Sihir Pemisah – Dengan izin Allah (Part 4)

Hai warga FS. #ceritaNASA sambungan part 4, haritu kawan-kawan aku yang satu skot dengan aku wassap aku, katanya cerita ni cerita aku ke? Dari jalan penceritaan, diaorang kata tu aku. Tak sangka pula walaupun aku dah tukar nama, diaorang boleh lagi kenal ek. Ok! Nama pun kawan baik kan, so tak boleh nak sorok dah. Lagipun diaorang dah tahu cerita ni. Jadi kalau korang dah baca, lebih baik diam je, jangan gatal, miang, birah nak tag nama aku kat komen. Jumpa sat lagi aku lempang satu-satu.

Aku berlepas dari Sabah petang tu dan meninggalkan Yusuf di wad hospital, aku nekad, aku tak akan berhenti berubat. Walaupun aku tahu dah beratus cara, beribu perkara aku buat belum berhasil. Pengajaran yang akan aku ceritakan ini adalah lebih besar bagi kita sebagai umat islam. “Dosa paling besar adalah syirik! Mempercayai kuasa selain kuasa Allah.” Semoga Allah mengampunkan dosa aku. Aminnn.

Tahun 2015….
Aku teruskan hidup tanpa suami di sisi. Yusuf buat hal dia dan aku buat hal aku, aku kerja di butik, masa ni mama aku dah kahwin lain. Abah aku taukeh ikan, hari-hari aku dapat makan ikan sedap, sotong, ketam apa sahaja makanan semua free. Itulah kemewahan pada aku. Ok pertama sekali aku nak cerita orang yang hantar barang pada aku bukan Joe. Kenapa aku rasa bukan dia, sebab aku rasa dia tiga suku, maksud aku memang otak dia senget. Entahlah mungkin aku tak suka berburuk sangka. Kan aku dah banyak kali pesan, jangan berburuk sangka. Fitnah itu besar dosanya. Kadang kala apa yang kita nampak, tidak seperti apa yang kita nampak.
Macam biasa tanpa pengetahuan suami aku, aku jumpa ustaz, ustaz pun tak nak beritahu siapa yang hantar tu, biasalah memang kalau kau jumpa ustaz, mana ada yang nak beritahu siapa yang hantar kan? Ok selama empat bulan aku dah tak duduk sebumbung dengan Yusuf? Semua baik. Cis! Memang sah orang tu tak nak aku duduk sekali. Yusuf tak ada pula kena sakit macam mana dia duduk dengan aku dulu. Hampir tiga tahun aku duduk sama dengan Yusuf, separuh m**i benda tu kerjakan laki aku, bila dah jauh ni, rileks dan tenang pula suami aku. Tak apalah janji dia bahagia, aku bersyukur. Yusuf pun mula waras, dia dah ingat baca quran, doa dan solat. Semua selepas aku berjauhan dengan dia. Alhamdulillah….

Aku dan Yusuf teruskan hidup berjauhan, dia di sabah dan aku di semenanjung, kami berhubung guna video call. Dia ok! dia sihat malah gembira. (Cipet tol!) aku yang jauh ni yang menanggung rindu. Sesekali aku akan balik sana tengok Yusuf. Dan setiap kali aku balik, Yusuf akan sakit seperti sebelum ni. Kalau aku di sana tiga hari, tiga hari lah dia sakit, kalau semingu, seminggulah dia sakit. Biasalah sihir pemisah, m**i-m**i tak nak aku dan Yusuf bersentuhan. Tak apa… aku tak ada hal. Cinta aku bukan kerana nafsu, aku cinta kerana aku memang cintakan dia. Mesti korang tertanya macam mana Yusuf kan? Kami ok, perkara tersebut menjadikan Yusuf sangat fobia dengan ‘sex’ sebab setiap kali cuba, dia akan sakit. Kami anggap itu adalah ketentuan Allah. Soal nafkah zahir memang Yusuf tak pernah abaikan. Kami boleh katakan kami masih bahagia.

Aku kalau mengamuk dan bergaduh dengan Yusuf pun, sebab kami berjauhan, itu jelah, sebab rindu, sebab dia tak dapat cuti, sebab susah nak jumpa, sebab dia sibuk dan tak dapat video call sebab masalah tenet. selain dari itu tak adalah, masalah orang ketiga memang tak pernah ujud sebab aku kenal dia. Satu hari tu aku perlukan orang untuk angkat kayu pelamin, masa ni aku minta tolong Joe. Aku terdesak sangat. Sebab pekerja aku boleh pula berhenti serentak. Dia datang juga.

“Apahal panggil aku? kata dah tak nak tengok aku?.”

“Nak minta tolong ko ni Joe!.” Aku serah kayu pada dia untuk bawa naik lori, aku tak larat naik sorang, aku dah cuba panggil budak lepasan spm tapinya budak tu tak datang, kerja kene siapkan awal ni, ko gila ? nak tak nak kena panggil dia. Tapi Joe ok, dia buat kerja, membebel macam biasa, dan meleweh malah mengutuk mencarut kat aku sebab panggil dia last minit dan anak tiri dia bising sebab dia keluar.

“Apasal kau minta tolong macam orang perempuan ni?.” Bebel Joe. Dia memang anggap aku lelaki agaknya. “Benda senang je ni tak akan tak larat???.”

Aku diam je malas nak layan.

“Time susah cari aku kalau tak, kau mana ingat aku! elok sangatlah buat kawan macam tu, lepas tu sekarang bila susah, cari aku. Kau tahu tak kalau ko lelaki aku tumbuk muka ko.” Tadi dia anggap aku lelaki sekarang ni anggap aku perempuan pula. Tak lama lepastu bini dia call. Dia membebel kat bini dia, dia cakap dia kerja cari duit apalah itulah inilah lepas letak call dia pandang aku.

“Ko jangan cakap dengan bini aku yang aku kenal ko ke, apa ke,”

“Eh tak ada masa lah Joe, aku nak minta tolong je. lagipun aku nak cakap apa dengan bini ko?.”

