Susah nak m**i

Assalamualaikum pembaca FS. Haha kali ni saya nak sambung cerita susah nak m**i. Sebenarnya ada yang m**i senang jadi cite tu jadi x seram la kan.

Ok. Sy pun hairan kes makcik yang susah nak m**i. Antara ilmu perubatan dengan ilmu mistik aku lebih suka nk ikut ilmu perubatan sebab itu yang aku belajar dan kawan2 bos2 sekeliling tak akan percaya dgn benda2 mistik. So kalo nk cerita hal2 mistik dgn collegue xde sape nk dengar dan cop ko ni mengarut. Terpengaruh dgn cerita hantu. Lg satu collegue aku ramai non muslim. Lg diorg x bleh terima benda2 mistik ni. Yg melayu kebanyakan nurse. So kalo benda pelik2 sy tny nurse je. Depan doc lain saya act professional mcm x percaya benda2 mistik ni.

Walaupun saya doctor saya ada satu kelebihan lain. Saya x bole nampak hantu. Tapi saya bole jumpa dan berkomunikasi dgn roh yang tgh nazak. Lepas diorg dah m**i saya x jumpa dah. Saya sedar saya ade kelebihan ni bila mak saya ckp saya mewarisi kebolehan atuk saya belah mak di mana dia ni mmg dukun di kelantan. Kalau org nazak tapi x m**i mesti jumpa atuk saya sebab ada benda menghalang perjalanan roh macam hutang x settle ke, duit harta x settle. Kira mcm tula. Atuk sy x menuntut and x bela saka. Tu kebolehan semulajadi.

Ayah aku pulak org singapore. Mana dia nak percaya benda ni. Kira mak kelantan ayah singapore background berbeza. Aku dibesarkan di johor jd mmg aku x pandai kecek klate.

So aku ni kira selalu cemerlang and bapak aku nk sgt aku jadi doc padahal aku bukan minat sgt pun. Jd aku amik medic sbb ayah aku.

Aku biasa x sedar kebolehan aku nampak roh tergantung ni tp ms aku kat hosp baru aku sedar sbb roh tu dtg dlm keadaan macam org biasa. Seolah2 ko x sedar die tu roh. Dia dtg plak dlm keadaan macam saya tgh duduk sorg2 jd kawan2’sy xpernah nampak bila saya berbual sorang2 jd mcm mana sy nk tau yg saya nmpk tu roh ke manusia biasa.

Balik pada makcik ti, serius saya x jumpa roh dia dtg berkomunikasi dgn saya. Yg sy nampak tubuhnya yang nazak. Sbb tu teori ramai kata dia dh meninggal tu ada betulnya dan org yg menumpang badan dia. Tapi sy still kena ikut teori perubatan di mana sign of death tiada aktiviti jantung, reaksi anak mata dan pernafasan. Utk kes makcik ni, semua ada jadi istilah perubatan makcik ni masih hidup. X kisah laa rupa dah mcm mayat pun. Yg tu Allah saje yg tau.

Ok ni satu kisah masa saya houseman. Time tu posting medical. Bahagian perubatan. Biasa kalau oncall kita akan incharge wad lain. Maknanya ofis hours ward lain atau klinik, oncall tgklaa jadual.

Jadi masa tu sy rotation jaga wad laki tapi oncall sy cover ward pompuan. Masa ni thn 2011 hosp masih guna sistem oncall bukan shift system utk houseman. Jadi lepas pukul 5 saya turun bawah ke wad pompuan utk study case and tgk whiteboard nk tau apa pending case , new case yg x sempat clerk and nk dgr passover dr member yg incharge wad pompuan.

Wad pompuan ni x busy macam wad laki. Tp medical ni terkenal dgn cpr berantai.. nk tau cpr berantai. Sorang nazak kite buar cpr pastu berjangkit plak ke patient lain. Dhlaa ko sorg incharge wad pastu ramai plak nazak. Ada yg revived balik ada yg gone mcm tu je lepas cpr.
Malam tu apa agaknya jadi pada aku sbb penat berpeluh ketiak buat cpr.. new case dr emergency baru transfer ke wad trus nazak dan meninggal. X sempat nk clerk case. Icu plak penuh biasalaa lepas raya. Makcik2 pakcik2 melantak x beringat.. kes kemalangan lg. Jd bila ade kes kritikal kena masuk wad dulu. So kita 3 org passaway lah malam tu. Kol 4 mcm tu lapar plak sbb ketiak berpeluh. Sy mintak izin nurse nk mandi and makan dulu. Masa tu yg bukak cafe ala2 kedai runcit je laa.

So lepas mandi , solat isya aku turun gi cafe. Wad dhlaa tingkat 7 so naik liflah kan. Aku pesan kat nurse pape contact handset je. Sambung operator leceh sbb diorg pg2 buta loklaq asik salah sambung org lain je hehe. So aku turun sambil tu bole trace result d***h yg pending dr ptg td. Sbb hosp aku guna manual kena trace sendiri lah aku malas harapkan attendant sbb diorg bz nk angkut2 patient. Masa aku turun tu aku beli roti ikan bilis. Dh tu je ade nk alas perut lapar. Kalo nk mkn nasi kena rajin kuar belilaa. Kat kuantan kalo dah 3-4 pg tinggal mamak je laa yg bukak. Malas aku nnt pg sok cirit birit x pasal2.

Aku pun duduk kat taman dekat dgn makmal sbb tunggu blood result. Sambil tu aku hntr d***h yg emergency nk result cepat. So malas naik banyak kali aku makan roti dgb minum setin nescafe.
Tgh aku makan tu dtg makcik cina rambut kerinting. Dia duduk sebelah saya. Sy pun bg tempat duduk. Pakai baju uniform wad warna hijau tu. Saya tny auntie wad mana. Dia ckp medical laa
Sy ckp laa oo sy oncall medical hr ni. X nmpk pun auntie. Dia senyum. Dia ckp di nampak doctor penat keje x berenti. Xpelaa makan dulu.. nnt perut kosong sakit sape susah haiyaa. Saya pun tanya dah lama ke dlm wad. Dia ckp lebih kurang 2 minggu. Sy pun ckp lamanya. Mebi ada antibiotic yg kena ambil masa yg lama atau sakit kronik lain. Dia ckp dia sedih. Dulu dia banyak kaya. Dapat pegang jawatan besar. Masa tu dia fikir x sempat kawen pun x apa. Sekarang dia sakit x ada sapa nak jaga. Anak pun x ada sapa yang jaga. Harta banyak2 xtau nak bagi siapa. Dia siap cerita kat mana harta dia simpan kat saya. Dalam hati saya, berani plak auntie ni percaya sungguh dengan saya. Mungkin sebab saya doc jadi xde laa niat jahat lain

Selepas tu sy dpt panggilan nurse mengatakan MO nak buat round case baru masuk. Saya tergesa2 nak ke lab utk ambil result d***h td. Sempat auntie tu kata kalau sedara mara dia dtg suh bgtau harta wasiat dah diamanahkan kat lawyer nama kiew dkt wisma apa ntah kat KL sana.

Saya pun mcm endah x endah. Sbb takut kena marah dgn mo garang. Roti tu sy sumbat dlm mulut. Sambil tgn penuh dgn bakul isi kertas result d***h. Dh mcm ppk dah rs haha.

Naik tingkat atas sy buat short round dgn mo. Dia marah sy kata sy mengular padahal die xtau saya terkejar2 haha. Sy call die sebab nak sign death certificate utk patients yg dah passaway sebelum tu.
Dia siap marah lagi, awak ni jonah (panggilan untuk doc yg bad luck) time die oncall byk je case2 kritikal sampai xleh rehat. Oklaa awak ikut sy buat short round. Sy nk tau kes acute cubicle je (acute cubicle utk kes pesakit kritikal). Sy pun bukak file sambil present case. Salah satu pesakit tu mmg makcik yg saya jumpa bawah td. Tp die tgh coma. Sy pun mcm berdebar juga. Rupanya dr case file dia ade pendarahan otak yg teruk dan x sedarkan diri dekat 2 minggu. Ya Allah!!
Tp sy trus buat2 professional tp muka cuak tu xleh nk sembunyikan. Mo tu siap tny awak ni knapa. Ada nampak hantu ke? Saya geleng..
Awak jgn main2.. htaa ni byk hantu. Sy sendiri byk kali nmpk. Mo tu lg nk usik saya..

Keesokan harinya, kebetulan isnin jd rotation baru sy jaga wad perempuan. So postcall dulu kena stayback smpi 5pm. Tu pun nasib je laa bole balik 5pm tepat. Biasa terlajak. Time tu bujang x kisah sgt. Masa lunch tu sy dok je kat kaunter nurse sbb lemau postcall. Biasa postcall lemau ni buat discharge note laa dgn amik d***h lepas morning round.
Sy tgk katil makcik cina tu.. byk sedara mara. X mungkin tu anak2 dia sbb dia x kawen dan xde anak. Yg ada sebelah dia bibik indon. Saya tny bibik tu time bukan visiting hour.
Rupanya background auntie tu yg diceritakan kat saya sama dgn auntie tu cerita masa saya terserempak dgn roh die pukul 4 pg tu tp sy buat2 professional laa.
Bila ptg time visiting hour sy beranikan diri approach family dia. Saya sampaikan amanat dia suruh jumpa lawyer kiew kat wisma kat kl tu. Mereka pelik mcm mana sy tau sy ckp bibik indon tu bgtau masa auntie tgh sihat. Sy dah berpakat kat bibik ni jgn bgtau yg sy jumpa roh auntie ni yg bgtau nnt dia ckp sy doc yg gila. Nasib baik bibik ni bole faham saya.

Dokumen yg auntie tu ckp dlm laci kat mana die simpan sume sy bgtau family die. Mmg die bgtau sy detail and sy xtau ms tu yg sy jumpa bukan org. Jd bergegas laa mereka balik umah nk cari dokumen yg sy maksudkan.

Seminggu lepas tu anak saudara dia dtg, dia ckp betul lah ade dokumen betul2 tempat yg sy ckp kan. Harta pun dah dibahagi2kan dan sebahagian pergi ke pusat2 kebajikan. Kira2 esoknya lepas tu auntie tu pergi. Sy mmg nampak roh auntie tu skali je. Sy kalo nampak roh saya x tau dia roh.. bila sy dah tau roh tu xkan muncul lg. Tp kalo dah m**i mmg saya xkan jumpa. Tp kes ni xlaa kerap sgt. Cuma sy takut org x percaya cerita sy dan hilang professionalisme sy kalo org dgr cerita sy. Sy x pasti kebolehan sy ni ada pada org lain selain atuk saya. Saka, jin iblis hantu sy x pernah nampak..ini mmg cerita asal sy dr pengalaman sy saje. sekian saja.
Cerita lain ada tp bukan di hosp mebi x seram sgt..

Doc A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

25 thoughts on “Susah nak m**i”

  1. Wow special kelebihan doktor, boleh bantu orang koma. Jarang dengar citer mcm ni..best2. Ada lagi citer jumpa roh, cerita lagi ye. Tq

    Reply
  2. bersepah.point sikit je.byak merepek pada pengenalan.sepah sangat.
    yang first submit hari tu ok je baca.yang ni makin syok sendiri pula.

    Reply
    • nampak best ? biar betul ko. nampak ponti gigi taring muka buruk, turun dari pokok mcm biawak nak cekik ko, gula2 loncat2 kat ko, budak semua mata hitam x de mata putih nk kawan ngan ko, ko suka ?

      Reply
  3. Doc ni citer aku siap bayangkan lagi suasana kat htaa, mesti beli roti tu kat kedai koop htaa. Teringat balik 1st time kena wad di situ dulu

    Reply
  4. Alhamdulillah.. macam ni laa bagus ada kelebihan tolong org.. bukannya ada kelebihan dengki kat org lain.. kipidap doctor…

    Reply
  5. Best jgk jln crita..Stu kelebihan yg Allah bg…tq kongsi pngalamn dgn kmi…wlupun sy bkn doc, tp sy paham mksud yg dismpaikn…✌

    Reply
  6. Admin, please lah tapis dulu penulisan sesuatu cerita tu.. kat kat blog ni bukan melayu je yang baca. Jenuh nak paham, ayat shortform terlalu banyak.. PLEASE, take note.

    Reply
  7. CPR berantai.. dulu kene jugak mase student nurse dulu.. and you know what doctor? Sy pun org cop jona nurse dr student smpai kerja.. dulu la, skrg da resign.. and yes, nurse2 mmg ramai yg percaya bab2 mistik sbb kat kolej2 pun ad yg histeria dll.. huhu

    Reply
  8. Unik lah kelebihan doktor ni. Dpt jumpa roh before dis m**i. And yg bagus nya doktor membantu ke arah kebaikan. Kipidap doktor. Thumbs up.

    Reply
  9. Rezeki Allah bagi.. Pasti ada hikmahnya. Semoga doc sentiasa mendapat rahmat daripada Allah dan terus membantu pesakit..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.