Susuk

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada Admin dan juga pembaca FS. Nama aku Syifa. (Bukan nama sebenar). Aku nak cerita pengalaman aku masa zaman universiti dulu. Okay sebelum tu, biar aku terangkan apa maksud susuk. Susuk ni sebenarnya amalan sihir yang boleh membuatkan seseorang bertambah cantik dan semakin dikasihi. Bukan untuk kecantikan sahaja, tapi boleh juga untuk kesihatan & keuntungan. Caranya adalah dengan memasukkan jarum-jarum emas/perak ke dalam tisu badan dengan disertakan bacaan jampi serapah. Hukum susuk ni Haram sebab ia merupakan suatu ilmu yang melibatkan pengantaraan jin. Kalau korang nak tau, susuk ni ada pantang larangnya. Jika dilanggar, susuk itu boleh menjadi racun dan menjadikan pemakai susuk lebih hodoh dari asalnya. (Apa yang aku jelaskan ni aku dapat dari google eh)

Okay let’s get straight to the story. Kejadian ni berlaku masa zaman aku kat universiti. Aku tinggal kat hostel. Bangunan hostel ni besar & tinggi, dia ada 5 tingkat dan aku tinggal kat tingkat 3. So hostel aku ni macam apartment, ada dapur, ruang tamu, dua tandas dan empat bilik. Aku tinggal dengan kawan aku, Tuti. Since kitorang tidur separate room, which means 2 bilik yg lain memang kosong lah takda orang. Aku dan Tuti kenal dari sekolah rendah lagi, memang rapat sampai sekarang. Kat universiti pun kitorang sama-sama ambil course Business.

Nak dipendekkan cerita, time kitorang 3rd year semester kat universiti, ada housemate baru datang. Aku ingat lagi, waktu first time aku tengok dia… Cantik sangat orangnya. Rambut dia panjang, hitam & lurus. Badan dia pula tinggi macam model. Muka dia bersinar, putih, kulit pun flawless. Dah macam Nora Danish aku tengok. Awal-awal tu semua normal lah… Kitorang kenal-kenalan macam biasa je. Nama dia Suhaila. Dia suruh kitorang panggil dia Aila je. Dia ambil course Design. Dia cakap dia anak tunggal & family dia ada business company sendiri dekat Kuala Lumpur.

Masatu dia datang dengan baju dia yang nampak mahal, beg tangan pun jenama Gucci, mesti anak orang kaya ni… tengok gaya dia pun dah tahu. Eh tapi kita tak bolehlah judge a book by its cover kan. After bebulan-bulan kenal, Aila ni sebenarnya baik orangnya, tak sombong, sangat pemurah dan friendly. Setiap hujung minggu, dia akan bawa kitorang jalan shopping kat Mall and terus hangout sampai malam. Kalau kat hostel pun, dia yang selalu tolong aku masak kat dapur. Nak harapkan si Tuti, memang lapar perut aku nak tunggu dia masak.

Kalau kat universiti pulak, Aila ni memang ramai peminat. Berlambak lelaki bagi dia hadiah coklat. Kalau Valentine lagi lah banyak. Tak muat fridge kat hostel tu nak simpan coklat-coklat si Aila. Yelah… Dah muka cantik kan memang orang suka. Aku ada tanya jugak rahsia dia nampak cantik glowing ni. Tapi dia taknak bagitahu. Dia cakap mungkin dia selalu jaga pemakanan kot..
Tapi aku tengok muka dia ni glowing lain macam. Everytime Aila berbual dengan kitorang, aku suka tenung muka dia. Sebab cantik sangat kan.

So… semuanya takde la mencurigakan sampailah this one time… Waktu birthday Aila. Aku sebagai housemate yang baik decide untuk belikan dia hadiah. Tengah jalan-jalan kat Mall tu.. aku ternampak cermin bentuk arnab. Comel sangat dan aku terus beli untuk Aila. Cermin tu kecil je. Sebab aku realize bilik Aila langsung takde cermin. Mungkin sebab dia baru pindah kot & tak sempat nak beli barang-barang. So.. cermin tu aku bungkus cantik-cantik lepastu bagi Aila. Tapi masa dia buka hadiah aku tu kan……

“PAAPPPP!!!”
Dia terus humban cermin tu kat lantai. Nasib baik tak pecah. Dah lah mahal aku beli guna duit elaun aku.

“Ailaa.. Kenapa ni? Ada something wrong ke dengan cermin tu?”

Si Aila muka dia mcm dah cuak. Aku ingat dia nampak hantu ke apa.

“Err.. eh takk… Cuma aku tak suka tengok cermin.”

“Oh yeke? Sorry sorry aku tak tau pun Aila.”

“Eh takpe, aku simpan je cermin ni. Thanks tau Syifa..”

Kau bayangkan muka dia cantik macam Nora Danish tapi tak suka tengok cermin. Make sense ke?

Dan lagi satu, sejak Aila tinggal dengan kitorang, cermin dlm tandas selalu terjatuh & pecah. Aku ada tanya Aila macam mana cermin tu boleh jatuh and dia cakap bukan dia yang jatuhkan.

“Aila… macam mana cermin tu boleh jatuh eh? Tadi aku tengok elok je masih”
“Uhh…. Tadi habis aku guna tandas tiba-tiba angin kuat, dan cermin tu terus jatuh. Aku tak kacau pun cermin tu…”

Masatu aku tak lah curiga sangat.. Lagipun cermin tu main gantung je so possible dia jatuh kalau terkena angin. Nasib baik Tuti tolong belikan yg baru, jimat sikit duit aku.

Bukan tu saja tau, aku dengan Tuti selalunya solat berjemaah waktu Maghrib & Isyak. Everytime kitorang ajak si Aila utk join sekali, alasan dia always datang bulan ataupun dia cakap dia nak solat kat bilik dia je. Tapi pasal tu aku tak marah dia lah.. lagipun itu hak dia nak solat sendiri atau berjemaah.

Dan lagi satu, aku suka pasang radio azan kalau dh masuk waktu solat. Radio tu aku letak kat dapur. Sambil-sambil dengar azan, aku amiklah air wuduk kat tandas. Lepastu radio tu tiba-tiba berhenti, macam ada orang tutup. Aku pergi ke dapur untuk cek. Dh tu aku nampak ada Aila kat dapur.

“Eh Aila, kau buat ape kat sini? Kau nak makan ke?”
“Uhm.. tak. Ni radio kau ke? Aku tutup sebab bising.”

Terus speechless aku. Aku pasang tak lah kuat sangat. Adeke patut dia tutup azan sebab bising?? Kalau dia tak suka bising pun, at the very least tunggulah sampai azan tu habis. Tak sampai 3 minit pun…

Okay tu baru sikit. Waktu bulan puasa, awal-awal dia cakap dia tak puasa sebab datang bulan. Tu aku masih boleh terima lah alasan dia. Tapi takkanlah datang bulan sampai lebih 2 minggu kan. Selama sebulan tu, sekali pun dia tak pernah join kitorang sahur. Kalau waktu berbuka pun, dia makan sikit je. Sikit tu macam dua suap nasi. Aku suruh dia makan lagi, dia cakap dia kenyang. Aku taknak lah fikir bukan-bukan, mungkin dia tengah diet kot…

Ada satu malam tu, aku terjumpa artikel tentang susuk kat Facebook. Tiba-tiba hati aku ni gatal nak tekan artikel tu. So aku pun baca lah artikel tu. Sebenarnya aku tak pernah pun mintak-mintak si Aila tu pakai susuk. Kalau dia nak cantik pun, aku harap dia pakai cara yg halal lah. Tapi semenjak dia tinggal dgn kitorang, aku dapat rasa ada sesuatu yg pelik dekat Aila ni. So waktu aku baca salah satu pantang larang susuk ni, org tu tak boleh makan satay. Mungkin sebab satay tu berlidi.

Jadi keesokan harinya aku belilah satay kat warung mamak lepastu bawak balik rumah untuk makan malam. Aku ajak Tuti dan Aila makan sekali. Si Tuti bukan main lagi cepat dia makan satay tak baca Bismillah langsung. Ishh Ishh Ishh… kalau bab makanan memang dia nombor satu. Aila pulak mula-mula dia tengok je makanan yg aku bawa, lepas dia nampak satay terus dia terkejut.

“Kenapa Aila? Kau tak pandai makan satay ke?”
“Uhmm aku… Kenyang masih laa, tadi aku dah makan.”
“Makanlah sikit, sedap ni. Satay daging ni paling laku tau kat warung Pak Salleh. Nasib baik aku sempat beli tadi.”

Nak 5 minit juga aku dan Tuti pujuk-pujuk si Aila utk makan. Awal-awal dia taknak. Last-last dia makan juga satay tu tapi satu je. After that dia terus masuk bilik.

Okay so.. since Aila dah makan satay and nothing happens after that… Jadi aku dah rasa lega lah kirakan si Aila ni tak pakai susuk. Tapikan…. lepas aku dan Tuti selesai makan, kitorang kemas-kemas dan bersih-bersih, and then si Tuti ni ternampak bekas satay yg dah berkunyah kat dalam tong sampah. Memang terang-terang lah si Aila buang satay yg dia makan tadi. Tapi aku tetap husnuzon juga. Mungkin dia allergic satay ke or satay tu tak kena dgn selera dia ke apa.

Sejak kejadian satay tu, aku gelisah setiap masa. Satu malam tu, Aila pergi keluar hangout dgn kawan-kawan universiti dia. Tuti pulak kat dapur tengah makan. Aku baru je habis solat maghrib. Sambil tunggu-tunggu Isyak tu, aku kemas lah ruang tamu. Lepastu aku pergi cek bilik Aila, manalah tahu tingkap dia belum bertutup kan. Masa aku buka pintu dia tu, bersepah weh bilik dia. Dah macam stor aku tengok. Dengan luggage dia yang penuh dengan baju, buku-buku dia berselerak di atas meja, katil dia penuh dengan beg dan barang mekap dia. Sakit mata aku tengok sebab dah macam sangkar harimau. So aku pun tolong lah kemas-kemas sikit.

Time aku kemas katil Aila tu, aku terjumpa kain kuning yg bergulung dekat bawah bantal dia. Kain tu kecil je, berikat dengan tali. Aku pun buka lah benda tu, manalah tau sampah so bolehlah aku buang. Masa aku buka kain tu…… Korang tau tak, sedikit lagi aku nak terpengsan bila tengok dalam kain tu ada jarum emas kecil-kecil, banyak weh. Lepastu ada blood stain dekat kain tu. Masatu aku tahu benda tu memang benda yang tak baik. Automatic aku terus mengucap panjang….

Ni kalau Aila tahu aku bongkar barang dia tak pasal-pasal mengamuk pulak dia so aku lekas-lekas tutup dan ikat balik kain kuning tu dan letak kat tempat aku jumpa tadi.

Tak lama habistu, aku tercium bau harum. Harum dia tu bukan harum minyak wangi tapi mcm bau harum bunga kemboja camtu. If korang nak tau, bunga kemboja ni usually bunga yg ditanam kat tanah perkuburan. Bau bunga kemboja ni memang harum. Tapi masalahnya kitorang takde tanam bunga pun so bau tu datang dari mana? Aku dah mula seram dah tu. And then tiba-tiba ada angin melintas kat depan aku. Korang bayangkan, bilik Aila tu tak pasang kipas, aircond pun tak. Tingkap dia semua tutup. So… Macam mana boleh ada angin?

Malam tu aku memang tak boleh tidur lah. Meremang bulu roma aku lepas masuk bilik Aila. Dan masa aku tengah tidur tu, aku terkena sleep paralyze. Aku tak tahu pukul berapa aku tersedar, lepastu tangan dengan kaki aku tak boleh bergerak. Kepala je dapat. Aku cuba tengok jam kat dinding tapi gelap kan so aku tak nampak. Lepastu aku tengok kat sudut kiri bilik aku tu ada mcm bayang-bayang. Yang ni aku 99.9% nampak. Dia mcm bayang-bayang hitam bentuk manusia dan mata dia berkilau warna merah. Bayang-bayang tu tak bergerak lah… just berdiri kat hujung dinding je. Tapi masatu aku tak sempat nak fikir apa-apa. Yang aku fikirkan adalah macam mana nak bergerak balik, so aku pun baca lah surah-surah yang ada dalam kepala otak aku time tu. Lepas aku cuba gerak badan aku kuat-kuat, baru lah dapat. After that aku terus tidur. Esoknya, aku bagitau Tuti apa yang jadi semalam.

“Tuti, aku dah lama ada instinct yg Aila ada bawak benda tak baik masa dia pindah sini. Aku rasa dia pakai susuk.”
“Weh Syifaa, seram lah aku dengar. Possible juga dia pakai susuk sebab kat universiti tu kan, berlambak lelaki tergila-gila kan dia. Padahal aku lagi cantik dari dia kot”

Ihh si Tuti ni sempat lagi buat lawak tengah-tengah aku serious ni.

“Engkau ni… Perasanlah. Tapi kau tak rasa ke Aila tu pelik?”
“Sebenarnya aku pun realize juga sejak Aila tinggal dengan kita, banyak perkara ganjil yang berlaku tau. Cermin kat tandas tu dah nak 5 kali jatuh pecah. Kau ingat tak dia pernah buang satay yang dia makan haritu. Satay ni kan pantang larang susuk”

Tuti sendiri cakap dia hairan dengan perangai si Aila. So bukan aku seorang sje yg fikir ada something wrong with Aila. Lepastu aku dengan Tuti decide untuk perhatikan si Aila ni utk beberapa hari. Lagipun kitorang belum 100% sure kalau Aila pakai susuk.

Tapi, semenjak aku masuk bilik Aila haritu, aku kerap kena kacau oleh benda semacam. Setiap kali aku pasang radio, chanel dia boleh berubah sendiri. Lepastu, aku selalu mimpi buruk psl Aila. Dlm mimpi tu, Aila minta tolong, sambil tutup muka. Bukan tu saje, kalau Aila keluar hangout dengan kawan-kawan dia, aku selalu nampak jelmaan dia kat hostel.

Jadi satu malam tu, aku kena ganggu teruk sangat. Waktu aku tengah tidur, badan aku tak dapat gerak langsung. Lepastu, tulang belakang aku ni sakit sangat seolah-olah aku kena hempap sesuatu yg berat. Nasib baik aku ni jenis hati kental. Aku baca doa, surah-surah dalam hati. After aku sedar, aku terus bangun dan lari ke bilik Tuti. Tuti tengah tidur masatu tapi aku bangunkan juga dia. Aku ceritakan semuanya kat Tuti, lepastu kitorang decide nak call ustaz suruh datang kat hostel kitorang. Tapi masatu dah lewat sangat. Pukul 3 subuh weh. Jadi kitorang decide utk call esok pagi jelah. Aku tidur dengan Tuti sebab dah takut nak tidur bilik aku.

Dan esok paginya, ustaz pun datang kat hostel kitorang. Aila masih tak tahu yang kitorang ada panggil ustaz. Masa ustaz tu datang, aku ceritakan lah apa yg terjadi. So first ustaz cek bilik aku dan bilik Tuti. Lepastu dia nak cek bilik Aila. Tapi sebelum tu aku panggil Aila untuk keluar.

“Aila.. sorry kacau, tapi aku ada panggil ustaz ni, dia nak cek bilik kau”
“Hah? Ustaz? Kenapa dia nak cek bilik aku? Takpayah lah ! Jgn suruh dia masuk!”

Aila jadi mengamuk bila aku mention pasal ustaz.

“Kau gila ke Syifa! Apesal kau bawak ustaz dtg sini?”

Adeke patut dia jerit-jerit kat aku, bukannya aku bawak harimau pun.

“Eh tak, sebenarnya semenjak kebelakangan ni aku selalu mimpi buruk psl kau Aila. Aku tak sedap hati sebabtu aku bawak ustaz utk tengok manatau hostel kita ni ada benda yg tak baik”
“So kau nak cakap aku bawak benda tak baik kat sini! Suruh lah dia cek bilik kau, buat apa cek bilik aku! Kau keluar!”

Hah sekali lagi aku terkena tengkingan si Aila. Tapi takpe aku sabar je.

Aku taknak paksa si Aila, so aku pun keluar dari bilik dia. Dia terus tutup pintu. Ustaz cakap takpe biar dia cek dari luar je. Dia berdiri dekat pintu Aila, lepastu dia baca ayat-ayat al-Quran camtu. Tak lama habistu, aku dengar suara Aila menjerit dari dalam bilik dia. Meroyan-royan minta tolong. Aku ketuk-ketuk pintu Aila.

