Suamiku Pulang Dihari Kematiannya

Assalamualaikum. Nama aku Jue. Pertama-tama sekali, aku minta maaf sangat-sangat kepada semua sebab cerita ini bukan dari aku sebenarnya. Ia adalah cerita dari rancangan radio terkenal iaitu Misteri Jam 12. Aku cuba olahkan dalam bentuk penulisan sebab aku rasa cerita ini sangat sedih dan menyentuh hati. Maaf juga kepada Kak Normah (tuan punya cerita) jika ada cerita yang lari dari kandungan asal sebab aku pun ingat-ingat lupa akan cerita ini.

Kisah Kak Normah

Nama saya, Kak Normah. Kak nak ceritakan satu peristiwa yang paling sedih dan menyentuh hati dalam hidup kakak. Begini ceritanya.

Kakak sudah berkahwin. Suami kakak namanya Abdul Salim. Walaupun kami telah berumahtangga hampir 5 tahun lebih, tapi kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin Allah belum memperkenankan doa kami memandangkan hidup kami pada waktu itu amat susah sedikit.

Pada suatu malam, sedang kakak berseorangan di rumah, kakak terima panggilan telefon dari suami yang menyatakan bahawa dia akan pulang lewat sebab perlu OT. Faham-faham sajalah, nak cari duit lebih untuk menampung keperluan kehidupan kami sekeluarga. Walaupun suami akan pulang lewat, kakak akan menunggu suami sampai beliau pulang. Pada malam itu, hujan turun dengan lebat sekali. Lebat-selebat-lebatnya. Kakak mula masuk dalam bilik dan berbaring di atas katil sementara menunggu suami.

Tanpa kakak sedar, kakak tertidur. Kakak terjaga apabila tiba-tiba ada titisan air yang mengenai muka kakak. Dalam kelat-kelat mata tu kakak gosok-gosok mata, nak tengok lah air apa yang menitis ke muka nie. Bila kakak buka mata, kakak nampak suami kakak berdiri ditepi katil memerhatikan kakak. Air yang menitis ke muka kakak tu rupanya dari suami yang basah kuyup terkena hujan, dan suami kakak mencium dahi kakak ketika itu. Kesian suami kakak, basah kuyup. Kami hanya ada motorsikal sahaja. Almaklumlah, hidup tak berapa senang ketika itu.

“Eh abang.. Abang dah balik? Abang pergilah mandi, salin baju dulu. Nanti Normah buatkan kopi ye?” kata kakak.

Suami kakak berlalu pergi. Kakak pula pergi ke dapur untuk membancuh secawan kopi untuk suami. Kakak letak di atas meja makan, dan duduk di sana menantikan suami bersiap. Sedang kakak menunggu, terdengar bunyi pintu rumah diketuk berkali-kali. Kakak pergi ke pintu dan membukanya, terlihat 3 orang anggota polis berdiri di hadapan pintu rumah.

“Ini rumah Encik Abdul Salim?” Tanya salah seorang anggota polis itu.

Kakak mengangguk tapi dalam hati terus terfikir mesti suami kakak ada buat salah nie sebab tu polis datang sini. Kakak beritahu polis yang suami sedang mandi dan kakak terus pergi ke dalam bilik air, bilik, dapur, pintu belakang. Tapi bayang suami kakak langsung tiada. Kakak terus pergi ke pintu sambil dalam hati berkata, mesti suami ada buat salah besar. Sebab tu dia lari.

“Suami saya takde dalam rumah. Tadi dia ada tengah mandi tuan,” beritahu kakak pada polis tersebut.

“Emm takpe. Tapi saya nak tanya, puan nie isterinya ke?” tanya polis tersebut.

Kakak mengangguk. Polis tersebut mengeluarkan sesuatu dari tangannya.

“Ini dompet suami puan ke?” tanya polis tersebut. Kakak pegang dompet tersebut dan lihat, memang benar itu dompet suami.

“Puan.. boleh ikut kami sebentar?” Kakak terpinga-pinga tapi terus bersiap dan keluar dari rumah, menaiki kereta polis tersebut.

Kakak dibawa ke hospital. Pada salah satu katil, terdapat sekujur tubuh yang terbaring kaku.

“Puan.. kami panggil puan ke sini untuk buat pengecaman” kata anggota polis itu.

Kakak selak selimut yang menutupi tubuh itu, dan ternyata itu adalah suami kakak, yang telah meninggal dalam kemalangan jalan raya antara motorsikal dan lori.

Kakak menangis semahu-mahunya dan susah untuk kakak terima hakikat itu sebab sebelum itu, ‘suami’ kakak telah pulang dan mencium kakak. Mungkin ‘suami’ kakak hendak berjumpa kakak buat kali terakhir.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]
Jue

26 thoughts on “Suamiku Pulang Dihari Kematiannya”

  1. Sy pun peminat setia Misteri Jam 12. Penah dgr pasal kisah ni.. DJ KC yg sampaikan kan.. Memang sedih sgt mse dgr cerita ni.. Al – Fatihah buat arwah suami kakak tu…

    Reply
  2. Allahuakbar…
    Sedihnyeee…
    Bace intro dh dpt agak ape jln citer seterusnya, tp masih nk teruskan bace dan tetap sedih…

    Reply
  3. Sedihnya….Ingt masa kecik dulu ada satu citer (jgn tanya tajuk pe mmg x ingt) ….Mamat ni kena langgar..roh balik umah…smua lam umah cam x layan dia ….dia bg hadiah n sembang ngan adik dia pn dia tak tau..bau d***h bagai lam umah..tetiba polis dtg umah bgtau kt parent yg mamat ni accident n meninggal ..roh lam umah tu terus ilang.

    Reply
    • Aku tahu cite tu sbb sama dgn apa yg aku igt. Drama tv kan? Ms tu thn 1989 kalo x slh. Pd perasaannye dia betul2 dah blk rmh pdhl ahli keluarganye dah tentulah x nmpk rohnye blk. Dia rasa dah bg music box yg dia beli utk adiknye kat adiknye tu tp adik buat x tau. Ms mak ayah dan adiknya pergi ke kawasan kemalangan, adiknye nangis jumpa hadiah tu.

      Reply
  4. Selain pembaca setia fiksyen shasa saya juga pendengar setia Misteri Jam 12..leh dgr thru you tube..tp bila dah selalu sgt baca dan dgr kisah mistik..hari2 pulak benda2 halus mengusik saya terutama di ofis…tp buat bodoh je la..

    Reply
  5. mj 12 mmg best..tu la sy dlu suke dgr dkt opis..tp psg slow je kira sy je yg dgr.satu hari sy tgl sorg dlm opis.bole plk die main radio psg lagu tamil.sbb radio tu dkt area staff india punye tmpt.yg plk staff tu die slalu cuck earphone dkt speaker tu.mslh sy sorg je haaa ape lg sy mute kn sound sy trn sy pg opis sblh sy mntk staff sblh tmn sy ttp opis.lntk la sy just off kan lmpu dgn kipas je.pintu xkunci just ttp n pagr pon sy ttp mcm tu je xlock n cabt je trs balik.eskknya sy sje tnye dkt staff tu.eh u xttp ke speaker smlm.die trs jwb eh sy dh off la semua tgk arini sy msk keje xon pon pc tu..haha shilakak punye hantu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.