  6. sambung cepat . aduhh nyampah lah cerita sambung2 macam drama kat tv3 petang2 tuu . jenuh nak nunggu . pat ket . aku nak tau pompuan mana yang bertenggek kat tangga tu hahaha

    Reply
  7. Sedih beb..menangis2 aku baca masa part yusuf berguling2 sampai pengsan kat dpan tandas..aku bayangkan aku yang dok tggu Reza masa tu..sambung lagi ye..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.