”Tak elok basuh malam”

So basically, cerita ni pasal pengalaman aku dan roommate aku masa menetap kat satu universiti awam, masa tu kami dapat duduk dorm. (sekarang dah dapat rumah dah).

So Uni aku ni banyak kediaman, majoriti dapat rumah tapi course aku ni dapat dorm je. So takpelah aku just go with the flow je kan. Dalam bilik aku ada 4 orang iaitu aku Fi, Nik, Mira and Lia. At first masa kitorang daftar masuk kolej ni, takde apa gangguan pun walaupun senior ada cakap blok kitorang ni agak keras. Tapi aku abaikan je untill one day…..

Time tu kitorang semua stay tengah malam, Nik dan Mir sibuk buat assignment, while Lia melayan korean drama dia. Aku pula masa tu baru habis study sampai aku tak sedar dah nak dekat 3. Masa tu aku teringat, aku datang bulan and flow masa tu quite heavy and aku lupa nak tukar. Masa tu aku fikir juga tengah malam dah tapi aku takleh biarkan penuh kan nanti bocor susah juga. So aku decide nak ajak si Lia teman aku jap. Lia merengek malas tapi at last dia teman aku. Masa aku jalan nak ke dorm tu aku pelik Lia diam je. Suddenly Lia cakap ”tak elok basuh tengah malam”, Masa tu aku pun ckp la aku takleh biarkan je. So dia pun diam.

Masa sampai toilet, aku suruh Lia tunggu sampai aku settle. So aku pun masuk. Masa aku basuh tu, aku dengar Lia nyanyi lagu cindai. Aku dah seram, sebab ramai gak org ckp lagu cindai ni berhantu tapi kau buat tak tahu. Aku melayan jela Lia nyanyi. Sekali aku dengar dia diam. Aku tanya la ‘Lia, lagu lain la pulak, takdela aku sunyi’, pastu Lia repeat balik apa aku cakap tu ‘Lia, lagu lain la pulak, takdela aku sunyi’. Tapi versi suara garau. Aku terdiam. Pastu aku cakap la aku tak suka dia main main macam ni. Again, dia repeat apa aku cakap. Aku malas nak layan so aku teruskan cuci.

Masa tu aku cakap kat Lia, ”Lia, aku rasa nak rambut panjang la. Asyik pendek tak lawa gak. Andai la rambut aku panjang”, then Lia diam. Masa tu aku takde fikir apa suddenly aku dengar pintu sebelah toilet aku tu mcm ada org masuk. ”krek krrreeekk’, pintu tu tertutup. Aku pun dah settle semua then dah nak keluar, suddenly aku rasa atas aku ni mcm gelap, bila aku angkat kepala, cik pon tengah bertenggek sampai dia cakap ”andai leher aku panjanggggg” and kepala dia pusing pusing panjang turun nak ke muka aku. Apa lagi, aku lari sepuas hati masuk bilik!!  Allah je tahu mcm mana perasaan aku masa tu.

Sampai bilik, aku tgk semua tercengang pandang aku. Lia siap cakap ”pahal muka kau pucat sangat?!’, aku terus marah Lia sebab dia tinggalkan aku mcm tu. Then Lia ckp, aku sendiri cakap taknak kena teman. Aku dah pelik sbb aku ingat Lia mmg betul teman aku. Aku cerita kat dorang, dorang mcm tak caya and terus sambung kerja. Esok tu aku demam.

Nik balik kelas, dia bawa makanan and kasi ubat kat aku. Dia cakap aku terlalu banyak berfikir. Masa tu aku sedih sbb dorang tak caya apa aku cakap sedangkan mmg benda betul kacau aku tu. Then mlam tu Mira dengan Nik keluar nak cari makan, tinggal aku dengan Lia kat bilik. Lia mcm biasa ah korea dia. Aku malam tu risau, takut benda tu cari aku balik ke apa. Masa tengah sembang dgn Lia, tetiba ada org ketuk pintu. Lia pergi buka sekali takde orang. Lia pandang aku and memasing dah cuak sikit. Pastu kitorang diam and Lia slowly duduk atas katil balik. then tetibe bunyi cakar kat luar pintu, Lia terus datang peluk aku. Aku cakap kat dia takde apa, positif. Then kitorang pasang ayat ayat. Bunyi tu hilang.

Pukul 11 lebih, Mira dgn Nik lari lari masuk bilik. Dengan muka cuaknya. Aku tanya dorang asal mcm kena kejar anjing je rupa tu. Then Mira cakap, masa dorng jalan kat level nak ke bilik kitorang, rasa mcm kena ikut. Bila pusing, ada ponti senyum trus terbang kejar dorang. Aku terkejut then aku cakap aku rasa benda yang sama yang kacau aku malam semalam tu.

Esok tu kitorang minta kat warden buat bacaan sebab aku rasa bagus untuk halau benda benda tu. Then warden cakap, level aku tu mmg keras. sebab ada kes student b***h diri lepas tahu dia pregnant. Kami semua terus minta tukar kediaman sebab tak sanggup aku nak stay situ. Alhamdulillah, kitorang dah tukar dan dah takde gangguan dah.

Sila hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “”Tak elok basuh malam””

  1. Teringat masa aku dulu matrik dulu, feymes org citer psl hntu dlm bilik air.. psl hntu leher pnjng intai kat bilik air la.. psl org bsuh bju xde kaki mlm2 buta, psl ada benda duk makan pad berdarah… errr… seram.. tp aku dgr citer je la, Alhmdulillah xpernah kena…

    kena pn skali je la kt sna.. tu pn psl aku balik lwat mlm lpas kelas gnti. dia xde folllow sbb aku bt2 xnmpk dia…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.