Sixth sense

Aku nak cerita kan pengalaman aku.

Pada 2008
Masa ni aku tingkatan 1. Aku sekolah di salah sebuah sekolah yang agak tersohor di kedah. Boleh dikatakan banyak.cawangan sekolah ni. Straight to the point. Aku dah lama tak nampak benda alah ni. Last nampak masa aku kecik. Lepastu dah tak nampak. Mula nampak balik masa form1. Masa mula nampak aku tak pernah bagitau sesapa..sekolah aku ni dalam pedalaman sikit.

1 haritu aku ambil wuduk. Tetiba rasa tak sedap hati. Tapi teruskan juga. Usai ambil wuduk, nampak benda putih berlegar legar kawasan asrama. Cara dia bukan manusia biasa. Laju sangat dia punya berlegar tu. Aku try berlagak cool sehingga dengar suara orang menjerit. Aku bergegas masuk surau. Capai yasin sementara orang tengah bawa masuk budak yang dirasuk tu kedalam surau. Sejak lepas tu benda tu memang asyik cuba nak berkomunikasi dengan aku. Tapi aku tak layan. Aku takut.

2009
Aku dah keluar dari asrama. Aku pergi sekolah naik bas. Seawal pukul4.30 pagi. Sampai disekolah tak ada elektrik. Dengan rabunnya aku cuba jugak mengagau. Hahaha. Nak tuntut ilmu kan. Sebaik sampai di sekolah aku terus naik kekelas. Tapi tetiba kerusi seperti di tarik, pintu terbuka dan tertutup. Aku tarik nafas. Aku beranikan diri untuk bercakap. ‘Boleh tak jangan ganggu aku. Aku datang nak menuntut ilmu.’ Pintu terhempas kuat. Aku takut. Aku buat buat pejam mata. Hahaha. Selepas tu aku dah malas pergi sekolah.

2014
Aku nampak balik benda ni melintas jalan. Dalam bentuk budak melintas jalan. Aku tengah bawa kereta tetiba tekan brek mengejut sebab tiba tiba muncul 3 orang budak bawak basikal nak melintas jalan. Mak aku tanya kenapa brek mengejut. Aku cuma cakap. Mak takkan nak hentam anak orang dok lintas jalan kot. Satgi muda muda masuk penjara dah. Aihh. Tak mau lah orang. Tapi aku perasan riak muka mak aku lain. Sampai kat dalam pekan mak aku mintak berenti kedai. Katanya haus. Sedangkan rumah dah tak jauh mana. Boleh ja kalau minum kat rumah. Kat situ lagi sekali dia tanya. Nampak apa tadi. Pasaipa brek mengejut. Bahaya. Jawapan aku cuma 1. Budak melintas takkan nak hentam. Mak aku diam ja lepastu.

Julai 2015
Aku pergi sambung belajaq.
Masa orientasi busy sangat. Masa nak basuh baju cuma waktu pagi pagi buta time orang tengah tidur. Dalam pukul3 aku bangun mandi daj basuh baju. Tetiba meremang bulu roma. Sekali jenguk ke bawah nampak sorang perempuan pakai tongkat. Dikakinya ada budak kecik. Oh ya. Masa ni asrama kitorang 4 tingkat. Aku ditingkat atas sekali. Aku tak berani nak suarakan benda ni kat housemate aku. Jadi aku diam. 1 hari lepas solat jemaah. Kami baca yasin. Aku nampak benda ni tengah marah. Tapi aku suruh kawan aku teruskan. Tiba tiba kawan kawan semua lari lintang pukang. Sebab apa. Sebab dengar bunyi benda jatuh. Ya memang ada. Benda tu terjun dari atas. Takut? Sangat takut. Tapi kalau dah aku takut pasti semua akan berasa takut.

Tak best. Ya memang tak best cerita aku. Aku cuma nak kongikan pengalaman aku. Banyak lagi. Tapi aku tak berani cerita sampai habis sebab lagi 1 sem aku nak duduk kawasan situ. ? terima kasih kalau admin siarkan ni. Assalamualaikum.

 

 

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

7 Comments on "Sixth sense"

avatar
AK miar

oittt sapa kata tak best?
nak lagi…nak lagi…

Zaha

sixth sense baik punya

Cotcot

” Tapi aku tak berani cerita sampai habis sebab lagi 1 sem aku nak duduk kawasan situ. ”
Hahahhahahahahha? btw cerita kau best lah , kalau boleh sambung lagi

Epah

Kau g sklh pkl 4.30 pg…awal giler..

xander cage

aku masuk skolah dulu paling awal pun kul 5.50 pg hehe

Bob

best jgk pe…

EL

macam mane cara dia berkomunikasi?
Telepathy ke?

wpDiscuz