Stadium

Apa khabar semua pembaca. Di sini aku nak share pengalaman seram aku masa bekerja di stadium. Aku mula2 dapat kerja kilang dekat area Ulu Klang tapi tahan sampai 3 hari je sebab dapat panggilan untuk bekerja di Bukit Jalil. Sebab utama aku terima kerja di Bukit Jalil ialah kerja tak sampai 12 jam macam kerja kilang jadi aku terus terima.

Kisah 1
Aku mula-mula ingat kerja di Bukit Jalil ni kerja ofis sebab time interview tu aku tak tanya pulak di mana aku akan ditempatkan jika diterima bekerja. Jadi pada hari pertama tu baru aku diberitahu yang aku ditempatkan di stadium hoki sebagai maintenance. Teruja juga sebab dapat kerja di stadium sebab selalu masuk kena bayar tapi sekarang masuk free je sebab da bekerja di situ kan. Disebabkan aku budak baru jadi aku selalu sorang-sorang je sebab tak rapat lagi dengan budak-budak lama. Sarapan, makan tengahari semua aku sorang-sorang je. Jadi disebabkan takde kawan aku selalulah tapau makanan dan makan di bilik maintenance di tingkat atas.

Tingkat bawah bilik maintenance budak-budak lama akan lepak. Jadi aku segan la nak lepak dengan diorang. Beberapa minggu kerja di sana aku jadi seronok pula sebab bilik maintenance tingkat atas tu hanya aku seorang je lepak. Selalu lepas makan aku akan lelap sampai habis waktu rehat. Time aku tengah baring-baring atas sofa aku terdengar orang drill dinding jadi bunyi bising lah. Dalam hati aku diorang ni tak rehat ke? Disebabkan bunyi terlalu bising aku jadi tak boleh tidur sebab dia tebuk dinding tu betul-betul luar bilik aku.

Aku pun tak tahan terus aku keluar dari bilik tu dan aku tengok tiada orang pon yang tengah buat kerja tebuk dinding. Dan aku tengok mana ada dinding yang ditebuk!!! Elok je lagi semua dinding. Hmmm aku jadi pelik mana pulak datang bunyi orang tebuk dinding tadi? Aku pon malas nak pikir panjang terus lelapkan mata. Baru berapa saat aku lelapkan mata aku da kena tindih dengan benda berat, Ya ALLAH tak boleh nak bernafas dibuatnya.

Aku dalam duk takut-takut teringat pesan kawan-kawan kalau kena tindih baca ayat kursi dalam hati banyak kali dan alhamdulillah aku dapat bangun dan terus aku keluar berlari turun pergi lepak dengan budak-budak yang da senior kat situ dan cerita pada diorang. Budak-budak lama cakap diorang pon tak berani lepak kat bilik maintenance atas walaupun siang dan diorang nasihat aku kalau nak lepak nanti datang bilik diorang je.

Kisah 2
Time ni aku da beberapa bulan bekerja dan dah mula rapat dengan orang-orang lama yang bekerja di situ kira da jadi kawan la. Pada satu petang tu ada seorang technician yang bawak ps2 dan aku pon join la sebab diorang main winning eleven pulak diorang tak tahu yang aku ni power. Haha. Tengah duk ralit main game aku rasa nak terkucil pulak dan aku terus ambik kunci motor pergi stadium nasional. Aku main game kat stadium putra tapi sebab tandas putra tutup terpaksalah aku pergi stadium nasional dan masa tu waktu senja dan waktu tu kosong je sebab takde event kan. Kalau ada event bola memang riuh lagi-lagi kalau malaysia masuk final AFF.

Tapi time tu lengang sunyi sepi jadi aku pergi tandas bawah tanah yang ada kat situ. Masuk-masuk je tandas aku cuba buka lampu tapi hampa sebab rosak plak. Dah la gelap pastu takde orang. Waktu-waktu senja pulak tapi aku beranikan diri masuk juga dan buka lampu handphone. Aku pun masuk bilik air dan tutup pintu. Masa aku buka zip seluar nak buang air kecil tu dengan tiba-tiba semua flush dalam bilik air berbunyi!!! Gila mana ada orang lain yang masuk tandas selain aku. Dengan tak zip seluar terus keluar dari bilik air dan kencing di food court stadium.

Stadium ni selalu lengang dan jarang ada event sebab selalu renovate padang dia jadi dengan kapasiti dia yang besar memang akan rasa seram bila tiada orang. Ini adalah kisah pertama aku dan aku akan ceritakan lagi pengalaman bekerja sebagai maintenance di satu bangunan yang sangat popular di Malaysia tapi sangat menyeramkan bila tiba waktu malam.
Okay Cau cin cau!!!

Loading...

3 comments

  1. Jenuh weeeiiii nk g toilet kena naik motor siap turun bawah tanah bagai…
    Mau g keje pakai pampers je.cenggitu…

    Sioottt ekkk senior2 tu dr awal x ajak ko lepak sesame blk diorg…
    Kesian ko lone ranger…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *