Masa ni musim raya kalau tak silap. Time ni semua adik beradik balik rumah arwah tok sebelah abah. Rumah Mawar sebelah je dengan rumah arwah Tok . And kalaw sebelah abah..,kebanyakan sepupu sepapat Mawar semua nya lelaki. Yang perempuan time tu yang sebaya ada seorang je. Tu pun tak rapat.
Jadi most of the time.,memang Mawar slalu bermain dengan sepupu sepupu lelaki je.
Ada satu hari tu., waktu Mawar tengah main main dengan sepupu Mawar ni.,tiba tiba abang sepupu yang seorang tu, ajak pergi tengok sungai kat belakang rumah Mawar. Belakang rumah Mawar memang ada sungai. Tapi sebelum sampai ke sungai tu, kitaorang kena melalui paya dahulu. Tapi takda lah jauh mana. Time ni kat paya penuh dengan pokok teja. Yang tak tahu pokok teja tu macam mana boleh search kat google ya.
Kitaorang pon okay jelah..,al maklumlah sepupu Mawar tu orang bandar. Mungkin diorang teringin nak tengok sungai kampung. Time tu abang Mawar pun ada sekali. Kitaorang pun turun lah ke paya belakang rumah Mawar tu. Kitaorang berjalan sampailah ke sungai. .Time Mawar keciktu, suasana paya dengan sungai tak macam sekarang . Cantik dan damai je kalau pergi sungai tu, sebab belum ada yang teroka macam sekarang.
Sampai je laluan yang hampir ke tebing sungai tu., abang sepupu Mawar ni macam tarik dahan pokok yang halang pandangan ke sungai tu. Kiranya kitaorang tengok sungai dari situ je lah. Takda terus ke tebing sangat. Time tu Mawar yang paling pendek. Bila abang sepupu Mawar tarik je dahan pokok tu.. nampaklah suasana sungai tu.
Sungai yang Mawar nampak time ni airnya warna biru meluas..,ada pantai dan batu batu besar di tepian pantai. Bukan tu je.., Mawar siap nampak ada sorang perempuan ni tengah dukung anak dia.. Korang mesti pernah tengok orang sri lanka kat tv kan. Yang kulit gelap..,lepas tu rambut diorang yang macam gulung tu..then ikat anak diorang kat belakang. Pernah tengok kan. Macam tulah Mawar nampak. Dan di tepi pantai tu pulak macam ada menara tinggi. Yang diperbuat daripada kayu. Macam seakan menara kawalan pun ada.
But masatu buat tak tahu je.. Sebab tu first time Mawar tengok sungai real depan mata. Walawpun sungai tu belakang rumah Mawar je.,tapi Mawar tak pernah pegi pun..sebab mak ayah larang. Jadi memang tanggapan Mawar..itulah sungai..itulah suasana sungai.Dan memang Mawar takda tanya apa apa pun dekat abang sepupu atau abang Mawar. Even sampai dah habiz sekolah pun Mawar still fikir macam tu lah pemandangan sungai kat belakang rumah Mawar tu. Now bila dah besar.,baru terfikir balik. Ehh mana ada sungai macam tu.Mana ada sungai belakang rumah aku ada pantai. Mana ada sungai macam laut dengan air biru cerah kan..?? Habiz yang Mawar nampak waktu kecil tu apa. And siapa wanita berkulit gelap yang tengah dukung anak tu.
Benda ni jadi perbincangan Mawar dan family bila suatu hari tu Mawar imbas hal masa kecik Mawar dengan mak abah dan adik beradik Mawar. Diorang pun pelik apa benda yang Mawar merepek. Sebab mana ada sungai belakang rumah macam tu. And mana ada rumah atau orang yang tinggal dekat kawasan sungai tu.Mak abah dan adik beradik pelik sebab Mawar puji sungai belakang rumah Mawar tu cantik macam pantai.
Dan alasan kenapa bila dah besar baru jadi perbincangan adalah kerana..,orang orang tua di kampung Mawar ni bila diorang nak pergi sungai.,diorang tak sebut nak pergi sungai, tapi slalu guna ayat..””nak pergi pantai belakang”” . Itulah alasan kenapa Mawar terus anggap sungai belakang rumah Mawar memang cantik macam pantai.Sebab tu orang tua tua di kampung pun slalu sebut “pantai”.
Jadi menurut korang macam mana. Adakah itu permulaan Mawar melihat benda ghaib?? Kongsikan pendapat korang di komen.
Oh by the way. Ada yang lagi pelik. Mawar pernah nampak orang kulit corak berbelang dan hidung panjang macam hidung pinochio. Hermmm wujud ke ehhhh…
Mawar Hitam
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit