SUMPAHAN POCONG 2

Terima kasih kepada fiksyen Shasha kerana menerima cerita ku ini,aku bukan lah seorang penulis hebat atau berbakat tetapi aku cuba menyampaikan sesuatu pengalaman melalui cerita.ini adalah sambungan Sumpahan Pocong

Sebatang rokok sudah habis aku hisap,tetapi laptop aku masih terpampang Microsoft Word berhalamankan putih kosong.Segala idea semua hilang,beginilah kadang-kadang kehidupan seorang penulis,apatahlagi penulis senyap seperti aku.Hanya menulis untuk koleksi sendiri lalu hilang dan basi.Aku mencapai kotak rokok Winston merah 20 yang terletak disebelah laptop aku bersama disisi rokok aku dah tentu lah secawan milo panas.Sebatang lagi rokok aku nyalakan dan perlahan-lahan aku sedut sehingga keparu-paruku.sambil menyandarkan tubuh aku merenung laptop aku.

“apa kau menungkan tu”tegur hasrul yang melihat aku termenung sehingga rokok aku terbiar.
“hurmm,aku tengah fikir apa yang aku nak tulis”jawab aku ringkas
“apa susah,kau tulislah berkaitan diri kau,asik kau menceritakan tentang manusia lain je”hasrul memberi cadangan.
“tapi kau sambung esok jela ni dah pukul 3 pagi,baik tidur”kata hasrul lagi
“heeeee”aku hanya tersengeh sambil tangan membuang puntung rokok ke dalam Xtray yang sedia ada diatas meja ku.

Aku mencapai cawan terisi air milo yang sudah sejuk dan tinggal separuh lalu aku minum perlahan-lahan aku nikmati air yang melalui tekak.Tiba-tiba terlintas difikiran aku menulis kisah seram tetapi bagaimana? Sedangkan aku sendiri tidak pernah melalui apatah lagi mempercayai.

“alah relax la,aku menulis kisah fiksyen je.Jadi tak kisahlah macam mana”aku berkata sendirian.
Aku tegakkan badan dan perbetulkan duduk ku sambil tangan aku menaip tajuk “AMUKAN POCONG”. Itulah yang terlintas difikiran aku waktu itu,walaupun ada sedikit gementar didalam hati saat menulis tajuk cerita itu namun aku buat seperti biasa sahaja.Hanya berteman kan lampu laptop kini aku keseorangan masih duduk seperti burung hantu,hasrul sudah masuk ke biliknya dan tidur.

Sesekejap aku menyandarkan diri merehatkan diri sambil rokok aku hidupkan.Aku sendiri tidak tahu sudah berapa batang aku hisap waktu itu.Tiba-tiba aku terhidu seperti wangian yang pernah aku cium baunya.Aku duduk mendiamkan diri menghidu dengan teliti baru aku ingat bau yang aku cium ini bau setanggi.

“Astafirullahalazim”aku beristifar sendirian kerana terperanjat.
Semakin lama semakin menghilang bau setanggi itu dan aku rasa mungkin itu hanya mainan minda atau pun bau yang dibawa angin malam.Aku teruskan menaip cerita ku,tetapi disaat aku menaip “barang-barang dirumah pusaka itu bertaburan sendiri” tiba-tiba tiga buah buku aku yang tersusun diatas meja hadapan ku terjatuh sendiri.Aku terkejut sambil beranjak sedikit kebelakang menolak kerusi roda yang aku duduk.
“ish,kenapa lah time ni kau nak jatuh.terkejut aku”aku berkata sendirian mungkin juga untuk menyedapkan hati sendiri.Baru ingin aku menyambung taip tiba-tiba ada angin seperti meniup ditelinga kiri ku.pantas aku terbangun melihat kebelkang.
“kosong” tiada apa yang kelihatan hanya kegelapan,aku terus menuju ke suis lampu untuk membuka lampu diruang tamu yang gelap gelita itu.Namun baru beberapa langkah aku terdengar suara garau berdehem,aku terus mendiamkan diri khuatir mungkin ada perompak atau pencuri.setelah agak 5 minit aku berdiam tiada apa-apa bunyi lagi,aku terus menyambung langkah ku yang terbatal disebabkan bunyi suara garau berdehem.

Tetapi belum sempat aku sampai ke suis lampu,hidung aku telah di kejutkan dengan aroma yang sangat aku kenali iaitu bauan kapur barus.aku lantas menoleh kebelakng ku kerana aku terdengar seakar ada benda meloncat loncat,bunyi itu semakin lama semakin dekat dan aku pula masih terpaku kaku.Kaki ibarat bagai disimen.

“Allah..Allah…Allah”hanya itu ungkapan yang aku mampu sebutkan waktu ini.
Aku semakin lemah,bauan kapur barus semakin menusuk kehidung sehingg terasa ketekak.Aku teringat kembali cerita-cerita orang tentang hantu,hantu yang aku anggap tidak wujud dan kini ia menyerang aku.terasa menyesal juga menulis cerita “AMUKAN POCONG”.Aku masih terkaku bau itu ibarat memutuskan sendi-sendiku,bunyi seperti benda meloncat-loncat itu ibarat mengugurkan jantung aku.semakin lama aku rasa semakin lemah lalu gelap.

“Woi,bangun kenapa kau tidur dekat lantai ni”tegur hasrul
Aku membuka mata,badan terasa bisa bagai aku bekerja keras seharian.Sambil memandang hasrul aku bertanya.

“Pukul berapa sekarang”
“kau boleh Tanya pukul berapa,dah pukul 7 tau tak”balas apoi sambil membebel
Aku terus bangun pergi ke laptop aku,gelap kerana dalam mode sleep,aku duduk dan perlahan-lahan aku menekan ENTER…

“ehhhh” itu ungkapan pertama yang keluar dari mulut aku.Hanya terpampang tajuk besar dengan saiz 14 mengunakan tulisan ARIAL BLACK perkataan “AMUKAN POCONG” dan segala apa yang telah ku taip hamper 300 patah perkataan itu hilang. Cuma yang tinggal perkataan “siapa yang membaca akan ku hadir dalam hidupnya”.

Aku terus memadam kesemua nya beserta tajuk dan sejak peristiwa itu aku tidak menulis cerita fiksyen.tetapi hari ini aku menulis tentang nya “POCONG”

Encik Huzaifah (MrFroggy)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

24 Comments on "SUMPAHAN POCONG 2"

avatar
Pengkritik FS

Tak baca pun lagi
Tapi dah tau cerita ni sampah.
Tengok susunan ayat dan perenggan pun dah tau bosan.hmmmmm bosan

saya bagi 5 krik krik. 0 Ha!!

embun

Sorry la sebab baru baca perenggan 2 aku dah tertidur & sebelum tertidur dalam mamai mamai tu sempat la juga aku cakap “mengantuknya baca cerita ni”. Bangun tidur terus skip baca komen. Komen ni lagi seram dari cerita pocong kau. hahahaha ?

Penulis

Gaya ko menulis mula2 perenggan tu dh mcm org tua..sandar la hisap rokok la tu sume xpyh bgtau..cerita kau ni nmpk sgt rekaan nya…ko mencari idea yg xmuncul2..

Xpyh la berangan nk jdi writer jdi tukang karut mb boleh lg usaha.k cau..

Azza Ahsani

Ntah laaaa… aku lbh suka baca ayat² terabur tp cerita superb.. nak² plk citer dr kisah dan pengalaman sebenar penulis.. baca citer yg ayat ala² buku text ni buat otak rasa sempit… lps tu tetiba cerita ke laut.. ehhhh..

wpDiscuz