“Yelah pasal kita lah dulu, yang kita ada affair.” Jawab Joe selamba, aku hempuk kepala dia, bila masa entah aku ada affair dengan dia, lepas tu dia minta maaf, dan buat kerja macam biasa. dia siap pinjam duit aku sebeb nak belikan kfc untuk anak dan bini dia, dia kerja kampung dan dia kata kadang tak cukup duit. Ok! dekat situ aku dah buang perasaan curiga pada Joe, sebab dia ni memang senget otak dia. Lagipun aku tengok dia sayang gila kat bini and anak dia. Dia masih panggil mak aku mama. Jadi aku yang selama ini salah faham.

Jadi aku, Joe dan isteri dia berkawan baik lepas tu, aku berkenalan jugalah sebab aku tak nak lah sembunyi-sembunyi nanti jadi macam kak Suri. mama selalu lah nasihat suruh balik sabah tengok laki aku, dan aku memang balik sebulan sekali. Tengok tiket murah je aku sebat beli. Kadang-kadang laki aku turun semenanjung, kami bahagia walaupun masih lagi ada ‘kekurangan’. Korang tahu kan apa maksud aku? sihir pemisah ni memang dia hantar supaya aku dan suami aku tak akan dapat bersama. Aku redha. Aku sayang dia sangat-sangat.
Masuk setahun aku berjauhan, aku masih ok, kami tidak duduk sebumbung, dan aku pasrah! Asalkan antara aku dan dia tak ada yang sakit, aku redha. Bukan tak cuba ye, cuba… dalam setahun tu aku cuba duduk dengan dia, tapi keadaan tetap jadi seperit mana dulu. dah banyak kali cuba, tapi keadaan sama. setiap kali aku dan Yusuf duduk dekat, pasti Yusuf akan sakit. Jumpa ustaz pun sama, dah ambil air untuk berubat pun sama. dah bermacam cara buat pun sama. Aku dan Yusuf memang tak boleh duduk bersama. Bayangkan dari tahun 2012 sampailah tahun 2015 aku kahwin, aku tidak boleh duduk sebumbung, mesti akan bertengkar, mesti Yusuf sakit. Bermacam ubat dah buat, tetap tak jalan. Aku takut Yusuf jadi macam dulu, jadi aku yang jauhkan diri, aku cuma tengok dari jauh jelah. Video call itu jelah, terubat rindu aku dan dia. Dia pun tiap hari video call aku . Setahun kami macam tu dan kami masih lagi bahagia, jarak bukan penghalang. Kami anggap tak ada jodoh untuk duduk dekat. So selesai lah pasal penyakit tu sebab kami duduk jauh.

Aku ingatkan dah puas hatilah si penjahat tu tengok kami berpisah. Rupanya dia masih hantar lagi. Bayangkan, tak ada angin ribut taufan badai yang melanda, Tiba-tiba aku boleh pulak paksa si Yusuf ni pindah semenanjung on the spot. Aku beritahu dia kalau dia tak nak pindah awal tahun 2016 bulan februari (aku siap nyatakan tarikh) aku beritahu dia aku akan pergi pejabat agama hantar borang cerai. Atas alasan dia tak mampu jadi suami dengan tanggungjawab yang sempurna. Tak memasal ek? Padahal elok je sebelum ni. Masa tu dah hujung tahun 2015. Entah kenapa aku waktu tu. Haaaaaaa masa ni aku tak balik rumah. Masa ni orang tu kenakan kat aku pula. Cilabai tol!

Aku tidur di butik aku je. Aku tak call Yusuf atau pun video call dia, aku block semua panggilan dia termasuk mesej. Aku meroyan sendiri, aku tak jumpa sesiapa, malah butik pun aku kunci, kalau ada customer aku tak layan. Ha! Masa ni aku meraban. Yusuf call mama aku, call mak dia suruh cari aku. aku pula sesukahati drive waktu malam bukan pergi mana pun, aku bawa kereta masuk highway lepastu pusing balik dan balik butik macam biasa, lepastu tidur. Habiskan minyak dan duit tol. Setiap hari aku buat benda yang sama dekat dua bulan juga. Bulan november dan disember. Masa tu aku dah macam orang tak terurus. Mana ada job pasang pelamin tu aku pass kat staff untuk buat. Aku memang tak balik jumpa mama atau mak mentua. kalau yang terjumpa aku tu aku buat-buatlah ok je. sandiwara semata…

Masa ni Yusuf nak balik tapi dia kerja banyak gila. Dia cari masa untuk balik sebenarnya namun dengan bicara mahkamah lagi dia tak boleh nak tinggal, tiket bukan nya murah korang tahulah kan. Ok lepastu startlah aku mula dengar suara suruh aku eksidenkan diri sendiri. Bila ingat balik, aku rasa kelakar. Aku bawa kereta dekat highway ni dengan kelajuan 160km dan tiba-tiba ada satu suara tu suruh aku pusingkan stereng. Huh! Kau gila ke? Suara tu cakap pusingkan stereng. Aku cakap “Allahuakbar” berkali-kali aku ulang. Setiap kali aku bawa kereta pada waktu malam aku akan dengar suara tu, yang suruh aku kemalangan, kata suara tu nanti Yusuf balik dan akan jenguk aku. Aku pun fikir nak pusingkan stereng ke tidak, nak ke tidak, nak ke tidak, tapi aku tak konfirm pula kalau lepas kemalangan tu aku tak m**i. Kalau m**i dah kira m******h diri. Hurmmm….
Bila berkali-kali aku kene macam tu, aku tak bawa kereta lah lagi, aku duduk je butik sorang-sorang mengenang nasib suami yang menjauh. Aku sunyi, tak call Yusuf dan dengar suara dia. Rupanya dia kat sana kene balik seperti sebelum ni beb! Aku ingat dah settle. Yang uruskan dia Reza, haiii… kesian kau Reza. Nasiblah, dah ko je yang tahu pasal kami. Nantilah bila-bila aku belanja makan kfc. Lepas aku duduk dekat butik tu, aku dengar pula suara tu suruh aku lompat dari tingkat dua. Yelah butik aku ni tingkat dua, tinggi lah juga, kalau jatuh dah ajal boleh m**i. Aku pun berdiri dekat tingkap tu. aku macam dengar orang berbisik suruh aku terjun. Eh! Ni dah melebih ni! Aku ambil air sembahyang aku solat. Aku solat lah sunat ke apa ke janji solat, baca quran dan berzikir, suara tu senyap… tapi kejap je, aku cuma anggap itu imaginasi aku je di atas tekanan yang aku alami.

Eh! Esok jadi balik, suara tu suruh aku lompat bangunan atau pun bawa kereta laju-laju dan pusingkan stereng. Antara dua tu ja. Yelah dua tu je yang boleh cepat mampos gaknya. Aku perasan juga kelibat-kelibat aneh dalam butik tapi macam aku cakap, aku bukan jenis takut sangat cuma aku jadi serabut. Aku tak makan, aku tak mandi. Ni yang tak boleh blah. Aku suka mandi ok! tapi bila kena macam ni aku tak mau mandi. Melihat keadaan aku dan diri aku yang dah serabai, pemarah, tiba-tiba mencarut, panas tak tentu pasal… Aku mengambil langkah bijak, aku dapatkan khidmat psikologi. Aku pergi hospital, dapatkan appointment dan tarikh untuk berjumpa dengan seorang doktor psikologi. Dekat situ aku dapatkan khidmat kaunseling. Satu je soalan dia yang buatkan dia sendiri tercengang.

“Kenapa masa suara tu suruh Nas b***h diri, Nas tak buat?.” Kata doktor yang hensem tu.

“Sebab saya islam dan b***h diri tu haram.” Itu jawapan aku yang membuatkan dia tercengang.

“Ok! awak ada pendinding yang paling bagus! Awak tak perlu dapatkan khidmat kaunseling pun sebab kalau berpegang pada islam, kita tak akan lari dari landasan” Kata doktor merangkap ustaz yang hensem. Ok, apapun akhirnya berbalik pada azali juga iaitu Allah… pusing-pusing itu juga tujuan kita hidup di muka bumi ni kan?.

Aku balik dari hospital tu ditemani kawan aku. dan kawan aku ni lelaki. Bukan Joe dah sebab Joe dah kawin. Beb! Aku memang tak ada kawan perempuan der yang duduk dekat-dekat dengan aku. Kawan photographer aku lelaki semua… aku bukan menggatal tapi aku memang tak ada, dan diaorang tak suka kawan dengan aku agaknya. Mama aku? Aku tak cerita dengan mama aku pun aku pergi berubat bagai, tak nak lah dia susah hati. Jadi masa balik tu, kawan aku mencadangkan aku berubat. Kamal ni kira sedara bau-bau bacang.

Kamal ajak aku berubat. Aku ni sebenarnya dah malas dah nak berubat lagi. Weh! Tiga tahun ni dah macam-macam orang aku jumpa dah, tak larat nak berubat. Tapi dia yakinkan aku sebab dia kata yang ni hebat. Dan dia kenal dengan Pakcik tu dah lama. Dan aku tak akan kecewa. Aku tanya dia ustaz ke. Dia angguk. Oklah aku pun ok jelah, sebab aku memang tengah ada masalah kan, orang nak tolong apa salahnya. Beriya si Kamal ni bantu. Dan akhirnya dia bagi alamat untk berjumpa pakcik tu. sebelum tu Kamal call dulu pakcik tu sebab dia suruh bawa barang. Macam-macam dia suruh bawa. Aku buat jelah. Tapi aku bagi masa dalam lagi beberapa minggu begitu sebelum aku bersedia.

Awal tahun 2016.
Aku tiba depan rumah pakcik tu, aku pergi sorang. Itupun lepas Kamal ni suruh and paksa katanya, dia nak aku berubat dan elok. Aku penat sebenarnya!! Elok nampak bini and anak pakcik ni main depan rumah, aku pun sukalah… yelah betullah maknanya pakcik ni kan? So lepas berbual dan nyatakan masalah, pakcik ni cakap aku kene sihir. Aku tak cerita semua kat pakcik ni, aku cuma cakap aku terkena buatan orang. Full stop! Malas nak panjang-panjang.
Ok dia ajak ke bilik belakang, tempat dia biasa berubat, aku ni risaulah kan, mana tahu dia nak rogol aku, aku dahla comel. Aku malas dah masalah-masalah macam ni lagi. Tapi lepas tu bini dia kata nak teman. Aku pun oklah. Korang tahu masa aku masuk bilik tu aku nampak kain kuning, merah bersilang, dengan ada patung kecil, dengan colok berasap kemenyan. Dan aku nampak ada beberapa gambar yang dimasukkan dalam botol, dan beberapa gambar wanita dan lelaki yang diletak pisau.

“Shit!!!.” Masa ni aku dah tahu aku salah tempat. Tapi baru lah aku dapat tahu rupanya kawan aku si Kamal ni main bomoh. Owhhhh…. itu kerja dia rupanya. Tak apa aku simpan dulu rahsia tu. Siap ko Kamal! Musibat betul! Mesti korang tanya kenapa aku tak lari kan? Ok! cuba bayangkan ko dah masuk bilik macam tu, lepastu pak cik dan makcik tu tengok kau kat depan pintu, muka serius, dia suruh ko duduk. Muka dahlah garang, perkara pertama aku fikir, ni kalau aku lari mau dia suruh polong kejar aku, tak pun dia b***h aku. Yelah Beb! Dia bomoh. Bila dia boleh ubatkan sihir, sudah tentu sahaja dia boleh menyihir. Dan korang tahulah berjumpa bomoh yang mempunyai khadam adalah syirik!!!! Syirik termasuk dosa besar. Aku? aku ada di persimpangan tersebut! Masa ni aku maki hamun Kamal. Dalam hati je….

Aku nak tak nak, aku terpaksa hadap. Dahlah dia bercakap dalam bahasa Indon lama yang dicampur dengan ayat quran. Sudah… sudah…. aku nak buat apa ni. Bro! sepanjang aku berubat dalam tiga tahun ni, tak pernah sekali pun aku jumpa bomoh, semua ustaz yang pakai ayat suci alquran. Ko ingat aku tak ada pegangan agama ke? Dalam hati aku… “Ni kalau mama aku tahu, mahu rumah bomoh ni kena bom!.” Mama cukup marahlah aku percaya benda ni. Aku nak tak nak duduk juga sebabnya aku dah tersepit, aku nak lari takut! Takut dia hantar hantu ikut aku. hantu yang sedia ada dekat aku pun, aku tak tahu nak letak mana dah. Bomoh tu pegang pedang samurai. Pedang samurai!! Bukan burger samurai MCD hokey!! Jujurnya aku takut lah…. Aku sorang pula tu. Aku serahkan segala barang yang dia minta. Baju aku, baju Yusuf, tanah rumah Yusuf dan tanah rumah aku.

Lepastu dia bagi ketip kuku. “Nah p****g kuku!.” Arah pakcik tu, aku pandang kuku jari aku. pergh!! Dalam keadaan macam ni pun sempat dia suruh jaga kebersihan. Aku bukan tak nak p****g, aku tak sempat, serabutlah. Lepas p****g kuku di jari kedua, dia suruh berhenti, dia ambil kuku tu dan sepit tu sekali. Kuku tu dia campurkan dalam air kat dalam besen.

“Antare long ke pamujo ngeba. Sum bari sum kepewong to ngedep si jarikubus!!!.” Mula lah orang tu baca mantera, ayat tu aku reka je aku pun tak ingat apa dia baca. Dia pandang aku, pegang colok. Jibakeeeee…. aku dah tak tahu nak buat apa. Tersepit dowh! Ko ingat aku sengaja ke. Aku ni tak main bomoh-bomoh tau. Bini dia senyum je dia kata tak apa jangan risau. Hotak dia!! Aku dah macam nak tercabut jantung ni terlibat dengan perkara yang boleh menyebabkan syirik. Pakcik tu masukkan baju dan barang aku bawa tadi dalam air yang dipenuhkan dalam besen. Termasuk kuku aku. Tiba-tiba air tu mendidih. Wohooo!!!! Dasyat. Aku pun terkejut. Aku tak pernah nampak ustaz berubat macam ni. Teruja sikitlah, sebab aku tak pernah tahu pun orang yang menyihir ni macam mana caranya. Tapi tiba-tiba depan mata pula. makin lama air dalam besen tu mendidih dan menggelegak. Keluar asap. Panas!!! Pakcik tu pandang aku semula.

“Lima tahun orang tu hantar sihir ni pada kau dan suami, kau tak perasan ke?.” Tanya pakcik tu buat mata terjojol. Cakap baik-baik pun boleh kan pakcik ni, kalau aku tampar kang terbalik gigi tu. Ni bukan dalam filem, ko nak buat seram hanat! Aku pun iyekan aje, hati aku tak sudah berzikir ni. Aku dah tengok dia baca ayat quran campuur-campur, aku dah mula tak percaya langsung pada dia, aku mengiyakan je. Sehinggalah tiba-tiba pakcik tu cakap…

“Empat kali sihir ni dihantar, ini kali ke lima.”

“Kali ke lima????.” Aku terkejut, masa ni memang aku terkejut.

“Dia nak kamu bercerai secepat yang mungkin dan dia dah berjaya pun…” Pak cik tu cakap. Berjaya? Bila? Aku tak pernah pun cakap aku nak bercerai. Damn! Baru aku ingat aku nak pergi pejabat agama bulan depan.

Itu ayat yang aku bagi pada Yusuf sebelum ni!!! Aku punyalah terkejut. Pakcik tu cakap memang orang tu dah nak berjaya untuk kali kelima. Iaitu punca dia aku sendiri! Aku sendiri yang bertindak nak pergi pejabat agama dan failkan surat cerai. Hui! Masa ni aku baru tersedar bhai! Aku cakap dengan pakcik tu aku tak nak bercerai dan aku sayang laki aku. Aku ni cakap macam tu sekadar luahkan perasaan je, bukan bermakna aku mengakui kaedah pengubatannya, aku cuma sedih je kenapa ada orang nak buat macam tu pada aku. pakcik ni angguk je. Tapi tiba-tiba pakcik ni sambung berubat dan buat lah bacaaan apa entah aku pun tak tahu, aku diamkan aje sebab kepala otak aku tengah fikir siapa lah punya kerja. Dah empat tahun aku cari siapa punya kerja. aku dah target balik ni memang aku nak pergi bersihkan diri, yelah entah tempat apa aku pergi entah ni! Yang pertama aku buat, aku nak ketuk kepala Kamal. Tak guna punya Kamal.

Siap berubat, Pakcik tu pecahkan telur, dalam telur tu ada beberapa barang, aku terperanjat juga. Ada benang merah, ada kayu nisan yang diukir berbentuk kemaluan lelaki, ada paku, ada rambut yang disimpul ketat. Semua tu dalam telur tu, kecil je, pakcik tu ambik satu persatu, dia buka ikatan rambut tu perlahan-lahan. Aku ni jenis tak sabar, aku cakaplah tarik je lah… nanti lerailah rambut tu. Aku nak balik ni, malas nak duduk lama.

“Kau ingat orang ni suka-suka ikat rambut ni? Dia ikat rambut ni simpul m**i agar hubungan kau dan suami seperti sekarang ni.” Dialek dia macam indon sikit. Aku diam lagi tunggulah dia leraikan rambut tu sampai terlerai. nasib baik kejap, lepas tu dia ambil paku.

“Paku ni adalah yang diberi kepada suami setiap kali kamu ingin bersama, ia akan mendatangkan rasa sakit yang teramat sangat! sakit di perut yang memulas, rasa seperti m**i.”

Masa ni aku terkejut bro! sebab pakcik ni boleh tahu semua, untuk pengetahuan korang, aku tak pernah cakap pun pasal sakit Yusuf, atau apa pun yang berlaku sepanjang kami berkahwin dari mula nikah. Aku cuma cakap Yusuf kene buatan orang. Itu je, aku tak cerita pasal apa-apa pun dekat pakcik tu, tapi dia tahu. Tapi itu ilmu pemberian Allah… aku pegang tu, segala pengetahuan dari Allah… kita bukan sesiapa pun.

“Batu nisan ni berbentuk kemaluan adalah dikhaskan untuk suami kamu, supaya dia tidak berupaya untuk bersetubuh dengan kamu.” Batu nisan ukiran kemaluan tu pakcik tu keluarkan. kecik je ukiran nisan tu, guna kayu. Dia letak di pinggan kecil yang ada garam.

“Ini adalah jarum.” Kata pakcik tu sambil menunjuk kat aku benda tu. Aku tahu kot itu jarum, dah kenapa orang tua ni??? Aku lempang kang, aku nak cepat balik, dia boleh je cerita cepat-cepat, tapi biasalah nak nampak hebat kan?.

“Jarum ni untuk suami kamu agar dia tidak merasa selesa setiap kali malam menjelma. Setiap matahari terbenam dia akan sakit.” Mata pakcik ni masih bulat, aku tak tahu kenapa dia perlu cakap macam tu.

“Tulang ini…” Pakcik tu keluarkan, memang ada satu benda putih berbentuk tulang. “Ini tulang bayi… tulang ini adalah untuk kamu Nas, agar kamu tak mengandung, dan sekiranya kamu mengandung, kamu akan m**i semasa melahirkan bayi seperti mana dia mengambil semua barang kepunyaan ini dari seorang mayat wanita yang m**i melahirkan bayi dengan keadaan yang amat menyeksakan.”

“Benang merah…” Pakcik tu tarik benang tu. “Menunjukkan orang yang menghantar adalah bukan islam!.”

Bukan islam????? Fahmi, Joe dan Kak Suri islam. Aku sekali lagi terkejut. Dan aku juga tahu perempuan Sabah yang nak dekat Yusuf adalah islam. Siapa orang yang hantar ni??! Kenapa dia hantar pada kami?? Seriusly… semua perkara keluar dari kotak minda aku.

“Maksud pakcik, ni semua diambil dari mayat?.” Pakcik tu angguk, aku teringat pakcik Kassim yang mana kitaorang berubat dulu. waktu Yusuf mandi air tanah tu. dia cakap perkara yang sama. Sihir yang digunakan adalah dari mayat wanita yang m**i melahirkan dalam keadaan yang paling menyeksakan. Entah kubur siapalah malaun ni ambil.

“Saya nak tahu orangnya siapa.” Aku tanya spontan, tak sengaja, aku tak boleh tahan diri, lagipun soalan itu yang aku tanya setiap kali berjumpa ustaz. aku tahu berdosa percaya pada dia, tapi ko dah ada dekat situ dan semua yang dia cakap betul! Kalau korang macam mana? mesti korang tetap rasa ingin tahu kan?

“Orang ni hantar supaya Yusuf m**i sebenarnya, tapi selalu gagal dan berhenti.” Pakcik tu cakap. Setiap kali gagal, orang tu akan cuba sekali lagi. Masuk kali ini dah lima kali dan yang kali ini dia nak aku bercerai, sebab tu dia bagi yang paling kuat.

“Siapa orang tu?.”

“Dari Sabah.” Kata pakcik tu, bila dia jawab macam tu, serta merta aku tercengang. Selama ni aku menuduh Fahmi, Joe dan Kak suri? Sedangkan orang yang hantar tu sendiri aku tak kenal? Patutlah Yusuf yang paling banyak kena, bukan aku. Patutlah sihir tu makin kuat bila kami ada di Sabah, aku ingatkan dari semennajung dan sihir tu terhenti bila melepasi laut china selatan, rupanya aku makin dekat ke tempat asalnya. Ustaz yang beritahu tu mungkin sahaja tersilap. Berdasarkan apa yang aku cerita mungkin ustaz tu cakap berpunca dari aku.

“Perempuan! Lingkungan dua puluhan, bukan islam duduk kawasan pedalaman, dia mahukan Yusuf. Dia akan pastikan kau dan Yusuf berjauhan, dia tak akan lepaskan Yusuf, sebab tu rancangan dia untuk menjarakkan kau berdua berjaya. Dia tak mahu kau punyai zuriat. kalau kau ada zuriat pun, kau akan m**i dalam keadaan yang menyeksakan seperti mana mayat wanita itu. Bila kau sendiri lepaskan Yusuf, maka dia lebih mudah mendekati.”

“Yusuf nak kat dia ke??? Diaorang ada apa hubungan ke??!.” Huii masa ni aku dah hilang kontrol. Tak sabar dah.

“Takkk…..Sebenarnya macam ni….” Lalu pakcik sihir ni ceritakan semuanya tentang perempuan tu dan bagaimana semuanya terjadi. Aku dengar terkebil-kebil, ternganga. Macam tak percaya dengan apa yang dia baru cerita. Tapi nak tak nak aku terima juga. Tapi macam tak logik! Pasal tu je dia sihir kami??????? pasal tu je???? tak logik!!! Kitaorang tak kenal kot dia siapa!!!!.

“Yusuf sangat sayangkan awak Nas, hubungan awak kuat selama empat tahun ni pun sebab Yusuf yang pertahankan, bukan awak.” Kata pakcik tu, Korang tahu pakcik tu siap bagi gambar perempuan yang hantar sihir tu pada aku, macam cina, orang sabah, umur puluhan. Aku memang tak kenal. Tapi aku ambil gambar dia. Untuk ditunjuk pada Yusuf. Pakcik tu suruh send by wasap je.,. perhh!! Canggih bomoh sekarang siak. Aku bila dah pakcik tu beritahu semua, aku tersedar lah dari lamunan. Untuk kali ke lima lah minah tu gagal lagi… sebab aku dah tahu. Aku hantar gambar tu dekat Yusuf.

“Pak cik saya nak balik.” Aku tak boleh berlama, seram pula aku buat benda syirik ni. Aku dah pack barang.

“Pak cik akan hantar semula pada perempuan ni.”

Aku terbeliak mata. “Serius ah???.” Aku tak berniat pun nak menyakiti sesiapa. Tapi pakcik tu berkeras juga nak hantar balik, katanya kalau kalini gagal, dia akan b***h Yusuf.

