Speaker Sekolah & Ghostbuster Sekolah

Cerita di bawa semuanya benar belaka. Tapi aku tak reti nak jadikan jalan ceritanya seram. Hanya mengalami sendiri akan rasa seram
Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh. Aku seorang yang pendiam. Tak banyak cakap. Berkawan dengan kucing. Selalu akan ada kucing yg teman aku berjalan. Orang memanggil aku misteri. Tak pasti apa yg menyebabkan aku di gelar sebegitu. Mungkin orang sekarang akan gelar aku psiko.haha. Not really sebenarnya. Just korang yg tak kenal aku lebih rapat. Ini asrama kedua yg pernah aku masuk. Sebelum ini pernah juga sekolah berasrama di tempat lain. Bila sebut asrama, pasti ada kisah seram yang sering menjadi sebutan.

 

Ceritanya,aku jenis cepat detect something. Im an observer person. Sbb tu kot pendiam.(pendiam la sgt~) Bukan boleh tengok benda2 ghaib tu. Just dapat rasa. Naluri hati.Kita semua ada sixth sense. Kuat tak kuat je. Pernah suatu malam, aku dan roomate 8 orang seronok2 main mekap sebab malam esoknya kami ada annual dinner. Bilik ni ada 8 orang tapi dpecahkan jadi kiub, so 4 orang 4 orang. Seronok main mekap, pakai celak, maskara, lipstik segala bagai. Dah serupa apa dah.Yela, x penah pakai pun selama ni. Excited dia lebih sikit.haha jakun betul. Tengah seronok2, tiba2 hati aku terdetik rasa x sedap. Something wrong somewhere tp aku x tahu kenapa..terus aku stop. Otak aku terus mencari2 sebab perasaan pelik ni. Rasa serabut bila x tahu punca. Aku keluar bilik . Hajat hati nak tenangkan fikiran, sambil cuba mengerahkan minda mengesan apa yg x kena . Aku tahu there is something wrong dengan keadaan sekeliling.

 

Sudah lebih dr jam 12.30 tengah malam. Kebetulan,warden semua tak ada di asrama waktu tu. Semua cuti. Suka hati je kan tinggal student.haha. Aku masih kat luar konon2 mencari ketenangan, tengok keindahan langit yg tuhan ciptakan. Tengok bintang2. Rasa insaf menyelinap sikit demi sdikit tengok semua kebesaran tu. Tiba2, hampir pukul 1 pagi terdengar sayup2 suara azan dari corong speaker . Aku tenhok jam, eh pukul 1 pagi. Mesti ada yang mamai bangun azan tengah2 malam macam ni. Siap speaker sampai seluruh asrama lelaki dan perempuan dengar. Aku tersenyum. Sebenarnya lebih kpd nak cool’kan diri. Tak elok fikir bukan2 kan..haha. sampai la sorang roomate aku panggil masuk ke dalam bilik.

 

Starting that time, semua orang dah bisik2 tanya apa yg berlaku. Kenapa orang azan tengah2 malam ni. Dalam bising2 tu, aku teringat mekap kami yg ntah apa2 terus aku bersihkan. Ambil cermin,sapu semua mekap,celak bagai tu. Dalam hati, i knew this would happen. Jauh di sudut kiub bilik, ada sorang roomate aku ni pikir aku dah kena sampuk ke apa dok main cermin sorang2.sudahh.haha. Tapi sebenarnya, memang gitu perangai aku. Selalu time orang takut, cemas. Aku pula jenis brtentangan. Cool, muka tak ada perasaan,tenang. Boleh senyum lagi. Pernah tak rasa, bila tengok muka kawan kita takut automatik kita akan rasa berani. Tak tahu la normal ke tak rsa mcm tu sbnanya.haha.Acah2 berani nak lindungi kawan la kononnya.pada hal, takut jgk..muka je cool.

Tup tup aku pun tak pasti macam mana tetiba member yang kata aku kena sampuk tu dia pulak yg kena. Aisehh..terpaksa pegang dia. Mata dah melilau lilau.Badan menggigil. Suara merengus2. Tiba2 terdengar jeritan yg sangat nyaring. Meraung. Satu asrama dengar sebab bunyinya dari speaker. Rupanya ada sorang pelajar yg histeria dorang bawa ke surau. Lepas azan tadi, suis pembesar suara tak tutup. Semua terkejut dengar suara pelajar yang histeria tersebut. Dipendekkan cerita, roomate aku yg terkena ni sebenarnya lemah semangat sikit. Dia cepat ter “effect” dengan benda luar tersebut. Bila yang disurau meraung, dia pun meraung sekali. Meraung saja takpa, ini dipeluknya aku. Tak ada ruang nak lepas lansung. Roomate yang lain semua dah lari keluar bilik. Korang boleh bayang dengan tak ada warden lansung. Kami usaha macam2 untuk pulihkan dia. Bila tunjukkan yasin dah alquran dia merengus2 marah. Matanya tak lepas memandang tajam ke atas syiling brhampiran pintu bilik. Aku cuba perhati juga mana tau ada something yang brgayut kat situ. Nasib baik tak nampak.

Alternatif seterusnya, aku suruh ahli bilik yg lain baca yasin.kebetulan aku uzur masa tu. Aku duduk bersama roomate yg terkena tu. Sorang2. Pegang dia. No, actually dia yg pegang aku . Maka yang lain pun mula membaca yasin. Tapi, budak2 ni semua memang bertuah betul. Dibacanya yasin kt katil masing2. Korang bayangkan bilik tu dah la dipecahkan kpd kiub. Dengan jarak katil yang jauh2. And they let me there alone atas katil dgn budak yg terkena tu..Fuhh.. nak tergelak pun ada time tu. Lepas tegur barulah dorang datang duduk dekat dengan kami. Ada yg tarik kerusi study duduk sebelah. Baca. Tengah2 baca yasin tu, tiba2 terdengar lagi jeritan nyaring dari surau. Kau bayang dia jerit dekat mic ke apa, kuat gila speaker tu meraung. Automatik roomate aku yg sorang tu pun bangun meraung. Peluk aku kuat2. Mengucap aku kat situ.

Yang paling mengucap panjang, bila tengok ahli2 bilik bersatu aka roomate aku yang lain semua lari keluar bilik. Yasin kat tangan di campak. Kerusi ditolak. Serbu pintu dan lari. Astagfirullah.. Korang ni memang roomate yang sejati. Tinggal aku sorang2 macam tu. Tapi sumpah time tu,memang aku nak gelak gila2. Sumpah lawak reaksi dorang. Tapi aku tahan gelak. Kang aku gelak ttiba aku plak yang kena..takut tu takut jugak. Dipendekkan cerita, disebabkan semua warden tak ada time tu.(rasa nk marah jgk time ni,boleh plak tinggal students gitu je). Kami buat bacaan yasin kali kedua, tapi kali ni lebih ramai lagi.ajak geng2 bilik lain bertandang baca yasin sama2. Siap report pada geng lelaki ghostbuster sekolah kami semua sebagai langkah persediaan kalau jadi lebih teruk. Oh ya, sekolah aku ada satu geng budak laki yg jadi ghostbuster melawan kejahatan makhluk gelap ni. Next time aku cerita pasal dorang pula . Endingnya, roomate aku yg terkena ni akhirnya sedar. Sedar lepas air mata aku menitik kena kat muka dia . Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat sampai air mata jatuh. Tapi apa pun,alhamdulillah.semuanya kembali seperti sediakala.

-Ghostbuster-

Disebabkan sekolah berasrama penuh, mcm2 dugaan n gangguan yg kami hadapi sendiri. Bagusnya, kami ada team ghosbuster yg selalu jadi hero membantu bila jadi kes2 gangguan tersebut. Team ghosbuster ni geng surau juga. Ketua dia selalu pakai kopiah putih. Silang tangan ke belakang. Berjalan round kawasan..

Lepas isyak, semua pelajar wajib study di blok akademik which is dekat kelas la. Tapi ada juga pergi study dekat surau. Aku salah sorang. Bukan nak kata aku budak surau yg bajet bagus .tapi study kt situ lebih aman n tenteram. Senyap je. Aku pula jenis x boleh study kalau orang ramai. Nanti aku study orang yg lalu lalang je..x fokus betul.haha

Satu malam, aku keluar bilik lambat utk pergi prep. Semua orang dah keluar dari blok asrama. Gelap gelita. Macam biasa, perasaan pelik tu muncul lagi. Rasa x sedap hati. Naluri hati said something gonna happen tonight.cehh, bajet2 cool. aku berjalan keluar juga. Sampai kat persimpangan antara blok akademik dan surau. Aku rasa gelisah lagi. Boleh pula berhenti kat persimpangan yg gelap gelita tu berfikir.. Dan tak tahu kenapa malam ni lampu kat situ tak menyala pula. Dalam dok berfikir2, aku nak ke blok akademik ke surau. Tiba2 aku terdengar suara. Suara macam orang menjerit sayup2. Bulu roma dah meremang naik.. Nak ke surau trpaksa melalui makmal yg sunyi dan gelap tu. Nak ke blok akademik, hmm macam tak best.
Kaki aku terus membelok ke jalan surau. Aku percepatkan langkah. Suara2 yang aku dengar aku abaikan. Sampai di surau terus aku masuk, ambil meja rehal cari port. Ada 2,3 orang yg study kat surau juga. Aku cuba berlagak tenang. Senyum pada mereka. Nothing happen..

Tengah2 mengadap buku, kusyuk la kononnya. Tiba2 terdengar suara orang menjerit di luar. Makin lama makin kuat. Aku menjenguk keluar. Kelihatan 2,3 orang pelajar memapah seorang pelajar yang histeria ke dalam surau. Opss, 2 orang histeria.

Aku cuba membantu menenangkan pelajar yang histeria tersebut. Sambil membaca beberapa potong ayat al-quran yg aku ingat dan yg diajar, aku sapukan minyak syifa ke pergelangan anggota nadi budak tersebut. Lama2, dia semakin tenang walaupun masih tersedu sedu menangis. Aku memberanikan diri bertanya, apa yang mengganggu kamu. Dengan terketar2 dia menjawab, ” Tadi masa lalu depan makmal fizik, saya nampak benda tu ‘hanging’ kat depan saya. Dia tergantung.”

Kami hanya saling berpandangan. Telan air liur. Di luar surau, geng ghosbuster sedang memeluk tubuh memandang ke arah kami. Salah seorang dari geng tersebut berlari dan tiba2 terjatuh di tangga surau. Sewaktu mendongakkan kepala untuk bangun, dia ternampak makhluk berbaju putih sedang terbang di atas kepalanya. Terus dia pengsan. Keadaan bertambah kecoh sehinggalah tidak lama kemudian, warden pun sampai membantu. Aku serahkan perkara tersebut kepada mereka. Setelah ku kemaskan buku2 dan barang aku keluar surau menuju ke blok akademik. Sorang2. Dan trpaksa melalui makmal itu lagi.

Pelajar pelajar tidak dibenarkan ke mana mana. Sampai saja di blok akademik, semua sudah bising2 bertanya apa yang berlaku. Aku hanya diam dan tersenyum sahaja.

