SPIRIT SPIRIT COME TO ME

Tq so much to admin FS yg sudi siarkan cerita aku. Ni kisah aku yang kedua. Sebelum ni aku cerita pasal kakak cantik ganggu aku & kawan sebilik kat hostel kolej aku di Melaka. Tanpa buang masa aku nak terus bercerita.

Mesti korang pernah dengar pemainan seru roh yg famous tu kan? “SPIRIT OF THE COIN”. Aku terlibat dengan permainan ni masa zaman sekolah menengah di form 5. Masa tu tahun 2001. Memang aku tau permainan ni famous dan berbahaya. Aku pun x jangka aku boleh main benda ni.

Zaman sekolah dulu aku suka baca novel Ahadiat Akashah. Ada 1 novel beliau bertajuk ” Awek Cun”. Masa aku baca novel tu, berkisah tentang seorang awek cun yang dah mati, dalam cerita tu watak dia hantu yang cun. Baca punya baca novel tu. Tetiba aku tetarik pada 1 muka Surat ni. Ada gambar rajah, “huruf A to Z, nombor 0 to 9, Home, Yes, No” Kmudian diikuti ayat seru untuk memanggil roh. Aku jadi tertarik dengan rajah tersebut. Excited nak tau ending, aku habiskan baca novel tu sampai habis.

Lepas dah habis baca aku keluarkan kertas A4. Aku start lukis seperti gambar yang ditujukan dalam buku tu. Lepas tu aku buat ayat seru aku sendiri. “Spirit.. Spirit.. come to me, please come and join me”. Dah setel part tu, aku cari duit syiling 50sen yang besar tu, yela syiling dulu kan besar, mana sama macam zaman sekarang kan. Ok. Aku duduk dalam bilik, aku cuba permainan tu seorang diri, nak tengok betul ke syiling tu boleh jalan sendiri, bukan jari yang tolak.

Buat-buat tak menjadi. Entah kali yang ke berapa aku buat, tetiba menjadi. Syiling begerak sendiri. Hati aku bukan main lagi happy, sebab dah berjaya la katakan. Aku pun mula bertanya macam cerita dalam novel aku baca tu. Semuanya dia jawab. Lepas tu aku suruh dia balik dia pergi ke perkataan ” home”. Dalam 3 kali aku Cuba memang spirit tu datang. Aku decide nak ajak member kelas main sama.

Keesokannya, di kelas aku keluarkan kertas A4 yang aku buat semalam. Tunjuk pada kawan-kawan yang nak join main “spirit of the coin”, ramai yang nak main. Geng perempuan yang main. Kami main senyap-senyap tanpa yang lain tahu. Setiap hari di kelas kalau tiada cikgu kami main benda tu. Best memang best masa tu, semua yang kami spirit tu jawab dengan betul, sampaikan secrect admirer kat sekolah pun spirit bagitau.

Bila aku dengan geng perempuan selalu main, geng lelaki dalam kelas terperasan apa yang kami buat. Diorg selalu datang tempat kita orang, tengok apa yang kami main. Geng lelaki pulak nak join. So mula laaa kami main spirit bercampur lelaki dan perempuan. Ada 5 jari telunjuk atas duit syiling 50sen. Sebelum nak start game tu, aku dah pesan kat semua orang, jangan angkat tangan kalau duit berjalan sendiri. Ikut je arah mana dia nak bawa jari kita. Sebab aku tak mau ada yang kena sampuk kalau tengah bergerak, jari diangkat. Tak mau tanggung risiko.

Permainan pun bermula.. Lepas seru spirit, dia pun datang, syiling mula begerak. Ada salah sorang kawan lelaki aku angkat tangan. Dia cakap kita orang yang gerakkan syiling tu. Kami yang lain semua marah. Then dia letak tangan dia balik. Kami start lagi sekali, syiling dan jari kami bergerak, masing2 bertanya apa yang nak ditanya. Berulang kali laa kami hantar spirit balik “home”, kemudian panggil spirit yang lain. Tanya macam mana spirit tu mati. Ada yang sakit, ada yang eksiden macam-macam lagi la. Ada tu kami minta no telefon, dia bagi.

Bila waktu rehat aku dan kawan aku pergi public phone sekolah, telefon nombor yang spirit bagi. Memang betul ada nombor tersebut. Family spirit tu bagitau yang aku cari nak bercakap tu dah lama mati. Kebanyakan apa yang spirit bagitau kat aku semua betul. Di kelas pantang cikgu tiada, geng2 yang main spirit dengan aku jadi ketagih, selalu kami main sama. Disebabkan aku jadi ketagih, bila balik ke rumah, aku akan main sorang diri dalam bilik.

Bermula laaa episod seram aku. Start aku ketagih main spirit ni, aku sendiri pun tak tau, kenapa setiap kali nak mandi pagi & petang aku rasa semacam. Aku rasa seram kat bilik air. Sebelum tu tak macam tu. Aku rasa maca ada mata yang pandang aku tengah mandi kat bilik air. Tapi mata tu aku tak nampak. Seriau je rasa. Perkara tu jadi berlarutan. Setiap kali nak mandi, aku dah rasa seram.

Aku akan mandi secepat yang boleh. Aku tak kan lama-lama seperti selalu. Lain macam benor. Aku rasa ada mata yang tengok apa yang aku buat dalam bilik air. Setiap hari aku tertanya sendiri. Kenapa nak mandi rasa macam tu. Kalau boleh tak nak mandi sebab takut sangat pada yang tunggu kat bilik air tu. Fikir punya fikir, akhirnya aku rasa itu berpunca dari “spirit if the coin”..

Start dari tu aku stop main benda tu. Kertas tu aku bakar. Duit syiling tu aku buang. Berbulan juga aku takut nak mandi. Dalam 3-4 bulan macam tu. Lepas 5 bulan. Baru keadaan menjadi normal kembali. Nak mandi pun aku dah tak rasa takut. Dah tak risau lagi.

Kepada kawan-kawan yang membaca kisah aku, thank you sudi baca. Ambil la iktibar dari kisah aku ni. Jangan sesekali kita bermain permainan yang ada seru & puja syaitan. Mula-mula memanglah seronok beronok-ronok. Lama-lama ia akan membahayakan kita. Lebih baik mengaji Al-Quran atau buat perkara lebih berfaedah dari terlibat dengan semua tu. Aku sendiri pun menyesal. Nasib baik aku cepat tesedar. Ok jumpa lagi di lain episod. Dari aku Piza.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *