#SP: Pawagam Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama aku tak menulis di Fiksyen Shasha. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku mula mengasah penaku. Hai semua para pembaca FS yang disayangi.

Anda semua pernah menonton wayang midnight movie kan?? Tambah-tambah kalau cerita seram. Fuh, bulu roma merinding. Nak lagi mencabar pergi pula di pawagam-pawagam lama. Dengan bau kepam, menambahkan lagi elemen seram. Kerusi tercabut dan bergoyang. Kisah ini merupakan satu pengalaman kisah benar yang pernah aku alami bersama dua lagi rakanku. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2011.

Malam itu merupakan beberapa hari selepas filem Khurafat ditayangkan. Kebetulan, aku, Mujahid dan Amran baru selesai menyelesaikan tugasan ketika menuntut di fakulti pergigian suatu ketika dulu. Kami pun membuat keputusan last minit untuk pergi menonton filem Khurafat Midninght Movie. Aku ingat lagi malam itu merupakan Jumaat malam Sabtu. Bermakna keesokkannya cuti.

Maka, selesai sahaja solat berjemaah di kediaman Glenview, kami pun bertolak. Kami sempat singgah menikmati Burger Bakar Abang Burn bersama jus mangga gelas besar di Taman Dagang. Tapi nafsu makan kami tidak terhenti di situ. Amran dan aku masih lapar. Maklumlah, dengan berbekalkan berat badan 70kg dan 100kg lebih, kami singgah pula di Drive Thru McD untuk membeli Prosperity Burger Double untuk diseludup masuk ke dalam pawagam. Mujahid turut membeli mengikut kemahuan nafsu kami, walhal sebentar lagi Amran la menjadi juru habiskan burger dia. Kami jarang membeli popcorn wayang kerana pernah tular isu popcorn kutip yang dijual semula. Yakkss.. KEMBANG ANAK TEKAK AKU.

Dipendekkan cerita kami pun memilih sebuah pawagam yang agak lama terletak di Ampang. Nama pawagam itu secara terperinci, terpaksa aku rahsiakan. Kepada para pemburu makhluk misteri dan entiti-entiti ini, korang boleh datang dan alami sendiri. Ada nasib, nampak la, tiada nasib, cakap la besar seperti Mujahid kawan aku ini.

Amran memandu naik ke tingkat atas ruang parkir pawagam ini. Laluan ke tingkas berpusing-pusing. Ruang parkirnya agak sempit tetapi laluan masuk ke ruang panggung agak senang diakses. Tanpa membuang masa, kami pun menyeludup masuk burger yang dibeli tadi di dalam sweater tebal yang dipakai.

Jam menunjukkan jam 11.40 malam, ketika kami mula melangkah masuk.
Semasa di dalam wayang tu, hanya ada 5 orang sahaja. Mujahid, aku dan amran. Maknanya aku diapit ditengah. Lagi 2 orang tu, agakan aku adalah pasangan berumur akhir belasan tahun. Untuk dikatakan pasangan suami isteri adalah mustahil kerana kelihatan masih muda.

Mula-mula movie, kami layan dan nikmati dengan agak tenang. Masuk babak-babak puaka tu menjeling Johan dan Aishah di sebalik pokok, dua pasangan tadi mulai gelisah. Si teman wanita mula terjerit-jerit macam tak tentu arah. Lagaknya seperti diserang histeria.

“Sayang..sayang are u okay!”

“ARGHHH..ARGHHH..TU DEKAT SITU.DEKAT SITUUU.” Sambil dituding jarinya menunjuk ke arah kami.

“Camne Jie, nak tolong ke?” Soal Amran.

“Tak payah. Ilmu berubat ni bukan memandai. Solat pun kadang-kadang akhir waktu tadi, kang menatang tu gelak je kat kita,” balas aku.

Kami mula tak sedap hati. Tapi zaman student kan. Duit tiket mahal, rugi woi nak keluar awal. Pasangan itu beredar setelah mamat tu gagal mengawal teman wanita tu. Teman wanitanya yang sedikit seksi, dirangkul dan dipeluk keluar. Entah dia nampak betul-betul ke nak bermanja-manja dengan mamat tu. Seram bercampur meluat geli.

Tinggallah aku, Amran dan Mujahid sahaja di dalam panggung wayang. Mujahid ni memang kaki tak percaya hantu, tapi terjerit-jerit jugak la bila babak mengejut. Berdekah aku ketawa dengan gerak tubuh terkinja-kinja Mujahid apabila babak terkejut muncul. Eleh! Tak takut konon.

Sampai babak Johan dukung mayat berkafan tu, tiba-tiba..

“Ehh…apa ni!” Tempik Amran sambil berpaling ke belakang, menjenguk ke bawah. Dia alihkan semula pandangan dan terus menonton sehingga movie habis.


Kami sangat terhibur. Bagi kami Khurafat merupakan filem melayu pertama yang mampu membuatkan kami meremang. Mungkin ditambah dengan suasana sekeliling. Untuk pengetahuan, pawagam yang kami pergi ni merupakan satu pawagam lama, di mana untuk memandu turun ke jalan bawah, kami akan melintasi beberapa deretan kedai bercermin.

Sambil turun menggunakan kereta, kami membincangkan perihal filem tadi. Sedang kereta Amran dipandu turun dan turun.

“Allah!!!” Mulut aku automatik melontarkan kata.

“Allahu Akbar!” Mulut Amran turut berbunyi.

“Korang dah pehal. Nampak hantu ke. Kahkahkah.” Mujahid mempersendakan kami.

“DIAM!” Melangit suara Amran. Tegas.

Aku dan Amran pucat. Mujahid terus ketawa sambil tangannya tercuit-cuit lemak perut Amran.

“Eleh..patung je punn..Haha..Pondan la hampa ni!”


Mesti hampa ada kawan macam Mujahid ni kan?? Memang ada. Sebab dia tak nampak, dia akan sentiasa celupar.

Dalam panggung wayang tu, Amran tiba-tiba menjerit tu sebab ada orang tarik kaki dia dari belakang. Kuat dan erat pegangan tu. Bila Amran berpaling dan tengok ke bawah. Kosong!!!

Entah. Kami berpendapat mungkin ada teori menyatakan tikus di dalam panggung wayang tersebut yang menarik kaki Amran. Tapi bagi aku dan Amran, mustahil tikus dapat menarik dan menyentap kaki Amran sekuat itu.

Masa turun tu pula, memanglah dalam deretan cermin tu patung. Tapi salah satu patung wanita tu, ada susuk tubuh gelap berkepala botak sedang memeluk patung tu sambil menjelir lidah panjang menjilat-jilat dada patung tu. Matanya pula menjeling ke arah kami. Mata makhluk itu terbeliak, membuntangkan matanya. Mata hitamnya halus dan nipis, terletak betul-betul di tengah ruangan mata putih.
Makhluk apa tu?? Aku pun tak pasti. Dan tak mahu terserempak lagi.

Hurm..tak seram korang kata?? Mahunya tak seram. Jam pukul 1.40 pagi masa tu. Tak seram bagi Mujahid. Tapi untuk aku dan Amran, kaki kami terpaku. Jantung rasa nak gugur. Meremang. Serius seram. Tetapi bercampur perasaan geram dek kerana keletah Mujahid yang terus mempermainkan kami sepanjang jalan.

Kepada geng-geng seperti Mujahid aku sentiasa berdoa hang akan jumpa ngan puaka seperti pocong sebagai pengajaran keceluparan hang.

Ok. Macam tu la kisahnya. Memang pendek. Tetapi kisah benar kan? Tak perlu ditokok tambah lebih-lebih. Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau menafikan kisah aku ini.

Jangan lupa dapatkan buku SEGITIGA ye. Pre-order dibuka sehingga 31hb Oktober 2017. Jangan kata aku paksa beli pula. Siapa berminat, boleh beli.

Kalau yang tak berminat dan belum mampu, boleh add FB aku, SenyumanPerantau SP. Banyak penulisan aku yang boleh korang baca di sana secara percuma.

Terima Kasih FS! Kerana terus memberi peluang kepadaku untuk terus berkarya…Jumpa lagi..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.4]

92 thoughts on “#SP: Pawagam Ampang”

  1. Lama SP menyepi! Welcome backkk!

    Betul bro, bagi yang tak pernah nampak atau alami perkara ghaib dan mistik ni memang akan ketawa kalau dengar atau baca benda-benda macamni. Bagi yang pernah rasa, mesti akan faham.

    Cerita SP yang ni padat, ringkas, tapi masih ada unsur seram dan suspennya. 5 bintang!

    Reply
  2. Hi SP. Pendek tapi seram juga sebab akak pernah gak alami kes sesat dalam mall lepas trngok midnite. Haru suNgguh. Dan dan tu nampak segala bayang kat cermin kedai. Nyaris tak nampak the real one. Kalau tak mau pingsan

    Reply
  3. Part johan dukung mayat berkafan tu serius seram..aku rasa movie khurafat ni salah satu movie hantu yg best, seram & logik..hahaha..aku suke tgk midnite movie..alhamdulillah masih okey xde gangguan..mntk dijauhkan la..hihi..kalo kene kacau mau tekincit aku kt situ..

    setori best..walaupun pendek je tapi keseraman yg SP cuba smpai kan tu smpai di lubuk hati cikbambam..teknik penceritaan & penulisan mmg terbaik..cikbambam bg 9/10..

    Reply
  4. Ok… dah la suka tgok movie mlm2 pasti otw blik rumah kne lalu jalan gelap, berbukit + seram dan paling best ALONE!! hihihi..

    Reply
  5. Memang seram kalau yg dah alami sendiri.
    Sye penah jugak terkena masa nak balik lepas habis movie. Dalam pkul 1.30am masa tu. nak pergi parking kena turun lift. Cinema kat tingkat 7. Tempat parking tngkat 3. Masa dalam lift, pintu ttup lepas tekan button off. Then, dia turun dan berhenti di tingkat 5, takde orang pun. Pintu ttup semula, lift tak bergerak dan pintu terbuka semula.Masing2 dah cuak. Kemudian pintu tertutup dan turun ke tingkat 4, dan terbuka lagi even takde sape pun yang tekan. Dia main ttup bukak jugak kat sini. Ktorang apa lagi. Semua berpandangan sesama sndiri sebelum lari lintang pukang turun ikut tangga. Lepas kejadian tu, tobat dah nak tengok movie smpai lewat mlm.

    Reply
    • rasa bnda yang samaa..paking ketaa dia pon dah seram…..tgkat 3A ja ade org….1,2,3 gelap sgtttt….tp slalu pegi tgk midnight ctu..paling dekat..hahahaha

      Reply
    • Lina pun rasa Galaxy Ampang, haha. Situ memang scary lah, sunyi pulak tu. Tak tahu perasaan orang orang yang kerja dalam tu cemana, huhu

      Reply
  6. Berani btul korang eyh….klo dah berlima pastu tggl bertiga elok angkat kaki jer.korang xnmpk kiri kanan depan blkg bnda2 tu mnonton sekali taw x.sebab mata tu masih berhijap…?try tbuka hijab..akak rs mau tceri beri 3-3 dentist ni. haha.

    Citer best. Akak xkan kedekut nk rate dgn korang2 yg tulis cerita dlm ni.penat kut taip..Akak pun xmmpu nk korban ms nak taip cerita?..salute!!

    Sososooo…….5 ?????!!!???

    Reply
  7. Best…!!
    Kalo aku ada kt situ, aku dah genyeh cili padi kat mulut mujahid… Dah ler celupar, gelakkan org plak tu… Huhuhuuu

    Nice story bro SP ??

    Reply
  8. tak pa la sekurang-kurangnya ada sorang yg tak terbuka hijab. dibuatnya dia nampak antu tu maunya terbabas kerete korang. cuma remind dia la pasal kewujudan antu2 ni. bagi baca FS mesti lepas ni dia pun kecut perut.

    Reply
  9. Kenal sangat tempat ni..
    Haritu nak pegi karok kat tingkat atas tu, salah tingkat pulak..
    Terpaksa redah deretan kedai kaca tu..
    Memang ada benda kat situ..

    Reply
  10. Tempat tu meng tk ramai orang.
    Tapi selesa bila nak tengok cerita baru. Takde la nak bersesak beli tiket.

    Dekat dgn McDonalds drive thru tu ek

    Reply
  11. Hi, is anybody here interested in online working? It is simple survey filling.
    Even 10 bucks per survey (10 minutes duration). If you are interested, send me email to hansorloski[@]gmail.com

    Reply
  12. tak silap aku pawagam tu la yg bnyak org kne lepas tgk cite hantu. dkt ampang kan? (aku tak sure dekat area mana) kawan kepada akak aku penah kene. diaorang tgk cite conjuring yg versi valak tu. tapi tak kne dkt pawagam tu. bende tu ikot balik ke rumah. akak aku ckp dia meracau malam lepas diaorg tgk cerita tu. yg perawat tu ade ckp kt akak aku yg ikot dia tu bukan asal dari pawagam tu. dah ramai cuba rawat kawan akak aku tu tapi x oky jugak. and last family dieorg decide bwk ke kampung untuk berubat secara tradisional plk. 3 minggu lepas tu kawan akak tu dh oky. boleh masuk kerje semula. tapi still ade yg ganggu dia. ha tu je la nk share.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.