“Sleep Paralysis” ataupun ditindih?

Asalammualaikum, selepas dah baca cerita-cerita yang dikongsikan dekat page fiksyen syasya selama ini tergerak hati nak share cerita yang aku sendiri pernah lalui. Sebelum bercerita panjang aku nak ucapkan terima kasih dekat admin page fiksyen syasya sebab sudi publish aku punya cerita. Btw minta izin ya untuk membahasakan diri ini sebagai “aku”.

Ni memang cerita benar yang aku pernah lalui dan rasanya mesti korang pernah lalui iaitu bila korang tidur rasa seperti di tindih oleh sesuatu sampai nak gerak pun tak boleh. Mata ja boleh gerak badan kaku mulut pula tak mampu keluarkan suara hanya mampu baca ayat suci Al-quran yang terlintas dalam kepala.Ramai cakap yang benda ni ada kaitan dengan sains dengan tubuh badan kita. Aku akui kalau aku letih ya memang aku akan jadi macam ni. Istilah sains cakap “sleep paralysis”.

Selalu aku kena aku pun macam 50/50 nak percaya samada aku kena sleep paralysis ataupun kena tindih. Ok nak di pendekkan cerita macam ni,family aku ni sewa dekat rumah kampong yang yang macm banyak bilik untuk orang sewa maknanya rumah rapat-rapat la(aku pun taktau nak cerita macam mana) . sebelum parents aku sewa lagi satu bilik dan dipecahkan dinding tu bilik tu memang ada orang sewa. Kawan makcik aku juga la. Dia tinggal dengan suami dia. Dan time tu aku form 3 atau 4 aku pun dah lupa dan suami dia meninggal.

Then selepas setahun tu dia pun pindah la duduk dengan anak dia. Bilik tu kosong la parents aku decide nak sewa ja bilik tu untuk dijadikan bilik untuk aku ( walaupun aku dah ada bilik,anak tunggal la katakan) then bila kitaorang dah pecahkan dinding dan dah kemas semua malam tu first time la kiranya aku tidur dalam bilik tu.

Malam first ok takda apa yang berlaku lagi. Lepas seminggu tu aku tidur malam tu aku rasa memang dah tak sedap hati dah. Aku beranikan je tidur walaupun penakut hehe. Bila tertidur tu aku tak sedar pukul berapa dan aku kena tindih time tu aku terjaga badan aku semua tak boleh gerak. Jerat panggil parents aku pun tak keluar suara. Aku pun baca Ayat kursi. Alhamdulilah dalam beberapa minit aku seperti dapat kudrat balik. Aku memang dalam hati ingat nak lari dah tidur tempat lain tapi takpalah mungkin aku letih sangat kot. Aku pun tidur macam biasa malas nak ingat sangat.

Malam seterusnya aku tidur seperti biasa juga. Tak nak la fikir apa yang berlaku semalam. Tengah nyenyak tidur aku pun macam terkejut dan badan aku terasa berat memang kena tindih la. Dalam hati ni Allahu dua kali berturut aku kena. Lepastu mata aku Nampak macam benda hitam macam tangan sedang tutup mulut aku dan telinga aku kedengaran seperti suara berbisik. Memang mulut time tu hati aku baca ayat Al-quran saja. Dan selama beberapa minit bergelut aku kembali seperti normal. Memang nak lari keluar tapi badan jadi letih aku pun sambung tidur.

Esoknya lepas balik sekolah aku cerita dekat ayah aku yang aku kena tindih 2 kali berturut-turut. Ayah aku cakap mungkin letih sangat kot. Aku pun iya kan saja. Malam tu nak tidur macam biasa dan mak aku masuk bilik Tanya betul ka kena tindih……..” aku pun mesti ayah aku bagitau ni.

Lepastu selalunya bila mak aku balik kerja dia akan tidur rehat kejap dalam bilik aku, lepastu dia buka cerita yang dia pun kena tindih juga kalau tidur dalam bilik tu. Lepastu dia suruh aku pergi tidur dekat bilik lama balik.

Alhamdulilah lepas tidur bilik lama aku tak kena macam tu lagi. Aku terfikir juga kalau korang pun terfikir ye lah bukan aku sorang yang kena tapi mak aku pun kena juga. Ada kaitan dengan sleep paralysis juga ka? Ataupun memang betul gangguan. Hanya Allah yang tahu. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku ni maaf kalau panjang ataupun korang tak berapa paham sebab aku cut banyak juga takut terlebih panjang hehe. InshaAllah ada satu lagi cerita yang jadi depan mata aku. Nanti aku share insha Allah.

ERUL ANUAR

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on ““Sleep Paralysis” ataupun ditindih?”

  1. Aq pun rjin kene tindih.. X tahula kne ganggu ke ape ke.. Tpi yg aq thu kalu aq buat keje jht or tidur lewat mlm memang comfern kne tindih..

    Reply
  2. Saya rasa sleep paralysis dan kena tindih tu adalah benda yg sama. Jin tak boleh nak ganggu kita secara fizikal. Jd, dia gunakan karin dlm badan kita utk halang input antara otak dan badan kita. Jin gunakan sleep paralysis utk ganggu tidur kita. Anyway, nice story.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.