Sleep Paralysis

Assalamualaikum admin… Terima kasih kalau cerita aku ini disiarkan.. Actually aku pun baru je lagi follow FS ni. Tu pun terserempak link FS dekat FB. Tak sangka pula FS ni best maklumlah aku ni pun memang dari dulu peminat tegar cerita-cerita seram ni. Jumpa pula medium yang boleh kita share cerita. So aku pun terlintas nak kongsi pengalaman seram – seram kuku aku ni kat sini lah..

Ceritanya macam ni, Jadi dekat diri aku sendiri. Dulu, aku bukan percaya sangat dengan cerita –cerita mistik dan benda- benda tak nampak ni. Aku tahu benda ghaib ini ada cumanya aku tak yakin akan kena dekat aku dan orang sekeliling aku. Ye la bagi aku masa tu aku percaya kita tak kacau dia, dia pun tak kan kacau kita la.

Aku nak kata ada kelebihan sampai hijab terbuka nampak segala bagai tu tak ada la cuma aku memang boleh rasa dan dengar benda alah tu kalau dia ada. Tapi tak lah extreme sangat. Orang cakap kena kacau-kacau manja gitu. Kisah aku start dari aku kecil-kecil lagi. Kena tindih ini perkara biasa dah bagi aku, orang cakap tu symptom Sleep Paralysed. So aku pun rasa tak ada kena mengena sangat la dengan mistik ni, sampai la ada peristiwa tindih yang memang aku tak kan lupa punya sampai hari ini bila mana benda alah ni memang betul muncul depan muka. Kira menunjuk la.

Cerita dia macam ni masa tu aku tengah buat praktikal dekat kilang area hometown aku, masa tu aku tak ada transport jadi aku pergi kerja dengan ayah aku, kebetulan tempat kerja ayah dekat dengan tempat praktikal aku tu. Cuma masalahnya waktu kerja dia awal sikit dari aku, So nak selesaikan masalah tu ayah cadangkan aku tunggu dalam kereta dulu dan cukup masa dia keluar hantar aku ke tempat kerja. Maka, rutin harian aku bermula lah.. Everyday dalam pukul 6.30pagi aku kena tunggu ayah aku nak cukupkan jam. Macam biasa la sementara nak tunggu aku pun tidur. Maklum lah awal lagi. Minggu pertama okay ja , dan seterusnya bermula lah siri aku kena tindih. Masa kena tindih ini memang badan tak boleh gerak langsung dan kau rasa nafas dah hujung tanduk. Kau boleh dengar orang sekeliling, kau boleh nampak orang samar-samar cuma kau memang tak boleh gerak. Oleh sebab aku dah biasa benda camni dan memang aku ingat ianya cuma sleep paralysed aku layan kan je la. sampai la satu hari tu aku kena tindih dan bila aku buka mata ja benda tu memang betul-betul depan mata. Subhanallah.. terkejut sangat.. aku nampak dia tindih aku.. muka dia hodoh yang amat.. rambut panjang dengan mata merah. Bau pun memang busuklah. Betul-betul depan muka aku . memang jarak dia aku rasa seinchi ja atas badan aku ni. Masa tu aku punya panik sampai ayat kursi pun rasa nya tungang langgang. Aku cuba lawan, ingat ALLAH. Baca surah apa yang patut dan baru tersedar. Penat nya rasa kau lawan benda tu macam kau baru habis buat larian 400 meter. So lepas tu aku cerita la dekat ayah aku, mulanya dia diam kan ja. Lepas balik ja kerja hari tu baru dia buka mulut cerita tempat parking kereta tu sebulan sebelum tu ada pekerja perempuan Vietnam gantung diri dekat pokok betul-betul ayah park kereta dia pagi tu.. gulp.. kau boleh bayangkan tak masa tu aku macam mana. Lepas hari tu aku memang tak tidur dah dalam kereta.

Pengalaman lain pulak kali ni bukan tindih lagi dia masuk sekali dalam badan pula, macam awal tadi aku cakap aku kan suka tak percaya benda -benda ni so dia pun nak tunjuk kat aku la dia memang wujud. Aku ada seorang kakak. Kakak aku ni memang dari kecil badan dia lemah. Dia selalu cakap dia kena kacau, benda tu dalam badan dia, dia boleh rasa la apa la. Aku memang tak kan percaya dan selalu kata dia ngada mereka cerita. Haaa. Sampai la satu hari malam tu aku tertidur dekat ruang tamu lepas tengok TV, malam tu dalam pukul 2 pagi cam tu aku rasa badan aku berat nak bangun tak boleh.. sah dah kena tindih. Maka macam biasa aku baca apa yang patut dan tersedar aku pindah tidur dalam bilik aku.

Kemuncak kejadian ni bila aku nak bangun subuh tu aku tak boleh bangun langsung leher aku dah kejang sebelah macam orang salah bantal. Sakit sangat-sangat ..sakit tu aku tak dapat gambar kan. Memang mula aku ingat salah bantal, urat leher aku memang sakit.. aku langsung tak boleh nak toleh sebelah kiri. Aku mula menjerit pangil kakak aku suruh angkat aku bangun dari katil. Lepas angkat aku memang tak boleh langsung toleh sebelah kiri berterusan sakitnya sampai tengahari. Sampai la kakak aku mula mengurut dan baca ayat kursi dekat tempat sakit tu. Sambil mengurut tu dia dengan mulut celupar nya bercakap dengan benda tu. Dalam hati aku pandai-pandai je akak aku ni.

Akak Aku cakap “pergilah main jauh2 kami tak mau kawan dengan hang” lepas ja akak aku cakap ayat tu tak semena-mena aku manangis teresak-esak. Aku memang sedar aku menangis cuma aku tak boleh kawal je. Aku pun tak tahu kenapa. Masa aku menangis-nangis tu aku terus cakap “kenapa hang tak mau kawan dengan aku” berulang –ulang. Lepas aku menangis aku ketawa besar. Dan suara ketawa tu memang bukan suara aku. Garau angat suaranya. Aku sedar masa tu cuma aku tak boleh kawal, mungkin siapa yang pernah alami benda ni ja tahu nak explain cam mana. Kakak aku dah mula panik, masa tu tinggal kami bertiga ja Kakak, mak dan aku dirumah. Dah tu mula aku meracau ada kejap tu aku cam sedar aku cakap elok, ada kejap tu bukan aku cakap. Apa yang aku ulang- ulang cakap “wani bukan percaya benda ni tak kan la dia nak kena” sambil ketawa-ketawa which aku tak pernah Bahasa kan diri aku dengan nama bila bercakap dengan akak aku. The rest memang dah tak ingat , Lepas je kena rasuk tu terus family aku bawa g berubat then ustaz pun cakap tadi ada benda just melintas nak bagi warning.

Semenjak dari kejadian tu baru la aku mula percaya benda ni ada dan boleh kawal kita dan start dari hari tu jugak lah aku banyak kali kena usik. Boleh consider badan aku lemah jugak la. Actually banyak lagi aku kena nak cerita memang tak habis.. Yang paling aku tak boleh lupa gak kena malam lepas majlis kenduri kahwin aku dekat rumah mentua aku. Yang masuk badan aku tu minat pula dengan husband aku.. macam-macam lah sebenarnya.. Nanti kalau aku rajin aku sambung lagi cerita ni. Ini pun dah panjang berjela-jela. Setakat ni ini jelah dulu. Terima Kasihsemua sebab sudi membaca.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.8]

3 thoughts on “Sleep Paralysis”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.