Kisah 3.
manakala kami baru selesai menjalani latihan untuk peringkat daerah(tak perlu cerita panjang kot).Senior kami kak Nabilah,kak Aisha dan kak Mizah(bukan nama sebenar) pergi mendapatkan makanan di kantin untuk makan tengah hari.Setelah hampir 15 minit menunggu, tiba-tiba kak Mizah datang dan arahkan kami ke surau dengan kalut. Tanpa menyangkal apa-apa kami bergerak dengan pantas memandang kak Mizah terkenal dengan sikap tegasnya.Setelah disoal barulah aku tahu cerita sebenar.Rupanya sewaktu mereka ke kantin untuk mendapatkan makanan, terdapat seorang pekerja,mak Limah(juga bukan nama sebenar)sedang cuci pinggan. Tiba-tiba dia menjerit dan menunding jari ke arah tingkap depannya. Yang dilihatnya adalah makhluk yang tidak tergambar rupanya dengan taring di sisi mulutnya bersama badan yang seakan akan beruk hitam legam. Mereka memanggil ustaz untuk menolong mak Limah tadi memandangkan dia mula meracau-racau.Selepas kejadian itu kami diminta didiamkan saja memandangkan hanya kami yang akan berada di hostel tersebut selama 2 hari.

Hari Kedua:
Kami menjalani latihan seperti biasa cuma kali ini kami terlajak masa sehingga waktu magriib menjelma. Mak aku selalu cakap,kalau magriib jangan keluar rumah sebab syaitan dan jin berkeliaran.Tiba-tiba saja aku meremang bulu roma.Selepas azan barulah kami pulang ke asrama.Kami diarahkan untuk mandi dan bersiap untuk solat magriib berjemaah. Tiba-tiba salah seorang ahli menangis dan menunding ke arah blok A lebih tepat lagi dorm2 yang dikenali sebagai dorm paling ‘keras’.Secara tiba-tiba juga dia menjerit dan mula meracau.Kami membawanya masuk ke dalam dorm dan mula baca yassin. Sewaktu aku baru membaca di suku surah yassin tiba-tiba dia ketawa dan berkata ‘Hahaahaha..kau baca salah..Hihiihihi ‘terus terdiam kami yang mendengarnya. Kak Mizah,Aisha dan kak Yana cuba memegangnya dari terus meronta dan meracau. Dengan yakinnya dia menunding jari ke arah aku seraya berkata ‘ kawannnnku..jom pergi dorm2..ambil coklat aku. Nak tak? ‘mau tak menangis aku kat situ. Jurulatih dan ustaz yang kami call dari tadi tidak dapat masuk ke dalam asrama oleh kerana pagarnya berkunci. Penjaga tiada di situ untuk buka kunci kerana pergi meronda.Tiba-tiba kak Farah jadi seperti mamai dia cuba membaringkan kepala di atas paha salah seorang ahli yang juga rakanku.Kebetulan aku berada betul-betul di hadapan mereka.Kami masih meneruskan bacaan yassin meskipun tunggang langgang dan bercampur aduk dengan zikir sekali sekala.Aku mengejutkan kak Farah kerana takut dia menjadi lemah semangat. Kata orang lagi kita lemah semangat lagi itu dia seronok buat kacau.Tiba-tiba dia membeliakkan mata dan memandang ke arah syiling.Apabila kak Mizah cuba memanggil namanya,dia menjerit dengan nyaring.Rakanku tadi awal-awal lagi sudah lari mengasingkan diri kerana takut.Kami terpaksa mengawal dua orang serentak sementara menunggu ustaz dan jurulatih.Ahli pertama yang mengalami histeria tadi bangun dengan mengejut lalu melompat ke atas katil yang dua tingkat.Bila ditanya kenapa katanya panas kemudian dia ketawa mengilai. Penat juga membuat misi memujuk ‘ahli’ itu turun dari katil sehinggalah ustaz telah sampai. Ustaz berjaya menguruskan perkara itu dan sempat memberi beberapa nasihat serta teguran. Keesokkannya kami terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana khuatir kejadian seperti ini berulang lagi.

Tambahan :
Kata orang kakak itu ‘membela’.Walllahualam kerana saya tidak mahu bersangka buruk tetapi ada beberapa orang yang pernah melihat ada ‘benda’ mengekorinya setiap masa.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *