SUMPAHAN POCONG

First sekali aku ingin mengucapkan Terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana sudi mengkongsikan cerita “SUMPAHAN POCONG” ini ,aku bukan lah seorang penulis hebat macam ramai-ramai novelis atau penulis diluar,tetapi aku suka menulis cerita yang benar dan pernah terjadi.Antaranya cerita yang akan aku tuliskan dibawah ini.Aku Adalah penulis baru lebih senang dengan gelaran _MrFroogy

Aku adalah seorang yang agak berani dan tidak mempercayai akan cerita mistik serta cerita mengarut dunia yang tidak aku lihat dengan mata kasar,walaupun kawan-kawan aku yang duduk dirumah yang sama telah melalui dan penuh dengan cerita seram,aku masih tidak menghiraukan malah aku memang pengemar pulang lewat jam 02:00am – 04:00am,”REMAJA” itu lah ungkapan yang selalu aku gunakan bila orang mempersoalkan kelewatan aku pulang kerumah.

“Rul,malam ni macam biasa ea.aku balik lambat”aku memesan kepada kawan rumahku,nama penuh nya Hasrul dan kami memanggil Rul.
“ok,tau sangat dah time ko”balas hasrul seakan memerli.

Aku hanya memandangnya penuh dengan senyuman sinis.tanpa berlengah aku keluar kebandar kerana aku suka melihat sifat manusia,aku pun tak tahu kenapa aku begini,mungkin kerana aku seorang penulis dan aku menulis puisi,sajak dan adakala cerita pendek melalui apa yang aku lihat dihadapan mata,macam yang aku bagi tahu aku bukan seorang ilusis makanya aku tidak akan menulis benda yang tidak aku lihat atau merassai apatah lagi melalui.
Aku melihat jam ditangan, 11.20pm waktu itu,tetapi mata ku terasa berat mungkin letih bekerja disiang hari.Aku bangun dari duduk terus masuk kekereta dan menuju balik.Tetapi tiba-tiba jantung aku berdegup kencang.

“kenapa pula jantung aku ni”
“nak kena serangan jantung ke” aku bermonolog sendirian sambil cuba menghiraukan apa aku rasai,mungkin juga kerana aku terlalu letih.

Aku mula terfikir benda-benda negative,apatah lagi aku akan melalui jalan yang gelap serta bersemak samun tidak mempunyai lampu dan disitu juga aku mendengar pelbagai cerita mistik.”arghhh,tiada apa la”aku berkata sendiri didalam hati sambil tangan ku memutar punat volume kereta ku,nyata aku sekarang dalam ketakutan.

Sampai saja di jalan yang penuh mistik itu aku makin kuatkan volume kereta dan fokus pada jalan sahaja,mata aku langsung tidak memandang tepi kiri kanan atau atas,jantung berdegup kencang semula namun aku gagahkan juga terus kerumah dan kini jarak aku untuk sampai ke rumah hanya tinggal 100meter.Aku mula lega dan tangan pantas perlahankan volume semula,jelas cahaya lampu pintu rumah aku dapat aku lihat.Aku parking kereta dan keluar menuju masuk kerumah dengan tenang seakan tiada apa yang aku takutkan tadi,semua perasaan haruk piruk itu hilang bagai mimpi.

“eh,awal kau balik zai”tegur hasrul,yang pelik melihat aku pulang awal.
“aku rasa letih la,mengantuk”jawab ku tanpa melihat kearah hasrul yang sibuk dengan Game Pc nya.
“wei,kau Nampak pucat je.tak sihat ke?”hasrul menegur,kali ini dia bangun dari duduk nya dan menghampiri aku.
“sihat la,Cuma aku letih je”jawab ku sambil memandang hasrul yang kini duduk disebelah aku.
Hasrul meletakkan tangan nya didahi aku,sambil muka dia separuh terkejut.

“kau demam ni,panas”jawab hasrul sambil menarik tangannya kembali
“eh mana ada,aku rasa sihat je ni”jawab aku cuba menafikan apa yang hasrul katakana.
Tanpa banyak bicara hasrul bangun dari duduk sambil menarik tangan aku suruh bangun,aku pun bangun bagai orang bodoh mengikut bangun.

“kita pergi hospital”apoi berkata sambil mencapai sweater nya.
“yelaa”balas aku sekadar melayankan sahaja.

Aku terus menuju ke pintu dan hasrul pula masih bersiap didalam bilik,tombol pintu ku pegang perlahan dan lemah aku buka,aku terus menuju kekereta namun setelah 5 langkah dari pintu aku terhenti,kaki kaku,badan bagaikan dipaku jelas dimata kasar ku didalam kereta aku ditempat duduk belakang kelihatan sebonjot besar yang dibalut kain putih sedang duduk sambil melihat kearahku,dengan ikatan diatas kepala serta dimuka terbuka sedikit namun hanya kelihatan gelap aku tahu itulah yang manusia gelarkan POCONG.Aku masih kaku merenung atau aku yang ditenung tubuh yang tadi mampu berjalan terus longlai.

Aku terus membatalkan niat kehospital,terus melabuhkan tubuh dihalaman rumah yang terbentang luas itu,aku bagai dipukau atau disumpah dan apoi masih tidak keluar dari biliknya,tubuhku mengigil tanpa aku rasa sejuk lalu aku tertidur dan mengharap esok aku bangun ini semua mimpi.Tetapi bila aku bangun dari tidur esok paginya adalah lebih teruk dari apa aku alami semalam iaitu hasrul sebenarnya pulang kekampung selepas pulang dari kerja petang semalam.

Siapakah hasrul yang mengajak aku ke hospital semalam,dan apakah benda yang duduk didalam kereta aku waktu malam itu,adakah ini semua mimpi? Atau ilusi? Dan sejak peristiwa itu aku ditimpa penyakit misteri sehingga sekarang,aku lalui benda yang tidak aku percayai dan sehingga sekarang juga perkara-perkara ilusi ini masih bermain dihidupku.

Nantikan apakah yang terjadi seterusnya di cerita “Sumpahan Pocong 2”,bilakah sebenarnya ini semua bermula dan datang?

Encik Huzaifah (MrFroggy)

Leave a Reply

12 Comments on "SUMPAHAN POCONG"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
jendy diana

KAlau boleh ayat tu..ada la wakaf dia. Ada huruf besaq dia..ada huruf kecil dia.. saya baca pun mcm xdan nak amik napaih

Rerama Biru

kan. dah la puase ni… huuuu

paris jackson

gedik nah siap nak wat smbungan.

harumanis

“memesan”, ingtkn pesan minuman td..

mishachantek

cerita mcm mendatar sikit so element seram tu tak rasa sgt. huruf kecik huruf besar kena adjustlah baru seronok baca. sy bagi 2 ha….. hehehe.

koyok

kata suka sangat menulis war sajak la cerpen la ape la. tapi cara penulisan kelaut je mcm tak biasa menulis.. tu kawan tu kejap apoi kejap hasrul. pening aku

Apoi

Dia yg pening. Aku dok fikir gak sapa lak apoi?

mamapael

ok next!! yg lebih kreatif. ni ha ha ha hambar

HOTAK KAU TIPU

‘mungkin kerana aku seorang penulis dan aku menulis puisi,sajak dan adakala cerita pendek ‘

Tak mcm penulis pon. mcm tulisan budak darjah 3 je ko ni. pening ayat ko ni dik.

nenek kebayan

aku sokong..dia terlebih memuji..kahkahkah..ok bye

nenek kebayan

“Aku hanya memandangnya penuh dengan senyuman sinis.tanpa berlengah aku keluar kebandar kerana aku suka melihat sifat manusia,aku pun tak tahu kenapa aku begini,mungkin kerana aku seorang penulis dan aku menulis puisi,sajak dan adakala cerita pendek”

perkataan- Aku suka melihat ” sifat manusia”….Mcm tak sesuai je..sepatut nya di tukar kepada “ragam” “karenah” “gelagat”..

hahaha..kata penulis sajak, puisi..sepatutnya penggunaan ayat atau perkataan yang kau guna perlu lebih tepat dan sesuai..

ok bye

budak biasa

Kata penulis tapi karangan budak thun 3 je

wpDiscuz