“Aila kau okay ke?”

Aila masih terjerit-jerit macam orang kena rasuk. Lepastu aku buka pintu dia tapi berkunci. Nasib baik aku ada kunci spare.

Masa aku buka pintu bilik Aila, aku tengok dia dah terlantar kat lantai menangis-nangis sambil tutup muka. Aku approach dia perlahan-lahan.

“Tolong aku!! Muka aku sakit!! Muka aku pedih!!!”

First time aku tengok Aila kesakitan mcmtu. Kesian sangat. Aku tengok ustaz masih lagi berkumat-kamit baca ayat-ayat al-Quran. Aku cuba tenangkan Aila. Tak lama habistu dia pengsan. Tak sedarkan diri. Ustaz suruh aku ngan Tuti angkat si Aila untuk baring di atas katil. Nasib baiklah si Aila ni ringan.

Tapi kan… kitorang terkejut tengok muka Aila penuh d***h. Nasib baik aku ni takde hemophobia. Kitorang pun lap muka dia, hilangkan d***h-d***h tu. Lepastukan.. korang tau tak, nak tebeliak biji mata aku tengok muka Aila berubah. Berubah tu takdelah berubah semua, cuma muka dia nampak lebih tua dan tak glowing macam dulu. Kau bayangkan umur dia 20 tahun tapi muka dia tu bertukar macam 40 tahun.

Ustaz pun ada bagitahu, Aila ni ada pakai susuk dan didampingi oleh jin yang membantu Aila ni untuk kekal cantik dan sihat. Disebabkan susuk ni melibatkan jin & syaitan, sebabtu pemakai susuk ni mudah terpengaruh dengan energi-energi jahat yang membuatkan dia malas beribadat dan berperilaku aneh.

Menurut google, susuk ni boleh dibuang oleh dukun yang membuat susuk tersebut. Ataupun dibuang dgn cara yg diajari oleh dukun tersebut. Tapi susuk ni juga boleh hilang dengan sendiri jika kita mendekatkan diri kepada Allah dgn bertaubat.

Sejak kejadian tu, Aila berhenti Universiti dan balik ke Kuala Lumpur. Dia langsung takde mention pasal susuk yang dia pakai. Mungkin dia malu kot nak cerita. Dia ada cakap yang dia nak pergi rehat dan tenangkan fikiran kat Kuala Lumpur. Semenjak kejadian tu aku tak pernah dengar khabar Aila lagi. Tak tau lah dia okay ke tak masani. Aku just harap dia sedar apa yg dia lakukan tu syirik dan berdosa. Yelah, kalau nak cantik sekalipun, janganlah guna cara haram. And after that Alhamdulillah takde lagi aku kena ganggu setiap malam.

Untuk dijadikan pengajaran, jangan lah kita cuba untuk menduakan Allah. Susuk ni hukumnya Haram bagi org Islam. Kita kalau boleh hindari lah perkara-perkara yg tidak baik dan lebih perbanyakkan membuat amalan-amalan kebajikan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 148 Average: 4.5]

5 thoughts on “Susuk”

  1. Dik. Ko sangka perkara yg dia buat tu je haram ye. Habis yg ko buat kat dia tu x berdosa pulak ke? Ko x tau dan x fikir pun akibat yg dia kena tanggung dr perbuatan ko tu dik. Dah le ko ceroboh bilik dia, buka milik dia yg tentunya bukan hak ko pun.
    Sepatutnya ko tanya dia, kalo dia x ngaku atau x nak buat, tu hak dia.
    Tujuan ko tu baik tp sb sikap ko tu x fasal je ko dah aniaya dia.

    Reply
  2. Mula rasa mcm penulis ni jahat gak la sbb kenekan dia sampai benti belaja, tapi dia menduakan Allah pulak.. entahlah rasa cam kau lek lek jela tegur dia dah la. Dia pon reti malu juga..tapi dh lepas kan.. ape bole buat… Seb baik dia tk dendam. Kalau aku yg setan ni mmg aku carik kau balik hehehehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.