“Pak cik saya kalau boleh nak buang je, tak nak hantar balik.”

“Bodoh!.” Marah pakcik tu, aku punyalah terkejut. “Orang ni nak b***h kau berdua, kau nak diam?.”

“Apa beza saya dan dia kalau pakcik hantar pada dia? Ok! kalau pakcik hantar semula barang ni pada dia, dia akan m**i kan?.”

“Kalau kau tak nak perempuan ni m**i, aku pulang pada bomoh dia. Tapi perempuan ni akan cari bomoh lain.” Kata pakcik tu. Sudah… Persatuan bomoh nak ambil alih pula. Kang tak pasal-pasal bomoh tu pula m**i. Aku dah menggeleng kepala. Dari cara pakcik ni aku agak dia ni kalau sihir orang memang sampai m**i punya.

“Pak cik saya tak nak bomoh atau perempuan tu m**i. Faham tak? Saya tak nak sesiapa pun m**i.” Masa ni aku tak cover mulut dah, dan sepatutnya aku memang tak boleh macam tu. Pantang bagi orang yang boleh menyihir ni, dia tak suka kita mempertikaikan atau mengarahkan dan mengubah cara dia. Tapi aku memang tak berniat nak melebih, aku datang nak berubat, dan aku ni dah kena tipu dengan Kamal!! Kawan aku sendiri, dan Kamal ni pula ingat aku sama dengan dia main bomoh!

“Dengar sini, aku tak buat kerja separuh jalan. Kau datang sini minta tolong aku, aku kena habiskan. Aku akan hantar pada wanita tu semula.” Pakcik tu mula baca mantera, pejam mata, membebel dalam bahasa entah apa-apa.

“Cop!! Cop!! Twit!! Nanti perempuan tu hantar pada saya balik sihir tu! Bila nak habis???.” Marah aku. Pakcik tu buka mata, tak jadi teruskan bacaan.

“Kau ni lurus betul Nas. Aku tahulah kerja aku!” Masa ni pakcik tu dah marah tau. Yelah aku banyak soal pula. Dia tenung aku.

“Dengar ni… kau tak payah risau apa-apa, selepas ni apa yang kau tahu… tak akan ada sihir dituju pada kau oleh orang yang sama. Kau faham? Aku akan buang segala sihir yang dihantar pada kau dan aku akan pulang semula pada tuannya. Apa berlaku pada tuannya kau tak payah fikir, tapi kalau dia cuba hantar sihir pada kau semula, dia akan kena lebih teruk dari tu. Dia m**i ke apa ke kau tak payah ambil tahu! Aku tak buat kerja separuh jalan! Aku ada cara aku. Sekarang ni kau nak baik ke tidak?.”

Bodohlah kalau aku kata tak nak, aku dah terlibat jauh sangat dah dengan bomoh ni kot. Aku cakap dengan dia, aku datang semula esok biar aku fikir, aku bangun nak blah. Tapi bomoh ni gelak, dia cakap tak boleh macam tu, kena habiskan pengubatan juga sebab sekarang ni perempuan tu dah tahu yang aku nak hantar semula sihir tu pada tuannya.

Wooo wooooo! nanti!! Aku? aku yang nak hantar? Pakcik tu yang nak hantar tadi kan?? Aku dah larang dah awal-awal. Aku tak nak sesiapa pun m**i!! Tapi kata pakcik tu, perempuan tu tahu aku sedang berubat dan nak hantar sihir tu semula, jadi aku tak boleh berhenti, kalau tidak perempuan tu akan balas balik sekejap je. silap-silap Yusuf kat sabah tu sekarang akan sakit. Sebelum perempuan tu hantar, baik dia hantar dulu, kata pakcik tu. Weh! Melampau…

“Ok! Apa saya kena buat?.” Aku, duduk balik lah dekat depan dia. Pening kepala aku dengar cakap pak cik ni. Aku jadi serba salah, aku takut, cuak, risau, aku fikir keluarga aku, keluarga yusuf, semua aku fikir. Korang faham tak perasaan aku? aku ni dah lah dalam dilema, serabut, lepas tu orang buat aku macam ni lagi….

“Teruskan pengubatan ni, kau tak boleh berhenti! Atau benda tu patah balik pada kau!.” Marah pakcik tu. Aku tak suruh pun dia hantar apa-apa kat perempuan tu. Pak cik ni yang memandai… Ni mesti kes dia dah bukak hijab dia lah ni smpai orang sana tahu.

Dia cakap, tak pernah lagi dia buat kerja separuh jalan. Masa dia cakap macam tu aku dah agak dah yang dia akan buat diaorang tu m**i! Dia teruskan bacaan, aku dah tak tahu nak buat apa, aku asyiklah hela nafas tak henti-henti. Mampus aku! Bro! aku ni pun dah sesat sampai ke rumah orang tua ni. Aduhai. Lepastu pakcik ni suruh aku ikut dia baca mantera,

“Bahasa apa ni?.”

“Kau ikut je…..”

aku tak nak ikut!! Tapi dia paksa dia kata nanti pengubatan tak habis, dia marah aku sebab buat separuh jalan! Dia paksa aku baca mantera tu juga, sebab semua mantera yang dia guna atas nama aku. jadi dia tak boleh teruskan tanpa persetujuan aku.

Bodoh!! Apa benda pula ni jahanaammmm. Aku tak tahu pun bila dia letak nama aku, tapi aku syak, dulu Kamal ada bagi dia nama penuh aku masa mula-mula telefon nak jumpa tu. Aku rasa masa tu lah pakcik tu ambik nama aku. Jadi dia dah buat pengubatan ni sebelum aku pergi jumpa dia lagi!

Masa ni pakcik ni memang marah tau aku nak blah dari situ. Gila ko! Mantera kot dia suh baca, memang aku nak lari lah! Dia bengang, katanya kalau kena sihir tu nanti, bukan aku je, dengan dia-dia sekali, dengan keluarga dia sekali kena balik dengan bomoh sana tu! Pendek cerita, dia pun takut sebab tu dia nak habiskan juga, dan dia tak sangka yang aku tak percaya dia, dan tak nak teruskan. Dia dah buka laluan angin sihir tu katanya, jadi lubang udara tu mudah untuk ditembusi oleh penghantar sihir tu. Itu kata dia lah… aku tak tahu sebab aku tak pernah main sihir, ini kalau dia tipu aku semata-mata nak menunjukkan amalan dia tu hebat, aku tak tahulah.

Yang aku tahu, aku takut, aku risau, aku nak balik. Jadi korang nampak tak macam mana tersepitnya aku??? Kira siapa cepat hantar sihir tu, dia akan selamat. Tak ada pilihan, aku buat juga apa dia nak, ini memudaratkan diri aku, suami aku, dan keluarga pakcik ni sekali. Anak dia umur setahun dan tiga tahun. Nanti tak pasal-pasal kalau aku tak buat, pakcik ni pula hanta sihir untuk aku dan keluarga aku. Tak laratlah aku nak hadap lagi weh… sihir pemisah ni pun dah separuh m**i. Damn!!! Aku suruh dia cakap dalam bahasa melayu agar aku tahu aku tak memuja sesiapa dalam mantera tu. Nak tak nak pakcik ni terjemahkan juga dalam bahasa melayu… walaupun dia tak nak!! Aku paksa juga!

“Bismillah… aku Nas, aku pulangkan semula apa yang kau beri pada aku, itu hartamu itu barang mu, dan itu pemberian mu, kau ambil lah semula semua dan tinggalkan aku, aku tidak berdamping denganmu dan aku tidak mahu diganggu, sekiranya kau masih lagi berdegil maka aku tidak bertanggungjawab ke atas dirimu.” Fuh!!! Selesai. Masa ni pakcik ni pun lega. Legalah sebab dia dapat hantar dulu kan. Terdiam kitaorang semua, bersandar aku lepas tu. Argggh!!!! Ini semua mengarut!!! Aku cakap aku nak balik, pakcik tu pun bagi. Lega hati aku.

“Nah ni ambik.” Pakcik tu bagi aku satu kotak kecik. Aku ni kan bodoh, aku ambil aku bukak, aku tengok, aku pegang, aku belek. Dia cakap itu adalah buluh perindu. Wah! Aku tak pernah tengok buluh perindu, macam tu rupanya buluh perindu. Lepastu aku bagi balik kat pakcik tu, aku cakap terima kasih sebab tunjukkan aku buluh perindu tu dan aku anggap semua selesai, aku nak blah!!! Aku nak bertaubat!! Aje gila betul!! Aku dah pack barang nak bangun.

Tapi pakcik tu cakap dia tak boleh ambik buluh perindu tu sebab itu aku punya dan aku dah terima pun. Sudah…. memang lahabau betul lah pakcik ni. Entah bila aku terima, dia kata aku dah pegang itu jadi hak aku. Aku pegang pasal dia bagi suruh tengok! Dia kata simpan sampai ke anak cucu. Ha! Satu hal lagi, dah kenapa nak libatkan anak cucu aku, dan dia pesan jangan simpan sebarangan. Masa ni aku dah bengang. Aku tak minta apa-apa pun dia pandai-pandai bagi pula. Aku berkeras tak nak! tapi pakcik tu kata dia tak boleh ambik sebab itu hak aku!

“Saya tak nak saka-saka ni pakcik…saya tak bela benda macam tu, nak m**i susah.” Sound direct beb. Letih dah aku masa ni.

“Siapa kata tu saka!!.” Marah pakcik tu. Agaknya dia bengang aku dapat tahu, lagipun mungkin saka tu termasuk dalam pakej aku berubat tu kot. Eh! Memang aku bertekak lah dengan dia. Kalau tak saka, kenapa aku tak boleh letak merata? Kenapa tak boleh bagi barang tu pada orang lain selain anak dan cucu? Kenapa dia paksa turunkan pada anak cucu? Lepastu dia suruh bagi makan beras sebulan sekali dekat buluh kecil tu. Hotak dia! Tiba-tiba dia pesan jangan letak sebelah lidi sate ataupun jika aku degil maka semua yang menyayangi aku akan membenci aku. Bingai!! Itu maknanya ko dah bagi aku pendamping. Aku pun tak bodoh lah!!

“Kau boleh balik, dan selepas ini suami kau akan ikut apa sahaja yang kau nak.” Pak cik tu tak nak berlama-lama dengan aku. Pakcik tu pun bangun.

“Ikut apa saya nak?!.” Aku tanya sambil jegil biji mata, ini nasi kangkang mana pula dia nak suruh aku bagi Yusuf ni.

“Yelah… buluh perindu tu buat kau disayangi.” Pak cik tu kibas-kibas baju sebab panas layan aku dekat situ, bini dia pula senyum je.

“Woo woooo Kejap pakcik. Suami saya akan ikut apa yang saya nak?? Apa maksud pakcik?.” Aku betul marah ni bhai, entah apa benda lah yang pakcik ni buat. Dia kata siapa yang pegang buluh perindu ni, orang akan mudah tertarik padanya,

“Yeeeee…. dia akan ikut je apa yang kau nak.” Kata pakcik tu melayan aku walaupun sebenarnya dia dah rimas. Aku dah tak fikir dia ahli sihir ke apa ke masa ni, kesabaran aku dah habis.

“Kau ni terlalu baiklah Nas, kau ni lurus. Senang je orang nak kenekan kau tau tak? Buluh perindu tu akan bantu kau untuk dapat apa yang kau nak, aku bagi kau free, kawan kau nak, aku siap suruh bayar, aku tak bagi sesukahati pada sesiapa.”

“Woo jap! Kawan saya? Kamal ke?.” Pakcik tu angguk. Sebenarnya dia tak boleh bagitau aku tentang hal ni tapi memandangkan aku dah berdegil dan dia nak beritahu, aku adalah pelanggan dia yang istimewa. Oho… ini rupanya kerja si Kamal ni. Pakcik tu kata Kamal dan Ijoy selalu minta pada dia. Nanti korang! Patut aku tengok perempuan keliling pinggan. Likers kat fb pun cecah ribu semua perempuan. Siap kau!

“Pak cik saya tak nak suami saya jadi bodoh, saya tak nak dia ikut telunjuk saya, saya tak nak itu semua, saya cuma tak nak saya diganggu, saya tak nak apa-apa, saya tak minta apa-apa.”

“Tapi benda tu hak kau. Kau tak boleh pulangkan sebabnya kau kena ambik juga. kau dah pegang pun buluh tu.” Pakcik tu keluar, pakcik tu beberapa kali ulang pada aku yang dia tak suka aku pertikaikan kerja dia, aku yang datang cari dia lepastu aku nak marah-marah dan tak setuju dengan cara dia, dia marah tahu tak!.

“Belum pernah lagi aku jumpa orang yang seperti kau ni Nas, aku tak pernah jumpa. Orang yang datang sini semua setuju dengan cara aku. kau tak boleh pertikaikan cara aku! Kau adalah orang pertama yang tak nak. Kalau tak nak kenapa datang??.” Kata pakcik tu bengang. Mana tidaknya dengan dia-dia sekali nak kena sihir tadi, nasib baiklah agaknya aku baca juga ayat yang dia suruh ikut tu.

“Nasib baik lah kau ni kawan Kamal… Aku dah lama kenal Kamal dan Ijoy.” Aku tak tahu apa maksud dia, aku biarkan, baguslah kau berkawan dengan budak dua ekor tu. Perangai macam setan! Aku cakap dalam hati jelahhh tak berani aku luahkan. Aku walaupun marah dia tu, tapi aku takut-takut juga beb.

Aku ambik buluh perindu tu dan aku terus balik. Aku tak cerita pada mama, takut nanti mama aku pergi jumpa kamal. Paling takut kalau mama aku pergi jumpa pakcik tu. Seram beb nak membayangkan. Aku cuma mengadu dengan kawan aku by wassap, aku tunjuk pada mereka cara pengubatan pakcik tu, sebab masa pakcik tu berubat dia izinkan aku untuk ambil video. Jadi kawan aku yang tengok video tu siap beri tazkirah kat aku.

“Nas… syirik ni Nas…” Kata si Fizah. Dia ni duduk jauh, skot aku juga dalam wataniah dulu. Aku terangkan kat dia yang aku tak sengaja, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana sebab dia tak ada dekat tempat tu. Tapi si Fizah ni memang lah membengkeng habis habisan. Dan aku tak salahkan dia pun sebab aku tahu itu salah… Lepas dia cakap tu aku nangis sebenarnya, dia je yang tak tahu. Untuk beberapa hari aku bertenang mengenangkan kesalahan aku tu. Tak tahu macam mana nak sedapkan hati sendiri. Bertambahlah masalah aku dan makin tertekanlah emosi aku.

Kepada yang tertanya Siapa perempuan yang menghantar sihir tu sebenarnya? Dan kenapa dia hantar sihir tu pada kami? Alasannya sangat gila…. Apa yang dia mahu? Macam mana Yusuf? Apa jadi pada dia? Macam mana aku? Macam mana pendamping aku? Part last tak lama lagi sampai ok…

“Allah tak akan berikan kesusahan tanpa ada kesenangan.”

“Berburuk sangka adalah penyakit hati paling dasyat.”

“Setiap yang Allah beri itu ada hikmahnya.”

Dan selalunya apa yang kita nampak, tidak seperti apa yang kita nampak….. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#CeritaNasa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

54 thoughts on “Sihir Pemisah – Dengan izin Allah (Part 4)”

  1. Allahuakbar..kalau makcik pun tak tau nk wat ape..dah tersepit masuk rumah bomoh..Allah tahu niat kita..yang penting, sengaja atau tidak kita bertaubat sesungguhnya.insyaAllah diterima.

    Sambung cepat2 ye nas..

    Reply
  2. Ingatkan sis saje je cari tok bomoh nak kenakan orang yg menghantar tu..rupanya terpaksa dan dipaksa.. Huhuhu..kesiann, selalunya memang bingung jadi bila tersepit dan dilemma gitu, taktau nak buat apa kan.
    submit cerita last part laju laju okeyy..

    *terawal pulak meiyo datang komen..

    Reply
  3. “Antare long ke pamujo ngeba. Sum bari sum kepewong to ngedep si jarikubus!!!.”

    aku beriye skip ayat ni..takut mantera betul..rupe nye ko reka2 je..hahaha..siot betul..

    setori ko menarik & sempoi..ade teselit lawak2 membuatkan aku x bosan membaca..
    semoga ko & yusuf baik2 saje..plis continue setori ko..

    aku bg 9/10

    Reply
  4. Semalam si pah buat hal..arini si taib dukun pulak buat hal…ermmm…ape nak jadi ngn mereka ni…suka mengamalkan syikrik…m**i nnt xthu la camne caranya..

    Btw, cerita cu mmg menyeramkan…ni lah yg terjadi apabila manusia tudak percaya pada qada dan qadar, jodoh dan pertemuan… naseb nenek xjd camni masa nak kan si atok ko tu…huhu…

    Sut sut (selsema plak nenek arini)..

    Reply
  5. Tak tau nak cakap cemana….
    Speechless…

    Dlm keadaan tdesak n tersepit, masa ni la hati x mampu nak halang akal… Wpun niat tu tak menghalalkan cara..

    Reply
  6. Nas..pakcik mane ko jumpa tu? semua org aku jumpa brubat semua ckp benda sama..xnk caya pn kalau semua eah ckp bnda sama xkn xnk caya lg..merata jugak da aku g..tlg laa nas..aku da xtahan nk tanggung cmni..

    Reply
  7. dasyatttt…mana pakcik bomoh tu dpat gambar pompuan(si hantar sihir tu)…musykill gila…dia cari dlm friend fb ke apa…hahahaha…

    Reply
  8. beriye aku baca part baca mantera tu..aku igt betul rupenye ko main tibai aje..hahaha..almaklumlah.. aku sndri xpenah dgr org baca mantera..mati2 aku igt betul..tapi ape yg aku salute kt ko sbb ko tabah wey..kalo aku kt tempat ko sah2 aku dah give up..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.